You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG LEMBAGA KOPERASI

MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR SEREMBAN BERHAD

KALI KE-16

TARIKH : 21 JUN 2017


HARI : RABU
MASA : 12 tengah hari
TEMPAT : BALAI ILMU

Kehadiran:

Seramai 494 ahli koperasi yang hadir

Ahli Lembaga yang hadir

1. Tn. Hj. Safian bin Abd Rashid Pengerusi


2. Sdri. Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa Penolong Setiausaha
3. En. Muhamad Nurulamin bin A.Aziz Bendahari
4. Pn. Hjh. Norfazilawati binti Awang ALK
5. Sdr. Muhammad Syahid Naim bin Lokman ALK
6. Sdr. Mohammad Nasran bin Nazlan ALK
7. Sdr. Muhammad Ayisy bin Baharudin ALK
8. Sdri. Nur Vivi Iiezzatie binti Mohd Salleh ALK
9. Sdri. Sharifah Ameena binti Syed Idrus ALK

Ahli Lembaga yang tidak hadir

1. Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Setiausaha


2. En. Mohd Affandi bin Abu ALK
3. En. Abd Manan bin Kasdi ALK
4. Pn. Nadiatusida binti Mohd Rosli ALK
5. En. Too Seng Hee ALK
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli koperasi ke mesyuarat agung
koperasi MPRM Seremban Bhd kali ke-16.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa semua ahli lembaga koperasi yang hadir
diberikan buku mesyuarat agung tahunan ke-16.
1.3 Mesyuarat pada kali ini berkaitan dengan cadangan penyuraian Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM).
1.4 Rentetan itu, Koperasi Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban Berhad akan
disuraikan kerana ahlinya hanya pelajar IPGKRM sahaja.
1.5 Semua ahli lembaga koperasi yang hadir diberikan elauan kehadiran sebanyak
rm5.00
1.6 Harapan Pengerusi agar semua ahli koperasi dapat memberikan kerjasama dan
sokongan untuk kebaikan Koperasi MPRM Seremban Berhad.

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15
2.1 Pengerusi telah membentangkan minit mesyuarat Agung Koperasi kali ke-14.
2.2 Ahli lembaga Koperasi dimaklumkan bahawa En. Muhamad Nurulamin bin A.Aziz
telah menggantikan En. Mohd Muhsinul Nidzam bin Abdullah kerana beliau tidak
dapat meneruskan keahlian ALK kerana kekangan tugas selaku Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar.
2.3 Majlis sebulat suara menerima pengesahan minit mesyuarat ALK yang lepas.

3.0 Perkara berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Membentangkan Laporan Kewangan yang sudah diaudit yang berakhir pada
31.12.2015
4.1 Pengerusi membentangkan laporan kewangan iaitu keuntungan kasar pada
tahun 2016 sebanyak RM 4,868.25 berikut ketiadaan ambilan lagi pelajar di
kampus ini.
4.2 Laporan kewangan ini telah disahkan oleh Sdr. Lawrence dan disokong oleh
Sdri. Florence Lee Pit Sing.
5.0 Membentangkan Bajet 2016/2017
5.1 Yuran keahlian, sewaan kedai koperasi, jualan barangan koperasi, koumisen
perkhidmatan mesin minuman tin dan jualan buku rekod mengajar masih
diteruskan. Walau bagaimanapun perkhidmatan ejen bank berdaftar (EB BSN)
sudah ditamatkan.

6.0 Pembubarab Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman Sesi
2015/2016
6.1 Pengerusi telah membubarkan Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa
Audit Dalaman Sesi 2016/2017.

7.0 Melantik Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat


7.1 Tn. Hj. Safian bin Abd Rashid telah dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat.
7.2 Sdri. Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa telah dilantik sebagai Setiausaha
Mesyuarat.

8.0 Penilihan 15 Anggota Lembaga dan 3 Jawatankuasa Audit Dalaman


8.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan Ahli Lembaga Koperasi
sesi 2016/2017.

Tn. Hj. Safian bin Abd Rashid


Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman
Sdri. Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa
En. Muhamad Nurulamin bin A.Aziz
En. Mohd Affandi bin Abu
En. Too Seng Hee
Pn. Nadiatusida binti Mohd Rosli
Pn. Hj. Nor Fazilawati binti Awang
En. Abdul Manan bin Kasdi
Sdr. Muhammad Nasran bin Nazlan
Sdr. Mohammad Syahid Naim bin Lokman
Sdr. Mohd Ayish bin Baharudin
Sdri. Nur Vivi iiezzatie binti Mohd Salleh
Sdri. Sharifah Ameena binti Syed Idrus

8.2 Tiga Jawatankuasa Audit Dalaman pula akan dilantik semasa mesyuarat Ahli
Lembaga Koperasi kelak.
9.0 MPerlantikan panel yang terdiri tidak kurang daripada dua firma audit
9.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih dua firma audit untuk mengaudit
akaun-akauan koperasi iaitu

9.1.1 Suruhanjaya Koperasi Malaysia


9.1.2 Abdul Halim & Associates

10.0 Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada 6 anggota biasa dan 4 orang
anggota Lembaga untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan
10.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memberi mandat kepada Ahli Lembaga
Koperasi untuk melantik 4 orang daripada Ahli Lembaganya bersama-sama 6
orang ahli biasa yang telah dipilih dalam mesyuarat untuk menjadi jawatankuasa
menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan kali ke-15 ini.

10.2 Empat orang ahli lembaga


i) Pn. Hjh Norfazilawati binti Awang
ii) En. Muhamad Nurulamin bin A.Aziz
iii) Sdri. Nur Vivi iiezzatie binti Mohd Salleh
iv) Sdri. Sharifah Ameena binti Syed Idrus

10.3 Enam orang ahli biasa


i) Sdr. Liow Zhi Xian
ii) Sdr. Muhammad Amirul bin Mat Ali
iii) Sdri . Mohanaselvi A/P Mohan
iv) Sdri. Tan Cheng Xuan
v) Sdri. Lee Kuah Chin
vi) Sdri. Nadia Fitri binti Mohd Mustafa

11.0 Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain koperasi yang
baginya satu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan sebelum
mesyuarat agung tahunan
11.1 Sdri. Alice Chan Mei Ling mengusulkan agar pihak Koperasi mengadakan
jamuan perpisahan bagi pelajar semester 8.
11.2 Sdri. Dayang Nur Faiza binti Ahmad mengusulkan agar pensyarah dan staf
yang menjadi ahli lembaga koperasi turut diberikan elaun.

12.0 Ucapan penangguhan


12.1 Ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-17 Koperasi
Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban Berhad telah disempurnakan oleh
Tn. Hj. Safian bin Abd Rashid. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada Ahli Lembaga Koperasi yang
baru dilantik. Harapan beliau semoga ahli lembaga koperasi yang baru ini dapat
memberi komitmen penuh untuk Koperasi MPRM Seremban Berhad.

13.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang


13.1 Minit telah disahkan oleh jawatankuasa menentusahkan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-16 pada 21 Jun 2017 pada jam 3 petang di Balai Ilmu
IPG Kampus Raja Melewar.

i) Pn. Hjh Norfazilawati binti Awang tt

ii) En. Muhamad Nurulamin bin A.Aziz tt

iii) Sdri. Nur Vivi iiezzatie binti Mohd Salleh tt

iv) Sdri. Sharifah Ameena binti Syed Idrus tt

v) Sdr. Liow Zhi Xian tt

i) Sdr. Muhammad Amirul bin Mat Ali tt

i) Sdri . Mohanaselvi A/P Mohan tt

i) Sdri. Tan Cheng Xuan tt

i) Sdri. Lee Kuah Chin tt

ii) Sdri. Nadia Fitri binti Mohd Mustafa tt


Pencatat oleh
(NURUN NAJWA BINTI MOHAMMAD MUSTAFA)
Penolong Setiausaha

Disemak oleh
(Dr. WAN ZALIHA BINTI WAN OTHMAN)
Setiausaha

Disahkan oleh
(SAFIAN ABD RASHID)
Pengerusi
Koperasi MPRM Seremban Berhad

You might also like