You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT 2

16370 JELAWAT ,BACHOK , Kelantan


TEL: 09-7825820 FAKS:09-7825823
E-mail: skjelawat2@gmail.com
________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN BIL 2/2016

Tarikh :
Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat CM 1
Pengerusi : Guru Besar SKJ 2 (En. Mohd Yasin B. Abdullah)
Kehadiran : Seperti Lampiran

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI ( GURU BESAR )

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah


1.2 Guru Besar memberi ucapan alu-aluan dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kantin kerana dapat hadir ke mesyuarat Bil 2/2016.
1.3 Guru Besar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama dan
kesepakatan yang diberikan dalam pengurusan kantin
1.4 Beliau turut menyentuh tentang hasil pemantaun pihak PPD dan juga JPN:
Keracunan makanan dikantin sekolah
Harga makanan tidak selari dengan apa yang terdapat dalam perjanjian.
Kebersihan dan kecerian kantin
Gred Kantin
1.5 Keceriaan kantin tiada perubahan untuk daya tarikan pelbagai pihak. Cadangan untuk
menyertai pertandingan kantin dengan menjadikan Sk Seri Kemudi (Juara Peringkat
Kebangsaan ) sebagai contoh rujukan.
1.6 Hasil dari pemantauan pihak PPD, pelbagai punca air boleh digunakan oleh pihak
Kantin. Harapan agar masalah air selesai dan pihak kantin dapat menggunakan air dengan
selesa.
1.7 Mutu perkhidmatan yang melibatkan aspek
Keceriaan yang dapat menarik pelbagai pihak terutamanya murid
Layanan terutamanya untuk murid iaitu tidak menggunakan perkataan-perkataan
yang tidak baik.
Menu-menu yang disediakan adalah tidak melanggar kontrak, juga melibatkan
perjanjian menu untuk RMTS (makanan segera tidak boleh dijual sama sekali
terutamanya ayam penyet bagi mengelakkan isu keracunan makanan).Harga
makanan yang ditawarkan juga harus diberi perhatian.
Para pekerja kantin haruslah berkasut dan mendapat suntikan sebagaimana yang
ditetapkan.

Tindakan :

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1 Pembentangan minit mesyuarat kantin Bil 1/2016
2.2 Minit mesyuarat kali ini disahkan oleh En. Mohd Saberi B. Hamzah
2.3 Disokong oleh Pn. Che Husnaini Bt Mat Husin

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pihak sekolah akan cuba mewujudkan garisan / 2 lorong untuk memudahkan murid beratur
semasa hendak membeli makanan di kantin sekolah dalam masa yang terdekat

Tindakan : Guru Besar & AJK Kantin

4.0 ISU-ISU SEMASA

4.1 GURU BESAR


Guru Besar memaklumkan bahawa menu harian guru dan murid yang telah
disediakan perlu dipamerkan dikantin sekolah khususnya menu untuk masakan
panas
Makanan yang disediakan perlu mengambilkira iaitu untuk waktu pagi dan juga
untuk waktu Fardhu Ain.
Pembelian makanan waktu rehat adalah kurang berbanding sebelum ini ekoran
daripada penambahan RMTS. Pihak kantin perlu mempromosikan makanan kepada
murid untuk menangani permasalahan ini.
4.2 PK HAL EHWAL MURID
Pk HEM telah menyentuh tentang isu air dan elektrik yang mana maklumat
berkenaan telah dihantar ke PPD. Bil elektrik perlu ditukar kepada nama penender
yang baru bagi mengelakkan msalah.
Pengubahsuaian atau pembinaan tambahan pada kantin haruslah melalui guru
besar dan seterusnya kepada pihak PPD.
Amalan kebersihan kantin ekoran daripada pemantauan KPPD, dua sekolah muncul
sebagai kantin tercantik yang boleh dijadikan contoh iaitu Sk Seri Kemudi
(Peringkat Kebangsaan) dan Sk Kandis (Peringkat Negeri).
Perlu dititikberatkan sesawang pada siling kantin, longkang mestilah bersih dan
ditabur klorin bagi mengelakkan lumut dan minyak.
Botol pencuci tangan disinki, tidak menggunakan sabun.
Penyimpanan barang dalam stor perlulah kemas dan teratur.
Keselamatan dikantin harus dijaga bersama.
Buku kendiri kantin perlu dihantar kepada pentadbir.
Penjualan makanan hasil dapatan daripada PPD adalah tidak mengikut tender.
Harga adalah perlu mengikut kontrak yang telah diberikan dan perlu dipamerkan
kepada pelajar. ( piramid makanan)
Sekiranya kantin memperoleh Gred A hingga Gred C kontrak adalah tidak akan
disambung.
Permintaan daripada ibubapa agar pihak kantin meneruskan penjualan air berharga
RM 0.50 sen untuk murid.

4.3 PK KO-KURIKULUM
Rungutan daripada para ibubapa agar pihak kantin elak memanaskan makanan
untuk budak
Ada murid tidak cukup duit untuk membeli minuman, minum air paip.
Hidangan guru tidak mencukupi. Menu berbentuk sayur perlu diadakan dalam
hidangan pada setiap hari.pelbagaikan.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PK HAL EHWAL MURID


Teguran audit kebanyakan penender tidak menyediakan makanan yang cukup untuk
murid dari segi bilangan dan juga timbangan.
Jika ada teguran dari guru, pihak kantin harus ambil tindakan yang positif.
Teguran untuk RMT haruslah bersurat dan bukan lagi secara lisan.
Arahan daripada PPD, bekas makanan murid perlulah bernombor dan bertudung.

5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7 Keceriaan terutamanya untuk bilik VIP, pembalut kerusi makan berwarna lebih ceria.
5.8 Sudut-sudut perlu dikemaskinikan agar lebih cantik.
5.9 Paparan menu untuk masakan panas

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-As dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

---------------------------- ------------------------
( ZURAIDAH BT. MOHAMED) ( EN. C.M SABRI BIN IBRAHIM)
SU PRASEKOLAH GURU BESAR
SK JELAWAT 2 SK JELAWAT 2

You might also like