You are on page 1of 9

Teks Cerita Dalam al-Quran: Ashabul Kahfi

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak

keadilan, hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian.

(Pantun):

Ahlan wasahlan ucapan diberi

Tenangkan diri berikan tumpuan

Dengarkan pula cerita ini

Kisah ashabul kahfi pemuda beriman

Pada zaman dahulu, di bumi Urdhun, ada seorang Raja yang zalim bernama

Daqyanus. Baginda menganut agama berhala serta mendustakan ajaran Nabi Musa

alaihis salam. Baginda turut memerintahkan rakyat jelata menyembah berhala.

Jika ada yang ingkar, hukuman berat pasti dikenakan.

Pada masa yang sama, di negeri itu terdapat sekumpulan pemuda yang

masih kuat berpegang dengan ajaran tauhid. Mereka sama sekali menafikan betapa

patung yang di sembah itu tidak bisa memberikan sebarang mudarat dan manfaat.

Sedikit pun tidak gentar di hati mereka dengan ancaman raja yang kejam itu.
Malah, iman mereka semakin kukuh. Untung nasib dan harapan mereka hanya

diserahkan kepada Allah semata-mata.

(Pantun):

Ashaabul kahfi pemuda beriman

Demi aqidah nyawa di pertaruhkan

Ayuhlah kawan ambillah teladan

Itulah contoh mukmin pilihan

Kisah keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan Raja

Daqyanus. Dengan murka baginda bertitah, tangkap dan penjarakan mereka.

Tanpa banyak bicara masa para pembesar istana melancarkan operasi memburu

para pemuda beriman itu.

Lihatlah rakan, betapa seseorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat

ancaman bilamana hidup di bawah naungan pemimpin yang tidak mengenali Tuhan.

Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam suasana negara yang bebas

merdeka. Segala kurniaan yang Allah berikan dapat kita nikmati. Untuk melakukan

kebaikan tiada siapa yang melarang. Namun untuk membuat kejahatan, pastinya

ada hukuman yang menanti

Tatkala perintah Raja Daqyanus itu tersebar ke seluruh negeri, para pemuda

beriman itu lantas mengadakan perbincangan sulit. Matlamatnya hanya satu, tidak

lain adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada ancaman
sang Raja yang zalim itu. Pelbagai cadangan dikemukakan, namun tiada satu pun

yang disepakati bersama. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara,

bagaimana kalau kita keluar meninggalkan negeri ini?, mereka berpandangan

sesama sendiri.

(Syair):

Tujuh pemudamengambil keputusan.

Melarikan diri.mencari perlindungan.

Tawakkal dan doa..menjadi bekalan.

Demi Tuhanaqidah dipertahankan.

Kawan-kawan, tindakan yang diambil oleh pemuda-pemuda itu sebenarnya

amat tepat pada masanya. Demi Tuhan yang Esa, mereka sanggup meninggalkan

tanah air, keluarga dan harta yang dimiliki. Bagi mereka, biarlah menempuh

kepayahan dahulu sebelum beroleh kesenangan abadi di akhirat kelak.

Kawan-kawan, ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang menggalakkan agar

umatnya mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara:


(Nasyid):

Ingat 5 perkara

Sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

Ayuhlah bangsaku, sedarlah dari lenamu. Janganlah lalai dan leka dengan

kesenangan duniawi. Ingat dan takutlah kepada Allah. Lihatlah, dikala kita

bersenang lenang di sini, tidakkah kita ingat pada saudara kita di Palestin yang

hidup derita??? Renungkanlah.

Begitulah dengan 7 orang hamba Allah yang beriman ini. Demi taqwa dan

keimanan, hidup matinya diserahkan kepada Tuhan. Kaki yang melangkah membelah

malam seolah-olah tiada hala tujunya. Kedinginan dalam kepekatan malam tidak

terasa. Hati mereka benar-benar menyakini sinar iman pastinya menjadi petunjuk

kepada mereka.

Apabila tiba di kawasan berbukit bukau, tiba-tiba salah seorang daripada

mereka berkata, sahabat, mari kita ke bukit sana ,.


Bukit apakah itu?, tanya seorang rakannya.

Wallahu alam, saya pun tidak tahu, jawab seorang yang lain pula.

Demi Allah, itu adalah tempat yang selamat buat kita sementara ini, ujar

salah seorang daripada mereka.

Ayuh, mari. Kesemua mereka berjalan menuju ke arah bukit yang dimaksudkan.

Tanpa mereka sedari, ada langkah yang menjejaki mereka. Seketika itu

salah seorang daripada mereka mula menyedarinya, sahabat, nampaknya ada

seekor anjing mengekori kita.., katanya dengan nada terkejut.

Eh, usir saja anjing itu, sahut seorang yang lain.

Syoh..! syoh..! syoh..!.

Pelik, sedikit pun anjing itu tidak berganjak bahkan tetap mengekori langkah

mereka.

Ha kawan-kawan nak tahu tak? Anjing yang mengekori mereka itu bernama ar-

Raqeem. Kisahnya turut tercatat dalam al-Quran bersama-sama kisah pemuda ini.

Lama-kelamaan mereka membiarkan saja anjing itu bersama-sama mereka. Tidak

lama kemudian, mereka tiba ke destinasinya.

Ternyata, lokasi itu benar-benar selamat untuk didiami. Siang, malam, pagi dan

petang, tidak putus-putus mereka beribadah kepada Allah. Ketaatan mereka itu

boleh digambarkan bilamana doa yang senantiasa mereka panjatkan turut

dirakamkan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi ayat 10:





"Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan

serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami".

Keasyikan mereka dalam beribadah membuatkan mereka semakin lupa dengan

masalah yang menimpa. Lama-kelamaan seorang demi seorang tersandar keletihan

lalu terlelap. Dengan niat untuk berehat seketika akhirnya dengan kuasa Allah,

mereka tertidur selama 309 tahun. Keadaan ini turut dirakamkan menerusi surah

al-Kahfi pada ayat 11.




Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun,

yang banyak bilangannya

Rententan daripada itu sejarah mencatatkan kumpulan pemuda beriman ini telah

digelar sebagai Ashaabul Kahfi bersempena dengan keadaan mereka yang

beribadah dan ditidurkan selama 309 tahun. Malah anjing yang menjadi peneman

mereka itu turut sama tertidur. Jika para pemuda beriman itu berada di perut

gua, anjing itu pula berada di pintu gua seolah-olah menjadi pengawal kepada

mereka.
Bagaimana, tidak? Dunia moden hari ini turut menggunakan khidmat pasukan anjing

sebagai pengawal. Bahkan dalam banyak keadaan anjing itu juga dilatih untuk

membantu mengesan pelbagai bentuk jenayah seperti dadah dan pembunuhan.

Masa berlalu silih berganti. Dari hari membawa ke bulan. Dari bulan membawa ke

tahun sehingga mencecah beberapa kurun. Akhirnya dengan izin Allah para pemuda

beriman itu terjaga dari tidur mereka. Mereka memandang antara satu sama lain

sambil menghitung tempoh mereka berada di gua itu.

(Nasyid):

Di sangka tidur hanya sehari

Rupanya 309 tahun

Zaman bertukar beberapa kurun

Di bumi bersejarah Urdhun.

Kawan-kawan tentu hairan bagaimana ianya boleh berlaku, bukan? Haa...

sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita ingat semula peristiwa

bencana Tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu. Di katakan semua

bangunan dan harta benda musnah. Namun yang ajaibnya, masjid dan mashaf al-

Quran yang ada di sana terselamat daripada kemusnahan, sedangkan kawasan di

sekitarnya pula rosak binasa. Subhanallah...


Berlalu tempoh 309 tahun memperlihatkan bumi Urdhun bebas dari kejahilan.

Mereka kini bebas beribadah kepada Tuhan. Raja yang menaungi mereka juga turut

beriman dengan ke-Esa-an Allah.

Sementara itu, 7 orang penghuni gua itu merasa tersangat lapar. Lalu salah seorang

daripada mereka keluar menuju ke pasar untuk membeli makanan. Sepanjang

perjalanan, dia merasa hairan dengan apa yang dilihatnya. Terdetik di hatinya, eh,

semalam baru saja aku keluar dari pekan ini, bagaimana pula hari ini segalanya

berubah?

Tiba di sebuah gerai, dia terus memilih makanan. Semasa hendak membuat

bayaran, tiba-tiba jurujual kedai itu merasa pelik, eh, wang apakah ini? serentak

itu pelanggan lain juga menoleh.

Bukankah itu matawang lama, zaman Raja Daqyanus?, ujar seseorang.

Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang di dengarnya. Namun tanpa disangka-

sangka, dirinya telah dibawa menghadap ke pangkuan Raja.

(Syair):

Bertemu sudah...Raja di istana

Diceritanya kisah...penyembunyian rahsia

Maka kagumlah...semua yang mendengarnya

Tanda kekuasaan.... Tuhan yang maha Esa

Aneh, Raja Daqyanus telah mangkat lebih 300 tahun yang lalu. Ini bermakna,

mereka telah tidur selama tempoh itu jugalah, titah Raja Zulqarnain.
Lantas, demi melihat kebenaran, baginda bersiap sedia berangkat untuk melihat

keadaan para penghuni gua yang beriman itu. Pemuda itu tanpa keraguan membawa

mereka ke lokasi ibadah mereka. Setelah berpuas hati baginda pun meninggalkan

Ashaabul Kahfi. Beberapa ketika, mereka berehat kembali dan pada ketika inilah

Allah mematikan mereka.

Sampai ke pengetahuan Raja Zulqarnain, baginda menitahkan supaya didirikan

sebuah masjid sebagai tanda ingatan kepada sejarah ajaib ini. Waaaahhh.. sungguh

mulia baginda Raja, bukan? Kawan-kawan, itulah dia salah satu sifat kepimpinan

yang terpuji. Pemimpin yang prihatin akan sentiasa disenangi rakyatnya.

Nampaknya masa amat mencemburui. Sampai di sini saja cerita saya. Izinkan saya

mengundur diri.

(Pantun):

Akhir pesanan saya berikan

Moga bersama jadi ingatan

Mana yang jernih buat tauladan

Mana yang keruh jadikan sempadan.

You might also like