You are on page 1of 21

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus


Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
STPM 2016

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

0 TERHAD
TERHAD
Kandungan

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan 3


Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 4

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 5

3.6 Tanggungjawab Calon 6

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7

5.0 Format Penulisan 8

6.0 Struktur Penulisan 9

7.0 Penskoran Markah 10

8.0 Skema Penskoran Markah 10

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 11

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12

11.0 Format Penulisan 13

12.0 Struktur Penulisan 13

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14

Lampiran 1620

1 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian


Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian
kes berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

3.0 Pelaksanaan kerja kursus


3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau
calon persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh
guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan.
3.2.6 Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon
(Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah
3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan
Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
2 TERHAD
TERHAD
3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja kursus
calon di sekolah ada

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah


Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus.
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon.
3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka
boleh membaiki hasil kerja
3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3 TERHAD
TERHAD
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC)
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar
markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.26 Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) ke
MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas
penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah
yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.)
3.3.27 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian
Perniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta
(d) Menilai pembentangan calon secara individu
(e) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)
(f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)
ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan
borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus
pemeriksa.)
(h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

4 TERHAD
TERHAD
(i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah
swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)
(j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian
Perniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus
(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus
kepada calon
(e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan
(f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi
pembentangan
(g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya kepada
calon
(h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
(i) Menilai pembentangan calon
(j) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(k) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)
ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan
borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus
pemeriksa.)
(l) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2), Borang Rekod
Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), Borang Markah Kerja Kursus Calon
(Lampiran 4), dan Borang Rumusan Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)
(m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta
(n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta


3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
5 TERHAD
TERHAD
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data
atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus
3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.6 Tanggungjawab calon


3.6.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.6.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal
tiga sehingga tamat penggal tersebut.
3.6.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian.
3.6.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.
3.6.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
6 TERHAD
TERHAD
3.6.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.6.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

Tugasan kerja kursus Taklimat tugasan kerja Menerima arahan tugasan.


25 Mei diterima kursus kepada calon Semak
2016 (sila rujuk manual kerja http://www.mpm.edu.my
kursus) Memahami skop tugasan
kerja kursus
Merancang jadual kerja

25 Mei Taklimat PN dengan Menghadiri taklimat


hingga 19 Guru Tingkatan 6 tersebut dan
Jun 2016 memberikan sepenuh
perhatian semasa
taklimat berlangsung

20 Jun Persiapan awal Membincangkan dan Membuat persiapan awal:


hingga 23 sebelum menjalankan membimbing pemilihan
Keperluan kewangan
Sept. 2016 kerja kursus tajuk dan jadual kerja
Pengesahan sekolah dan
Menyediakan surat-
kebenaran penjaga
menyurat
Perancangan kerja
Menjelaskan pelajar
Penyediaan peralatan dan
tentang elemen
instrumen seperti borang
kemahiran insaniah
soal selidik
(soft skills) yang akan
dinilai Mengenal pasti sumber
Membimbing pelajar rujukan, seperti sumber
sepanjang penghasilan sekunder, sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
KK
Membantu penyelesaian Mengumpul data dan
masalah yang timbul maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
Memantau
pengukuran, temu bual dan
perkembangan tugasan
kaji selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder

7 TERHAD
TERHAD

Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

20 Jun Penyediaan dan Menjelaskan item-item Menyusun dapatan (data


hingga 23 penulisan laporan yang dinilai dalam dan maklumat) mengikut
Sept. 2016 Kerja kursus untuk sesi penulisan laporan kerja keutamaan dan struktur
penilaian kursus tugasan
Membimbing calon Memproses, mentafsir,
untuk menulis laporan menganalisis, dan merumus
mengikut format yang data dan maklumat
ditetapkan Mempersembahkan data
Membaiki kelemahan dan maklumat dalam bentuk
dan membimbing calon yang sesuai, seperti peta
membuat lokasi, jadual, graf, carta,
penambahbaikan dan lain-lain
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai

26 Sept Sesi pembentangan Memeriksa dan memberi Hantar laporan bertulis


hingga 26 dan penilaian markah laporan kerja Sesi pembentangan
Okt. 2016 kursus dan (10 minit hingga 15 minit
pembentangan sahaja untuk setiap calon)

26 Sept. Penskoran kerja Menghantar markah ke


hingga 26 kursus dan hantaran MPM
Okt. 2016 markah ke MPM

29 Okt.
hingga 20 Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
Nov. 2016

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)

5.0 Format Penulisan


5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Rumusan Eksekutif
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

8 TERHAD
TERHAD
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

6.0 Struktur Penulisan


Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Rumusan eksekutif
(b) Pengenalan
(c) Objektif
(d) Latar belakang syarikat
(e) Latar belakang pemilik atau ahli kongsi
(f) Latar belakang projek
(g) Rancangan organisasi
(h) Rancangan pemasaran
(i) Rancangan pengeluaran atau operasi
(j) Rancangan kewangan
(k) Kesimpulan
(l) Lampiran

9 TERHAD
TERHAD
7.0 Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.
Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang
dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian
bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran
berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa
yang dilantik oleh MPM.

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Rumusan eksekutif 8

2 Pengenalan 4

3 Objektif 3

4 Latar belakang syarikat 4

5 Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 3

6 Latar belakang projek 8

7 Rancangan organisasi 12

8 Rancangan pemasaran 12

9 Rancangan pengeluaran atau operasi 12

10 Rancangan kewangan 12

11 Kesimpulan 5

12 Lampiran 2

13 Pembentangan

(i) Kerelevanan 2
(ii) Soal jawab 2
(iii) Kebahasaan 2
(iv) Kreativiti 2
(v) Keterampilan 2

14 Kemahiran insaniah 5

JUMLAH MARKAH 100

10 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab calon


9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

11 TERHAD
TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan dan
Tarikh Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

20 Mei 2016 Tugasan kerja kursus diterima Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
Memahami skop tugasan kerja kursus
Merancang jadual kerja

20 Jun hingga Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:


23 Sept. 2015 Keperluan kewangan
Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
Perancangan kerja
Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber
sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber
lain.
Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu
bual dan kaji selidik
Memperoleh data dan maklumat dari sumber
sekunder

20 Jun hingga Penyediaan dan penulisan Menyusun dapatan (data dan maklumat)
23 Sept. 2015 laporan kerja kursus untuk sesi mengikut keutamaan dan struktur tugasan
penilaian Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
Mempersembahkan data dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,
graf, carta dan lain-lain
Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori yang
dipelajari
Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai

26 Sept hingga Sesi pembentangan dan Hantar laporan bertulis


26 Okt. 2015 penilaian Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)

12 TERHAD
TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

12.0 Struktur Penulisan


Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Rumusan eksekutif
(b) Pengenalan
(c) Objektif
(d) Latar belakang syarikat
(e) Latar belakang pemilik atau ahli kongsi
(f) Latar belakang projek
(g) Rancangan organisasi
(h) Rancangan pemasaran
(i) Rancangan pengeluaran atau operasi
(j) Rancangan kewangan
(k) Kesimpulan
(l) Lampiran

13 TERHAD
TERHAD

946/4 STPM 2016

Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

14
14 TERHAD
TERHAD
Soalan Kerja Kursus.

Calon diminta memilih satu jenis perniagaan sama ada berasaskan produk atau perkhidmatan dan
menyediakan satu rancangan perniagaan lengkap berdasarkan format yang sesuai seperti yang
dicadangkan di bawah:

(i) Rumusan eksekutif


(ii) Pengenalan
(iii) Objektif
(iv) Latar belakang syarikat
(v) Latar belakang pemilik/ahli kongsi
(vi) Latar belakang projek
(vii) Rancangan organisasi
(viii) Rancangan pemasaran
(ix) Rancangan pengeluaran/operasi
(x) Rancangan kewangan
(xi) Kesimpulan
(xii) Lampiran

Nota: Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.

15 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN
GURU

TARIKH

16 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan
oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah
kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

17 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ....... No. Kad Pengenalan :

Aktiviti dalam
Tarikh penghasilan Tandatangan Tandatangan
Ulasan Guru
Aktiviti kerja kursus Calon Guru
(Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2016 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ..

Nama Guru: ..

Tarikh : ............................................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan
pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

18 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ............... Angka Giliran :


No. Kad Pengenalan :

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)


Markah Markah Markah
Kriteria Penilaian
Penuh Guru Penyelaras
1. Rumusan eksekutif 8
2. Pengenalan 4
3. Objektif 3
4. Latar belakang syarikat 4
5. Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 3
6. Latar belakang projek 8
7. Rancangan organisasi 12
8. Rancangan pemasaran 12
9. Rancangan pengeluaran atau operasi 12
10. Rancangan kewangan 12
11. Kesimpulan 5
12. Lampiran 2
13. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
14. Kemahiran Insaniah 5
Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah Saya memperakui bahawa markah dan
dan butiran di atas adalah benar. Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: Tandatangan Penyelaras:


Nama : Nama : .
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan : .
Tarikh : .. Tarikh :
No. Telefon (sekolah) : No. Telefon (sekolah) : .

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

19 TERHAD
TERHAD
LAMPIRAN 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ..... Tandatangan Pengetua: ..
Nama: .... Nama: ..
No. Kad Pengenalan: .. No. Kad Pengenalan: .
Tarikh: ... Tarikh: ...
No. Telefon (sekolah) : . No. Telefon (sekolah):
(bimbit): . (bimbit):

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.

20 TERHAD

You might also like