You are on page 1of 4

SMK PINGGAN-PINGGAN PITAS

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL.1/2015

Tarikh : 10 Mac 2015 (Selasa)


Tempat : Makmal Kimia 1, SMK Pinggan-Pinggan
Masa : 09.40 pagi
Pengerusi : Pn Marilyn Gakim

KEHADIRAN

1. Pn Marilyn Gakim Pengerusi


Ketua Panitia Matematik
2. En Isa Anak Putat
Ketua Bidang Sains dan Matematik
3. Mohd Zulkaini Bin Abd Ghani
Setiausaha Panitia Matematik
4. Cik Judith Chok Yun Mee
5. En Elbenjoe Wesmin
6. Pn Konilia Marsella
7. Pn Nurrawaida Abdul Manap
8. En Uzailun Nafais Bin Zainal Abidin
9. Pn Raidith Asangkiu @ Robert
10. Murad Musain
11. Pn Nur Asyura Abu Hurairah

KETIDAK HADIRAN

1. En Osmerah Maidin

AGENDA

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn Marilyn Gakim selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua ahli ke mesyuarat Panitia Matematik kali pertama bagi tahun 2015.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGURUSAN PANITIA


2.1 En Mohd Zulkaini Abd Ghani dilantik sebagai setiausaha Panitia Matematik yang
baru bagi menggantikan Cik Judith Chok Yun Mee.
Tindakan: Makluman
2.2 Semua ahli panitia perlu mengisi borang maklumat peribadi dan jadual mengajar
yang telah diedarkan oleh ketua panitia dan dikembalikan semula kepada ketua
panitia.
Tindakan: Ahli Panitia

2.3 Guru dinasihatkan untuk meningkatkan kolaborasi antara ahli panitia dengan ketua
jabatan.
Tindakan: Ahli Panitia

2.4 Kehadiran guru ke kelas adalah amat penting dan wajib kecuali ketidak hadiran
berlaku adalah atas sebab-sebab yang munasabah. Kehadiran guru Matematik adalah
memuaskan.
Tindakan: Ahli Panitia

2.5 Guru diingatkan supaya menyemak latihan yang diberi kepada pelajar semasa PdP .
Tindakan: Ahli Panitia

2.6 Pengerusi menerangkan format RPH. Refleksi haruslah merangkumi objektif


pembelajaran sama ada tercapai atau tidak.
Tindakan: Ahli Panitia

3.0 POST-MORTEM PT3 2014

3.1 Pengerusi mengedarkan analisis PT3 bagi mata pelajaran Matematik kepada semua
ahli panitia.
Tindakan: Makluman

3.2 Pengerusi memaklumkan format kertas Matematik menengah rendah bagi tingkatan 1
dan tingkatan 2 adalah mengikut format PT3 yang sebenar untuk tujuan pendedahan
awal kepada pelajar.
Tindakan: Ahli Panitia

3.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru Matematik yang telah berusaha
mendidik pelajar-pelajar PT3 dalam mata pelajaran Matematik.
Tindakan: Makluman
4.0 POST-MORTEM SPM 2014

4.1 Pengerusi mengedarkan analisis SPM bagi mata pelajaran Matematik kepada semua
ahli panitia.
Tindakan: Ahli Panitia

4.2 Pengerusi memaklumkan format kertas SPM pada tahun 2014 telah mengalami
sedikit perubahan di mana soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) telah
dimasukkan. Ini menyebabkan sedikit kejutan kepada calon-calon SPM pada tahun
tersebut.
Tindakan: Ahli Panitia

4.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru Matematik menengah atas untuk
memasukkan elemen-elemen soalan KBAT ke dalam PdP untuk tujuan pendedahan
awal kepada pelajar.
Tindakan: Ahli Panitia

5.0 PENYELARASAN KERTAS SOALAN UJIAN/PEPERIKSAAN

5.1 Item soalan KBAT perlu dimasukkan ke dalam kertas ujian dan peperiksaan untuk
tujuan pendedahan awal kepada pelajar. Pengerusi memaklumkan bahawa item
soalan KBAT sebagai elemen baru di dalam peperiksaan SPM.
Tindakan: Ahli Panitia

6.0 PENYELARASAN KELAS TAMBAHAN


6.1 Pengerusi meminta ahli panitia untuk mencadangkan tarikh mula pelaksanaan kelas
tambahan. Ahli panitia mencadangkan supaya perkara ini dibincangkan pada
mesyuarat akan datang.
Tindakan: Ahli Panitia

7.0 AKTIVITI/PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA


7.1 Pengerusi mengedarkan borang cadangan aktiviti/program kecemerlangan panitia
Matematik bagi tahun semasa. Cadangan aktiviti akan dibincangkan pada mesyuarat
yang akan datang.
Tindakan: Ahli Panitia
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi mengedarkan borang cadangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang perlu
dibeli bagi tahun semasa. Cadangan BBM akan dibincangkan pada mesyuarat yang
akan datang.
Tindakan: Ahli Panitia
8.2 Pengerusi memaklumkan penggunaan Module Offline PBS adalah diwajibkan bagi
menengah rendah (Tingkatan 1 3) bagi tahun ini. Guru Matematik boleh memuat
turun Modul tersebut dari laman web Lembaga Peperiksaan atau mendapatkan
daripada Ketua Panitia.
Tindakan: Ahli Panitia
9.0 PENUTUP
9.1 Pengerusi mengucapakan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli panitia yang
hadir pada mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 09.40 pagi. Pengerusi akan menetapkan tarikh
mesyuarat akan datang.
Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

MOHD ZULKAINI BIN ABD GHANI MARILYN GAKIM


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SMK Pinggan-Pinggan Pitas SMK Pinggan-Pinggan Pitas

Disahkan oleh,

ISA ANAK PUTAT


Ketua Bidang Sains & Matematik
SMK Pinggan-Pinggan Pitas

You might also like