You are on page 1of 2

Langkah-langkah Pentadbir Sekolah Luar Bandar Merapatkan Jurang dalam

Penggunaan TMK (Mengurangkan Jurang Digital)

1. Menjalankan kempen kesedaran tentang perlunya penggunaan komputer dan TMK,


terutamanya di sekolah luar bandar
Menjemput pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM atau syarikat swasta
seperti Telekom Malaysia (TM) untuk mengadakan ceramah atau pameran
berkenaan dengan penggunaan TMK
Aktiviti-aktiviti ini boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat
setempat tentang kepentingan dan manfaat penggunaan TMK.
Hasilnya, ibu bapa akan secara semulajadinya memberi galakan kepada anak-anak
untuk mempelajari TMK.

2. Memperlengkapkan kemudahan TMK di sekolah


- Pihak sekolah menyediakan makmal komputer, menambah bilangan komputer,
menambahbaik rangkaian Internet, menyediakan pusat akses
- Mendapatkan bantuan kewangan daripada KPM jika perlu
- Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini boleh memberi pendedahan kepada
pelajar tentang penggunaan TMK
- Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah
jika kemudahan-kemudahan TMK ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru

3. Menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) serta bengkel kemahiran TMK


kepada guru-guru
- Guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan TMK dalam PdP oleh
tenaga pengajar terlatih.
- Melalui LDP, guru dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam
menggunakan TMK semasa mendidik pelajar
- Pastikan guru yang bakal mengajar TMK mahir dalam TMK agar dapat menambah
keyakinan murid-murid terhadap pelajaran

4. Memastikan guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap TMK


- Memberi galakan dan keyakinan kepada guru-guru untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan TMK
- Melantik guru-guru yang mahir dalam TMK untuk membimbing guru-guru yang
kurang mahir agar mereka lebih bersedia mengadaptasikan TMK dalam sesi PdP.
- Perubahan sikap dan nilai terhadap TMK diperlukan oleh guru dalam menghadapi
cabaran TMK dalam dunia pendidikan.
5. Memperuntukkan sumber kewangan khas untuk pembangunan dan pengemaskinian
kemudahan TMK
- Selain menyediakan kemudahan PdP berasaskan TMK, pentadbir sekolah perlu
merangka belanjawan pendidikan yang melibatkan pengemaskinian dan
penyelenggaraan kemudahan, peralatan, dan perkakasan TMK.
- Perubahan sering berlaku dalam bidang TMK, oleh itu pengemaskinian perkakasan
TMK diperlukan agar relevan dengan konteks semasa.
- Kos penyelenggaraan perkakasan TMK semakin meningkat, oleh itu peruntukan
untuk penyelenggaraan wajar ditambah agar jangka hayat peralatan TMK lebih
lama.

You might also like