You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN MORAL BILANGAN 1/2015

SK. ST. JOSEPH, PENAMPANG

Tarikh : 10 Februari, 2015

Tempat: Bilik Guru

Masa : 1.15 petang

Kehadiran :

1. Pn. Sthllah Ongking - Ketua Panitia PM

2. Pn. Betty Amui

3. Pn. Jessy Ganie

4. Pn. Caroline James

5. Pn. Laini Karihi

6. Pn. Lee Fung Ken

7. Pn. Juviniah John

8. En. Martin Sibit

Agenda Mesyuarat

1. Kata-kata aluan pengerusi

2. Pembentukan Jawatankuasa

3. Takwim Perancangan

4. PCG

5. Hal-hal lain
1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru mata pelajaran Pendidikan
Moral kerana hadir dalam mesyuarat kali pertama bagi tahun 2014.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa tahun ini adalah tahun pertama beliau berada di sekolah ini
dan telah dimandatkan untuk memegang jawatan Ketua Panitia PM. Oleh itu, beliau
meminta agar semua guru MP dapat bekerjasama dan sentiasa saling bantu-membantu di
antara satu dengan lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi khasnya
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

2.0 PERKARA BERBANGKIT

2.1 Pembentukan Jawatankuasa.

2.1.1 Pengerusi : Pn. Sthllah Ongking

2.1.2 Setiausaha : Pn. Lee Fung Ken

2.1.3 Bendahari : Pn. Betty Amui

2.1.4 AJK : Pn. Juviniah John

Pn. Jessy Ganie

Pn. Laini Karihi

Pn. Caroline James

En. Martin Sibit

2.2 Takwim Perancangan 2015

BIL PERKARA TARIKH


1. Pembentukan Jawatankuasa 10 Februari 2015
2. Mesyuarat ( 3 kali setahun ) Februari, Julai, November
3. Bulan Kemerdekaan Ogos dan September
4. Pertandingan Buku Skrap September
5. Peperiksaan Semester I & II Mei dan Oktober
2.3 PCG

Ketua Panitia meminta semua guru Pendidikan Moral menyenaraikan bahan peralatan
untuk keperluan tahun ini dan diserahkan kepada Pengerusi untuk diambil tindakan.

(Tindakan : Semua guru PM)

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Pengerusi meminta semua guru PM menyediakan BBB yang berorentasikan I-Think
semasa PdP dijalankan bagi menarik minat murid untuk belajar terutama sekali mata
pelajaran Pendidikan Moral.

(Tindakan : Semua guru PM)

4.0 UCAPAN PENUTUP

4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
pada mesyuarat ini.

4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,


(LEE FUNG KEN) (STHLLAH ONGKING)
Setiausaha Pendidikan Moral Ketua Panitia PM

You might also like