You are on page 1of 10

BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

PILIHAN RAYA
Pengenalan
Pilihann raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan
di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman plihan raya yang banyak
sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Malahan peluang membuang undi
telah dinikmati oleh rakyat negara ini sebelum meredeka lagi.

Maksud Pilihan Raya

1. Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat
melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di
peringkat persekutuan ataupun negeri.
2. Secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang
akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Sejarah Pilihan Raya di Malaysia

Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan pada 27
Julai 1955.
Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini adalah:
a) Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. PERIKATAN
bertanding di kesemua kerusi, seoarang bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya.
b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon.
c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.
d) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti buruh,
Parti kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan
Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.
Dalam pilihan raya ini Parti PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS.
Pilihan Raya Persekutuan ini telah memulakan satu era baharu dalam
perkembangan politik di Malaya.

114
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Fungsi Pilihan Raya

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.


Mengekalkan pucuk pimpinan.
Pemilihan calon mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.
Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen.
Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan.

Suruhanjaya Pilihan Raya

Badan yang mentadbir perjalanan pilihan raya di Malaysia dikenali sebagai


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut peruntukkan di bawah
Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan.
Bidang kuasa SPR adalah mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri. Pilihan raya ini boleh diadakan secara serentak atau berasingan.
Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan sekali
dalam tempoh lima tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya
Umum dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan seperti kematian wakil bagi
mana-mana bahagian pilhan raya sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri, perletakan jawatan, hilang kelayakan atau pembatalan keputusan pilihan
raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.
SPR merupakan sebuah badan yang berperanan menyelia dan menjalankan proses
demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama. Oleh itu SPR
merupakan sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik.
Pilihan raya kecil mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya
kekosongan di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
Jika kekosongan itu berlaku pada satu tarikh dalam masa dua tahun sebelum
tamatnya tempoh Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri, pilihan
raya kecil itu tidak perlu diadakan.

115
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Semasa penubuhannya SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.
Berikutan penubuhan Malaysia pada 1963, bilangan ahli SPR telah ditambah kepada
tiga orang. Ahli tambahan itu berasal sama ada dari Sabah atau Sarawak dan dilantik
secara bergilir-gilir. Datuk Abang Haji Marzuki Bin Nor dari Sarawak menjadi ahli
pertama yang mewakili kedua-dua negeri berkenaan.
Pada tahun 1981, pindaan ke atas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat
bagi membolehkan perlantikan seorang Timbalan Pengerusi, Encik Abdul Rahman
Bin Abu Hassan merupakan orang pertama yang mengisi jawatan tersebut.
Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi
menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang iaitu seorang pengerusi, seorang
timbalan pengerusi dan lima orang ahli termasuk seorang ahli Sabah dan seorang
dari Sarawak.
Ahli-ahli SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan
pengerusi dan tiga orang ahli lain yang akan membantu SPR.
Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
a) Berumur tidak melebihi daripada 65 tahun.
b) Seorang yang tidak muflis.
c) Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
d) Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.
Bagi membolehkan SPR menjalankan fungsinya dibentuk sebuah urusetia yang
diketuai oleh seorang setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua
pentadbir bagi urusetia berkenaan. Setiausaha yang pertama yang dilantik ialah
Encik H.Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

Fungsi SPR adalah seperti berikut:


a) Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
c) Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
d) Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon
memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

116
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Sistem Pilihan Raya

1. Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana
parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau
Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri.
2. Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan First Past The Post System.
Calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian
pilihan raya yang berkenaan.
3. Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan
peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipenuhi
sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan peraturan yang digubal adalah seperti
berikut:
a) Perlembagaan Persekutuan
b) Perlembagaan Negeri
c) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)
d) Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta 1954 (Akta 5)
e) Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981.
f) Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002.
g) Peraturan-peraturan (Mengundi melalui Pos) Pilihan Raya 2003.
4. Terdapat juga yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan
raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya. Antaranya
ialah:
a) Akta Polis 1962
b) Akta Hasutan 1970
c) Akta Rahsia Rasmi 1972
d) Akta Keselamatan dalam Negeri 1960.

Kawasan Pilihan Raya

1. Kawasan pilihan raya dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawasan pilihan raya
Parlimen (Dewan Rakyat) dan kawasan pilihan raya negeri (Dewan Undangan
Negeri)
2. Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia setiap satu kawasan pilihan raya hanya
diwakili oleh seorang wakil rakyat. Ini bermakna bilangan kawasan pilihan raya
Dewan Rakyat sama banyak dengan ahli Dewan Rakyat. Begitu juga bilangan

117
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri sama banyak dengan ahli Dewan
Undangan Negeri.
3. Jumlah kawasan pilihan raya berubah-ubah mengikut keperluan semasa. Sejak
merdeka jumlah kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri telah
bertambah berikutan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya yang
diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Walau bagaimanapun,
bilangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili kawasan mereka tidak sama
jumlahnya antara satu negeri dengan negeri yang lain.
4. Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan
Undangan Negeri.

Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya

1. SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian-bahagian pilhan raya


parlimen dan negeri.
2. SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun.

Pendaftaran Pemilih

1. Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seorang pemilih itu mestilah
mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
2. Di Malaysia seseorang itu layak untuk mendaftar jika:
a) Seorang warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
c) Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
d) Tidak hilang kelayakan.

Hilang Kelayakan Pemilih

1. Seorang pemilih akan hilang kelayakan jika:


a) Pada tarikh kelayakan, dia ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalankan
hukuman penjara.
b) Sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
dalam tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
c) Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d) Telah memperoleh kerakyatan asing.

118
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Semakan daftar Pemilih

Dijalankan sepanjang tahun seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.


Daftar-daftar pemilih baharu disediakan tiga bulan sekali dan pendaftaran tersebut
dipamerkan selama tujuh hari bagi tujuan tuntutan dan bantahan.
Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam daftar
pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh
sebulan.
Semasa daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan sudah
hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar
berkenaan.

Penamaan Calon dan berkempen

1. Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya mestilah:


a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
c) Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
2. Seseorang calon akan hilang kelayakan jika dirinya:
a) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.
b) Bankrap
c) Memegang jawatan yang berpendapat dalam perkhidmatan awam.
d) Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhkan hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang
RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
e) Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
3. Pilihan raya akan di adakan jika ada calon-calon yang didaftarkan untuk bertanding bagi
sesuatu pilihan raya. Sebaliknya jika seoranguntuk bertanding di kawasan pilihan raya
itu calon berkenaan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding.
4. Seseorang calon dibenarkan bertanding atas nama parti atau secara perseorangan
sebagai calon bebas.
5. Pada hari penamaan calon, bakal calon dikehendaki mengisi borang-borang
pencalonan tertentu dan diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya:
a) Kertas penamaan calon hendaklah diserahkan antara jam 9.00-11.00 pagi pada
hari penamaan calon.

119
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

b) Wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk pilihan raya Dewan Rakyat dan
RM5,000 untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri perlu disertakan bersama-
sama dengan kertas penamaan calon.
c) Wang pertaruhan ini akan hilang jika seseorang calon itu gagal mendapat
sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh oleh
semua calon dalam bahagian pilihan raya itu.
d) Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti
masing-masing selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa parti manakala
calon bebas menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh SPR.
e) Bagi tujuan kempen, calon diperlukan membayar deposit bahan kempen
sebanyak RM5,000 bagi Dewan Rakyat dan RM3,000 bagi Dewan Undangan
Negeri. Begitu juga pemasangan poster memerlukan calon membayar sejumlah
wang deposit tertentu kepada pihak berkuasa tempatan.
6. Sebelum hari pengundian, calon-calon yang bertanding dibenarkan untuk
berkempen.
7. Tempoh berkempen bermaksud jarak masa antara hari penamaan calon dengan hari
pengundian. Calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihan raya bagi memastikan
suasana aman dan tenteram.
8. Kaedah berkempen diadakan dalam pelbagai cara seperti penyebaran risalah, surat,
pelekat, poster, ceramah dan kempen dari rumah ke rumah.
9. Parti-parti politik juga dibenarkan berkempen menggunakan media elektronik untuk
berkempen. Semua bentuk kempen hendaklah ditamatkan pada jam 12.00 tengah
malam menjelang hari pengundian.
10. Ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh seseorang calon semasa
berkempen:
a) Tidak menggunakan tingkah laku atau seseorang sebagai bahan untuk
berkempen dan memancing undi.
b) Memastikan semua risalah atau bahan bercetak yang diedarkan semasa
berkempen mengandungi alamat pencetak dan penerbit.
c) Menggelakkan daripada melakukan perbuatan menyogok atau menjamu sesiapa
juga dengan tujuan untuk mempengaruhi seseorang untuk memberi undi atau
tidak mengundi calon tertentu atau tidak keluar mengundi.
d) Menggunakan kekerasan, halangan atau paksaan untuk memancing undi.

120
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

e) Memberi rasuah sama ada secara langsung atau tidak dalam bentuk wang,
barang berharga atau kedudukan dan sebagainya dengan niat untuk
mempengaruhi undi.
11. Seseorang calon dibenarkan membelanjakan sejumlah wang bagi tujuan berkempen
iaitu tidak melebihi RM200,000 bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan RM100,000 dalam
Dewan Undangan Negeri.

Pengundian

1. Ada dua jenis pengundian dalam sistem pilihan raya di Malaysia iaitu:
a) Pengundian biasa yang melibatkan para pengundi biasa yang akan mengundi
pada hari yang ditetapkan sebagai hari menggundi.
b) Pengundian pos iaitu melibatkan para pengundi yang tidak hadir pada hari
pengundian biasa seperti anggota angkatan tentera, pelajar yang menuntut di luar
negara dan kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara.
c) Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:
i. Petugas Pilihan Raya.
ii. Anggota Polis dan anggota polis hutan serta pasangannya.
iii. Ahli panel dan Pegawai SPR
iv. Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara
pos melalui pewartaan.
d) Penggundian pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang
layak mengundi melalui pos. ini diadakan lebih awal, iaitu sebaik sahaja kertas
undi dicetak. Mereka perlu mengemukakan kertas undi yang telah ditandai ke
pejabat Pegawai SPR sebelum atau pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.
2. Pada hari pengundian, semua pengundi yang telah berdaftar dengan SPR akan keluar
mengundi jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari yang sama. Di Kawasan yang
menghadapi masalah perhubungan seperti di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak hari pengundian diadakan selama dua hari.
3. Pengundian hanya dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan. Setiap tempat
(pusat) mengundi diketuai oleh seorang ketua tempat mengundi yang menyelia semua
urusan pengundian di tempat itu. Beliau dibantu oleh kerani pengundian.
4. Beberapa orang tertentu sahaja yang dibenarkan berada di tempat mengundi iaitu:
a) Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
b) Pemilih yang namanya tercatat dalam daftar pemilih tempat mengundi.

121
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

c) Ketua tempat mengundi dan kakitangan yang membantu beliau.


d) Calon dan wakil calon (ejen pilihan raya).
e) Ejen tempat mengundi (seorang wakil calon dibenarkan berada ditempat mengundi
untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dan proses pengundian
berjalan lancar).
f) Orang yang mendapat kebenaran daripada SPR.
5. Pemilih mengundi calon dengan menandakan tanda pangkah (X) dalam ruangan yang
bertentangan dengan nama/simbol calon. Kertas undi yang telah ditandai hendaklah
dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi.
6. Bagi kawasan di mana pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan
serentak, dua kertas undi akan disediakan. Setiap kertas undi hendaklah dimasukkan
ke dalam peti undi berasingan yang bertanda Parlimen dan Negeri.

Barung SPR

Undang-undang yang ada pada masa ini, melarang calon daripada mendirikan pondok di
mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau
bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya
pondok itu terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi.
Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-
pusat mengundi. Tujuan barung-barung ini didirikan adalah untuk membantu pemilih-
pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya
pengundian berjalan dengan lancar.

Pengiraan Undi

1. Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos bagi
setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus
Pilihan Raya.
2. Semasa pengiraan dan perjumlahan rasmi, orang berikut sahaja yang dibenarkan di
tempat mengira undi:
a) Ahli dan pegawai SPR.
b) Pegawai yang dilantik oleh SPR.
c) Kerani mengira undi.
d) Calon, wakil calon dan ejen mengira undi bagi memastikan pengiraan dilakukan
dengan adil dan betul.

122
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

3. Setelah undi selesai dikira ditempat mengundi, penyata pengiraan undi itu akan dibawa
kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat perjumlahan rasmi undi.
4. Keputusan penuh diperoleh dengan menjumlahkan kesemua keputusan dari tempat-
tempat mengundi.

Keputusan Pilihan Raya

1. Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus kawasan pilihan raya
itu dan calon yang diisytiharkan menang ialah calon yang mendapat undi yang
terbanyak.
2. Seterusnya keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti
yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan.
3. Mana-mana pihak yang tidak berpuasa hati dengan keputusan pilihan raya boleh
mencabar keputusan itu dengan mengemukakan satu petisyen rayuan di Mahkamah
Tinggi dalam masa 21 hari selepas keputusan rasmi pilihan raya diwartakan dengan
alasan-alasan berikut:
a) Berlaku sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan
pilihan raya itu.
b) Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya.
c) Calon atau wakil calon hilang kelayakan.
d) Perbuatan rasuah atau menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon atau
wakil-wakil calon.
4. Jika mahkamah memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah dan terbatal,
SPR akan mengadakan semula pilihan raya bagi kawasan berkenaan.
5. Semua dokumen berkaitan dengan pilihan raya seperti kertas undi dan daftar pemilih
akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Dokumen-dokumen ini hanya
dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, apabila didapati perlu.
6. Penyata perbelanjaan pilihan raya perlu diserahkan kepada Pegawai Pilihan Raya
Negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartkan. Kegagalan
berbuat demikian ada satu kesalahan yang menyalahi undang-undang pilihan raya.

123

You might also like