You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI DAERAH HILIR PERAK

Bil.2 Tahun 2015

Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMJK San Min

Kehadiran : 24/24

Bil. Senarai Nama Guru Yang Hadir Sekolah


1. Cik Chan Chew Mei Pengetua SMJK San Min
2. Encik Tan Teik Soon Guru Kanan Sains dan
Matematik
SMJK San Min
3. Cik Khairunnisah binti Hussain SMJK San Min
4. Puan Chong Man Sing SMK Raja Muda Musa
5. Puan Rosmawati binti Arbain SM Sains Teluk Intan
6. Cik Nurul Aida binti Mohd Taib SMK Khir Johari
7. Puan Azreen binti Zakariah SMK Hutan Melintang
8. Encik Gunalan a/l Kannapiran SMK Rungkup
9. Puan Norazahani binti Hassan SMK Ulu Bernam
10. Puan Rosmina binti Abdul Rahman SMK Convent
11. Encik Mohammad Faisal bin Osman SMK Seri Setia
12. Puan Nor Fazila binti Isa SMK Seri Perak
13. Encik Ismail bin Mohamed Nor SMK Sultan Abdullah
14. Encik Saaidin bin Mat Jam (wakil)SMK Dato Sagor
15. Cik Hayati binti Mohd Arshad SMK Tun Abdul Razak
16. Puan Noor Fadhilah binti Nordin SMK Abdul Rahman Talib
17. Cik Karpagavalli a/p Subramaniam SMK St. Anthony
18. Cik Saras Pathy a/p Gajapathiravoo SMK Seri Perkasa
19. Puan Ong Siew Chooi SMK Horley Methodist
20. Puan Fauziah binti Samsudin SMK Sultan Abdul Aziz
21. Encik Mohd Hafni bin Musa SMK Seri Muara
22. Encik Nor Azam bin Mohamad Tamjis SM Sains Bagan Datoh
23. Encik Mat Rosli bin Yeop Zainudin SMK Seri Kandi
24. Puan Hajjah Sarimah binti Sujari SMK Sungai Manik

1
AGENDA:

1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi (Cik Chan Chew Mei) mengalu-alukan kehadiran guru-guru Biologi


Daerah Hilir Perak untuk mesyuarat Panitia Biologi Daerah Hilir Perak kali
kedua pada tahun 2015.
Beliau memaklumkan bahawa Encik Mohd Azmin bin Samsudin (Pegawai
Sains dan Matematik PPD Hilir Perak) tidak dapat hadir kerana cuti sakit.
Pengerusi menyampaikan pesanan daripada Encik Azmin iaitu berikutan
penangguhan peperiksaan amali untuk SPM Tahun 2016, guru-guru biologi
yang mengajar tingkatan 4 perlu menyediakan kertas 3 untuk peperiksaan akhir
tahun nanti.
Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali-1/2015

Pencadang : Puan Chong Man Sing

Penyokong : Cik Nurul Aida binti Mohd Taib

3.0 Perkara Berbangkit dan Maklumbalas

3.1 Merujuk kepada perkara 3.1, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
sekolah-sekolah yang telah menjelaskan yuran dan memohon sekolah
yang masih belum menjelaskan yuran tahun 2013 dan 2014 harap dapat
menjelaskan secepat mungkin. Berikut adalah senarai sekolah yang belum
menjelaskan yuran sehingga pada tarikh (26.8.2015).

Tahun 2013 Tahun 2014


1. SMK SERI SETIA 1. SMK RAJA MUDA MUSA
2. SMK RUNGKUP
3. SMS BAGAN DATOH
4. SMK SERI KANDI
6. SMK HORLEY METHODIST
7. SMS TELUK INTAN
8. SMK KHIR JOHARI
9. SMK SERI MUARA
10. SMK St.ANTHONY
11. SMK ULU BERNAM
12. SMK SERI PERAK
13. SMK ABDUL RAHMAN TALIB
14. SMK SERI SETIA
2
3.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa yuran panitia atau wang
perbelanjaan untuk pengurusan program akademik adalah sebanyak
RM50. Bayaran yuran secara cek perlu dibayar di atas nama PENGETUA
SMJK SAN MIN.

3.3 Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua Ketua Panitia Biologi
bahawa yuran panitia dikutip dua tahun sekali seperti tradisi panitia Biologi
sebelum ini. Oleh yang demikian, tiada kutipan yuran untuk tahun 2015.
Kutipan yuran seterusnya pada tahun 2016.

Tindakan : Makluman

4.0 Analisis dan Post Mortem Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun


2015

4.1 Pengerusi memaparkan analisis keputusan peperiksaan pertengahan


tahun 2015 subjek Biologi mengikut ranking GPMP.

Bil Calon KUALITI KUANTITI


GPM
Bil Sekolah T
P
Daftar Ambil H Bil % Bil %
1 AEE5171 - SMK DATO' SAGOR 23 23 0 8 34.78 23 100.00 3.91
2 AEB5169 - SMK CONVENT 93 93 0 25 26.88 78 83.87 4.91
3 AEA5074 - SMK SULTAN ABDULLAH 46 46 0 4 8.70 46 100.00 4.98
4 AEB5165 - SMK SULTAN ABDUL AZIZ 60 60 0 12 20.00 52 86.67 5.13
5 AEA5077 - SM (SAINS) TELOK INTAN 80 80 0 6 7.50 73 91.25 5.28
6 AEB5167 - SMK ST. ANTHONY 14 14 0 4 28.57 12 85.71 5.29
7 AEA5076 - SMK HUTAN MELINTANG 29 29 0 3 10.34 24 82.76 5.45
8 AEA5073 - SMK SERI PERAK 57 57 0 3 5.26 50 87.72 6.04
AEA5078 - SMK ABDUL RAHMAN
9 TALIB 19 18 1 0 0.00 18 100.00 6.33
10 AEB5170 - SMK SAN MIN 137 137 0 29 21.17 86 62.77 6.50
11 AEA5080 - SMK SERI KANDI 16 16 0 0 0.00 12 75.00 6.56
12 AEA5075 - SMK ULU BERNAM 14 14 0 1 7.14 10 71.43 6.71
13 AEA5082 - SMK RUNGKUP 7 7 0 1 14.29 5 71.43 6.71
14 AEE5174 - SMK TUN ABD RAZAK 49 49 0 5 10.20 32 65.31 6.76
15 AEB5166 - SMK RAJA MUDA MUSA 23 22 1 1 4.55 15 68.18 6.95
16 AEB5168 - SMK HORLEY METHODIST 52 52 0 2 3.85 33 63.46 7.00
17 AEE5173 - SMK KHIR JOHARI 57 57 0 5 8.77 27 47.37 7.09
13
18 AEA5083 - SM SAINS BAGAN DATOH 186 186 0 2 1.08 7 73.66 7.14
19 AEA5079 - SMK SERI SETIA 25 25 0 1 4.00 15 60.00 7.36
20 AEA5072 - SMK SUNGAI MANIK 20 20 0 0 0.00 16 80.00 7.45
21 AEE5175 - SMK SERI MUARA 12 12 0 0 0.00 4 33.33 8.25
22 AEA5081 - SMK SERI PERKASA 15 15 0 0 0.00 5 33.33 8.33
Jumlah 1034 1032 2 112 10.85 77 74.90 6.27

3
3

4.1.1 Merujuk kepada analisis keputusan peperiksaan pertengahan


tahun 2015 subjek Biologi, Pengerusi mengucapkan tahniah
kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai kuantiti 100% lulus
iaitu SMK Dato Sagor, SMK Sultan Abdullah dan SMK Abdul
Rahman Talib. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada SMK
Dato Sagor kerana berjaya mencapai kualiti dan GPMP yang
terbaik untuk peperiksaan pertengahan tahun 2015 bagi subjek
Biologi. SMK Convent dan SMK Sultan Abdullah juga turut
menunjukkan pencapaian GPMP yang baik. Encik Tan Teik Soon
meminta Ketua Panitia Biologi dari SMK Dato Sagor dan
SMK Sultan Abdullah berkongsi idea bagaimana berjaya mencapai
GPMP yang baik.

4.1.2 Wakil Ketua Panitia Biologi dari SMK Dato Sagor iaitu Encik
Saaidin memaklumkan bahawa Pengetua SMK Dato Sagor
menggunakan pendekatan klinik Pembelajaran menggantikan
kelas tambahan dan Seminar Menjawab soalan SPM berbanding
Teknik Menjawab Soalan SPM bagi semua mata pelajaran.
Pendekatan ini berjaya meningkatkan keputusan pelajar. Encik
Saaidin juga memaklumkan bahawa bilangan pelajar yang
mencapai kualiti A ialah 8 orang manakala bilangan Near Miss A
ialah 5 orang. Pihak sekolah mengharapkan pencapaian kualiti
yang lebih baik untuk SPM 2015.

4.1.3 Ketua Panitia Biologi dari SMK Sultan Abdullah iaitu Encik Ismail
memaklumkan bahawa pelajar SMK Sultan Abdullah berpotensi
mencapai kejayaan yang cemerlang semasa SPM 2015. Encik
Ismail menambah lagi pelajar-pelajar Tingkatan lima tahun ini
pernah mencatatkan kejayaan yang cemerlang semasa PMR Tahun
2013. Encik Ismail juga memberitahu guru-guru Biologi perlu
menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal supaya ada masa yang
lebih untuk membuat ulangkaji. Encik Ismail juga menambah
pelajar yang membuat banyak latihan akan mendapat keputusan
yang lebih baik.

4.2 Pengerusi meminta Ketua Panitia Biologi merujuk kepada


perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan tahun subjek
Biologi berbanding target untuk subjek Biologi tahun 2015

4
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 subjek Biologi
Bilangan Pelajar (GPMP = 6.27)
2015 Cemerlang Lulus
Bil. A %A Bil. Lulus % Lulus
1034 112 10.85 773 74.90

Target Biologi SPM 2015 (GPMP = 3.87)


Bilangan Pelajar
Cemerlang Lulus
2015
Bil. A %A Bil. Lulus % Lulus
1034 404 39.04 1034 100

4.2.1 Pengerusi berharap semua Ketua Panitia Biologi perlu


meningkatkan usaha bagi merealisasikan sasaran target Biologi
SPM 2015 yang ditetapkan oleh PPD Daerah Hilir Perak.

Tindakan : Ketua Panitia Biologi

5. Perbincangan Program Pecutan SPM 2015

5.1 Cik Khairunnisah mencadangkan Program Pecutan Akhir Biologi


diadakan untuk kumpulan Near Miss A pada 6 Oktober 2015 dan
untuk kumpulan Near Miss Lulus pada 8 Oktober 2015.

5.1.1 Penceramah untuk slot Program Pecutan Akhir adalah seperti


berikut ;-
Program Pecutan Akhir Nama Penceramah
Kumpulan Near Miss A Cik Nurul Balkis binti Adnan
Slot Teknik Menjawab soalan Struktur
Kertas2
Kumpulan Near Miss A Puan Ranti binti Sakimin
Slot Teknik Menjawab soalan Esei
Kertas2
Kumpulan Near Miss Lulus Encik Ismail bin Mohamed Nor
Slot Teknik Menjawab Kertas 3

5.1.2 Setiap sekolah perlu menghantar 8 orang pelajar dan dua orang
guru Biologi untuk setiap Program Pecutan Akhir kumpulan Near
Miss A dan kumpulan Near Miss Lulus.

5.1.3 Setiap sekolah perlu membayar wang perbelanjaan sebanyak


RM50 untuk Program Pecutan Akhir kumpulan Near Miss A dan
5
RM50 untuk Program Pecutan Akhir kumpulan Near Miss Lulus.
5.1.4 Wang perbelanjaan ini digunakan untuk bahan seminar dan untuk
jamuan ringan untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.

5.1.5 Cik Khairunnisah memohon Ketua Panitia menunggu surat


pengesahan kebenaran pelaksanaan Program ini sebelum tindakan
selanjutnya.

Tindakan : Setiausaha Panitia Biologi Daerah

6. Hal-Hal Lain

6.1 Encik Tan Teik Soon telah membina satu laman web khas untuk guru-
guru Biologi Daerah Hilir Perak iaitu bit.ly/gkmpsainsmathsHP. Ketua
Panitia Biologi boleh memuatturun minit mesyuarat daerah dan bank
soalan Biologi dari negeri-negeri lain.

6.1.1Guru-guru Biologi yang ingin berkongsi bahan PdP atau soalan


Percubaan Biologi boleh mengemelkan bahan tersebut kepada
Encik Tan Teik Soon supaya beliau boleh memuatnaik bahan
tersebut ke laman web berkenaan. Berikut adalah e-mel Encik Tan
Teik Soon, tanaeb5170@gmail.com atau soon.tt@yes.my

6.1.2 Puan Ong Siew Chooi memohon Ketua-ketua Panitia Biologi dari
SM Sains Teluk Intan dan SM Sains Bagan Datoh dapat berkongsi
Modul Soalan Perfect Score dengan guru-guru Biologi. Encik Tan
Teik Soon memohon Ketua-ketua Panitia Biologi dari SM Sains
Teluk Intan dan SM Sains Bagan Datoh dapat mengemelkan Modul
Soalan Perfect Score kepadanya agar dapat beliau memuatnaik
kelaman web untuk dikongsi bersama guru-guru Biologi yang lain.

Tindakan : Makluman

6.2 Encik Ismail mencadangkan agar Panitia Biologi Daerah dapat


mengadakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru-guru
Biologi untuk guru-guru Biologi yang mempunyai pengalaman
mengajar Biologi kurang dari 5 tahun. Encik Ismail memaklumkan
bahawa melalui bengkel ini guru-guru Biologi dapat meningkatkan
kefahaman dan kemahiran terutama dari aspek PdP Biologi,
Pengurusan Makmal dan Teknik Menanda Kertas Biologi SPM.
Pihak Panitia Biologi Daerah boleh menjemput guru-guru Biologi yang
berpengalaman untuk menjadi penceramah atau fasilitator kepada
guru-guru Biologi yang baru tersebut.

6
6.2.1 Cik Khairunnisah memberi respon akan memaklumkan kepada PPD
berkenaan bengkel tersebut untuk dilaksanakan pada awal tahun
2016.

Tindakan : Setiausaha Panitia Biologi Daerah

7. Penutup

7.1 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua-ketua


Panitia Biologi yang hadir dan memohon maaf jika terdapat perkara-
perkara yang tidak menyenangkan serta mengharapkan program
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh:-

_____________________
(Cik Khairunnisah bt.Hussain)
Setiausaha Panitia Biologi Daerah

Disemak oleh:-

_____________________
(Encik Tan Teik Soon)
Guru Kanan Sains dan Matematik
SMJK San Min

Disahkan oleh:-
_____________________
(Cik Chan Chew Mei)
Pengetua SMJK San Min

You might also like