You are on page 1of 3

PK07-LAMPIRAN03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BIL 1/TAHUN 2017

Tarikh : 29 DISEMBER 2016

Masa : 1230 - 1330

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : Mohd Ariff Sharif

Kehadiran : En Mirul Adham Mirul Anuar


En Iranshah Rahmatullah
En Zainul Haris
Pn Sharifah Syafinaz Alsagoff

Hadir Bersama (Jika ada) : -

Tidak Hadir : -

Urus Setia/Setiausaha : En. Mirul Adham Mirul Anuar

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama untuk aktiviti dan program
Sivik dan Kewarganegaraan SMK Victoria 2016
1.2 Pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada ketua bidang baru 2015 Pn Sharifah
Shafinaz Alsagoff untuk menyampaikan beberapa maklumat penting.
1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan/Mingguan 2017 perlu disiapkan dalam minggu
pertama sekolah
1.4 Buku rekod mengajar akan digunakan semula. Pencerapan dan semakan latihan
perlu mengikut takwim yang disediakan.
1.5 Perancangan peruntukan PCG 2017 Panitia Sivik dan Kewarganegaraan perlu
dirancang untuk kegunaan panitia.
1.6 Penggunaan PCG mengikut SOP perbendaharaan dengan 3 invois berbeza
diseseduakan.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 4 2016 dicadangkan pengesahannya oleh En Mirul Adham
Mirul Anuar dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

HakCiptaTerpeliharaPejabatPendidikanWilayahBangsar&Pudu
2Januari2014-Keluaran03|Pindaan00/2015
PK07-LAMPIRAN03

3 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


3.1 Program Sivik telah berjalan antaranya ialah Program Lawatan Ke Sabah,
Program Lawatan Rumah Orang Tua dan Program lawatan Rumah Orang
Buta.

3.2 PCG Panitia tahun 2016 berjaya dihabiskan 80%.

3.3 PCG Panitia Sivik dan Kewarganegaraan boleh digunakan untuk membeli buku
PBS dan latihan.

3.4 Antara program yang dicadangkan pada tahun 2017 ialah lawatan rumah orang
tua, lawatan Program Kerja amal di Johor/Langkawi, program paintball dan
seminar pendidikan.

Tindakan: Makluman

4 HAL-HAL LAIN

Makluman

5.1. Perekodan PBS online perlu disiapkan untuk sivik tingkatan 1 dan 2 dan
Tingkatan 3 berjaya disiapkan serta pemarkahan dalam saps dan sps
diselesaikan.

5.2 Jadual Pembina Soalan perlu dilengkapkan sebelum akhir Januari 2017.

Tindakan: Makluman
5
PENUTUP

5.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dan Mesyuarat Panitia
Sivik dan Kewarganegaraan 1 2017 ditangguhkan pada jam 1315.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh,

(En. Mirul Adham Mirul Anuar)


Setiausaha
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan
SMK Victoria

15 Januari 2017

HakCiptaTerpeliharaPejabatPendidikanWilayahBangsar&Pudu
2Januari2014-Keluaran03|Pindaan00/2015
PK07-LAMPIRAN03

HakCiptaTerpeliharaPejabatPendidikanWilayahBangsar&Pudu
2Januari2014-Keluaran03|Pindaan00/2015

You might also like