You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH 2017

Tarikh : 10.11.2016
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Bagan Serai

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Hasan Aghare bin Mohd Nor Pengerusi


2. En. Shahidan bin Yusof Naib Pengerusi
3. Pn. Anis Ayuni binti Mohmad Setiausaha
4. Pn. Norazlina binti Ahmad AJK
5. Pn. Nor Hayati binti Ramli AJK
6. En. Junaidi bin M. Yusuf AJK
7. En. Mohamad Shahidan bin Kasim Wakil Komuniti
8. Pn. Norizewana binti Safion Amin Pencatat
9. Pn. Noor Asimah binti Ismail

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi (Tn. Hj Hasan Aghare bin Mohd Nor)


1.1 Merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat Pemilihan
murid Prasekolah sesi 2017.

1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik sebagai Jawatankuasa


Pemilihan Murid Prasekolah sesi 2017.

1.3 Mengharapkan supaya proses pemilihan mesti dibuat secara telus mengikut
kriteria-kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


Tiada

3. Perkara berbangkit
Tiada

4. Perkara yang dibincangkan


4.1 Taklimat dan prosedur pemilihan murid (Pn. Anis Ayuni bt Mohmad)
4.1.1 Kriteria yang diambilkira dalam pemilihan murid ke prasekolah :
- Kriteria pertama; Kanak-kanak yang dipilih mestilah warganegara
Malaysia
- Kriteria kedua; Kanak-kanak yang mencapai umur 4 tahun pada hari
pertama bulan Januari pada tahun 2017 (kanak-kanak yang lahir pada
tahun 2011 dan 2012). Walau bagaimanapun, keutamaan perlu diberikan
kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011 yang mana mereka
akan masuk ke tahun satu pada 2018.
- Kriteria ketiga; Pendapatan ibu bapa/ penjaga. Keutamaan pemilihan
adalah berasaskan merit pendapatan ibu bapa/ penjaga di bawah garis
kemiskinan dan Ranking pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke
tinggi.
- Kriteria keempat; Jumlah bilangan murid setiap kelas prasekolah mestilah
tidak melebihi 25 orang. Oleh itu, jumlah maksimum murid prasekolah SK
Bagan Serai ialah 50 orang.
- Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat berdasarkan
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mereka dipilih melalui
Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

4.2 Pemilihan murid sesi 2017


4.2.1 Borang permohonan yang diterima adalah sebanyak 50 permohonan.
4.2.2 Berdasarkan syarat-syarat kelayakan kesemua 50 permohonan telah
diluluskan.
4.2.3 Senarai nama permohonan yang diluluskan adalah seperti Lampiran A.

5. Hal-hal lain
5.1 Majlis Taklimat dan Pendaftaran Prasekolah 2017 akan dijalankan pada 6.12.2016
(Selasa). AJK Program akan dimaklumkan kemudian.
5.2 Sebarang masalah berkaitan pemilihan murid prasekolah bolehlah berhubung
terus dengan barisan pentadbir sekolah untuk mengelakkan salah faham
berlaku.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

.. ..
(ANIS AYUNI BINTI MOHMAD) (HJ HASAN AGHARE BIN MOHD NOOR)
Setiausaha Guru Besar
Jawatankuasa Pemilihan SK Bagan Serai
Murid Prasekolah sesi 2017

You might also like