You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 3/2016

SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI

HARI : Isnin
TARIKH : 25 Januari
MASA : 2 petang
TEMPAT : Pejabat Pengetua, SMKA Tun Ahmad Zaidi

KEHADIRAN :

AFFIDA HELMI PENGETUA/PENGERUSI


SEBRI B JUNI PK HAL EHWAL MURID
EH FAT E SAU PK KOKURIKULUM
MAZNAH BT SEMAN KB KEMANUSIAAN
ALIZA BT RASHIDI KB BAHASA
MURNI HATI BT JAMLUS KB SAINS DAN MATEMATIK
SALMIAH BT SAMSUDDIN KB VOKASIONAL DAN TEKNIK
ZARAH BT ZAINI KB PENDIDIKAN ISLAM
MOHD ZAMRI B ARIFFIN KETUA WADEN
BIBI DIANA BT ZAINOL ABIDIN GURU BIMBINGAN KAUNSELING

TIDAK HADIR BERSEBAB


HAJAH ZAINAB BT HUSSEIN PK PENTADBIRAN(KURSUS NPQEL)

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua JK pengurusan
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia Pend. Islam atas kejayaan pengolahan
beberapa program termasuk Kursus Naqib dan Naqibah dalam Program Sumur.
1.4 Pengerusi memaklumi hasil pemantuan KBD secara keseluruhannya dalah memuaskan
dan juga didapati bahawa ada dikalangan guru, perlu memperkasa penggunaan bahasa
arab asas. Salah satunya dengan cara penggunaan skrip guru.
1.5 Pengerusi seterusnya menyentuh tentang Exit Policy. Ia adalah bertujuan untuk
melonjak prestasi guru terutamanya guru berprestasi rendah(60% kebawah).ia juga
merupakan kaedah untuk mengawal guru untuk jujur masa kerja dan juga berhasrat
bantu guru untuk mencapai KPI masing-masing.
1.6 Menurut pengerusi, Pegawai yang mendapat 60% kebawah akan dinilai oleh panel
khas dan jika gagal untuk lonjakkan prestasi, pegawai ini, boleh ditamatkan
perkhidmatan.
1.7 Sekolah ada menerima pemohonan lawatan dari SMK Agama Melor yang akan
membuat lawatan rasmi ke Tunaz(educational cluster trip) memohon untuk
perkongsian bidang pengurusan sekolah, program peningkatan Bahasa

1
Inggeris,pemgurusan HEM dan KK dan beliau akan memanggil mesyuarat Pasukan
Bertindak Tunaz. Satu lagi rombongan yang akan melawat Tunaz semasa cuti sekolah
nanti adalah dari Maahad Muhamadi Kelantan.
1.8 Ahli mesyuarat dimaklumi , seorang guru melapor diri dari Maahad Hamidiah, Puan
Zurani bt Husain(Master in Science) tetapi mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah
manakala Ust. Zulkifly secara rasminya akan berpindah selepas Tahun Baru Cina-
sekolah akan ada 6 kekosongan (1 BA,3 KBD,1 Maths , 1 BM).Bagi yang memohon
dukalara ialah Kartina, Nurul Shuhada dan Sopian dan pemohoan mereka telah
disahkan.Pn. Kartina dan En. Sopian memohon ke sekolah biasa. Pn. Kartina akan
digantikan oleh Nur Nazirah Janet.(kelas sejarah Janet akan diambilalih oleh Zurani).
1.9 Zurani Husain akan mengajar BM dan Sejarah.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2


Pencadang : En.Seberi
Penyokong : En.Eh Fat
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Persediaan Sesi 2016
- Ambilan ke 2 adalah pada 18 Januari(140 telah mendaftar).kekosongan ada 40.
Yang telah mendafar 36 orang, membuatkan jumlah bilangan pelajara Ting.1
sekarang 176. 4 kekosongan).jumlah pelajar Ting.1 Tunaz tidak boleh melebihi 180
orang)
3.2 Kurikulum
- Fokus Strategik masih belum di kumpul.
- LDP Headcount yang tertangguh sudah dijalankan pada 22 Jan 2016
- Mesyuarat Kurikulum akan diadakan pada 3 Feb
Makluman dari Pn. Murni Hat
3.3 Pengurusan
- Perihal Perjawatan dan Perhkidmatan- didapati ramai guru belum lagi di kemaskini
Pengistiharan harta sungguhpun sudah dimaklumkan .Boleh merumitkan urusan
kenaikan pangkat.
Tindakan : Pengerusi
3.3 Utilit sekolah
- Menurut Ust.Zamri beliau telah melaporan kepada En.Wagiman tentang jumlah utiliti
Sekolah.
- pelajar Asrama sudah dimaklumkan tentang keperluan menjimatkan pengunaan
elektrik dan air.

Makluman dari Ust.Zamri


3.4 Para 4.4
- Masih ada lagi pemohonan untuk menduduki Ujian Diagnostik awal iaitu pada
27&28. Dimaklumkan Cik Chai Hong mencadangkan untuk mengadakan Ujian pada

2
26/1/16. Di persetujui jika guru-guru sudah bersedia.pengerusi memohon
Pn.Murni untuk melihat semula tentang persediaan untuk ujian awal
- Seramai 36 orang pelajar Ting.5 akan terlibat dalam pertandingan Bola Baling dan
mereka akan menduduki ujian diagnostic awal dan subjek yang dijadualkan pada 1
dan 2 Feb akan dimulakan pada 27 & 28 bagi pelajar-pelajar ini
- Pembantu makmal berserta guru B&K akan ditugaskan untuk menyelia pelajar
ujian di Dewan Sekolah.Jika perlu juruteknik computer pun akan terlibat atas
arahan adhoc.
Tindakan Pn Murni Hat
3.5 Para 4.6
- surat perpindahan anak Cikgu Jaya sudah di terima dan diserahkan kepada
PN.Megawati.
Makluman daripada PKHEM
3.6 Para 4.8
- Guru-guru yang memohon menjadi penyemak kertas peperiksaan SPM ialah Pn. Hjh
Munirah,Pn. Zuranee dan Cik Siti Norfaezah
Makluman
3.7 Para 4.15
- Ustaz Zamri memaklumkan, setelah teguran dibuat, tiada ada lagi berlaku kes
ibubapa memohon membawa anak-anak di asrama keluar pada sebelah malam
Makluman dari Ust. Zamri
3.8 Para 4.16
- Makluman dari PKHEM, bahawa beliau telah berbincang dengan Pn. Norhajijah
tentang pelawat luar yang masuk kawasan sekolah tanpa pas dan keadaan
sekarang beransur baik .
Makluman PKHEM
3.9 Para 4.19
- Perkhemah Orentasi Ting. 1 akan berlangsung seperti yang dicadangkan
Maklumakn dari PKKK
3.10 Para 2.27
- Ahli mesyuarat dimaklumkan,PIBG akan bermesyuarat dan memohon Pn.Murni
untuk mengajukkan permohonan bantuan peralatan-kipas angin bagi makmal sians
Tindakan Pn Murni

3.10 Para 4.30


- Ceramah daripada pejabat mufti akan berlangsung 29.1.2016 di surau
sekolah.Jemputan kepada guru untuk ikut serta. Selepas daripada ini, guru-guru
wajib menghadirkan untuk ceramah bulanan yang dirancang bersama kelab guru.
Tindakan Ustaz Zamri
4.0 Hal-hal lain

3
4.1 Pelaporan Kurikulum

- LDP Headcount telah dijalankan pada 22.1.2016 dan dicadangkan borang prestasi
individu diperbanyakkan suapaya guru-guru dapat membuat graf prestasi setiap
pelajar.
- Graf prestasi bertujuan untuk membantu pelajar lebih fokus dan mampu
membuat analisis kendiri , merangkumi pelajar T.2-T5
- ahli majlis mempersetujui cadangan yang dikemukan.
Tindakan Pn Murni Hat
4.2 HEM
- Terdapat kes disiplin yang melibatkan seorang pelajar Ting.1 yang suka buang angin
pada kawan-kawan di asrama.Kes ini akan diberi kelonggaran memandangkan ianya
melibatkan pelajar Ting.1
_ pertandingan kebersihan kelas akan bermula pada 25.1.1966
Makluman
4.3 Kekurangan Buku Teks
- Pn Murni telah menyuarakan terdapat ramai pelajar tidak mempunyai buku teks
matematik Ting.1 vol.1
- Maklumbalas daripada PKHEM mengatakan laporan yang diterimanya, tiada
menyatakan sekolah kekurangan buku matematik ting.1 vol kekurangan, Cuma kekurangan
pada buku BA Ting.2 dan Ting. 3,novel Ting.5 serta komsas Ting.2. Beliau telah memohon
daripad Sekolah Tuanku Abdul Rahman 96 buku matematik Ting.1 vol.1. dan telah merujuk
dengan Ustazah Shuhada dan akan semak balik tentang hal ini.
- PKHEM juga memaklumi,26 locker pelajar telah dipecah (buku hilang). Perkara ini
masih dalam siasatan.
- Pengerusi mencadangkan supaya guru-guru untuk tingkatan memeriksa bilangan
pelajar yang tidak mempunyai buku teks yang lengkap dan mahu tindakan segera di ambil.
-Telah dipersetujui pada 26.1.2016, guru-guru tingkatan bersama guru pendamping
akan membuat`spot check untuk mengenalpasti bilangan pelajar yang tidak mempunyai
buku teks yang lengkap.
Tindakan PKHEM/Guru Tingkatan

4.4 Kelas Tambahan


- Pn Maznah memohon penjelasan tentang keperluan untuk mengatur jadual kelas
tambahan bagi Ting.3.
- Pengerusi memaklumkan bahawa beliau lebih suka jika urusan kelas tambahan
ditangani oleh guru-guru sendiri dan juga pelajar-pelajar.pengerusi mencadangkan
supaya di buat jadual kelas tambahan atas dasar untuk menghabiskan silibus. Usaha
selebihnya adalah dibawah inisiatif guru.
- Pn.Maznah dan Pn. Murni Hati akan merangka jadual kelas tambahan bagi tujuan itu.
Tindakan Pn Maznah dan Pn. Murni Hat
4.5 Ketua Bahasa
- Pn.Aliza memaklumkan ahli mesyuarat tentang keputusan Ujian Diagnostik Bahasa

4
Inggeris Ting.1 bahawa ramai yang mendapat dalam lingungan 50-40 markah. Beliau
akan mendapat kepastian daripada KP Men.Ren tentang jumlah sebenar.
Tindakan Pn Aliza
4.6 Aduan terhadap guru
- Pengerusi mmemberitahu beliau ada menerima aduan daripada ibubapa tentang Pn.
Maya yang dikatakan menggunakan perkataan-perkataan negatif terhadap pelajar-
pelajarnya.
- Pengerusi mahu guru-guru diingatkan tentang perlunya mereka berhati-hati supaya
tidak melabel pelajar kerana ramai ibubapa memandang tinggi terhadap guru-guru di
TUNAZ.
Makluman
4.7 Program Menuju Puncak
- Pn Salmiah memohon penjelasan tentang Program Menuju Puncak. Pn. Bibi
menjelaskan kepada ahli mesyuarat.Ia merupakan program motivasi untuk pelajar T3 dan
T5 bersama pihak luar. Pelaksaan program telah di tunda ke 16.2.2016. Dana pelaksaannya
adalah daripada wang kecemerlangan PIGB.
Tindakan Pn.Bibi Diana
4.8 Lawatan Luar
Pada 26-28, sekolah dijangka akan menerima lawatan daripada MRSM Betong.Mereka
akan melawat sekolah untuk melihat tentang Kepimpinan Pelajar.
Makluman dan tndakan semua
4.9 Pengerusi menyarankan ahli mesyuarat untuk menjadi ahli teacher collection.
Makluman
4.10 PKHEM memberitahu ahli majlis tentang lantai kelas 1B yang berlubang telah dibaiki
oleh En.Shaperimon
Makluman

4.11 Pemakluman daripada PKKK


- 26.1.2016 akan diadakan mesyuarat perkhemahan yang melibatkan 30 orang guru.
Makanan pelajar harian akan dibiayai dengan wang suwa sementara makan minum
guru adalah dari sumbangan PIBG sebanyak 500rm
- 5 orang guru dan 8 pelajar(Ting.4) akan terlibat dalam pengelolaan bola baling di
stadium stakan pada 1 dan 2 Feb 2016
- Tiada aktiviti KK pada 27.1.2016
- PKKK mohon guru-guru bersama pelajar untuk solat asar selepas perjumpaan KK
-PKKK juga mohon senarai nama pelajar T,1 ambilan ke2 untuk tujuan agihan rumah
sukan.
Tindakan : PK HEM,Pengetua dan Ketua Bidang

4.12 Pengerusi mengucapakan terima kasih kepada En.Sulaihi dan Ustaz Zulkifly di atas
segala sumbangan kepada TUNAZ dan semoga mereka dapat bertugas dengan lebih
cemerlang di stesen baru.
Makluman
5
5 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.07 petang

Minit dicatat oleh: Disahkan oleh:

.. ..
(ALIZA BT RASHIDI) (PN AFFIDA HELMI)
Setiausaha Mesyuarat Pengurusan Pengetua
SMKA TUN AHMAD ZAIDI SMKA TUN AHMAD ZAIDI

Tarikh : 25 Januari 2016

You might also like