You are on page 1of 13

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA KURSUS SEJARAH


PENILAIAN MENENGAH RENDAH
2008

SEJARAH 21/2

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL

WAU

NAMA CALON : NUR FATI N

SYAHI ER A BT

MOH D H ALIL .
NOMBOR KAD : 930522 – 06 –
5428.
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN :
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH
MENENGAH
KEBANGSAAN SUNGAI
ISAP.
GURU PENILAI : PUAN FAUZEAH
BINTI ABDUL GHANI.

PERMAINAN
TRADISIONAL
WAU
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kerana dengan jayanya saya dapat menyiapkan folio ini

dalam masa yang ditetapkan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjalankan tugasan ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Siti

Aishah Binti Mahmad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap kerana

memeberi kebenaran untuk menjalankan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada

guru Sejarah saya, iaitu Puan Fauzeah Binti Abdul Ghani kerana tunjuk ajar dan

bimbingan beliau dalam menjalankan tugasan folio ini. Ucapan terima kasih juga saya

tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya, kerana memberi sokongan dan dorongan

kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Tidak lupa juga

rakan-rakan saya, Norfatiha Binti Abdul Halim,Aina Najwa binti Shukhairil, raja

Norhidayu binti Raja Mat dan Nik Mohd Farhan Bin Nik Muhammad,yang terlibat dalam
tugasan ini kerana kerjasma mereka dalam mengumpulkan maklumat serta memberi dan

berkongsi idea yang bernas bersama saya tanpa jemu.

OBJEKTIF KAJIAN

• Mengenal pasti jenis-jenis wau yang terdapat di negara Malaysia.

• Menyatakan alat-alat yang digunakan semasa membuat wau.

• Menyatakan cara pembuatan wau di negara Malaysia.

• Menyatakan cara wau dimainkan di kalangan masyarakat negara Malaysia.


KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan folio ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah. Antara

kaedah kajian yang saya gunakan ialah :

a) Kaedah melawat tempat kajian.

b) Kaedah temu bual.

c) Kaedah rujukan.

Kaedah melawat tempat kajian.


• Saya telah pergi melawat tempat kajian di Padang Cendering, 341 B, Kampung

Raja, Baram, Cendering, Kuala Terengganu untuk mengenal pasti jenis-jenis wau

yang terdapat di negara Malaysia.

Kaedah temu bual.

• Saya telah menemu bual seorang pembuat wau di Padang Cendering, 314 B,

Kampung Raja, Baram, Cendering, Kuala Terengganu untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan wau.

Kaedah rujukan.

• Saya telah menggunakan beberapa buah buku ilmiah,melayari internet dan

membuat rujukan di perpustakaan awam untuk mengumpul maklumat yang

berkaitan dengan permainan tradisional..

HASIL KAJIAN

Nama permainan.

• Teraju 3 sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang

di negeri-negeri sebelah pantai barat Semenanjung. Sebagai permainan masa

lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman
sekitar kurun ke-15, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka

mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan semangat langit.

Latar belakang.

• Menurut suatu catatan, wau dipercayai dicipta oleh seorang yang bernama Sang

Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai

Kelana Seri Panji. Wau dipercayai di hasilkan antara tahun 711 hingga 839

Masihi. Terdapat dakwaan tentang negara asal bermulanya wau seperti Indonesia,

Thailand dan tidak kurang pula yang mendakwa Kelantan. Pendapat kedua pula

menyatakan wau telah bermula di negara China sejak 3000 tahun yang lalu.

• Negeri yang mempopularkan permainan tradisional wau ialah Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau juga amat digemari oleh masyarakat Meiayu

di pantai timur sejak 5 abad yang lalu.

• Kaum yang terlibat dalam permainan tradisional wau ialah di kalangan

masyarakat Melayu.

Tujuan dimainkan.

• Wau dimainkan bukan sahaja untuk tujuan hiburan, mengisi masa lapang dan

malah diadakan pertandingan pula. Biasanya wau dimainkan pada musim

kemarau setelah selesai menuai padi.

Alat-alat yang digunakan.

• Antara alat yang digunakan untuk membuat wau ialah:

a) Buluh.
b) Pisau.

c) Kertas.

d) Pensil.

e) Gunting.

f) Gam.

g) Tali.

Cara dimaiankan.

• Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh 2 orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.

Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau akan dilepaskan dan juru anjung

akan menariknya sambil berlari anak. Juru anjung akan terus menghulurkan tali

supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi. Lazimnya wau boleh naik sehingga 500

mete

RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa permainan

tradisional ini merupakan permainan yang dimainkan sejak zaman berzaman lagi di

negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Melalui tugasan ini saya

dapat mengetahui cara bagaimana wau dihasilkan dengan baik. Sebagai rakyat Malaysia

kita perlulah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa supaya tidak di
telan zaman dan generasi akan datang dapat menagmalkan tradisi-tradisi yang terdapat di

Malaysia.

Selain itu, saya telah mendapat banyak pengeyahuan tentang sejarah permainan

wau. Ini telah menjadi ikhtibar kepada diri saya sendiri untuk mengetahui budaya di

negara Malaysia. Sememangnya Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan. Saya

bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia merupakan negfara yang

benyak mempunyai khazanah warisan.

Tambahan itu, permainan wau juga telah menjadikan Malaysia negara yang popular

sebagai tempat pelancongan kerana ramai pelancong berkunjung ke Malaysia untuk

mengetahui dan menghayati warisan budaya yang terdapat di Malaysia. Saya sebagai

generasi baru berasa bangga dengan sejarah negara kerana melalui warisan budaya,

negara telah menjadi tumpuan para pelancong.Oleh itu kita mestilah menjaga dan

memelihara permainan ini supaya akan menjadi satu contoh yang akan di tunjuk kepada

generasi yang akan datang...

RUJUKAN

Buku Ilmiah.
• Jasmin Ahmad ( 2006 ), Siri Permainan Tradisional, Edaran Goodmark

Enterprise, Kuala Lumpur.

Orang Sumber.

• Encik Hashim Bin Mokhtar, 41 tahun, No. Y-36, Kampung Permatang Badak,

25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Internet.

• http : // malaysiana . pnm . my / 03 / 0314wau . htm

• http : // malaysiana . pnm . my / 03 / 03pengenalan . htm

LAMPIRAN
ISI KANDUNGAN

You might also like