You are on page 1of 3

[MINIT MESYUARAT PBS 2017] SKCC

SK CHANGKAT CHERMIN,
32400 AYER TAWAR, PERAK.

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2017

Tarikh : 19 JANUARI 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal komputer SKCC
Kehadiran :
Rozaidi bin Mohamad Kasan (PK Pentadbiran)
Mohd Salihin bin Mohd Ghazali (PK HEM)
Embam binti Md Ibrahim (PK Kokurikulum)
Maizzatul Azura bt Meor Hamzah (SU PBS)
Norazliza bt Shamsuddin (SU Peperiksaan)
Mai Affida bt Mior Amran
Norfadila bt Mohamad
Siti Aisyah bt Ismail Shauki
Sobri Binti Che Man
Masalmah bt Abd Hamid
Norhazirah bt Sahat
Mohd Zulhazmi bin Ab Manan
Muhd khairul Fahmie bin Abdul Hamid
Mohd Najmi bin Idris

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti
3. pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
7. Hal-hal lain

1
[MINIT MESYUARAT PBS 2017] SKCC

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Rozaidi bin
Mohamad Kasan.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan.

2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1 Encik Rozaidi menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan kualiti diuruskan
oleh Pengurusan Sekolah
2.2 Encik Rozaidi menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf. Kandungan yang ada
dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS yang terkini PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan
Akademik. Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran
Pusat (PP). Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti
Jasmani Sukan dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik. Setiap keputusan
akan diberi sijil secara berasingan.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Ke empat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh
merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Pembudayaan PBS Sarana Ibu bapa.


3.1 Encik Rozaidi meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan peranan
bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini memandangkan masih ramai yang
belum faham mengenai PBS. Beliau meminta cadangan-cadangan dari guru.
3.2 Pn Norazliza mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan diadakan bersama PIBG
nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga
mengenai PBS.
3.3 Pn Norazliza juga mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam Facebook Sekolah,
Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.

4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari januari hingga Mac. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi
dan disiapkan pada akhir persekolahan.

5. Penubuhan Jawatankuasa PBS


5.1 Setiausaha PBS Pn Maizatul Azura menayangkan Slaid Jawatankuasa PBS 2017.

2
[MINIT MESYUARAT PBS 2017] SKCC

5.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
5.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

6. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


6.1 Setiausaha PBS Puan Maizatul Azura menerangkan bagaimana sistem offline perlu
diisi.
6.2 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
6.3 Beliau memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui laman
web KPM atau boleh mendapatkannya dari beliau secara softcopy.
6.4 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM. Perekodan
gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dibuat pada akhir tahun nanti.

7. Hal hal lain


5.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 3.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

.. ..
MAIZATUL AZURA BINTI MEOR HAMZAH ROZAIDI BIN MOHAMAD KASAN
(Setiausaha PBS ) (Penolong Kanan Pentadbiran)
SK Changkat Chermin SK Changkat Chermin

You might also like