You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI

MINIT MESYUARAT PEMUAFAKATAN PRASEKOLAH BIL 1 (TAHUN 2016)

Tarikh :
Masa : 11.00 pagi 12.30 tgh
Tempat : Bangunan Prasekolah
Pengerusi : Pn. Hjh. Rubiah binti Melan
Kehadiran : orang
Turut hadir :

1. PERUTUSAN GURU BESAR (Pn. Hjh. Rubiah binti Melan)

1.1. Mengucapkan terimakasih kepada ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Pemuafakatan
Prasekolah pada tahun ini.
1.2. Menerangkan tentang tujuan Majlis Pemuafakatan diwujudkan di prasekolah.
1.2.1. Saranan daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah agar mewujudkan satu majlis
pemuafakatan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama ibu bapa
bersama pihak sekolah.
1.2.2. Memudahkan ibu bapa dan pihak prasekolah untuk membincangkan hal anak-
anak dan aktiviti yang dijalankan
1.3. Mengharapkan di dalam mesyuarat ini dapat memberikan idea-idea yang berguna untuk
membangunkan pendidikan prasekolah di sekolah ini.
1.4. Program atau perancangan yang dirancang akan dapat menyumbangkan faedah dan
mendatangkan implikasi dalam diri murid

2. AGENDA MESYUARAT
2.1. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan 2016
Pengerusi : Pn. Maimon binti Muji
Naib Pengerusi : En. Syed Shahril bin Syed Mustafa
Setiausaha : En. Muhammad Hafidz bin Zaini
Naib Setiausaha : Pn. Nuraini binti Rashid
Bendahari : Pn. Norsila binti Omar
Naib Bendahari : Pn. Norliza binti Ali
Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Khairy bin Samyon
: En. Raja Muhamad Zuhamer bin Raja Salleh
: En. Mohd Asri bin Ismail
: Pn. Zuraida binti Abdullah
: Pn. Hamizah binti Semahon
Tindakan: ibu bapa dan guru
2.2. Aktiviti Prasekolah
Mesyuarat merancang dan bersetuju untuk:
2.2.1. Melaksanakan program menabung di kalangan kanak-kanak prasekolah untuk
memberikan pendedahan awal kepada mereka agar dapat merancang kewangan dan
berjimat-cermat demi masa depan. Tabungan telah ditetapkan jumlahnya iaitu
RM1.00 sehari bermula bulan Jan hingga Oktober.
2.2.2. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada bulan April/Mei
bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak prasekolah dengan pembelajaran di luar
kelas serta merapatkan hubungan antara kanak-kanak dan juga ibu bapa serta pihak
sekolah.
2.2.3. Mengadakan aktiviti mengaji (Muqaddam) setiap pagi Khamis.
2.2.4. Mengadakan gotong-royong.
2.2.5. Mengadakan penilaian dalaman untuk kanak-kanak prasekolah pada akhir
semester pertama dan akhir semester kedua bagi meningkatkan kemajuan murid di
samping memotivasikan murid agar mereka berusaha memperbaiki kelemahan
untuk terus berjaya.
2.2.6. Melaksanakan Hari Graduasi Prasekolah di Hari Kecemerlangan Sekolah pada
akhir tahun.
2.2.7. Mengadakan Sambutan Hari Lahir kanak-kanak prasekolah setiap tiga bulan
sekali.
2.2.8. Ibu bapa memberi sumbangan sebanyak RM10.00 setiap bulan bermula dari bulan
Januari hingga bulan Oktober untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun 2016.
2.2.9. Mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak prasekolah dan
menghasilkan bahan bantu mengajar untuk prasekolah.
2.2.10. Mengadakan lawatan ke Balai Polis dan juga Balai Bomba bagi memberi
pengalaman dan maklumat kepada kanak-kanak prasekolah tentang tugas-tugas
pasukan keselamatan.

Tindakan: ibu bapa dan guru

2.3. Ucapan Pengerusi Pemuafakatan Prasekolah 2016 (Pn. Maimon binti Muji)
2.3.1. Mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir kerana
memberi kepercayaan dan memilih beliau selaku pengerusi pada tahun ini. Beliau
berharap jasa baik ibu bapa agar sentiasa bekerjasama dan dapat membantu
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang demi kebaikan dan manfaat pada kanak-
kanak prasekolah.
Tindakan: ibu bapa dan guru
2.3.2. HAL-HAL LAIN
2.3.2.1. Pn. Rafidah bin A. Rahman mencadangkan guru prasekolah mewujudkan
kumpulan whatsapp Pemuafakatan Prasekolah 2016 bagi memudahkan
pemberitahuan maklumat kepada semua ibu bapa
2.3.2.2. Pn. Hjh. Rubiah binti Melan berpesan kepada ibu bapa supaya memberi
mandat kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik untuk membuat
keputusan yang berkaitan dengan pemuafakatan.
Tindakan: ibu bapa dan guru

3. PENUTUP
3.1. Ucapan penangguhan oleh En. Muhammad Hafidz bin Zaini. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan mengharapkan putera dan puteri prasekolah
dapat dibantu dan dibimbing oleh ibu bapa masing-masing bagi memastikan mereka
dapat menguasai setiap kemahiran selari dengan perkembangan umur mereka.
3.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:


(Muhammad Hafidz bin Zaini) (Pn. Maimon binti Muji)
Setiausaha Pengerusi
Pemuafakatan Prasekolah Pemuafakatan Prasekolah
SK Seri Puteri SK Seri Puteri
Batu Pahat Batu Pahat

Disahkan Oleh:


(Pn. Hjh. Rubiah binti Melan)
Guru Besar,
SK Seri Puteri
Batu Pahat

You might also like