You are on page 1of 7

JURNAL REFLEKTIF

Penulisan Jurnal Sepanjang Tempoh Perlaksanaan Tugas

ISU
1.Untuk Tugasan 1 Aktiviti 1,saya telah diminta menyediakan tugasan
mencari maklumat mengenai permainan tradisonal oleh pelbagai
kaum.Saya perlu mencari maklumat tentang pelbagai pemainana
tradisional .Jadi saya merangka permainan tradisional mengikut kaum di
Malaysia melalui Internet.Namun demikian saya saya juga bersemuka
dengan jiran-jiran saya untuk bertanya permaianan tradisional
mereka.Pada awalnya,tajuk tugasan ini Nampak mudah untuk diperolehi
maklumat namun setelah beberapa hari mencari,didapati amatlah sukar
untuk memeperolehi isi-isi tajuk tugasan.
2. Untuk tugasan1 Aktiviti 2 saya dikehendaki menyediakan kertas
kerja tentang permainan yang perlu dilaksanakan .Saya telah
menyediakan kertas kerje dan mengemukakannya kepada Guru Besar.
Guru Besar juga telah menerimanya dan telah mengadakan masyarakat
tentang karnival pertandingan congkan peringat sekolah. Saya telah
mengagihkan tugas kepada semua guru.Semua guru memberi cadangan
dan juga membantu saya memeperbaiki.
3.Untuk Tugasan 1 Aktiviti 3,saya telah diminta laksanakan
pertandingan congkak .Saya juga telah diminta sama ada merakamkan
video ataupun menangkap gambar.Ini merupakan pengalaman baru saya
untuk menganjurkan pertandingan congkak . Semua guru telah
bekerjasama untuk menjayakan pertandingan ini.
Permainan tradisional ini tidak memerlukan peralatan yang canggih dan
mahal dimainkan golongan dewasa dan kanak-kanak . Bola diperbuat
dapat bahan-bahan semulajadi seperti biji getah,tempurung kelapa dan
buluh.Ketika itu,radio dan televisyen tidak dimiliki ramai jadi permainan
tradisional berperanan sebagai sumber hiburan masayarakat.Permainan-
permainan ini juga merapatkan hubungan antara jiran tetangga.

Antara permainan tradisional yang agak popular ialah congkak,batu


seremban,wau,gading dan alah panjang.Namun begitu,permainan ini
semakan pupus kerana kurang diminati oleh masyarakat kini,Dengan
peredaran masa dan cara hidup,permainan tradisional lama kelamaan
digantikan dengan aktiviti-aktiviti riadah yang lain.Permainan
tradisional seperti gasing dan laying-layang diteruskan sebgai tarikan
pelancong sementara permainan karak-karak seperti polis dan pencuri
dan guli diabaikan kanak-kanak lebih mengutamakan mainan-mainan
keluaran kilang.Kini,permainan elektronik dan digital seperti Nintendo
dan playstation pula yang menjadi pilihan mereka permainan tradisional
dianggap tiada nilai komersial dan ditambahkan pula gengan pengaruh
barat yang semakin menular sejajar dengan perkembagan Ict yang begitu
pesat. Oleh yang demikian ,hal ini menjadi kebimbanagan yang serius
dalam kalangan tokok-tokoh budaya dan genarasi-genarasi tua.Semua
pihak seperti ibubapa,guru-guru dan pemimpin masyarakat perlu
berusaha menghidupkan kembali permainan tradisional.
Tidak dinafikan ,langkah-langkah proaktif patut diambil supaya
permainan tradisional ini tidak menjadi nasi sudah menjadi bubur malah
tidak pupus.Antaranya,kerajaan Pahang bersedia
mengetengahkan,permainan tradisional rakyat khususnya gasing
pangkak sebagai produk pelancongan baru untuk tarikan pelancong
asing dan domestic ke negara ini Bukan itu sahaja,generasi sekarang
dan akan datang dapat berbangga dengan permainan warisan nenek
moyang mereka.Selain ,langkah lain yang dapat dilaksanakan dengan
memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar sekolah dan
permainan ini sewaktu matapelajaran pendidikan jasmani dan kegiatan
kurikulum diluar bilik darjah.

Di sekolah,pertandingan antara kumpulan,kelas, atau sekolah.gengan


itu,pelajar yang kreatif berpeluang mengembangkan bakat dan daya
kreativiti. Sementara itu,pertunjukan dan pertandingan tradisional juga
perlu diadakan dari masa ke semasa.Menerusi usaha bersepadu ini sudah
tentu masyarakat akan mengenali dan menjadikan permainan tradisional
sebagai amalan mereka pada masa lapang.
Antaranya permainan tradisional ternyata dapat menyatupadukan
masyarakat.Hal ini bererti bahawa jalinan muhibah dan rsa persaudaraan
wujud dalam kalangan masyarakat.Selalaunya permainan tradisional
bukan sahaja membei hiburan,malah manfaat terhadap kecerdasan
rohani dan jasmani sewaktu bermain terutama diluar rumah.Keadaan ini
berlaku kerana permainanya menggunakan gerakan otot,sepert lengan
,kaki,mata.Hal ini akan melahirkan badan yang sihat serta melatih
kanak-kanak tentang sifat positif dan mulia seperti tolong-
menolong,bersatu padu,bertolak ansur tenaga untuk memenangi sesuatu
permainan.Semangat ingin mencapai kejayaan tertanam di dalam jiwa
mereka.Sewaktu bermain,mereka dapat berhubung dengan rakan sebaya
dan secara tidak langsung melatih mereka bergaul.Perbualan spontan
antara mereka akan menambahkan perbendaharaan kata.

Selain itu ,permainan kanak-kanak dapt melatih mereka untuk


menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin.Mereka akan akur pada
ketua dan syarat pertandingan.Sifat bertolak ansur dan
bertanggungjawab dapar dipupuk.Lagu yang ada dalam permainan
kanak-kanak akan melatih mereka menyebut perkataan dengan betul dan
fasih malah lancar.Latihan mengira turut ada dalam permainan,contohya
dalam selambut dan congkak.Permainan ini memerlukan kepintaran
bertindak dan bercekapan akal. Setiap gerak,walaupun nampak mudah
,iaitu sekadar mengambil dan mengatur kembali biji gali dari lubang
lubang,mempunyai maknanya yang tersendiri.permainan tradisional
mampu melahirkan masyarakat yang kreatif yang penuh dengan nilai
kesenian kerana untuk menghasilkan sesuatu alat permainan ,seperti
gasing dan wau,kemahiran dan ketelitian diperlukan,gasing atau wau
yang baik bergantung kepada pembuat dan pemain. Secara tidak
langsung,hal ini memaksa masyarakat berfikir untuk menghasilkan
kelainan.

Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak


membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya.Dalam
bidang pelancongan, permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan
pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini,pihak
yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk
mengetengahkan kepelbagaian .Khanazah permainan
tradisional,sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan
peribadi dan jati diri bangsa.

Oleh itu,kita perlu menyokong usaha untuk menghidupkan permainan


tradisional kembali.
Usaha usaha untuk mempopularkan permainan tradisional semakin
dibicarakan oleh rakyat jelata Malaysia yang mula celik tentang
kepentingannya. Hal ini kerana,rakyat negara ini tahu bahawa permainan
tradisional mendatangkan banyak faedah seperti dijadikan hobi pada
masa lapang,mengeratkan hubungan sesama sendiri ,dan dijadikan
warisan bangsa. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manalah
dapat sagunya perlu dijadikan pegangan untuk mempopularkan
permainan tradisional.Sehubungan dengan itu,semua pihak seperti
ibubapa,pihak sekolah,pihak kerajaan dan pihak swasta perlulah
berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.
Langkah utama ialah ibubapa perlu menunjukkan minat yang
mendalam terhadap permainan tradisional. Ibubapa perlu sama-sama
anak-anak untuk bermain permainan tradisional seperti permainan
congkak,batu seremban,wau,gasing dan sebagainya. Untuk mendidik
anak-anak menyukai permainan tersebut ibarat tak kenal,maka tak cinta.
Selain itu,ibubapa perlunya memberi sokongan dengan membeli alatan
tidak hilang. Sesungguhnya,ibubapa mampu mempopularkan permainan
tradisional dalam kalangan anak-anak.

Pihak sekolah jua boleh memainkan peranan menubuhkan Kelab


Permainan Tradisional dalam kalangan pelajar. Melalui kelab ini,pelajar
dapat mempelajari peraturan dan cara permainan tersebut,dimainkan
dengan lebih teratur hasil bimbingan guru penasihat. Pertandingan
permainan,tradisional juga perlu dianjurkan secara besar-besaran agar
permainan ini terus popular dan tidak dianggap sebagai ketinggalan
zaman.
Seterusnya,pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran
untuk ini boleh dilakukan melalui media seperti TV,radio,internet dan
sebagainya untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kebaikan
permainan tradisional. Dalam kempen ini,masyarakat akan dijelaskan
tentang keunikan permainan tradisional sebagai warisan bangga yang
perlu diketegahkan dan menjadi kebanggaan rakyat serta menjadi tarikan
pelancong asing. Jelaslah bahawa,jika kerajaan merangka kempen
kesedaran dengan baik.pasti hasilnya amat memberansangkan.

Selain itu,pihak swasta seperti badan-badan korporat dan syarikat-


syarikat perniagaan juga bertanggungjawab untuk memaikan peranan
dalam usaha mempopularkan permainan tradisional ini. Pihak swasta
boleh menyalurkan sumbagan kepada komuniti setempat untuk membina
sebuah pusat riadah permainan tradisional. Di samping itu,mereka juga
perlu menyediakan peralatan ynag lengkap kemudahan orang awam
menggunakan pusat riadah tersebut sebgai bukti khidmat social mereka
kepada masyarakat. Jelaslah ,pihak swasta turut mempunyai peranan
dalam mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat.

You might also like