You are on page 1of 14

Praktikum : Laporan Projek Inovasi

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2017

KOD KURSUS ETP441

NAMA KURSUS LAPORAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NOR ASHIKIN BINTI MOHAMED AMIN

NO. MATRIK E 30209130340

NAMA FASILITATOR PUAN NORSABARINA BT MAT RAZI


AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AEU, IPOH

1
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

Salam sejahtera,
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada puan fasilitator
iaitu Puan Norsabarina bt Mat Razi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Terima kasih.

2
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

KANDUNGAN LAPORAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Bil. Perkara Halaman

1. Pengenalan 4
2. Rasional projek 5

3. Penerangan projek inovasi : Ujana Ilmu 7


4. Keadaan sebelum inovasi 8
5. Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian 9
6. Pelan perancangan projek 10
7. Anggaran Kos 11
8. Kesimpulan 12
9. Lampiran 13

3
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

LAPORAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UJANA ILMU ( TAMAN ILMU )

NOR ASHIKIN BT MOHAMED AMIN : E30209130340

PENGENALAN

Sesi praktikum ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan
pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah.

Oleh hal yang demikian, bagi menyiapkan projek inovasi bagi melengkapkan sesi praktikum ini,
saya telah menyahut seruan yang disarankan oleh pihak pentadbir iaitu Encik Tarmizi bin Che
Mat (Guru Besar SKAS) untuk menyempurnakan satu projek inovasi bagi sekolah ini iaitu
membina UJANA ILMU yang merupakan suatu taman ilmu bagi SKAS ini. Panatia Bahasa
Melayu sekolah yang turut bersama memberikan sokongan.

Persekitaran kawasan di sekolah adalah penting sebagai wahana untuk merealisasikan


pengajaran dan pembelajaran (PdP) cemerlang yang bermula daripada persekitaran sekolah yang
kondusif. Dalam masa yang sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan

4
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran
sekolah.

Salah satu faktor keberkesanan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (Pdp) di dalam kelas ialah
penggunaan sumber Bahan Bantu Belajar (BBB) yang menarik dan efektif terhadap murid.
Suasana yang berkesan mampu untuk meningkatkan tahap kefahaman murid seterusnya dapat
menjamin peningkatan penguasaan murid dalam pelajaran.

Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara untuk mengalakkan murid-murid menambahkan ilmu
pengetahuan secara santai. Pondok Bacaan yang disediakan memberi kemudahan tempat dan
bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi kepustakaan dan sebagai
tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah sementara menunggu
kehadiran ibubapa atau bas sekolah

Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas
dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu murid yang lain. Murid-murid juga dapat
menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam mereka.

1. RASIONAL PROJEK

Prasarana, pengurusan kawasan persekitaran sekolah dan juga bilik darjah di sekolah yang
kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah .Persekitaran yang
diwujudkan mestilah menepat cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan
murid-murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya
diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Selain itu,
bagi menyokong Dasar Membaca yang telah digubal oleh kerajaan bagi menggalakkan dan
memudahkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Program ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif di
samping mewujudkan dan menggalakkan persekitaran sekolah yang memupuk budaya

5
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

membaca dalam kalangan murid. Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai
sumbangan terhadap sekolah serta menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai
profesionalisme keguruan secara berterusan.

Rasional Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi
mengalakkan pelajar-pelajar menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan
memberi kemudahan bahan bacaan kepada para pelajar yang tidak berkesempatan pergi
kepustakaan. Pelajar-pelajar lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang
dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu pelajar yang lain.
Pelajar-pelajar juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam
mereka.

Selain, menggalakan para pelajar menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau
rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai. UJANA ILMU ini mewujudkan
satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi
pelajar yang terbilang dan cemerlang. Harapan untuk membudayakan sikap membaca di
mana sahaja murid-murid berada menjadi harapan terhadap pembinaan projek inovasi ini.
Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh
pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan pelajar.

Secara ringkas pelaksanaan projek inovasi ini adalah untuk :-

Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas


atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.
Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih
bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.
Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.
Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang
disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu
kecemerlangan murid.
Mengurangkan masalah membuang masa kalangan murid-murid
Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah
Mempelbagaikan keadah membaca

6
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di tempat-tempat sekitar halaman


sekolah.

PENERANGAN PROJEK INOVASI : UJANA ILMU Taman Ilmu


UJANA ILMU ini merupakan sebuah taman ilmu yang dibina untuk kegunaan bukan
sahaja kepada warga sekolah, tetapi juga untuk masyarakat setempat termasuklah ibu
bapa dan orang ramai yang hadir ke sekolah ini. Difahamkan bahawa pada setiap petang
Selasa dan Khamis serta pagi setiap hari Sabtu, pada sekolah ini digunakan untuk aktiviti
Bola Sepak Soccer Kids dan Aktiviti Tae Kwan Do yang dikendalikan oleh jurulatih
luar.

Aktiviti ini melibatkan murid-murid sekolah SKAS sendiri dan juga sekolah-sekolah
berhampiran dalam zon yang sama. Oleh yang demikian, ramai ibu bapa yang datang ke
sekolah untuk tujuan menghantar, menunggu dan melihat sesi latihan yang diadakan.
UJANA ILMU yang terletak di pinggir padang ini menjadi tempat yang cukup sesuai
untuk mereka duduk sambil menanti anak masing-masing. Dengan adanya bahan bacaan
yang tersedia di sini, mereka tidak akan bosan dan menggunakan masa terluang ini untuk
membaca.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang disediakan di dalam bakul. Bahan
bacaan ini merupakan bahan bacaan yang disumbang oleh orang ramai di bawah Program
Wakaf Buku yang dianjurkan oleh badan Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama pihak
PIBG sekolah.

Pondok Bacaan diwujudkan di hadapan blok Tahun Satu merupakan lokasi yang
strategik kerana murid-murid Tahap 1 berpeluang bermain sambil membaca di UJANA
ILMU ini. Murid-murid bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat pada
pukul 9.40 pagi hingga 10.00 pagi bagi Tahap 1 dan 10.10 pagi hingga 10.30 pagi bagi
murid Tahap 2 kerana tempat ini lebih terbuka, santai, bebas dengan peraturan seperti
perpustakaan dan boleh bergerak bebas. Selain itu, di sini, murid-murid dibolehkan

7
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

makan dan minum semasa mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan tetapi dengan
syarat mereka mesti menjaga kebersihan kawasan dan bahan bacaan yang terdapat di sini.

Rekod Penggunaan UJANA ILMU juga disediakan kepada mereka yang berkunjung untuk
mencari penerima hadiah PENGUNJUNG TERBAIK yang dianjurkan bersama pihak PSS.
(rujuk lampiran yang disediakan)

KEADAAN SEBELUM INOVASI

Dahulunya, pondok ini merupakan sebuah bangsal basikal lama yang digunakan oleh murid-
murid meletakkan basikal masing-masing. Tidak ramai yang berbasikal ke sekolah, oleh itu
bangsal ini digunakan oleh guru-guru dan murid-murid sebagai tempat berehat sementara
menunggu kelas atau hal hal lain.

Oleh itu, amat rugi jika pondok tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada bahan ilmiah yang
boleh dirujuk oleh warga SKAS. Atas kesedaran itulah, Guru Besar SKAS meminta khidmat
saya untuk membantu menghiasnya bahan- bahan ilmiah dan hiasan yang kemas bagi
keselesaan bersama.

Antara langkah awal yang saya lakukan ialah menyediakan bahan bahan yang akan
diletakkan di atas setiap meja yang ada. Saya dibantu oleh Cikgu Akmatul Ira bt Mohd Noor
yang merupakan guru Pusat Sumber. Beliau mencadangkan saya memfokuskan subjek
Bahasa Inggeris memandangkan murid murid dilihat lemah dalam mata pelajaran tersebut.
Oleh itu, beliau sendiri memberikan idea penulisan bahan kepada saya. Fokusnya kepada
Grammer seperti proverbs, prepositions, antonyms, synonyms, dan banyak lagi. Walau
bagaimanapun, informasi berkaitan subjek lain turut dicadangkan agar ditampal nanti.

Selain itu, Guru Besar juga memberikan cadangan inovasi terhadap hiasan yang akan
diletakkan di atas meja. Beliau meminta saya menyediakan pokok yang terdiri daripada daun
daun dan bunga hidup untuk menaikkan kesegaran UJANA ILMU ini.

Pada hari seterusnya, saya memulakan tugas menghias pondok tersebut. Antara yang saya
lakukan pada awalnya ialah menempah banner UJANA ILMU sebagai pengenalan kepada

8
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

murid-murid dan warga sekolah. Syukurlah, saya telah mendapat sumbangan idea daripada
seorang teman yang juga merupakan salah seorang pakar dan pengkaji Bahasa Melayu ialah
Dr. Tan CL yang berada di Kota Kemuning, Shah Alam. Beliau mencadangkan UJANA
ILMU sebagai nama pondok bacaan yang merupakan projek inovasi saya pada semester
akhir ini yang membawa maksud yang cukup indah iaitu Taman Ilmu. Saya amat berharap
semoga segala sumbangan idea yang diberikan oleh rakan-rakan guru dapat membantu saya
meneruskan projek inovasi ini. Pondok ini dibina untuk membantu meningkatkan
penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui program
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang
diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PERNYATAAN MASALAH PROJEK ATAU PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada proses pemerhatian terhadap murid Tahap 1 dan temu bual yang
dijalankan terhadap guru-guru di Sekolah Kebangsaan All Saints, Kamunting, beberapa
permasalahan yang dikenalpasti itu ialah :-

1. Kekangan masa guru untuk membawa murid-murid ke Perpustakaan Sekolah


Lokasi Pusat Sumber Sekolah yang terletak di hujung blok menjadi factor utama
mengapa murid kurang berkunjung ke PSS sewaktu rehat. Masa 20 minit yang
diperuntukkan untuk rehat, tidak mencukupi untuk murid-murid berkunjung dan
membaca di PSS selepas makan dan berehat.

2. Kekurangan pengetahuan am murid-murid (kurangnya minat membaca)


menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid-murid.
Murid-murid hanya didedahkan dengan bahan bacaan yang terdiridaripada buku teks dan
buku rujukan. Hal ini menyebabkan, pengetahuan am murid-murid agak terhad tentang
sesuatu perkara. Dengan adanya taman ilmu ini, pelbagai bahan bacaan ringan seperti
majalah dan buku-buku rujukan diharap dapat menambahkan maklumat tambahan kepada
warga sekolah.

3. Terdapat tempat-tempat yang boleh diceriakan di kawasan sekolah.

9
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

Sekolah ini mempunyai kawasan yang luas dan terdapat beberapa kawasan yang boleh
diceriakan. Beberapa kawasan yang masih boleh ditambahbaik ialah laman herba, laluan
ilmu dan sekitar bangsal basikal. Oleh yang demikian, pembinaan UJANA ILMU sebagai
salah satu tempat tumpuan, dirasakan amat sesuai untuk projek inovasi ini.

4. PELAN PERANCANGAN PROJEK

Projek UJANA ILMU ini melibatkan beberapa orang guru termasuklah pihak pentadbir.
Antaranya ialah :-

Pengerusi : En. Tarmizi bin Che ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Pn. Nur Hanani bt Ali ( GPK 1 )
Penyelaras : Pn. Nor Ashikin bt Mohamed Amin
Setiausaha : Pn. Akmatul Ira bt Mohd Noor
AJK : Guru-guru Bahasa dan Pengawas PSS

AJK guru akan memastikan persiapan Pondok Bacaan dan perjalanan program berjalan
seperti yang dirancang. AJK murid akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Tugas AJK merangkumi membawa bahan bacaan ke pondok
bacaan dan merekodkan penggunaan bahan bacaan kedalam fail yang disediakan.

ANGGARAN KOS

Dalam proses pembinaan UJANA ILMU ini, sejumlah peruntukan diperlukan untuk
memastikan projek ini dapat berjalan lancar. Semua perbelanjaan diperuntukkan di
bawah perbelanjaan Pusat Sumber Sekolah. Antara peralatan dan bahan yang digunakan
dalam projek inovasi ini termasuklah perkara-perkara di bawah :-

BIL. PERKARA JUM (RM)

1. Tikar getah (alas meja bacaan) RM 60.00

2. Kain untuk skirting meja bacaan dan upah RM120.00

3. Menempah banner SELAMAT DATANG KE RM 50.00

10
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

UJANA ILMU

4. Menempah banting untuk informasi RM 90.00

5. Bakul buku RM 30.00

JUMLAH RM350.00

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perlaksanaan projek inovasi ini berjalan dengan lancarnya seperti
mana yang dirancang. Pada masa yang sama, projek inovasi yang diberi nama UJANA
ILMU ini telah Berjaya mencapai matlamat yang diimpikan dengan jayanya. Namun begitu,
projek ini telah Berjaya mencapai matlamat yang diimpikan dengan jayanya. Namun begitu,
UJANA ILMU ini masih lagi dapat ditambahbaik untuk masa-masa yang akan datang bagi
memaksimumkan lagi penggunaannya dalam PdP.

Semoga hasrat sekolah untuk membina tabiat membaca dan belajar di mana juga akan
tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdikari dan
bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini. Rasional Pondok Bacaan adalah sebagai
satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan pelajar-pelajar menambahkan ilmu
pengetahuan. Pondok Bacaan akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada para pelajar
yang tidak berkesempatan pergi kepustakaan. Pelajar-pelajar lebih mudah berinteraksi,
bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa
mengganggu pelajar yang lain. Pelajar-pelajar juga dapat menambahkan bilangan bahan
bacaan dalam buku rekod nilam mereka.

Rasional Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan pihak perpustakaan bagi
mengalakkan pelajar-pelajar menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan
memberi kemudahan bahan bacaan kepada para pelajar yang tidak berkesempatan pergi ke
perpustakaan. Pelajar-pelajar lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang
dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu pelajar yang lain.
Pelajar-pelajar juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam
mereka.

11
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

UJANA ILMU yang telah siap sepenuhnya dalam masa yang dirancangkan.

12
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

Lampiran 1

REKOD PENGGUNAAN BAHAN BACAAN DI UJANA ILMU


PROGRAM PONDOK BACAAN
SK ALL SAINTS, 34600 KAMUNTING, PERAK

BULAN : _________________________

NO TARIKH BILANGAN BILANGAN PENGAWAS BERTUGAS


BAHAN PENGGUNA

13
Praktikum : Laporan Projek Inovasi

14

You might also like