You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT STAFF S.

K ARU BARU

BIL 2 /2017

Tarikh : 15 Jun 2017

Tempat : Makmal Komputer

Masa : 1.45 petang

Pengerusi : En. Abubakar bin Hj. Damit (Guru Besar )

Kehadiran :

1. En. Abubakar bin Hj. Damit 10. En. Awg Hamdani Bin Hj. Awg.
2. En. Zkhiruddin b. Zainol Omar
3. Pn. Siti Rabaah bte. Rosli 11. Pn. Dayangku Sarabiah Binti
4. En. Mohd. Fikrie Pangiran Matahir
5. En. Mohd. Firdaus Bin Karnian 12. En. Jhowiezacheus Anak John
6. Pn. Rachel Anak Ugas
7. Pn. Melissa Ann Anak Welling Staff Sokongan
8. Ustazah Maizatul Akma Binti 13. Pn. Pauline
Abdullah 14. En. Aliuddin Bin Tasim
9. Ustazah Wan Rohani Binti Wan 15. Pn. Jariah Binti Hj. Daud
Jusoh

Agenda :

1.0 Ucapan Alu-aluan Daripada Guru Besar


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Keputusan GG2
5.0 LINUS
6.0 Kelas gentian Hari Raya
7.0 Aktiviti
8.0 Hari Bertemu Pelanggan
9.0 Hal-hal lain
10.0 Penangguhan Mesyuarat
1.0 Ucapan Alu-Aluan Daripada Guru Besar

1.1 En. Abubakar mengucapkan terima kasih dan selamat datang kerpada
semua yang hadir ke Mesyuarat Staff SK Aru Baru bil 2/2017.

1.2 Beliau menerangkan tentang disiplin kakitangan kerajaan dengan


memfokuskan perihal masa bekerja dalam konteks masa datang dan balik
sekolah.

1.3 Beliau menegaskan guru dan staf sokongan sekolah untuk mengisi
kehadiran pada buku kehadiran yang disediakan. Kehadiran yang lupa
diisi perlu diisi dan lengkapkan.

1.4 Beliau juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua staff yang
berpuasa.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

Dicadang : En. Awg Hamdani Bin Hj. Awg. Omar

Disokong : Pn. Dayangku Sarabiah Binti


Pangiran Matahir

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

4.0 Keputusan GG2

4.1 SAPS : Ustazah Maizatul mengesahkan SAPS untuk tahun 1 & 2 sudah
lengkap diisi. Tarikh akhir pengisian adalah pada 30 Jun 2017. Kelas-kelas
lain masih belum diisi lengkap. Guru Besar menegaskan semua guru untuk
melengkapkan SAPS yang belum lengkap.

4.2 Guru Besar meminta setiap Guru Kelas dan Guru Matapelajaran untuk
membuat laporan keputusan setiap kelas.

4.3 Laporan Tahun 6. Pn. Rachel melaporkan keputusan GG2 bagi tahun 6
seperti berikut :

Bahasa Inggeris : 3 orang gagal

Bahasa Melayu : 2 orang gagal


SAINS : 2 orang gagal

Matematik : 3 orang lulus.

4.4 Guru Besar meminta beberapa orang guru untuk membantu guru subjek
UPSR. Senarai nama guru bantuan UPSR adalah :

Bahasa Inggeris : Pn. Melissa

Bahasa Melayu : Pn. Siti Rabaah

Matematik : Pn. Dayangku Sarabiah

Sains : Ustazah Maizatul

5.0 LINUS

5.1 Penyelaras LINUS, Pn. Dayangku melaporkan hasil dapatan ujian


Disleksia yang dijalankan ke atas 3 orang murid yang lemah
pembelajaran. Juwifan tidak disahkan disleksia oleh doctor manakala dua
orang murid iaitu Airol (Tahun 1 ) dan Aiman (Tahun 5) disahkan
menghidapi Disleksia.

5.2 Guru Besar mengharapkan ada peningkatan dalam pencapaian LINUS


terutama bagi kelas tahun 3.

5.3 Guru Besar menegaskan bahawa latih tubi soalan LINUS berdasarkan
setiap konstruk perlu dilakukan oleh Guru LINUS, Guru Pemulihan dan
Guru Matapelajaran bagi memastikan murid mengalami kemajuan dan
peningkatan penguasaan konstruk.

6.0 Kelas gantian Hari Raya

6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa kelas gantian Hari Raya akan diadakan
pada hari Sabtu (17 Jun 2017)

7.0 Aktiviti

7.1 Ustaz Firdaus memaklumkan bahawa solat hajat dan bacaan Yaasin akan
diadakan di dalam kelas tahun 3 pada 17 Jun.
8.0 Hari Bertemu Pelanggan

8.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan akan


diadakan pada hari Sabtu (17 Jun 2017) selepas solat hajat dan bacaan
Yaasin dilakukan.

9.0 Hal-hal lain

9.1 Kewangan : P. Pauline menyeru agar setiap Guru Matapelajaran untuk


membelanjakan peruntukan yang diberikan pada setiap mata pelajaran
terutama subjek wajib iaitu Sains.

9.2 Guru Besar memaklumkan kepada AKP untuk mengisi boring untuk
tawaran kenaikan pangkat.

9.3 Guru Besar menerangkan tentang projek sekolah yang akan diadakan.
Antara projek yang terpaksa digugurkan atas sebab bajet adalah projek
membaiki tandas sekolah dan pagar sekolah.

9.4 Guru Besar merancang untuk mengadakan lawatan penanda aras ke S.K
Kerangan selepas cuti Hari Raya. Tarikh yang tepat belum dimaklumkan.

9.5 Guru Besar meminta panitia Pendidikan Islam untuk berbincang tentang
Majlis Ramah-tamah Aidilfitri selepas cuti Hari Raya.

9.6 Guru Besar mengajak guru-guru Muslim untuk berbuka puasa bersama
atas jemputan S.M.K Merapok pada hari tersebut.

10.0 Penangguhan Mesyuarat

10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Dicatat oleh, Disahkan Oleh :

...................................................................

(EN. JHOWIEZACHEUS ANAK JOHN ) (EN. ABUBAKAR BIN HJ. DAMIT)

Guru Bertugas Guru Besar

Mesyuarat Staff S.k Aru Baru Bil 2/2017 S.K Aru Baru

S.K Aru Baru

You might also like