You are on page 1of 4

LAPORAN HARI KANTIN 2017

Tarikh : 16 April 2017


Hari : Ahad
Masa : 08.00 pagi - 02.00 petang
Tempat : SJK(T) Beruas

Buat julung kalinya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Beruas dengan kerjasama Persatuan Ibu
Bapa (PIBG) telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada 16 April 2017. Program ini telah
mendapat sokongan padu dari pendudukan beruas yang telah menyumbangkan bahan
makanan dan sumbangan wang untuk program ini. Ia merupakan satu program yang berjaya
menggabungkan sekolah, komuniti dan agensi luar. Di samping mencari dana PIBG, program
ini berjaya memupuk kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sebelum hari kantin dilaksanakan pelbagai persiapan dibuat. Ibu bapa memberi sumbangan
bahan melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui kelas anak masing-masing. Sumbangan-
sumbangan terus dicari samada dari sekolah-sekolah lain atau agensi swasta. Terima kasih
tidak terhingga kepada ibu bapa yang telah menjadi penaja utama dengan bertemakan makan
buah-buahan tempatan. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan kerana di samping
menyumbang buah-buahan tempatan sebanyak 200 `cup`. Pihak sekolah juga telah
mengadakan beberapa aktiviti dan permainan sepanjang hari kantin ini. Sebagai contohnya,
permainan bowling kelapa, permainan throw the hop , Dart game dan sebagainya telah
dimainkan pada hari kantin tersebut.

Selain itu, aktiviti mendedikasikan lagu kegemaran juga diadakan pada hari tersebut. Melalui
aktiviti ini penduduk kampong beruas dapat mendedikasikan lagu kegemaran kepada orang
yang mereka sayang. Aktiviti ini menjadi suatu jambatan diantara dua pihak untuk mengekalkan
hubungan yang mesra dan bersatu padu. Justeru itu, guru-guru dan pihak PIBG juga
berkerjasama dalam menjual bahan-bahan makanan. Hal ini dapat mewujudkan perhubugan
yang positif dan mesra diantara guru-guru dan ahli PIBG. Perhubungan yang mesra ini
merupakan suatu kejayaan kepada pihak sekolah supaya dapat mewujudkan suatu komuniti
sekolah yang bersatu padu dan bertolak ansur.
Bila tirai dilabuhkan pada jam 2.00 petang, maka tamatlah hari kantin sekolah bagi tahun 2017.
Walaupun kali pertama diadakan, aktiviti ini telah mampu menarik perhatian bukan sahaja
komuniti setempat bahkan orang luar. Terima kasih kepada pihak yang memberi sepenuh
kepercayaan untuk sama-sama melaksanakan hari kantin ini. Gabungan agensi kerajaan dan
swasta serta persatuan penduduk dalam menjayakan hari kantin telah berjaya mencipta sejarah
sekolah. Walaupun baru bertatih namun bukan alasan untuk mencuba. Terima kasih semua
pihak yang mampu menolong kita dengan hati yang terbuka.

Disediakan oleh,
______________________
NANTHINI A/P NADARAJA
SETIAUSAHA HARI KANTIN SEKOLAH
Persiapan awal dibuat sebelum menjual
lobak.

Cikgu thulasi dan ibu bapa menjual nasi


lemak.

Ahli PIBG sedang menggoreng ayam.

Waffle dan jagung manis dijual oleh cik


theepa.
Rojak dijual oleh cik thulasi dan puan bavani.

Puan vimala dan bekas pengerusi PIBG


menjual sarapan pagi .

Penduduk kampong beruas sedang membeli


burger yang dimasak oleh puan Malathi dan cik
Sharini.

Permainan dikendalikan oleh en. Narasimha


rao.

You might also like