You are on page 1of 3

Teks Pengacara Majlis

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri KGBS Limbang 2017

- Yang Berhormat,Tuan Haji Hasbi bin Habibollah Ahli Parlimen P221 Limbang bagi mewakili Dr Haji
Abdul Rahman bin Ismail, Menteri Muda Pertanian dan Adun N79 Bukit Kota Limbang
- Yang Dihormati, Tuan Haji Jaffri bin Mail, Pengerusi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak
cawangan Limbang
- Yang Dihormati, Cikgu Jeff Sepri, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang.
- Yang Dihormati, Pengerusi MAPSEL, Tuan Haji Matzinan B Haji Wahid
- Yang Dihormati, Pengerusi Majlis Guru Besar Limbang, Cikgu John ak Sungkai
- Yang Dihormati, pengerusi Kesatuan Guru Sarawak Limbang, Cikgu Walliam ak Awang
- Yang Dihormati, Pengerusi Kebajikan Warga Islam Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, Tuan Hj
Anuar bin Naim
- Yang Dihormati, Pengerusi Kelab Rekreasi Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, Ustaz Haji Abdul
Aziz bin Abdul Rahman
- Yang Dihormati, Pengerusi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak cawangan Lawas, Cikgu Mudihi
bin Abdul Kadir
- Yang Dihormati, Pengerusi Perantau Limbang, Ustaz Roslan bin Zakaria
- Pengetua pengetua, guru besar guru besar, para jemputan, AJK KGBS, Ahli ahli KGBS serta
keluarga siding hadirin sekalian.

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk meraikan syawal pada tahun ini. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul
di dewan KEMAS Limbang pada petang ini untuk meraikan program majlis ramah tamah Kesatuan Guru
Bumiputera Sarawak Limbang 2017. Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan Syawal kali ini
tetapi juga bertujuan untuk beramah mesra bersama sama antara hadirin hadirat pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sebelum meneruskan majlis kita pada hari ini, dijemput semua hadirin dan hadiran untuk bersama sama
berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.
Seterusnya, bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang Maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Ahmad bin Rambli bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil Ustaz Ahmad bin Rambli.

Terima kasih al-fadzil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung ini lebih
diberkati dan dirahmati.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Seterusnya majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, Tuan Haji Jaffri
bin Mail, Pengerusi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak cawangan Limbang untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan haji atas ucapan yang
diberikan sebentar tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Seterusnya majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan tetamu kehormat kita, Yang
Berhormat,Tuan Haji Hasbi bin Habibollah untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan
yang diberikan sebentar tadi.

Tenang tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik pasti disanjung.

Seiring dengan Majlis Ramah Tamah kita pada hari ini, tidak juga kita lupakan kepada para guru yang telah
berbakti selama ini. Salah seorang ahli Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Limbang iaitu Cikgu Zaliha bt
Amar akan bersara pada 19 Julai 2017. Sempena persaraan beliau Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak
dengan ini berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Zaliha bt Amar. Majlis dengan
ini menjemput Tuan Haji Jaffri bin Mail untuk mengiringi Yang Berhormat,Tuan Haji Hasbi bin Habibollah
untuk menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Zaliha bt Amar.
Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Sesi Penyerahan Duit Raya sempena Syawal kita kali
ini. Majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Jaffri bin Mail untuk mengiringi Yang Berhormat,Tuan Haji
Hasbi bin Habibollah untuk menyampaikan Duit Raya kepada anak anak ahli KGBS Limbang yang berusia
12 tahun ke bawah.

Sirih junjung penyeri majlis,

Syawal ini kita raikan,

selamat datang tamu ke majlis,

Santapan sudah kami sajikan.

Seterusnya, majlis kita pada petang ini akan diteruskan lagi dengan sesi jamuan sempena Majlis Ramah
Tamah Aidilfitri KGBS Limbang 2017. Hadirin hadirat dijemput untuk menjamah santapan santapan yang
kami sediakan dan menjamu selera sambil beramah mesra. Persembahan persembahan yang menarik
juga akan diadakan seiring dengan jamuan yang diadakan. Antara persembahan persembahan yang ada
pada hari ini termasuklah nyanyian dan karaoke dari ahli ahli KGBS Limbang. Hadirin hadirat
dipersilakan menjamu selera.

Kini tiba masanya untuk acara seterusnya, iaitu acara cabutan bertuah untuk petang ini. Dijemput Yang
Berbahagia, Dr Haji Abdul Rahman bin Ismail untuk menyampaikan hadiah hadiah yang bakal dimenangi
kepada para pemenang cabutan bertuah kita pada hari ini.

Dengan berakhirnya penyampaian cabutan bertuah itu tadi, majlis kita pada hari ini melabuhkan tirainya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

You might also like