You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KEDUA SESI 2016/2017

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

TARIKH :16 JULAI 2016

MASA : 9.30 PAGI

KEHADIRAN IBU BAPA : 6 ORANG

KEHADIRAN GURU : 11 ORANG

HADIR:

1. Tn Hj Abdul Karim B Muhammad YANG DIPERTUA


2. En Mohd Razif B Mohd Tahir PENASIHAT
3. Pn Rabiah Binti Muda EXCO
4. En Norman Bin Abdul Rahman EXCO
5. Pn Zaliza binti Bakri EXCO
6. Puan Nor Amirah Bt Abdul Hamid SETIAUSAHA
7. Cik Nur Aisyah Bt Muhamad Kharii NAIB SETIAUSAHA
8. Pn Siew Mei Sin BENDAHARI
9. En Maliki B Nik AJK IBU BAPA
10. En Supari bin Jali AJK IBU BAPA
11. En Abdul Razak B Isa AJK IBU BAPA,
12. En Roslan B Abd Rahim AJK IBU BAPA
13. Cik Nurul Akma Shakirah Bt Razak AJK GURU
14. En Abdul Aziz B Nawi AJK GURU
15. En Muhammad Musa B Samsuddin AJK GURU
16. Pn Jeow Pei Yen AJK GURU
17. Pn Vimala Dewi A/P K. Mahadewa AJK GURU
18. Pn Sharifah Muminah Bt Syed Zainal Abiden AJK GURU
19. Pn Syaznira Bt Abu Samah JURUAUDIT IBU BAPA
TIDAK HADIR

1. En Nasrul Hakim B Masrun NAIB YANG DIPERTUA


2. Pn Hanaterah Bt Husin AJK GURU
3. Pn Amirah Solehah Bt Ahmad Tajuddin JURUAUDIT GURU
4. Pn Noraini Bt Hussin AJK IBU BAPA
5. En Nor Azmi Bin Abdul Halim AJK IBU BAPA
6. Pn Jumaatiah Bt Ahmad AJK IBU BAPA

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG


1.1 En Abdul Karim selaku pengerusi mengucapkan salam dan selamat sejahtera
kepada semua AJK yang dapat hadir dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK yang sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
1.2 YDP PIBG berharap semua ahli PIBG dapat memberikan gambar untuk diletakkan
pada carta organisasi PIBG.
Tindakan: AJK PIBG
1.3 AJK PIBG diminta untuk mencalonkan 4 orang ibu bapa yang terdiri daripada 2
lelaki dan 2 perempuan untuk diletakkan di ruang KISB.
Tindakan: AJK PIBG

2. Ucapan En Mohd Razif Bin Mohd Tahir-Penasihat PIBG


2.1 Penasihat PIBG mengucapkan salam dan terima kasih kepada AJK yang hadir pada
mesyuarat ini.
2.2 Beliau meminta agar disegerakan momentum bagi murid-murid tahun 6
menghadapi UPSR.
2.3 Jadual anjal akan dibuat bagi member peluang kepada murid untuk berbincang dan
belajar secara berkelompok.
2.4 Ajk boleh berbincang dengan guru akan cara untuk meningkatkan kecemerlangan
murid.
Tindakan: Biro pendidikan, sahsiah, dan TMK

2.5 Terdapat peningkatan dari segi kualiti keputusan murid-murid. Ia selari dengan apa
yang telah dicadangkan oleh Tuan Haji Sanusi.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Semua AJK diminta meneliti minit mesyuarat yang diedarkan. Pengesahan minit
mesyuarat telah dicadangkan oleh En. Abdul Razak B Isa dan telah disokong
sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

4. LaporanKewangan

4.1 Pn Siew Mei Sin selaku bendahari telah melaporkan kedudukan kewangan semasa
akaun PIBG iaitu dari 27 Mac hingga 16 Julai seperti lampiran yang disediakan.
4.2 Baki keseluruhan adalah mengikut pecahan berikut:
Akaun PIBG : RM 3 532.31
Akaun Akademik : RM 1 992.17
Akaun Majlis Sekolah : RM 4 468.03
Akaun Keceriaan : RM 2 909.60
Sumbangan Kebajikan : RM 83.00
Aktiviti Tahun 6 : RM 4 640.00
JUMLAH : RM 20 625.11

4.3 En Abdul Karim berharap mana-mana ajk PIBG yang mempunyai hubungan
dengan agensi luar untuk meminta sumbangan bagi menambah dana PIBG.
Tindakan: Semua AJK PIBG
4.4 Semua ahli bersetuju untuk menetapkan jumlah sumbangan kepada pihak luar iaitu
sebanyak RM 10.00.
Tindakan: Bendahari
4.5 Bendahari melaporkan bahawa 175 murid tahun 2016 telah memberikan sumbangan
dan 110 murid masih lagi belum memberikan sumbangan yang telah dipersetujui
semasa mesyuarat agong yang lalu.
4.6 YDP meminta agar semua AJK memikirkan cara yang terbaik agar semua pelajar
dapat memberikan sumbangan bagi membantu sekolah.
4.7 En Razak mencadangkan agar BSN dijadikan sebagai peti tunai.
4.8 YDP meminta setiausaha untuk memanggil pihak BSN untuk memberikan
penerangan berkenaan BSN online.
Tindakan: Setiausaha
4.9 Pengesahan minit mesyuarat telah dicadangkan oleh En. Supari bin Jali dan telah
disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

5. Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah


5.1 En Abdul Aziz memaklumkan bahawa Sambutan Hari Raya akan diadakan pada 30
Julai 2016.
5.2 Beliau memaklumkan bahawa DBKL akan memberikan nasi dan air manakala
makanan lain dibawa oleh ibu bapa dan guru.
5.3 En Razak meminta agar surat dikeluarkan bagi memohon khemah daripada pihak
luar.
Tindakan: Setiausaha
5.4 Semua AJK PIBG bersetuju untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 1 500 untuk
lemang dan rendang.
5.5 YDP meminta kerjasama semua ajk PIBG untuk war-warkan kepada ibu bapa untuk
turut sama memeriahkan program ini disamping untuk mendekatkan ibu bapa
dengan pihak sekolah.
Tindakan: Semua AJK PIBG
6. Hal-hal lain
6.1 Guru besar menekankan bahawa akademik amat penting bagi murid-murid.
6.2 Beliau turut meminta agar ibu bapa turut sama memberi sokongan kepada anak-
anak. Ibu bapa boleh masuk ke kawasan ke sekolah dan bersama-sama membaca
Yassin setiap awal pagi Jumaat.
6.3 Guru besar mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah agar dapat membeikan
sokongan kepada murid-murid terutamanya semasa minggu UPSR.
6.4 Semua ahli diminta untuk mendapatkan peruntukkan bagi membuat jubah graduasi.
Tindakan: AJK PIBG
6.5 Ajk PIBG akan dilantik sebagai ajk semasa Hari Sukan.
6.6 Guru diminta memberikan perkataan kepada En Roslan bagi tujuan mural
dinding.
Tindakan: Guru-guru
6.7 Rm 650 akan dikeluarkan daripada wang akademik bagi tujuan memberli printer.
Tindakan: Bendahari
6.8 Guru Besar memint setiausahaa untuk memasukkan guru kelas ke dalam kumpulan
wassap SARANA bagi memasukkan nama ibu bapa kedalam kumpulan tersebut.
Setiausaha juga diminta mengeluarkan surat makluman untuk masukkan mereka
mereka kedalam kumpulan SARANA.
Tindakan: Setiausaha

6.9 Puan Zaliza memaklumkan bahawa Hari Keusahawanan akan diadakan pada 29
September 2016. PIBG bersetuju untuk memberikan pinjaman wang semasa
program tersebut.
6.10 Pn Siew Mei Sin meminta agar semua ibu bapa memerhatikan tindak tanduk anak-
anak terutamanya murid lelaki. Terdapat sebilangan murid suka menghabiskan
masa di Cyber Cafe dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Tindakan: Ibu bapa
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh,

.
(NOR AMIRAH BINTI ABDUL HAMID)
SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG 2016/2017
SK KEPONG BARU, KUALA LUMPUR

You might also like