You are on page 1of 3

SK TAMAN KOPERASI POLIS

TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2


68100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGUNGSIAN BANGUNAN KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 29 Disember 2016


Hari : Khamis
Masa : 1:50 Petang
Tempat : Bilik Integriti, SKTKP

Kehadiran :

1. Pn. Wan Nor Azida Bt Wan Zainal - Guru Besar


2. En. Muhamad Azam Bin Aminuddin - GPK HEM
3. En. Muhd Khairul Fakrullah - Setiausaha
4. En Mohd Fauzi Bin Md Nayan - Naib Setiausaha
5. En Mohd Hafiz Bin Abu Bakar - AJK
6. En Lim Thee Ping - AJK
7. En Widiaswadi B Jusoh - AJK
8. Cik Nor Hasimah Bt Omar - AJK

1. Ucapan Pengerusi

1.1 En Azam selaku Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada
semua AJK kerana dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Jawatankuasa Hal
Ehwal Murid kali pertama 2017.

1.2 Pengerusi berharap agar semua AJK dapat bekerjasama dalam satu pasukan
dalam AJK Pengungsian Bangunan pada tahun ini. Beliau juga berharap agar
pada mesyuarat kali ini, semua AJK dapat memberikan kerjasama dalam
memberikan pendedahan kepada murid mengenai aspek-aspek keselamatan
di sekolah.

1.3 Pengerusi memaklumkan mengenai beberapa perkara iaitu:

1.3.1 Pada masa kini, latihan pengungsian bangunan kali pertama akan
diadakan pada 3 Mac 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan
Sekolah

1.3.2 Latihan Pengungsian Bangunan ini disediakan tanpa penglibatan


bomba bagi menyediakan platform awal kepada murid langkah-
langkah permulaan dalam pencegahan kebakaran atau sebarang
kecemasan yang berlaku.

1.3.3 Oleh itu, semua guru perlu mengambil tahu langkah-langkah awal
dalam mencegah kebakaran dan ini juga perlu diketahui oleh murid
SK Taman Koperasi Polis.

1
2. Pelantikan AJK Organisasi Pengungsian Bangunan 2017

2.1 Pelantikan AJK Pengungsian Bangunan adalah seperti yang tercatat pada
Buku Pengurusan 2017. (Mukasurat 60)

3. Pengurusan Latihan Pengungsian Bangunan

3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap AJK Pengungsian bangunan telah


diberikan tugas-tugas tertentu dalam menyelia latihan pengungsian bangunan
agar ianya berjalan dengan lancar.

BIL NAMA GURU AJK YANG SENARAI TUGAS


BERTUGAS
1 En Fakrullah Melaporkan kedatangan murid
kepada PK HEM dan memastikan pili
bomba dapat digunakan.
2 En Lim Thee Ping Menjaga masa dan membunyikan
loceng
3 Pemeriksa bangunan E,F & Kantin
serta mendapatkan data maklumat
En Mohd Fauzi alat pemadam api.
Pemeriksa Blok A, B
4 En Mohd Hafiz Siaraya (Healer)
5 En Widiaswadi Pemeriksa Blok C,D
6 Cik Nor Hasimah Memastikan semua borang
disediakan

3.2 Timbalan Pengerusi memaklumkan kepada mesyuarat persediaan yang


perlu dibuat sebelum dan semasa latihan kecemasan/kebakaran diadakan.

Makluman

3.3 Setiausaha memaklumkan bahawa pelan kecemasan, borang kehadiran dan


pelan kedudukan murid akan dicetak bagi memastikan murid tiba di tempat
berkumpul semasa latihan kecemasan/kebakaran diadakan.

Setiausaha/AJK Pengungsian Bangunan

4. Pengurusan Alat Pemadam Api & Pili Bomba

2
4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa alat pemadam api yang baharu telah ditukar
untuk tahun 2017. Pili bomba juga telah diselia dengan baik supaya ianya
selamat dan boleh digunakan.

Setiausaha/Naib Setiausaha/AJK Pengungsian bangunan

5. Hal-hal lain

5.1 Semua AJK perlu memberikan kerjasama dalam setial latihan pengungsian
dan memahami tanggungjawab dan tugas masing-masing.

6. Ucapan Penangguhan/Penutup

6.1 Timbalan Pengerusi berharap agar semua AJK dapat memberikan


kerjasama penuh dalam menjayakan latihan kecemasan/kebakaran
kali pertama ini.

6.2 Pengerusi juga berharap agar bukan sahaja murid didedahkan


dengan info berkenaan pencegahan awal kebakaran atau kecemasan
malah setiap peralatan menentang kebakaran diseliakan dalam
keadaan yang sempurna.

6.3 Semua guru diharapkan dapat memberikan kerjasama penuh ketika


latihan kecemasan/kebakaran diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 petang.

Disediakan oleh:

(MUHD KHAIRUL FAKRULLAH


B MOHD NOH)
Setiausaha Pengungsian Bangunan,
SK Taman Koperasi Polis.

You might also like