You are on page 1of 10

PENGENALAN

Disiplin adalah penting dalam pengisian hidup seharian. Ia adalah sebuah cara untuk
mempertingkatkan sesebuah organisasi. Organisasi yang kuat dan cemerlang terletak pada
disiplin ahlinya. Disiplin diri juga adalah cara untuk mengubah kelemahan pada diri sendiri
menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, meskipun kita mengetahui apa yang kita inginkan sudah
tentu kita tidak akan mampu mencapainya. Bagi kakitangan awam, ia terikat dengan satu
peraturan iaitu Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan)
2002, Peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan tentang kelakuan yang dibenarkan
dan dilarang dan anggota perkhidmatan awam dianggap sudah maklum dan tahu mengenai
semua larangan tersebut dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Disiplin dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan adalah penting bagi menjaga imej dan
martabat kerjaya.
PENCARIAN LITERATUR

Hadari (1985) menyatakan bahawa disiplin atau tatatertib dimaksudkan sebagai


kesediaan mematuhi ketentuan seperti peraturan-peraturan yang secara eksplisit yang juga
perlu mencakupi kesangsian yang akan diterima jika ada pelanggaran terhadap ketentuan-
ketentuan tersebut.
Selain itu, Jerry Wyckoff dan Barbara C. Unel (1990) pula mendefinisikan disiplin
sebagai suatu proses kerja yang lebih terarah kepada ketertiban dan pengendalian diri.
Menurut Wayne Mondy dan Robert M. Noe (1990) disiplin adalah status pengendalian
diri seseorang pekerja, sebagai tanda ketertiban dan kerapian dalam melakukan kerjasama dari
sekelompok unit kerja di dalam suatu organisasi (someone status selfcontrol as orderliness
sign order and accuration in doing cooperation from a group of unit work in a organization)
Jackclass (1991) membezakan disiplin dalam dua kategori, iaitu self discipline
dan social dicipline. Self dicipline merupakan disiplin peribadi pekerja yang tercermin dari
peribadinya dalam melakukan tugas kerja rutin yang harus dilaksanakan, manakala social
dicipline adalah pelaksanaan disiplin dalam organisasi secara keseluruhan.
Menurut Daniel M. Colyer. (1991) pula, disiplin pada umumnya termasuk dalam aspek
pengawasan yang sifatnya lebih keras dan tegas (hard and coherent). Dikatakan keras kerana
ada sangsi dan dikatakan tegas kerana adanya tindakan sangsi yang harus dieksekusi bila
terjadinya pelanggaran.
Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, sebagai latihan pemikiran dan kelakuan
supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk
melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, dan
hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.
PERBINCANGAN DAN HUJAH

Sebagai seorang anggota perkhidmatan awam, nilai-nilai disiplin hendaklah diterapkan


di dalam diri terutama dalam melakukan tugasan mahupun pekerjaan. Nilai disiplin ini
haruslah mencakupi pelbagai aspek contohnya dari segi masa dan kelakuan. Kakitangan
awam terikat dengan peraturan iaitu (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002.
Mengapakah peraturan seperti ini harus diwujudkan? Peraturan ini diwujudkan
bukanlah semata-semata untuk mewujudkan perasaan takut dalam kakitangan awam tetapi
lebih kepada memastikan semua kakitangan awam tidak melakukan perkara-perkara yang
boleh menjatuhkan martabat profesion itu sendiri sehinggakan melibatkan pandangan umum
kepada sistem yang diamalkan oleh kerajaan. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak
sepatutnya berlaku seperti datang lewat kerja, bersikap cuai dalam melakukan pekerjaan dan
tidak bertanggungjawab dalam tugas, sudah tentu kerajaan akan turut menerima tempias
akibat kelakuan tersebut. Peraturan ini secara tidak langsung membantu dalam mendisiplinkan
segenap lapisan kakitangan kerajaan tanpa mengira jawatan dan pangkat.
Peraturan ini diwujudkan setelah ianya dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau
organisasi bagi memastikan ahli-ahlinya dapat menikmati suasana aman dan keharmonian
terjamin. Ia turut berkaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak dan kesopanan.
Bagi kakitangan yang telah didapati melakukan kesalahan dan melanggar peraturan
akan dikenakan hukuman tatatertib dibawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Hukuman yang akan dikenakan adalah amaran, lucut
hak emolument, penangguhan pergerakan gaji dan menurunkan gaji bagi kesalahan ringan.
Manakala bagi kesalahan berat akan dikenakan hukuman penurunan pangkat dan dibuang
kerja. Hukuman seperti ini penting bagi memberi pengajaran dan memastikan tiada pekerja
yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan


dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 yang membantu dalam mendisiplinkan kakitangan awam
adalah :
Seseorang pegawai hendaklah taat pada setiap masa, memberi taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan kerajaan.
Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
persendiriannya.
Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin
menyebabkan syak yang munasabah.
Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga
memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.
Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Perkara-perkara yang telah disebut di atas jelas menunjukkan kerajaan benar-benar mahu
memastikan seluruh anggota perkhidmatan awam dapat mendisiplinkan diri dan tidak terlibat
dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam.
Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah menjadi tanggungjawab dan
berperanan dalam semua bidang seperti promosi kesihatan, pencegahan kejadian penyakit,
memberi rawatan dan rehabilitasi. Tanpa disiplin semua tanggungjwab ini tidak akan tercapai
dengan baik. Disiplin secara tidak langsung menjadikan seorang Penolong Pegawai Perubatan
komited dan berdedikasi dalam tugasnya. Penolong Pegawai Perubatan hendaklah
menghindari dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah, bermain judi, bersikap lalai atau
melengah-lengah dalam tugasnya, malas atau cuai dalam tugasnya dan datang lewat serta
ponteng kerja.
Memetik berita dari akhbar Berita Harian pada 13 Jun 2007 iaitu cadangan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang
dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan
kesalahan tatatertib dalam akhbar tempatan mungkin kurang disenangi penjawat awam.
Namun, seperti kata Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, kelmarin, langkah itu dibuat
bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan sudah diambil ke atas mereka yang melanggar
etika. Pelaksanaan cadangan itu sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan
pentadbiran telus dan bersungguh-sungguh terhadap usaha meningkatkan sistem
penyampaian. Tindakan itu, jika dilaksanakan diharap dapat mengurangkan masalah disiplin
di kalangan kakitangan awam atau setidak-tidaknya memberi kesedaran kepada kakitangan
lain agar terus bekerja dengan jujur dan penuh disiplin apa lagi dengan kenaikan gaji yang
bakal mereka nikmati bermula bulan depan. Bagaimanapun, JPA tidak menjelaskan butiran
jenis kesalahan tatatertib atau penyalahgunaan kuasa yang membolehkan nama pegawai dan
kakitangan terbabit, disiarkan. Jika kesalahan jenayah yang boleh diheret ke mahkamah
seperti rasuah, rogol atau rompakan terutama jika membabitkan pegawai tinggi, akhbar
dengan sendiri menyiarkannya tanpa perlu diminta JPA.
Jelaslah bahawa disiplin amat penting dan dititikberatkan dalam perkhidmatan awam. Jika
tidak sudah tentu, kerajaan tidak berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan tahap disiplin
kakitangan awam.

Cadangan Penyelesaian
Masalah pelanggaran peraturan dan tatatertib dikalangan penjawatawam merupakan masalah
yang perlu diselesaikan dengan segera dansecara berkesan. Menangani masalah terbabit
adalah mustahak untukmemenuhi hasrat pemimpin bagi melahirkan pekerja
yangcemerlang,gemilang dan terbilang. Ada juga saranan yang mengatakan bahawa sudah
tiba masanyaNegara ini mencuba untuk melaksanakan undang-undang Al-Quran bagi
memberi pengajaran dan peringatan supaya aktiviti pelanggaran peraturandan tatatertib tidak
terus menjadi budaya didalam masyarakat danpentadbiran awam.Penjawat Awam hendaklah
terus belajar untuk membendung tekananhidup harian dengan tidak melakukan apa juga
bentuk pelanggaranperaturan sebagai jalan penyelesaian.Mereka juga perlu
menanganipengaruh dan pujuk rayu untuk melakukan apa yang mereka tahu adalahsalah,
melanggar tatatertib dan yang boleh membawa kepada kehancurandan kebinasaan didalam
sesebuah organisasi.Ini boleh dipelajari denganmendalami pelajaran agama dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang sihat.Kalangan penjawat awam juga semestinya diberi pendidikan
danpenerangan mengenai bahaya pelanggaran peraturan dan tatatertib secaraberterusan
melalui seminar, pembacaan buku dan media cetak. Merekaperlu memastikan maklumat
bahaya gejala pelanggaran peraturan dantatatertib yang mereka perolehi disampaikan kepada
rakan dan sahabat.Seterusnya mereka hendaklah menyemat rasa berani,
disiplin,tanggungjawab dan jatidiri untuk membena masa hadapan yang cerahuntuk mereka
sendiri, jabatan dan Negara.

RUMUSAN
Untuk memastikan perkhidmatan awam terutamanya kerjaya Penolong Pegawai
Perubatan dimartabatkan, maka adalah penting untuk nilai disiplin sentiasa diterapkan dalam
diri setiap Penolong Pegawai Perubatan. Ini bagi menangkis tanggapan buruk terhadap
kerjaya Penolong Pegawai Perubatan sebelum ini dimana sering menjadi bahan yang kurang
enak diperdengarkan. Diharap disiplin yang ada sedikit sebanyak dapat sinar positif. Dengan
ini, jelaslah bahawa disiplin amat penting tidak mengira apa jua bidang yang diceburi.
Lazimnya, kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja.
Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan
berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan banyak
kemahiran dan pengalaman. Ia hanya diperoleh dengan adanya DISIPLIN.

SUMBER RUJUKAN
1. Marty Broanstein Brou (1998), Mengendalikan Pekerja Yang Bermasalah, Pelangi
Publishing Group Berhad, Malaysia.

2. Zailiani Taslim (1998), Disiplin, Penerbitan Jeya Bakti, Malaysia.

3. Abdul Aziz Hussin (1994), Undang-undang Yang Mengenai Kelakuan dan Tatatertib
Penjawat Awam : Hak dan Tanggungjawab, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

4. MDC Legal Advisers (1998), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) 1993 : Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993:
semua Pindaan hingga Ogos 1998, MDC Penerbit Pencetak.

5. Mardzelah binti Makhsin (2007), Sains Pemikiran dan Etika, PTS Professional
Publishing.

6. Kamus Dewan (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

7. Laman sesawang Wikipedia : http://id.wikipedia.org/wiki/Disiplin

ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN

2 LITERATURE REVIEW

3 PERBINCANGAN DAN HUJAH

4 CADANGAN PENYELESAIAN

5 RU,MUSAN

6 SUMBER RUJUKAM

7 RUMUSAN

8 RUJUKAN

You might also like