You are on page 1of 35

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Alam,


40400 Shah Alam
Selangor

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alam,
40400 Shah Alam.
SELANGOR 3 FEBRUARI 2013

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Merujuk perkara di atas,saya Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran mengadakan
lawatan ke Kuala Lumpur.

2. Untuk pengetahuan tuan, tujuan lawatan ini adalah seperti berikut :-

i. Untuk menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli dengan lebih terperinci.


ii. Ahli-ahli dapat mengenal Kuala Lumpur dengan lebih dekat
iii. Ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu dapat mempelajari tentang sejarah-sejarah
Kuala Lumpur.

3. Selain itu,butir-butir lawatan adalah seperti berikut :-

i. Lawatan ni akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac.


ii. Jumlah ahli yang mengikuti lawatan ini ialah 35 orang.
iii.Jumlah guru pengiring ialah sebanyak 5 orang.

4. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :-

i. Melawat Pusat Sains Negara.


ii. Melawat Muzium Negara.
iii.Melawat Zoo Negara.

Harapan saya agar pihak tuan meluluskan permohonan ini dalam kadar segera.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
Anis Syuhada
(ANIS SYUHADA BINTI LAMZAH)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Alam.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Aman,
33300 Gerik,
Perak.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Aman,
33300 Gerik,
Perak. 12 SEPTEMBER
2011.

Tuan,

Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu pada tahun
ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

2. Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 hingga 18 November 2011.


Lawatan ini akan disertai oleh 38 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru
penasihat iaitu Cikgu Rahana binti Ya , Cikgu Raihan binti Haji Husin dan Cikgu
Fazli bin Zali.

3. Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Kuala Lumpur ialah Pusat


Sains Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara, Menara Berkembar Kuala
Lumpur (KLCC), dan Zoo Negara.

4. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan


pengalaman murid. Di samping itu juga, dapat mengurangkan tekanan kepada
murid selepas menghadapi peperiksaan semester kedua.

5. Saya bagi pihak persatuan berharap agar permohonan untuk


mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan
secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Fatimah
(FATIMAH BT. YACOOB)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Aman.
Persatuan yang anda anggotai di sekolah bercadang hendak
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat. Sebagai
setiausaha persatuan, anda telah diminta untuk menulis sepucuk
surat kepada pihak yang berkenaan untuk meminta kebenaran bagi
lawatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya

Persatuan Bahasa Malaysia,


SK Putrajaya,
62250 Putrajaya.

Pengurus Besar,
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd,
Lot 1941, Persiaran Raja Muda,
Seksyen 16,
40700 Shah Alam,
SELANGOR. 13 Januari 2013

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Kilang Coklat Cadbury

Merujuk perkara di atas, Persatuan Bahasa Malaysia ingin meminta kebenaran tuan
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury kerana kilang ini
terkenal di Malaysia dan kami pasti pemilihan kilang ini tidak akan menghampakan
para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini. Selain itu, perjalanan dari
sekolah kami ke kilang ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

2. Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.

Tarikh : 21 Januari 2013


Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Jumlah peserta : 35 orang peserta
Jumlah guru pengiring : 5 orang
Pengangkutan : bas akan disediakan oleh pihak sekolah.
3. Motif lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara
pembuatan coklat dan teknologi terbaharu dalam pemprosesan coklat. Selain itu,
lawatan ini dapat membantu kami untuk menyiapkan kajian mengenai koko di
Malaysia. Kami yakin bahawa maklumat yang tepat hanya dapat diperoleh melalui
lawatan ini.

4. Di samping itu, lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan persatuan kami
pada tahun 2013. Di sekolah kami, setiap persatuan dikehendaki untuk mengadakan
pembentangan pada akhir tahun nanti kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan
jumlah aktiviti yang dijalankan olah setiap persatuan.

5. Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang
harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada tuan untuk
membenarkan kami menangkap beberapa kepingan gambar untuk dimasukkan dalam
laporan dan pembentangan kami.

6. Jika pihak tuan tidak keberatan, kami memohon jasa baik tuan untuk
menyediakan seorang kakitangan kilang untuk memberi tunjuk arah di kawasan
kilang dan dapat memberi penerangan yang diperlukan serta sebarang bahan-bahan
maklumat tambahan mengenai kilang itu sebagai rujukan.

7. Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan tuan. Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul
sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.

8. Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif
daripada pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
Farah Adila
(FARAH ADILA BINTI AZMY)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
S.K Putrajaya.
Persatuan Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000 Temerloh,
Pahang.

______________________________________________________________

Tuan Pengurus
Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,
28000 Temerloh,
Pahang. 15 April 2002

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar

Berhubung perkara di atas, Persatuan Alam Sekitar ingin memohon mengadakan


lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.

2. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk:

i. melihat sendiri dengan lebih dekat proses perabot-perabot dihasilkan di


kilang.
ii. mengetahui jenis-jenis kayu yang sesuai yang sering digunakan untuk
membuat perabot.
iii. menambah ilmu pengetahuan tentang pembuatan perabot kayu.
iv. mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan
alam sekitar.

Ini akan membantu kami dalam pelajaran terutama mata pelajaran Kemahiran Hidup
dan Pendidikan Alam Sekitar.

3. Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana


syarikat tuan amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang
bermutu tinggi, tahan lama dan model yang menarik serta terkini. Selain
itu, harganya pula amat berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang
terdiri daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru
pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut:

Tarikh : 19 April 2012


Masa : 9.00 pagi
Kenderaan : Bas

5. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.....................................
(SITI AISHAH BT SAHARI)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh, Pahang.
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013

Tuan,

Meminta kebenaran Mengadakan Perkhemahan

Merujuk perkara di atas, Persatuan Puteri Islam ingin meminta kebenaran mengadakan
perkhemahan. Perkhemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei
hingga 5 Mei 2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli
dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memberikan pengalaman baharu


kepada ahli sebagai batu loncatan untuk berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di
sekolah dapat dimanfaatkan ketika mengikuti perkhemahan itu. Malah, aktiviti yang
dijalankan dapat membantu sikap berdikari dalam kalangan ahli.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengizinkan ahli Puteri Islam
menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung
tinggi. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,
49300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Pengurus Penerbitan,
Wira Buku,
Taman Seri Gombak,
69100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013

Tuan,

Kebenaran Lawatan Sambil Belajar ke Syarikat Wira Buku.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan
majalah Cahaya Mataku.

2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengelakkan ahli seperti katak
bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di
sekolah.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk


makluman pihak tuan.
Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013
Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami


tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami
berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak
tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
___________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
____________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 15 OKTOBER 2010

Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah


Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung
Raja, Besut.

2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran
tersebut.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

Tarikh : 17.10.2010
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring

Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
____________________________________________________________________________

Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur. 18 OKTOBER 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan
mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.

2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid
tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula,
televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-
murid.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

Tarikh : 25.11.2010
Masa : 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring

4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)


Setiausaha,
Kelab Sains.
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
____________________________________________________________________________

Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998

Tuan,
Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam
akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti
berikut :

Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit


1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60
2. Misteri Patung George 1 RM 3.60
3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.20

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai
RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )

You might also like