You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


BIL2 /TAHUN 2017

Tarikh : 6 Jun 2017


Masa : 11.30-12.30 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran (Bilangan) : 12 Orang

Nama Yang Hadir :


1. En. Mohd Radzuan bin Omar
2. Cik Leong Yeok Lian
3. Pn. Norizah binti Yusak
4. En. Lukman bin Mohamad
5. En. Jamil bin Sidek
6. Pn. Marsitah binti Ismail
7. En. Mohamad Azlan bin Sulaiman
8. Pn. Nurul Ainshah binti Awang Kecik
9. En. Kamarul Azlan Bin Mohamad
Guru Data
10. Pn. Noor Asyikin bin Yaakop
SU Peperiksaan SPM
11. Pn. Norlin binti Jaafar
SU Peperikasaan Dalaman
12. Pn. Juliana binti Zainal Abidin
Penyelaras Data Headcount

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali ke dua tahun 2017.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Maklumat Sekolah terdiri daripada
tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-Operasi.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu
dalam Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
Tindakan: Semua Guru

2.0 Penggunaan FROG VLE


2.1 Guru perlu menggunakan frog vle setiap hari dengan membuat website PDP mereka
2.2 Murid perlu menggunakan chrome book dan menggunakan frog VLE di makmal
komputer
2.3 Murid menggunakan FROG VLE mengikut jadual yang di tetapkan dan membuat
latihan dalam sistem
2.4 FROG VLE perlu memenuhi KPI yang ditetapkan

Tindakan: Semua ahli JPMS


3.0 LAPORAN UNIT
3.1 Penerangan fungsi dan peranan guru data dalam JPMS kepada semua guru. Guru
data juga menyatakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru data di sekolah.
Tindakan: Guru Data

3.2 Guru data membuat kemaskini EMIS Online dan Data e-operasi dari masa ke
semasa kepada semua ahli JPMS. Menerangkan kepentingan dalam Emis Online seperti
maklumat sekolah, kemudahan sekolah. Guru data menyatakan bahawa maklumat guru dan
staf adalah sulit dan tidak boleh dipaparkan kepada umum.Guru data juga berkata maklumat
dalam e-operasi perlu dikemaskini dari masa ke semasa, Semua guru boleh mengakses data
masing-masing dengan menggunakan kata laluan yang telah dibuat oleh semua
guru.Memastikan maklumat guru dalam e-operasi adalah lengkap
Tindakan: Guru Data

3.3 Memastikan Jumlah pelajar sentiasa tele dengan kehadiran semasa. Guru data
mengingatkan guru- guru tingkatan untuk mengemaskini maklumat pelajar dalam system
APDM.

Tindakan: Semua guru tingkatan

3.4 Menyemak jumlah guru dan jumlah staf yang ada di sekolah di dalam e-operasi.
Tindakan: PK 1

3.5 Semakan bersama ahli JPMS mengenai maklumat sekolah, menyatakan semua
maklumat sekolah adalah dibawah pengawasan guru data yang akan dilaksanakan oleh
penyelaras masing-masing

Tindakan: Semua Ahli JPMS


4.0 Penutup

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh

. .. ..
Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat SMK Bandar Putra, SMK Bandar Putra
Sekolah, Segamat, Johor Segamat, Johor
SMK Bandar Putra,
Segamat, Johor

You might also like