You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM,
12100 BUTTERWORTH.

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


BIL 1 / 2016

TARIKH : 30 Disember 2015


MASA : 11.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Multimedia

KEHADIRAN:
1. En. Iswadi bin Saidin Pengerusi
2. En. Shahrom Nizam bin Azali Setiausaha

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat kali ini walaupun dalam cuti sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat membaca minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya mengesahkan minit mesyuarat bil 3/2015.

2.2 En. Shahrom Nizam bin Azali mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh
dan disokong oleh En. Iswadi bin Saidin.

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku-buku latihan murid tahun 2015 telah
disemak oleh pihak pentadbiran sebelum dikembalikan kepada murid sebelum
berakhirnya sesi persekolahan pada tahun 2015.

Tindakan : Makluman

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini KSSR TMK pada tahun ini
melibatkan tahun 4, 5 dan 6.
Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa tahun ini PdP TMK akan diselang seli secara
mingguan dengan PdP RBT. RBT akan mengambil minggu ganjil PdP manakala TMK
minggu genap PdP.

Tindakan : Makluman

4.3 Semua guru tidak digalakkan duduk ketika mengajar. Guru boleh duduk jika keadaan
memerlukan guru duduk ketika PdP dilaksanakan.

Tindakan : Semua guru

4.4 Semua guru tidak dibenarkan membuka dan menggunakan komputer riba ketika PdP
sedang dijalankan kecuali menggunakannya untuk menjalankan aktiviti PdP sahaja.

Tindakan : Semua guru

4.5 Semua guru tidak digalakkan bercakap menggunakan telefon bimbit ketika PdP
sedang dijalankan. Guru hanya boleh menjawab panggilan pihak sekolah sahaja.

Tindakan : Semua guru

4.6 Semua guru perlu menulis Buku Rancangan Mengajar (BRM) setiap hari sebelum
menjalankan aktiviti PdP dan semua guru perlu menghantar BRM pada setiap hari
Jumaat atau selewat-lewatnya pagi Isnin ke pejabat.
Tindakan : Semua guru

4.7 Pengerusi meminta semua guru supaya segera melakukan semakan buku latihan dan
memastikan murid melakukan pembetulan setiap kali semakan dilakukan.

Tindakan : Semua guru

2
4.8 Penceraapn PdP dan semakan buku latihan akan dijalankan mengikut jadual yang
telah disediakan dalam manual pengurusan dan perancangan sekolah 2016. Guru-
guru diminta membuat persediaan dari segi Dokumen Persediaan Mengajar,
Rancangan Pengajaran Tahunan, Bahan Bantu Belajar dan lain-lain lagi yang
dirasakan perlu.

Tindakan : Semua guru

4.9 Pengerusi meminta guru-guru yang berkursus atau CRK untuk menyediakan bahan
atau latihan untuk ditinggalkan kepada guru ganti.

Tindakan : Semua guru

4.10 Rekod transit (rekod off line) hendaklah dikemaskini setiap kali selesai membuat
pentaksiran.

Tindakan : Semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 En. Iswadi meminta guru menyediakan senarai keperluan bagi tahun 2016 supaya
perbelanjaan wang PCG dapat digunakan sepertimana yang diarahkan KPM.

Tindakan : Makluman

6.0 PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan terima
kasih juga diatas perhatian yang diberikan. Beliau juga memohon maaf sekiranya ada
kesilapan sepanjang mesyuarat dijalankan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
11.45 pagi.

Disediakan oleh:
Setiausaha Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Sekolah Kebangsaan Assumption.

Tarikh: 31 Disember 2015

You might also like