You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBNGSAAN SIMPANG EMPAT

HUTAN MELINTANG

DI SEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD AKIF RAZIN BIN MOHD ZAIN
5 AKTIF

1|Page

BIL PERKARA M/SURAT
1 Objektif 3
2 Tok Janggut 4-5
3 Dato Maharaja Lela 6-7
4 Dato Bahaman 8-10

OBJEKTIF
2|Page
Objektif saya menyiapkan folio ini adalah seperti berikut :

1.Untuk mengenali tokoh yang di kagumi saya dengan lebih mendalam.

2.Untuk melengkapkan syarat seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

3.Untuk mengetahui jasa-jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh


.tokoh yang beri.

4.Untuk mengetahui sifat kepimpinan tokoh yang dikaji.

TOKOH PERJUANGAN

3|Page
TOK JANGGUT

a. Latar Belakang

Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun
1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Meca. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau
dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan. Beliau yang menetap di
Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan peniaga. Beliau merupakan salah seorang pejuang
tanah air di Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.

b. Faktor Penentangan

Terdapat beberapa faktor penentangan Tok Janggut semasa pendudukan British di Tanah Melayu
seperti yang berikut :

(i) Peraturan Tanah


Tok Janggut menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun1915. Peraturan itu
mewajibkan petani membayar cukai tanah.

(ii) Pengenalan Cukai Yang Membebankan

Petani juga dikehendaki membayar cukai pokok kelapa berbuah sebanyak tiga sen sepokok, pokok
pinang satu sen sepokok, sirih lima sen sejunjung dan kerbau serta lembu 20 sen seekor. Peraturan
baru ini membebankan rakyat.

(iii) Perasaan Anti-British

4|Page
Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa
Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh
dunia supaya berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan menentang British
di Pasir Puteh.
(iv) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan

Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak
jauh di Bandar. Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal. Mereka
yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Sikap biadap pegawai British yang
bertugas menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

C. Rumusan Tokoh

Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut yang berkubu diKampung Dalam Pupuh, Saring.
Dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan
Kota Bharu,kemudiannya digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat
jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.Tok Janggut dan rakan-rakannya
terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat. Meskipun kebangkitan pada
tahun 1915 berjaya dipatahkan oleh British, tetapi semangat juang mereka menjadi sejarah
kebanggan kita.

5|Page
Dato Maharaja Lela

A. Latar Belakang

Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.
Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada
Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan
pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

B. Faktor Penentangan

i) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan


yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah
Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

ii) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan
Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British.

6|Page
Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim,
mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

iii) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai
padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah
dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

iv) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan
amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

C. Peristiwa Penentangan

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian
Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato Maharaja Lela
dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan
surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato Maharaja Lela
dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan
Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan Dato
Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan
dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan
berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar
Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India
dan Hong Kong.

7|Page
DATO BAHAMAN

Nama sebenar Dato' Bahaman ialah Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari
Bangkinang, Indonesia. Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga diberi
gelaran Seman Tahan kerana dapat menyelesaikan masalah secara fizikal dan
intelektual. Sejarah penentangan Dato' Bahaman berpunca daripada tindakan
provokasi C.E.B Desborough(Pemangku Pemungut Hasil Semantan) yang telah
menangkap anak buah Dato' Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa
kebenaran dan tidak membayar cukai.

Pembinaan balai polis di Lubuk Terua dianggap satu pencerobohan ke atas tanah orang
Melayu dan menggangu kegiatan mereka menyebabkan Dato' Bahaman bangkit
menentang peraturan yang menyusahkan kehidupan masyarakat tempatan.

Tindakan pertama yang diambil oleh Dato' Bahaman ke atas pasukan keselamatan
penjajah British yang dipimpin oleh Desborough di Lubuk Terua sehingga berjaya
membunuh 3 orang polis bersenjata lengkap dan mencederakan beberapa orang yang
lain. Dalam serangan tersebut, Dato' Bahaman berjaya melepaskan pengikut beliau
yang ditahan oleh British. Dato' Bahaman seterusnya memimpin sepasukan pejuang
Pahang menyerang pelbagai kemudahan milik British seperti memusnahkan gudang-
gudang bekalan makanan serta barangan kepunyaan Syarikat Lombong Bijih di daerah
Bentong dan Raub. Keupayaan Dato' Bahaman mengalahkan pasukan polis British
telah menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan orang Melayu untuk

8|Page
menentang British walaupun perlu berjuang dalam keadaan serba kekurangan dan
hanya berbekalkan kehebatan gerak langkah Silat Melayu.

British melakukan serangan tindak balas ke atas kedudukan Dato' Bahaman dan
pengikutnya serta menabur pelbagai fitnah dengan mendakwa bahawa Dato' Bahaman
menulis surat kepada Residen Selangor, W.E Maxwell meminta supaya Semantan
disatukan dengan Selangor. Tujuannya supaya masyarakat setempat membenci Dato
Bahaman. Namun begitu usaha yang dilakukan British menemui kegagalan setelah
usaha menyebarkan propaganda tidak berjaya, Inggeris mencari helah yang lebih halus
dengan menggunakan nama Sultan Pahang.

Dato' Bahaman telah dianggap sebagai penderhaka sehingga diperintahkan oleh Sultan
untuk menjawab segala tuduhan yang dibuat oleh British di Istana Pahang. Namun,
Dato' Bahaman dengan bijaksana tidak berkompromi tipu muslihat British, sebaliknya
bersembunyi di dalam hutan satu strategi untuk mengumpul kekuatan serta menyusun
langkah seterusnya. Setelah usaha menggunakan kuasa Istana gagal, British bertindak
balas dengan menahan pengikut Dato' Bahaman.

Dengan kehebatan dan kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan


pengikutnya yang ditahan walaupun dikawal rapi oleh pihak British sehingga
menimbulkan rasa takut kepada pihak British untuk menggunakan tenteranya sendiri
bagi menyerang Dato' Bahaman dan pengikutnya kerana bimbang kehilangan anggota
mereka. British kemudian bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200
askar Melayu. Ini disebabkan askar Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar
Sikh. Namun British tetap menghantar sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui
oleh Kapten Summer dan Hugh Clifford dan usaha itu tetap mengalami kegagalan.

Usaha terakhir yang dilakukan oleh British untuk menghapuskan Dato' Bahaman dan
pengikutnya tidak lagi dengan menggunakan kekuatan tentera sebaliknya British telah
melancarkan perang saraf di mana satu propaganda yang dinamakan 'Gerakan Sultan'
pada 22 Januari 1892 di mana baginda Sultan dikatakan akan menghantar hadiah

9|Page
kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga Dato' Bahaman ditangkap atau
dibunuh, namun tetap gagal.

Dato' Bahaman bersama pengikutnya melakukan serangan balas dan dapat menawan
semula Lubuk Terua. Tindakan itu membangkitkan kemarahan British yang kemudian
menghantar 300 askar Melayu yang diketui oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise(Majistret
di Temerloh) yang cuba menggunakan askar orang asli untuk menjejaki Dato' Bahaman,
namun orang asli Pahang tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris kerana
menganggap Dato' Bahaman sebagai saudara mereka.

Walau bagaimanapun, dalam satu serangan balas besar-besaran British ke atas Dato'
Bahaman di Jeram Ampai pada tahun 1894, para pejuang Pahang termasuk Dato'
Bahaman terpaksa berpecah dan berundur ke dalam hutan. Tokoh pejuang Pahang ini
teus menghilangkan diri dan dikatakan berundur ke Terengganu, seterusnya ke
Kelantan dan menetap di Siam. Nama Dato' Bahaman terus kekal di dalam lipatan
sejarah sebagai pejuang tulen yang berani menentang penjajah dan Sekolah
Menengah Dato' Bahaman, Lancang didirikan mengabadikan nama tokoh pejuang ini
agar tidak dilupakan oleh zaman.

10 | P a g e

You might also like