You are on page 1of 3

.

Yang Berusaha Ustazah Syukriya bt Othman, Mudirah Maahad Tahfiz As Sofa Seremban,
Musyrif Akademik & Turath Cikgu Noor Ashikin bt Mohd Anuar, Musyrif Hal Ehwal Pelajar
Cikgu Siti Mashitah bt Rahmat, barisan para asatizah serta anak-anak pelajar yang dikasihi
semua.

Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Datin Yusmawati
bt Kamaluddin selaku VVIP diatas kesudian Datin menerima undangan kami ke majlis ini.

Lembut bicara mengucapkan salam


Tangan dihulur penuh kemesraan
Majlis bermula bersulamkan kalam
Ahlan wa sahlan kami ucapkan

______________________________________________________________________________

Alhamdulillah setinggi-tinggi lafaz kesyukuran kepada hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin
dan limpahan hidayatNya dapatlah kita semua berkumpul di sini pada hari Jumaat yang mulia ini
bagi meraikan anak-anak pelajar dalam Majlis Penyampaian Sijil Shahadah bagi sesi 2016/2017.

Hadirin & hadirat yang dimuliakan, majlis ini merupakan salah satu agenda tahunan pihak
sekolah bagi mengiktiraf pencapaian anak-anak pelajar di dalang bidang Hafazan Al Quran dan
seterusnya menyuntik semangat ke dalam diri mereka dalam bersungguh untuk menghafaz kalam
suci ini. Kesinambungan dari itu akan seterusnya melahirkan sahsiah pelajar yang seimbang
duniawi dan ukhrawi. Mudah-mudahan apa yang kita semua impikan terhadap anak-anak pelajar
ini dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati oleh
ALLAH s.w.t, InsyaAllah.

______________________________________________________________________________

Zikir Munajat pembersih jiwa

Doa dipohon menjana taqwa


1. Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya menjemput
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (bacaan doa) Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan.

2. Bacaan Al Quran
Seterusnya, marilah kita sama-sama memperdengarkan aluan bacaan Al Quran dari
Dipersilakan. (bacaan Al Quran)

3. Qasidah 1
Sekarang, dijemput Kumpulan Qasidah untuk mengalunkan Qasidah. (aluan qasidah)

4. Ucapan Mudirah
Bagi meneruskan aturcara kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Mudirah Mahaad Tahfiz As Sofa Seremban, Ustazah Syukriya bt Othman untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan mudirah) Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Syukriya bt Othman
atas ucapan itu tadi.

-MAJLIS BERMULA-
Sampailah kita ke masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Sebelum itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Ustazah Syukriya bt Othman untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan Sijil Penghargaan Syahadah. (Ustazah Syukriya naik ke pentas)
Baiklah, kita mulakan dengan Kategori Pertama Juzuk 1-10/Kategori Kedua Juzuk 11-20/
Kategori Ketiga 21-30. Dipersilakan (rujuk senarai nama) (ulang untuk Kategori 1-3)
Terima kasih kepada Ustazah Syukriya atas kesudian beliau menyampaikan sijil sebentar
tadi.

Sebelum kita pergi ke kategori seterusnya, kita dengarkan dahulu halwa telinga dengan
aluan Qasidah yang akan disampaikan oleh kumpulan Qasidah As Sofa. Dipersilakan.
(qasidah bermula)
Seterusnya, sampailah kita ke acara kemuncak pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Datin Yusmawati bt Kamaluddin untuk ke
pentas utama bagi menyampaikan hadiah bagi Kategori Anugerah Pelajar Terbaik setiap
Halaqah. Penilaian telah dijalankan oleh setiap guru halaqah berdasarkan prestasi anak-
anak pelajar di dalam halaqah sejak penggal persekolahan sesi 2017 bermula Januari
yang lalu. Bagi Halaqah (nama halaqah) yang dipimpin oleh Ustazah (nama guru)
dijemput (nama pelajar) untuk menerima hadiah. Seterusnya (ulang ayat yang sama/ikut
kreativiti). Majlis merakan jutaan terima kasih atas kesudian Datin Yusmawati
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, dengan itu, berakhirlah sudah Majlis
Penyampaian Sijil Syahadah bagi sesi 2016/2017. Majlis ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada semua anak-anak pelajar yang menerima sijil penghargaan pada
hari ini. Semoga dengan adanya program seperti ingin lebih menyuntik semangat kepada
yang lain untuk terus bersungguh-sungguh dalam menggapai impian ibu bapa & para
asatizah untuk melihat anak-anak semua menjadi hafizul Quran yang cemerlang. Terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa & penjaga yang sudi meluangkan masa untuk
hadir bersama-sama dalam program ini. Juga buat semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Program Penyampaian Sijil Syahadah Mahaad Tahfiz As Sofa sesi
2016/2017.

Sebelum kita bersurai, marilah kita bersama-sama berdiri dan mengalunkan maulid Nabi
dan seterusnya membaca Surahtul As.

(maulid Nabi bermula)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
x

MAJLIS TAMAT

You might also like