You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BELANJA, 32800 PARIT, PERAK.

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2017


_________________________________________________________________________

Tarikh / Hari : 11 JANUARI 2017


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Tanjong Belanja
Pengerusi : Encik Khairudin Bin Abu Hanipah A.M.P, P.P.T
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja
Kehadiran : 22/24
Hadir :
1. En. Khairudin bin Abu Hanipah (Guru Besar)
2. En. Abdullah Radzi b. Abbas. (PK Kurikulum)
3. Pn. Jamiah bt. Ahmad (PK HEM)
4. Pn. Azni bt Abdul Rashid (PK Kokurikulum)
5. En. Yazali b. Yusoff (Penyelaras Pendidikan Khas)
6. Pn. Rabizah bt Ali
7. Pn. Siti Fatimah bt. Osman
8. Pn. Halimatussadiah bt. Taharim
9. Pn. Noorulhuda bt. Abd. Rahim
10. En Mohd Yaki b. Zawawi
11. Pn. Noor Hasliza bt Baharim
12. Pn. Nor Shaliza bt Kamal Azman
13. En. Mohd Firdaus b. Mohd Jamil
14. Pn. Ganggadevi a/p Kandiah
15. Pn. Wan Sariza bt Mohd Lothifi
16. Pn. Saftina Binti Sabu
17. Pn.Siti Hagrah bt Khalin
18. Pn. Jamaayah bt Hariri
19. En. Aizzuddin b. Salehudin
20. En. Norizan b. Yusof
21. Pn. Nur 'Aifaa bt Mohd Nor
22. En. Qamarul Arifin b. Mohd Salleh

Tidak Hadir:

1
1. Pn. Zubaidah bt Abdul Kadir (Cuti Sakit)
2. Pn. Norhazlinna Binti Samsuri (Cuti Bersalin)

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti
3. Pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK dan Segak
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
7. Hal-hal lain

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh En. Khairudin Bin Abu Hanipah.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
supaya maklumat dapat disampaikan.

2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1 Encik Khairudin Bin Abu Hanipah menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti.
Penjaminan kualiti diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2 Beliau menayangkan slaid Powerpoint kepada guru. Kandungan yang ada dalam
slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan
Akademik. Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP). Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK
(Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum) dan Pentaksiran
Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan,
Pengesanan, Pementoran dan Penyelarasan. Keempat-empat komponen
ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru boleh merujuk
kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. PAJSK, Segak dan Kokurikulum


3.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal
2 akhir tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Januari hingga
Mac. Untuk Segak Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
3.2 Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi dan disiapkan
pada akhir persekolahan.

4. Pentaksiran Psikometrik
4.1 Pn. Halimatussadiah menerangkan bagaimana pentaksiran Psikometrik
dijalankan.
4.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Murid
tahun 1 hingga tahun 6 akan ditaksir sepanjang tahun.

2
4.3 Beliau juga memaklumkan bahawa, pentaksiran ini dijalankan pada hari
persekolahan. Untuk itu, beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi
menjayakan pentaksiran ini.

5. Penubuhan Jawatankuasa PBS


5.1 Setiausaha PBS Puan Halimatussadiah menayangkan Slaid Jawatankuasa
PBS 2017.
5.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
5.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

6. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


6.1 Pen. Setiausaha PBS Puan Halimatussadiah menerangkan bagaimana sistem
penyimpanan evidens bagi setiap tahun.
6.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
6.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
6.4 Beliau memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari SU PBS Puan Norhazlinna.
6.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM.
Perekodan gabungan diuruskan oleh guru kelas dan dbuat pada akhir tahun
nanti.

7. Hal hal lain


7.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 2.30 petang.

Di sediakan oleh : Di semak oleh :


(HALIMATUSSADIAH BINTI TAHARIM) (KHAIRUDIN BIN ABU HANIPAH AMP, PPT)
Penolong Setiausaha PBS Guru Besar,
SK Tanjong Belanja SK Tanjong Belanja.

You might also like