You are on page 1of 6

PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN JENIS (TAMIL) JALAN TAJUL, KOTA TINGGI.


MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU BIL : 1/TAHUN : 2017

Tarikh : 13/07/2017 Masa : 2.00 pm

Tempat : 4 kambar

Pengerusi : En.G.Balasubramaniam (Guru Besar)

Kehadiran ( Bilangan) : Lampiran

Turut hadir : -

1. KATA ALUAN GURU BESAR :

1.1 Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para guru yang sudi
meluangkan masa dan hadir ke mesyuarat profesionalisme guru yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah.
2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUART LALU

2.1 Guru besar memberitahu bahawa spks

2.2 Ia merupakan penggeredan baru yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan.

2.3 Beliau juga memberitahu bahawa soalan subjektif juga telah diperbanyakkan pada
kertas ujian yang dikeluarkan mulai tahun 2016. Ia adalah berdasarkan sistem PBS yang
telah dimulakan 6 tahun yang lalu.

2.4 Sistem PBS menekankan supaya murid menjawab soalan dengan logik dan
secara holistik.

2.5 Guru besar juga telah menerangkan Takwim Peperiksaan Tahun 2017 kepada para ibu
bapa. (Tarikh tentatif peperiksaan telah dilampirkan)

3. ANALISIS TOV TAHUN 2,3,4 DAN 5

3.1 Guru besar telah membentangkan analisis TOV peperiksaan bagi tahun 2,3,4 dan 5.

3.2 Beliau telah memberitahu bahawa kertas UPSR Bahasa Inggeris telah dibahagikan
kepada 2 iaitu kertas 1 dan kertas 2. (Sila lihat lampiran)
3.3 Beliau juga memberitahu bahawa matapelajaran Bahasa Malaysia harus diberi
penekanan supaya murid-murid dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
matapelajaran tersebut.
_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

4. KERJA RUMAH

4.1 Guru besar telah memberitahu bahawa beliau telah meminta guru-guru untuk
memberi kerja rumah kepada murid-murid pada hari Khamis setiap minggu.

5. SMART-BOARD

5.1 Guru besar telah memberitahu bahawa setiap kelas akan dipasang Smart-board
sebelum hujung tahun ini.

5.2 Harga sebuah Smart-board adalah lebih kurang RM 16000. 3 buah Smart-board akan
dibeli dengan menggunakan duit peruntukkan RM 50000 yang telah diberi oleh Doktor
Adam Baba. Datuk Halimah telah bersetuju untuk mengusahakan dua buah Smart-board
lagi manakala pihak PIBG akan berusaha untuk mendapatkan sebuah Smart-board lagi.

5.3 Beliau juga menekankan bahawa murid-murid masa kini harus diberi pendedahan
dalam ICT.

6. PELANTIKAN PENGAWAS

6.1 Guru besar memberitahu bahawa Pelantikan Pengawas akan berlangsung pada
24.01.2017

7. KOKURIKULUM

7.1 Guru besar memberitahu bahawa latihan Karate akan diubah pada hari Rabu, sewaktu
aktiviti kokurikulum dijalankan supaya ramai lagi murid yang dapat menyertai aktiviti
tersebut.

7.2 Beliau juga memberitahu bahawa latihan badminton akan diadakan setiap hari Rabu,
sewaktu kokurikulum.

7.3 Latihan tersebut akan dikendalikan oleh jurulatih dari luar. Bayaran yang dikenakan
oleh pihak jurulatih untuk latihan badminton tersebut adalah RM50 sebulan.

7.4 Beliau juga menegaskan bahawa peluang seperti ini dapat membantu untuk mengenal
pasti murid-murid yang berpotensi dalam bidang permainan badminton.

7.5 Guru besar juga memberitahu agar murid-murid digalakkan untuk memakai uniform
kokurikulum yang lengkap pada hari Rabu.

7.6 T-shirt JDT akan diedarkan kepada murid-murid pada tahun ini supaya semua murid
dapat memakai t-shirt yang warnanya sama serta t-shirt tersebut mengandungi nama
sekolah.

7.7 Beliau juga memberitahu bahawa t-shirt JDT akan diedarkan kepada semua guru,
murid-murid dan juga pekerja sekolah.
_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

8 BANTUAN KWAMP

8.1 Guru besar memberitahu bahawa duit bantuan KWAMP telah diedarkan kepada
murid-murid yang layak menerimanya. Oleh yang demikian, duit bantuan tersebut
haruslah digunakan untuk menampung perbelanjaan anak murid sekolah, contohnya
untuk bayaran buku, uniform ko-kurikulum dan sebagainya.

9 PAKAIAN MURID KE SEKOLAH

9.1 Guru besar menegaskan bahawa ibu bapa harus memastikan murid memakai pakaian
mengikut jadual yang ditetapkan kerana terdapat murid-murid yang memakai pakaian
sukan walaupun tiada waktu Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Guru besar
menegaskan agar perkara ini harus dielakkan.

10 WHATSAPP

10.1 Guru besar memberitahu bahawa kini watsapp merupakan salah satu media untuk
menyebarkan maklumat dan info sekolah kepada para ibu bapa. Oleh yang demikian,
watsapp haruslah digunakan dengan bijak. Para ibu bapa tidak digalakkan untuk
menghantar pesanan kepada guru-guru selepas waktu sekolah. Para ibu bapa juga harus
memahami keadaan guru-guru di mana mereka mempunyai keluarga dan hal masing-
masing untuk diurus selepas waktu persekolahan. Jika ibu bapa ingin mengadu atau
memberitahu sesuatu info, mereka digalakkan untuk menghubungi guru besar .

11 PONGGAL

11.1Guru besar telah memberitahu iaitu cuti peristiwa bagi Pesta Ponggal Peringkat
Sekolah telah dipohon tetapi tidak diluluskan oleh pihak atasan.

11.2 Oleh yang demikian, Pesta Ponggal telah disambut secara ringkas pada 15.01.2017
di sekolah.

12 MESYUARAT AGUNG PIBG

12.1Guru besar telah mengumumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG dijangka akan
diadakan pada 19.02.2017. Beliau berharap agar ramai ibu bapa akan hadir dan
menjayakan mesyuarat tersebut.

13 KANGAROO MATES

_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

13.1 Guru besar telah memberitahu bahawa Program Kangaroo Mates menggalakkan
murid-murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan ia merupakan sebuah
program antarabangsa.

13.2 Program ini dapat memantapkan kemahiran matematik murid-murid sekolah.


Bayaran bagi program tersebut adalah RM31.80 setahun.

13.3 Murid-murid yang menyertai program tersebut akan diberi sijil.

14 ISU-ISU BERBANGKIT- ISU PERTAMA

14.1 Bapa Sonika telah bertanya beberapa soalan iaitu:-

14.1.1 Pengedaran buku-buku tulisan dan rampaian kepada murid-murid sekolah.

14.1,2 Menyoal tentang membuka kelas tahun 6 untuk menjalankan program luar bilik
darjah.

14.1.3 Menyoal tentang kutipan yuran PIBG

14.1.4 Guru besar telah memberitahu bahawa buku-buku yang belum diedarkan kepada
murid-murid pada awal tahun adalah buku Nilam dan buku Muzik kerana tidak
mencukupi. Tetapi buku-buku tersebut telah pun diedarkan pada minggu ketiga kepada
murid-murid yang belum dapat.

14.1.5 Bagi isu kedua yang dicungkil oleh En.Manivannan, guru besar telah memberitahu
bahawa kelas lain tidak boleh dibuka untuk program luar bilik darjah sebab kelas-kelas
tersebut tiada partition.

14.1.6 Bagi isu ketiga yang dicungkil oleh En.Manivannan, guru besar telah memberitahu
bahawa yuran akan ditetapkan semasa Mesyuarat Agung PIBG dijalankan, iaitu setelah
ahli jawatankuasa baru telah dipilih. Mereka akan menentukan jumlah yuran yang akan
dipungut.

15 ISU-ISU BERBANGKIT- ISU KEDUA

15.1 Bapa Kavish telah memberitahu bahawa pihak pengawal hadir lewat ke blok B
sewaktu tamat sekolah.

15.1.1 Guru besar telah memberitahu bahawa beliau akan menguruskan hal tersebut dan
beliau akan berjumpa dengan pengawal dan berbincang mengenai hal tersebut.

15.1.1 Guru besar juga memberitahu bahawa murid-murid diminta balik mengikut pintu
masuk B agar dapat mengelakkan kesesakkan lalu lintas di hadapan pintu masuk A, sebab
jalan hadapan pintu masuk A sering digunakan oleh murid-murid sekolah menengah.

16 ISU-ISU BERBANGKIT- ISU KETIGA


_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

16.1 Bapa Navya telah memberitahu bahawa pemilihan pengawas sekolah tidak
diberitahu tahun lepas. Guru hanya memberitahu semasa mula sesi persekolahan tahun
2017. Hal ini demikian, kerana ia membawa masalah dalam membeli pakaian sekolah
murid.

16.1.1 Guru besar telah memberitahu bahawa hal ini akan dipantau pada tahun ini dan
beliau juga memberitahu bahawa perkara ini tidak akan berulang.

17 ISU-ISU BERBANGKIT- ISU KEEMPAT

17.1 En.Sivalinggam telah membangkitkan hal mengenai penyemakan kertas ujian oleh
guru-guru. Beliau telah memberitahu bahawa ada ibu bapa yang tidak puas hati kerana
mereka berasa terdapat guru-guru yang memberi markah yang tinggi kepada anak murid
kesayangan mereka.

17.2 Beliau telah meminta pihak sekolah untuk mencari guru-guru yang tidak mengajar
kelas berkenaan untuk menyemak kertas ujian.

17.3 Bagi isu yang dicungkil oleh En.Sivalinggam, guru besar telah memberitahu bahawa
isu-isu seperti ini memang sering timbul di semua sekolah dan beliau berjanji akan
berbincang mengenai isu ini pada mesyuarat guru nanti.

18 UCAPAN YDP PIBG

18.1 En.Sivalinggam telah memberitahu bahawa banyak perubahan telah dibuat di


sekolah dari segi fizikal dan kemudahan sekolah. Beliau juga berkata bahawa pihak PIBG
sering berganding bahu untuk menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

18.2 En.Sivalinggam juga memberitahu kepada para ibu bapa agar datang berjumpa
dengan pihak sekolah jika terdapat sebarang isu dan masalah yang berkaitan dengan
pelajaran anak-anak.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20pm.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

--------------------------------
_____________________
_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 - PENGURUSAN MESYUARAT

Kasturi a/p Maniam Guru Besar

_________________________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like