You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SK. BUNDUNG, TUARAN BIL. 01/2016

Tarikh : 02 Februari 2016


Tempat : Bilik Guru, SK. Bundung, Tuaran
Masa : 12.00 1.30 Petang

Kehadiran :

1. En. Najir Lee Wazir ( Pengerusi )


2. Cik Doly Rindum
3. En. Walter @ Odo KK Gador
4. En. Edie Amit
5. Pn. Ferawati Harbi
6. Pn. Theresa Pedro
7. Pn. Maisim Sapinggar
8. En. Mohd. Hisam Mutalib
9. En. Ramzi @ Mohd Ramzi Rusli
10. Pn. Noumi Augustine
11. Pn. Winnie Tinggi
12. En. Mohd. Khalil Zul
13. Pn. Norhidayah Hj. Mohd. Salleh
14. Pn. Norain Abd. Karim
15. Pn. Juliana Epok
16. En. Mangun Engkat

Tidak hadir :

1. Pn. Liza Valentine - Cuti bersalin


2. Pn. Kamsiah Kasmin - Cuti bersalin

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Perlantikan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
4. Jadual Penataran Silang Panitia, SK. Bundung, Tuaran
5. Hal-hal lain

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat
kurikulum sekolah kali pertama bagi tahun 2016. Pengerusi memaklumkan akan adanya lawatan dan
pemantauan oleh pihak PPD Tuaran selepas bulan Februari.

1.2 Berkenaan ketidakhadiran guru bertugas atas sebab CRK/Sakit, hendaklah memaklumkan masa
mengajar pada hari tersebut untuk memudahkan penyelaras jadual ganti menyediakan jadual ganti guru.
Selain itu, guru-guru juga diingatkan untuk mengelakkan cuti melebihi 2 kali dalam sebulan kerana
dashboard keberadaan guru dipantau secara online dan dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi
perjawatan.

1.3 Borang analisis pencapaian pengajaran dan pembelajaran bulan Januari yang telah diedarkan
oleh pentadbir wajib dilengkapkan dan dihantar kepada Guru Besar pada setiap akhir bulan. Ianya
merupakan salah satu pelan strategik pdp setiap guru subjek yang mana keberhasilan tindakan atau
perancangan dapat dilihat dan diukur pada setiap akhir bulan.

Tindakan : Semua guru

1.4 Pengerusi berharap agar Program NILAM sudah bermula dan berjalan seperti biasa.

1.4.1 Pn. Norhidayah memaklumkan bahawa program NILAM sudah bermula tetapi
perekodan hanya menggunakan borang yang disediakan sendiri sahaja kerana belum
mendapat bekalan buku rekod NILAM bagi tahun ini.

1.5 Pen. Kanan Kurikulum diminta untuk menubuhkan Jawatankuasa Jadual Induk bagi memudahkan
penyediaan jadual waktu guru pada masa akan dating.

Tindakan : PK. Kurikulum

2.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH TAHUN 2016

2.1 Berikut merupakan Jawatankuasa Induk Kurikulum bagi Tahun 2016

Pengerusi : En. Najir Lee Wazir (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Cik Doly Rindum (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Edie Amit (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Walter @ Odo KK Gador (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : Pn. Ferawati Harbi
Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia - Pn. Juliana Epok
Bahasa Inggeris - Pn. Kamsiah Kasmin
Matematik - En. Edie Amit
Sains - En. Mohd. Hisam Mutalib
Pend. Islam - En. Mohd. Khalil Zul
Pend. Moral - En. Mangun Engkat
PJ/PK - En. Walter @ Odo KK Gador
Sejarah - Pn. Norhidayah Hj. Mohd. Salleh
RBT - En. Edie Amit
TMK - En. Mangun Engkat
Pend. Seni Visual - En. Ramzi @ Mohd. Ramzi Rusli
Pend. Muzik - Pn. Noumi Augustine
Bahasa Kadazan Dusun - Pn. Winnie Tinggi

2.2 Cik Doly memaklumkan bahawa beliau akan menyediakan dokumentasi khas jawatankuasa
kurikulum sekolah untuk diedarkan kepada semua guru/panitia.

Tindakan : PK Kurikulum
3.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

3.1 Jawatankuasa yang dilantik adalah berpandukan kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang
telah diedarkan kepada semua sekolah. Berikut merupakan Jawatankuasa PBS Sekolah bagi Tahun 2016:-

Pengerusi : En. Najir Lee Wazir (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Cik Doly Rindum (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Edie Amit (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Walter @ Odo KK Gador (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : Pn. Kamsiah (Setiausaha Peperiksaan)
Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
AJK Latihan dan Penataran - En. Mohd. Hisam Mutalib
AJK Penyelarasan - En. Edie Amit
AJK Pementoran - Pn. Maisim Sapinggar
AJK Pemantauan - Cik Doly Rindum
AJK Pengesanan - Pn. Noumi Augustine
AJK Pentaksiran Sekolah (Instrumen) - Pn. Kamsiah Kasmin
Pn. Ferawati Harbi
AJK Pusat - LPM
AJK Disiplin - Pn. Winnie Tinggi
AJK Bimbingan dan Kaunseling - Pn. Norhidayah Mohd. Salleh
AJK PAJSK - En. Walter @ Odo KK Gador
Jurulatih Utama - KIV

3.2 Cik Doly memaklumkan semua jawatankuasa berkenaan perincian tugasan yang boleh dirujuk
dengan beliau untuk perancangan dan pelaksanaan setiap tugas yang telah dilantik.

Tindakan : Semua AJK PBS

4.0 JADUAL PENATARAN SILANG PANITIA

4.1 Pen. Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa penilaian pemantauan adalah berpandukan
kepada panduan penskoran mengikut standard Jabatan Pendidikan negeri Sabah yang telah diedarkan
kepada semua ketua panitia pada bulan Januari yang lalu. Penskoran yang dimasukkan akan menentukan
tahap penilaian sama ada di tahap yang cemerlang, baik, sederhana dan lemah.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.2 Setiap Panitia diminta untuk menyediakan organisasi serta merancang aktiviti dan menyediakan
takwim tahunan bagi persediaan pembentangan setiap panitia yang akan diadakan pada 11 Februari
2016, jam 12.00 tengahari.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.3 Pengerusi meminta guru-guru yang pernah mengikuti kursus penataran untuk melaksanakan
kursus dalaman pada 18 Februari 2016.

Tindakan : Pn. Doly Rindum


4.4 Pengerusi juga turut mengingatkan Penyelaras Pusat Sumber untuk menyedia dan mengedarkan
jadual Program NILAM kepada guru-guru mata pelajaran yang terlibat dengan kadar segera.

Tindakan : Pn. Norhidayah

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Maisim meminta agar subjek-subjek dan kelas yang akan diajar dapat dimaklumkan kepada
beliau dengan lebih awal untuk persediaan bahan dan dokumen standard yang diperlukan.

Tindakan : PK Kurikulum

5.2 Pengerusi menerima baik cadangan En. Edie Amit dan meminta kerjasama daripada pihak-
pihak yang terlibat berkenaan penyediaan memo relief untuk diedarkan kepada guru ganti sebagai
rujukan dan simpanan guru selain makluman melalui aplikasi Whats App serta meminta setiap panitia
mengedarkan takwim tahunan kepada panitia lain untuk tujuan makluman bagi mengelakkan berlakunya
pertembungan aktiviti pada masa yang sama.

Tindakan : Penyelaras Jadual


Ganti dan Ketua-ketua Panitia

5.3 Bagi menangani isu aduan ibu bapa murid yang diajukan oleh En. Walter berkenaan kes
pergaduhan di luar waktu persekolahan, pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut perlu diambil
serius dan ditangani dengan sebaiknya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku atas
dasar tanggungjawab.

Tindakan : Guru Disiplin dan


Guru Bimbingan & Kaunseling

5.4 Guru Besar mencadangkan tindakan tegas terhadap murid-murid yang gagal menyiapkan kerja
rumah. Sehubungan itu, guru-guru perlu bersedia dengan rekod atau bukti yang tepat untuk rujukan ibu
bapa dan pihak sekolah sebelum tindakan diambil.

Tindakan : Semua guru

5.5 Pengerusi memberikan peluang dan tempoh kepada murid-murid atas sifat
kebertanggungjawaban mereka terhadap penjagaan harta sekolah terlebih dahulu berkenaan cadangan
En. Mangun agar menyeragamkan perabot kerusi dan meja di dalam kelas dengan bekalan perabot yang
baru diterima dan mengenalpasti perabot yang tidak sesuai digunakan lagi. Beliau juga turut
memaklumkan bahawa pelabelan kerusi dan meja baru tersebut masih lagi dalam proses pendaftaran
untuk tujuan inventori.

Tindakan : Kerani sekolah

5.6 En. Mangun meminta respon berkenaan mesin-mesin pencetak di sekolah sama ada telah
didaftarkan dalam daftar harta modal sekolah untuk tujuan rekod dan pelupusan. Pengerusi akan
memaklumkan semula perkara tersebut setelah selesai penyemakan semula bersama kerani sekolah
kerana beberapa mesin pencetak tersebut adalah sumbangan daripada pihak luar.
5.7 En. Mangun juga turut memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menerima 20 buah Note Book
1 Malaysia tetapi hanya sebagai pinjaman sahaja. Selain itu, daftar harta modal bagi peralatan ICT yang
diterima sudah dalam proses pengemaskinian. Pengerusi berharap agar semua guru dapat membimbing
dan memberikan galakan kepada murid-murid untuk mengaplikasikan kemahiran dan ilmu melalui
teknologi.

5.8 Cik Doly memaklumkan bahawa beliau sekarang sedang mengambilalih tugas Pn. Kamsiah yang
masih bercuti sebagai guru kelas Tahun 5.

5.9 Guru Besar berharap agar murid-murid Tahun 4 dan 5 diberikan lebih tumpuan berkenaan isu
disiplin yang semakin meningkat dan kemajuan murid yang berpotensi menurun.

Tindakan : Guru Kelas dan guru


disiplin

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas perhatian serta pandangan ahli-ahli mesyuarat dalam
menjayakan mesyuarat pada kali ini untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan SK. Bundung,
Tuaran agar lebih cemerlang dan saling bekerjasama dalam suasana penuh kekeluargaan.

Cadangan tarikh mesyuarat yang akan datang ialah pada 11 Januari 2016 (Hari Khamis).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

Disediakan oleh:

FERAWATI HARBI
Setiausaha Kurikulum,
SK. Bundung, Tuaran.

Disemak oleh,

DOLY RINDUM
Penolong Kanan Kurikulum,
SK. Bundung, Tuaran

Disahkan oleh,

NAJIR LEE WAZIR


Guru Besar
SK. Bundung, Tuaran

You might also like