You are on page 1of 8

SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

PENULISAN
AKADEMIK
(ESEI)

1|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Astronomi adalah ilmu yang mempelajari benda-benda yang ada di langit seperti
bintang, komet, planet, dan galaksi. Astronomi berasal dari perkataan Yunani iaitu astron dan
nomos yang bererti bintang dan hukum. Ilmu ini berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan alam semesta, gerak benda-benda langit, serta evolusi fisika dan kimia benda
langit. Ilmu astronomi ini telah berkembang dengan pesat dengan adanya sumbangan-
sumbangan daripada ahli astronomi terhadapt bidang ilmu ini. Ramai ahli astronomi yang telah
memberi sumbangan terhadap bidang ini. Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur Tengah,
China dan India telah membuat pemerhatian terhadap pergerakan matahari, bintang dan bulan.
Ahli astronomi purba seperti orang Greek telah cuba menerangkan pergerakan planet dan
bintang. Hasil daripada sumbangan ahli-ahli astronomi lebih mengembangkan lagi bidang
astronomin ini.

Antara ahli astronomi yang telah memberi sumbangan dalam bidang astronomi ialah
Galileo Galilae. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya
telah membantunya mengkaji apa yang ada di langit. Beliau melihat terdapat benjol-
benjol,kawah dan gunung-ganang pada bulan. Bulan sama seperti bumi iaitu tidak rata dan
licin. Beliau juga memerhati Bima Sakti dan beliau dapati Bima sakti bukan seperti kabus
melainkan terdiri daripada sejumlah besar bintang-bintang yang dengan mata kasar memang
dilihat seperti teraduk dan membaur antara satu sama lain. Kemudian, beliau juga memerhati
planet lain seperti Saturn dan Jupiter. Beliau dapati planet Saturn dilingkari dengan gelang
manakala Jupiter dikelilingi oleh empat buah bulan.

Berdasarkan pemerhatiannya, beliau mengetahui bahawa benda-benda angkasa dapat


berputar mengilingi sebuah planet selain bumi. Galileo juga memerhati tompok-tompok yang
terdapat pada matahari. Sebelum beliau, terdapat ahli astronomi yang lain yang memerhati
tompok-tompok ini, namun Galileo menerbitkan hasil penemuannya dengan cara yang lebih
efektif dan menempatkan masalah tompok-tompok matahari itu menjadi perhatian dunia ilmu
pengetahuan. Selanjutnya, penelitiannya beralih ke planet Venus yang memiliki jangka serupa
seperti jangka bulan. Ini merupakan bahagian dari bukti penting yang mengukuhkan teori
Copernicus bahwa bumi dan semua planet lainnya berputar mengelilingi matahari. Beliau juga
menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan

2|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan


sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

Selain daripada Galileo Galilea, ahli astronomi lain yang telah memberi sumbangan
ialah Johannes Keppler. Hukum Kepler tentang gerakan planet adalah sumbangannya yang
terbesar bagi ilmu pengetahuan. Hukum ini memberi kesan besar terhadap pemikiran ilmiah
dan kelak menyediakan landasan bagi karya Sir Isaac Newton mengenai gaya tarik bumi.
Namun, Kepler juga memberikan banyak sumbangan lain kepada ilmu pengetahuan. Dia
menemui bintang baru (supernova), menganalisis cara kerja mata manusia, meningkatkan
keupayaan teleskop, dan beberapa sumbangan dalam bidang optik. Dia memasarkan data
tepat mengenai kedudukan bintang dan planet yang sangat berharga bagi para pelaut. Dia
memberikan sumbangan dalam bidang matematik, termasuk cara pengiraan yang lebih cepat
dan cara menentukan isipadu banyak benda padat. Kepler diiktiraf sebagai salah satu
pengasas ilmu pengetahuan moden. Dalam ketiga-tiga bukunya iaitu "Mysterium
Cosmographicum" , "Astronomia Nova" dan "Harmonica Mundi" dia memulakan proses yang
akhirnya menukar khurafat dengan sebab musabab. Kepler juga menyiasat tarikh kejadian-
kejadian sejarah Alkitab. Selain itu, dia juga menulis cerita berjudul "The Dream" yang dianggap
sebagai cerita fiksyen sains moden pertama.

Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam semesta (universe) yang
merangkumi planet, matahari, bulan, komet, bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah,
pergerakan, lokasi dan komposisi kimia. Pada awalnya, bangsa Mesir Purba percaya bahawa
alam semesta ini dikuasai oleh Dewa Langit Nut yang tubuhnya bertaburan bintang, memayungi
alam semesta sambil menopang langit agar tidak runtuh menekan bumi. Bangsa Babilonia yang
percaya a bumi merupakan pusat alam semesta dan bumi juga merupakan suatu gunung yang
berongga di bawahnya dan ditopang oleh suatu samudera. Pada abad ke 17 dimana ilmu
pengetahuan moden mula berkembang, pandangan mengenai asal-usul kehidupan tercantum
dalam Perjanjian Lama Kitab Genesis. Pada masa bangsa Yunani Kuno, mereka percaya
bahawa pusat alam semesta adalah bumi. Sekitar tahun 140 M muncul Teori Geosentrisme
oleh Ptolemaios yang beranggapan bahawa bumi yang pada tempatnya dikelilingi oleh bulan,
Merkuri, Venus, matahari, Saturn dan Jupiter dengan gerakan yang melingkar. Namun pada
akhir abad ke 16, Teori Geosentrisme dipatahkan oleh Teori Heliosentisme oleh Copernicus,

3|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

yang beranggapan bahawa matahari sebagai pusat system solar yang dikeliling oleh Merkuri,
Venus, Bumi, Mars, Jupiter dan Saturn dengan gerakan melingkar. Kemudian hasil penelitian
Johanes Kepler mengubah bentuk lintasan planet dari lingkaran menjadi elips.

Teori-teori lain yang wujud ialah Teori Steadystate, Teori oscillating dan Teori Big Bang.
Teori steady-state dikemukakan oleh Fred Hoyle, herman bondi, thomas Gold ( 1948 ). Teori ini
berdasarkan prinsip osmologi sempurna yang menyatakan bahawa alam semesta, yang berada
dimana sekali pun dan bilamanapun akan selalu sama. Berdasarkan prinsip tersebutlah alam
semesta terjadi pada suatu saat tertentu dimasa yang telah lalu sampai sekarang. Semua yang
ada di alam semesta ini sentiasa sama walaupun galaksi-galaksi saling bergerak menjauhi satu
sama lain. Teori ini ditunjang oleh kenyataan, bahawa galaksi baru mempunyai jumlah yang
sebanding dengan galaksi lama. Dengan kata lain bahawa tiap-tiap galaksi yang terbentuk,
tumbuh, menjadi tua, dan akhirnya mati. Jadi, teori ini beranggapan bahawa alam semesta itu
tak terhitung besarnya dan tak terhitung tuanya (tanpa awal dan tanpa akhir ).

Manakala Teori Big Bang yang juga dikenali sebagai Teori letupan ini bertolak dari
andaian adanya suatu jisim yang sangat besar dan mempunyai berat jenis yang juga sangat
besar. Kemudian jisim tersebut meletup dengan hebat kerana adanya reaksi dalaman (George
Lemaitre, 1930). Jisim itu kemudian berserak mengembang dengan sangat cepatnya menjauhi
pusat letupan. Setelah berjuta-juta tahun, jisim yang berserak itu membentuk kelompok-
kelompok galaksi yang ada sekarang. Mereka harus bergerak menjauhi titik pusatnya. Teori ini
didukung oleh kenyataan dari pengamatan bahawa galaksi-galaksi itu memang bergerak
menjauhi titik pusat yang sama. Selain itu, teori ini didukung oleh pakar astronomi Arno Penzias
dan Robert Wilson yang menemukan radiasi gelombang mikro.

Banyak peralatan teknologi yang telah dicipta untuk mengkaji angkasa lepas mahupun
peralatan teknologi yang berada di angkasa lepas yang memberi faedah kepada kehidupan
manusia. Antara contoh teknologi untuk mengkaji angkasa lepas ialah Stesen Teknologi
Angkasa (International Station Space). Sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa
yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian
360km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan
kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih
kurang 15.7 orbit. ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi
angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China,Jepun, Kanada, dan Eropah. Fungsi

4|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam
angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

Selain itu, terdapat juga satelit. Satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar
mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut.
Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada
matahari. Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada
beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan. Satelit astronomi digunakan untuk
memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain. Satelit komunikasi
digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan
menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak
atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi. Satelit
pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan
pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta. Satelit pandu arah digunakan untuk
navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui
kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS. Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan
maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi. Stesen angkasa merupakan satu 'bangunan'
untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk
membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun. Satelit ketenteraan
merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
Satelit kecil seperti satelit mini (500 200 kg), satelit mikro (10 200 kg) dan satelit nano (di
bawah 10 kg).

Prob angkasa lepas merupakan satu prob yang mengembara merentasi ruang angkasa
untukmengumpul maklumat.Prob angkasa lepas tidak mempunyai angkasawan.Prob
menghantar datakembali ke bumi untuk dikaji oleh saintis. Prob atau Perlumbaan Angkasa
merujuk kepada pertandingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, secara kasarnya
di antara 1957 hingga 1975, membabitkan usaha selari oleh negara tersebut untuk menjelajah
ruang angkasa dengan satelit, menghantar manusia ke angkasa, dan meletakkan manusia di
bulan. Walaupun permulaannya bermula pada teknologi roket awal dalam ketegangan
antarabangsa selepas Perang Dunia II, Perlumbaan Angkasa bermula dengan pelancaran
Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957. Istilah tersebut bermula sebagai analogi
kepada perlumbaan senjata. Perlumbaan Angkasa menjadi sebahagian kebudayaan dan
persaingan teknologi penting antara Soviet dan AS semasa Perang Dingin. Teknologi angkasa

5|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

menjadi arena lebih penting dalam konflik ini, disebabkan isu kegunaan ketenteraan dan
kelebihan psikologi bagi meningkatkan moral.

Seterusnya adalah teleskop. Perkataan teleskop (daripada bahasa Greek tele iaitu 'jauh'
dan skopein iaitu 'mencari atau melihat', maka teleskopos bererti 'berpandangan jauh') biasanya
merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk
kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain. Teleskop terdiri
daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif menumpukan sinar
cahayayang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta
mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.

Dari sudut perubatan pula wujud Alat The Mechanical Response Tissue Analyzer
(MRTA). Hasil kajian NASA dan Stanford University untuk melihat kesan mikrograviti pada
perkembangan tulang angkasawan sehingga membawa kepada penciptaan the Mechanical
Response Tissue Analyzer (MRTA) , sebuah alat yang digunakan untuk membantu rawatan
pesakit osteoporosis dan gangguan metabolik tulang.

Roket telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi tidak digunakan untuk tujuan meneroka
angkasa lepas sehingga ahli astronomi mencadangkan penggunaan roket untuk ke angkasa
lepas. Orang Cina telah menggunakan roket bahan api dalam peperangan sejak 800 tahun
dahulu. Roket yang sempurna kemudiannya dicipta oleh orang Jerman dalam perang dunia
kedua. Teknik ini kemudiannya telah digunakan oleh ahli sains Amerika Syarikat dan Russia
untuk melancarkan roket ke angkasa lepas. Sejak itu persaingan penerokaan angkasa lepas
yang hebat telah berlaku di antar kedua - dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Roket-
roket yang awal tidak membawa manusia dan dipandu melalui kawalan dari Bumi.

Penerokaan angkasa lepas bermula dengan menetapkan satelit buatan manusia di


angkasa Bumi. Ini diikuti oleh penghantaran prob - prob ke bulan dan planet - planet yang
berdekatan dengan Bumi. Binatang dan manusia kemudiannya dihantar ke angkasa bersama
kapal angkasa. Angkasawan - angkasawan kemudiannya telah berjaya terbang di angkasa dan
mendarat di Bulan. Kapal angkasa ulang - alik (space shuttle) iaitu kapal angkasa yang boleh
digunakan berualng kali telah dicipta oleh Amerika Syarikat dan telah dilancarkan untuk
menjimatkan kos pelancaran. Teleskop Angkasa Hubble mampu mencerap objek yang berada
jauh dari sistem suria kita. Teleskop ini sentiasa memberikan imej objek yang baru sehingga

6|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

sekarang. ISS (International Space Station) dilengkapi dengan kemudahan asas, sebuah
penjana elektrik dan makmal angkasa. Saiznya lebih kurang sebuah padang bola sepak.
Stesen ini mengorbit Bumi setiap 90 minit dengan kelajuan 27 000 kilometer per jam (27 000
km/j) dan ketinggian sebanyak 400 kilometer dari atmosfera Bumi.

Akhir kata, sumbangan ahli astronomi terdahulu secara tidak langsung telah memberi
perkembangan kepada teknologi angkasa lepas pada masa kini. Tanpa pemerhatian dan kajian
yang dilakukan ahli-ahli terdahulu tidak akan wujud pemahaman tentang angkasa lepas atau
dengan kata lain ilmu tentang angkasa lepas. Ahli-ahli terdahulu juga telah memperkenalkan
beberapa teori tentang terbentuknya alam semesta yang teori-teori ini membawa kepada
penemuan teori yang baru. Kesimpulannya, ahli astronomi purba banyak memberi sumbangan
dalam ilmu astronomi yang pengetahuan tentang angkasa lepas.

7|IPG KAMPUS KENT


SCES 3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Rujukan

Ann Lamont, (1999) Para Ilmuan Mempercayai Ilahi, Jakarta, Yayasan Komunikasi Bina Kasih
Jaya Kurnia (2014) , Pengertian Teori Big Bang, http://pengayaan.com/pengertian-teori-big-
bang/ -diakses pada 23 Mac 2016
Michael H. Hart, 1978, Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah, Jakarta, Dunia
Pustaka Jaya
Necky Brown, (2012), Tokoh-tokoh Astronomi Dunia,
http://smillingbrown.blogspot.my/2012/12/tokoh-astronomi-dunia.html - diakses pada 23
Mac 2016
Perkembangan Angkasa Lepas
http://lamanfalaksmkkb.wordpress.com/ruang-angkasa/perkembangan-angkasa-lepas-2/
Siti Harwani Md Yusoff (2010) Sumbangan Teknologi Angkasa
http://www.majalahsains.com/2010/10/sumbangan-teknologi-angkasa-lepas/ - diakses
pada 4 April 2016
TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS
http://www.muftimelaka.gov.my/~sbpintergrasi/KumpulanA/TEKNOLOGI.html - diakses
pada 5 April 2016

8|IPG KAMPUS KENT

You might also like