You are on page 1of 16

Topik X Merancang

4 Aktiviti
Kokurikulum
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan dengan tepat matlamat dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum;
2. Menerangkan pembahagian unit-unit kokurikulum di sekolah;
3. Mengenal pasti peruntukan masa yang sesuai untuk kegiatan
kokurikulum;
4. Merancang pengurusan dan dasar aktiviti kokurikulum; dan
5. Merancang aktiviti kokurikulum tahunan.

X PENGENALAN
Merancang aktiviti kokurikulum adalah tanggungjawab Guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan Jawatankuasa Kokurikulum di sekolah. Pada kebiasaannya,
perancangan aktiviti ini akan melibatkan mingguan, bulanan, penggal atau
semester dan tahunan. Perancangan yang rapi dengan memasukkan ke dalam
takwim persekolahan akan membolehkan setiap aktiviti yang dirancang akan
dapat disempurnakan dengan jayanya. Oleh itu, setiap perancangan aktiviti
kokurikulum perlulah diteliti secara bersama dan juga perlu mengambil kira
acara atau event lain yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 45

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh Jawatankuasa


Kokurikulum semasa merancang aktiviti kokurikulum, antaranya ialah:
(a) Jumlah hari persekolahan dalam satu tahun;
(b) Cuti umum peringkat negeri dan kebangsaan;
(c) Bilangan unit kegiatan kokurikulum yang ada di sekolah seperti unit
berunifom, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan;
(d) Jumlah pelajar yang terlibat;
(e) Jumlah guru dan kepakaran serta kemahiran yang sedia ada;
(f) Kemudahan infrastruktur;
(g) Kemudahan peralatan;
(h) Dasar pengurusan sekolah; dan
(i) Lain-lain perkara yang akan membantu perjalanan aktiviti kokurikulum
dengan baik dan sempurna.

4.1 MATLAMAT AKTIVITI KOKURIKULUM


Berikut adalah antara matlamat aktiviti kokurikulum:
(a) Menyemai kesedaran terhadap kepercayaan kepada Tuhan.
(b) Menyeimbangkan perkembangan JERI.
(c) Mengukuhkan pergaulan dan perhubungan antara murid.
(d) Membina dan meningkatkan bakat yang ada.
(e) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
(f) Membina hubungan dua hala antara masyarakat dan sekolah.
(g) Mewujudkan sekolah berwatak.

4.2 PELAKSANAAN
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah berasaskan beberapa
pengertian dan interpretasi perundangan seperti berikut:

(a) Kokurikulum adalah suatu kegiatan kumpulan


Rujuk Warta Kerajaan no 5652 Jilid 11/Bil 27 (Tambahan No.2) bertarikh
28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).
46 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

(b) Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan


daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid-murid peluang untuk menambahkan, mengukuhkan
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan
No. 41) Perundangan P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

(c) Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan


gerak kerja. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, setia aktiviti
gerak kerja kokurikulum yang dirancang perlulah berkaitan dan ada
kesinambungan daripada eleman pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini
secara tidak langsung akan dapat memberikan impak positif kepada setiap
pelajar untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Rujuk Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan
Bahasa dan Pustaka (1992) halaman 11.

(d) Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak
formal.
Rujuk Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (1984) halaman 269.

(e) Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.


Rujuk Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan (kurikulum
kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97

(f) Kandungan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan


kerajaan meliputi elemen berikut:
(i) Penyertaan dalam sukan dan permainan;
(ii) Penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(iii) Penyertaan dalam badan unit berunifom; dan
(iv) Penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sepertimana yang
ditentukan oleh Menteri.
Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A)
531/97.
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 47

(g) Kegiatan-kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan


meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada
kategori berikut:
(i) Mata pelajaran yang dajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997;
(ii) Hobi dan rekreasi;
(iii) Sukan dan permainan;
(iv) Badan berunifom; dan
(v) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Rujuk Pearturan 4 dalam Peraturan-P 196 bertreraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jilid
42/No.11 (Tambahan No. 41) Perundangan (A) P.U (A) 196 bertarikh 21hb
Mei 1998.

4.3 PEMBAHAGIAN UNIT KOKURIKULUM DI


SEKOLAH
Pada dasarnya unit-unit kokurikulum di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga
kelompok utama, iaitu unit berunifom, kelab dan persatuan, dan sukan dan
permainan (sila rujuk Rajah 4.1). Setiap unit ini memerlukan perancangan yang
rapi dan susunan jadual aktiviti agar tidak berlaku pertembungan antara satu
aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. Seperti yang dijelaskan melalui
perundangan bahawa kehadiran setiap pelajar dan guru dalam aktiviti adalah
wajib dan perlu direkodkan.

Rajah 4.1: Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum


48 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

Rajah 4.2 menunjukkan beberapa contoh aktiviti kokurikulum.

(a) Aktiviti perkhemahan (b) Aktiviti turun tali (absiling)


Rajah 4.2: Contoh aktiviti kokurikulum

4.4 PERUNTUKAN MASA KEGIATAN


KOKURIKULUM
Jadual 4.1 dan 4.2 menyatakan peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum
seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967
bagi sekolah menengah dan rendah.

(a) Sekolah Menengah

Jadual 4.1: Contoh Peruntukan Masa Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah

Tingkatan Aliran Peruntukan Masa


Peralihan, 1,2,3 & 6 180 minit seminggu
4&5 Sastera 180 minit seminggu
SRT 180 minit seminggu
Perdagangan 180 minit seminggu
Sains 140 minit seminggu
Pertanian 140 minit seminggu
Teknik 100 minit seminggu

(b) Sekolah Rendah

Jadual 4.2: Contoh Peruntukan Masa Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Rendah

Tahun Peruntukan Masa


3 dan 4 60 minit seminggu
5 dan 6 120 minit seminggu
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 49

4.5 MERANCANG PENGURUSAN AKTIVITI


KOKURIKULUM
Jadual 4.3, 4.4 dan 4.5 menyatakan contoh perancangan pengurusan aktiviti
kokurikulum bagi badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan.
(a) Senarai aktiviti kokurikulum pasukan beruniform
(b) Senarai Guru Penasihat Pasukan Beruniform
(c) Penyelaras:

Jadual 4.3: Contoh Perancangan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum


bagi Pasukan Beruniform

Unit Beruniform Guru Pagi Guru Petang Ketua


Pengakap Ketua :
Pandu Puteri Ketua :
BSMM /
Ketua :
Pancaragam
St John Ambulance Ketua :
Puteri Islam Ketua :
Kadet Polis Ketua :
Kadet Remaja
Ketua
Sekolah
Kadet Bomba Ketua :
Briged Putera Ketua :
Briged Puteri Ketua :
50 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

(a) Senarai Guru Penasihat Kelab dan Persatuan

(b) Penyelaras:

Jadual 4.4: Contoh Perancangan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum


bagi Kelab dan Persatuan

No. Kelab dan Persatuan Guru Pagi Guru Petang Pemantau


1 Persatuan Bahasa Melayu
2 Persatuan Bahasa Inggeris
3 Persatuan Bahasa Cina
4 Persatuan Matematik dan
Sains
5 Persatuan Geografi/Sejarah
6 Kelab Pengguna
7 Persatuan Pelajar Islam
(PERPIS)
8 Persatuan Pelajar Kristian
9 Persatuan Pendidikan Seni
Visual
10 Kelab Bestari
11 Kelab Pencegah Jenayah
12 Kelab LEO
13 Kelab Interact
14 Kelab Pencinta Alam
15 Bimbingan dan Kaunseling
(PROSTAR, PRS)
16 Kelab Seni Tarian, Drama
dan Muzik
17 Kelab Rukunegara
18 Kelab Pusat Sumber
19 Kelab SPBT
20 Kelab Koperasi Sekolah
21 Kelab Michaelean
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 51

(a) Guru Penasihat Sukan dan Permainan

(b) Penyelaras:

Jadual 4.5: Contoh Perancangan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum


bagi Sukan dan Permainan

No. Sukan dan Permainan Guru-guru Penasihat Pemantau


1 Bola Sepak Ketua :
2 Bola Keranjang Ketua :
3 Bola Baling Ketua:
4 Bola Jaring Ketua :
5 Bola Tampar Ketua :
6 Softbol Ketua :
7 Boling Ketua :
8 Tenis Ketua :
9 Ping Pong Ketua :
10 Renang Ketua :
11 Hoki Ketua :
12 Catur Ketua :
13 Karate Do Ketua :
14 Badminton Ketua :
15 Seni Silat Ketua :
16 Sepak Takraw Ketua :

4.6 MERANCANG DASAR AKTIVITI


KOKURIKULUM
Untuk mmemastikan pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum berjalan dengan
baik, pihak sekolah juga boleh merancang dasar pelaksanaan kokurikulum.
Dasar ini perlulah berasaskan perundangan dan prosedur lain yang
bersangkutan dengan pengurusan sekolah. Antara dasar yang boleh dipraktikan
ialah:

(a) Tenaga Pengajar


(i) Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum
dikenali sebagai Guru Penasihat dan akan dilantik secara bertulis.
52 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

(ii) Semua guru akan melibatkan diri dalam tiga bidang aktiviti
kokurikulum:
 Unit beruniform;
 Kelab/persatuan; dan
 Sukan/permainan.

(iii) Semua guru yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum perlu


menyempurnakan tugasan berikut:
 Membuat analisis SWOT, perancangan strategik pelan tindakan
terhadap aktiviti yang dinasihati.;
 Menggubal perlembagaan persatuan/kelab;
 Melantik jawatankuasa;
 Merekod kehadiran murid;
 Membuat penilaian kokum 10%; dan
 Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu pertandingan/
penyertaan dalam tempoh masa seminggu.

(b) Penyertaan Murid


(i) Semua murid diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-
tiga bidang berikut:
 Unit Beruniform;
 Kelab/persatuan; dan
 Sukan/permainan.

(ii) Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang


ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh
sekolah. Setiap murid akan diberikan sekurang-kurangnya satu
pilihan utama mereka.

(iii) Setiap murid diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan
berdasarkan jadual yang telah diberikan.

(iv) Murid-murid yang telah mendapat bantuan pakaian seragam perlu


kekal dalam unit beruniform dan memakainya pada setiap hari Rabu.

(v) Setiap hari Rabu, terdapat dua waktu diperuntukkan untuk


perhimpunan khas Pasukan Unit Beruniform.
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 53

(vi) Murid-murid yang mempunyai kemahiran/ kebolehan tertentu amat


digalakkan menyertai kelab/persatuan yang berkaitan.

(vii) Murid yang bermasalah disiplin serius tidak akan dibenarkan untuk
mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan atau aktiviti / sukan
/ kokum.

(viii) Keputusan pencapaian Kokurikulum akan dicatatkan pada slip


keputusan akademik pada akhir tahun.

(c) Penjadualan Aktiviti


(i) Perjumpaan bagi unit beruniform dan kelab/persatuan akan
diadakan di sekolah pada hari Sabtu.
(ii) Masa perjumpaan dinyatakan di dalam Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Contoh Penjadualan Aktiviti

Aktiviti Kokurikulum Masa


Unit Beruniform 8.00 hingga 10.00 pagi
Rehat 10.00 hingga 10.30 pagi
Kelab dan Persatuan 10.30 pagi hingga 12.00 tgh
Sukan dan Permainan Budi bicara pihak sekolah
Catatan:
Penjadualan ini hanya contoh sahaja. Pihak sekolah boleh merancang aktiviti
mengikut budi bicara dan masa yang sesuai.

(iii) Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut.


 Cuaca (hujan lebat atau ribut petir);
 Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan;
 Acara rasmi yang berlangsung di sekolah; dan
 Atas arahan Pengetua / PPD / JPN/ KPM.

(iv) Setiap hari Rabu, dua waktu akan diperuntukkan untuk


perhimpunan dan aktiviti khas untuk pasukan unit beruniform.
Semua murid perlu memakai pakaian seragam unit beruniform
masing-masing untuk aktiviti pada hari Rabu.
54 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

(d) Penyertaan Kegiatan Di Luar Sekolah


(i) Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat
Daerah dan Negeri adalah bergantung kepada prestasi persiapan dan
kesediaan sesebuah pasukan.

(ii) Pihak sekolah akan berusaha untuk mencungkil dan


memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui:
 Latihan yang bersistematik;
 Kelengkapan yang sempurna;
 Pertandingan dalaman; dan
 Penyertaan yang aktif.

(iii) Setiap murid akan diberikan elaun makan/ wang saku seperti
berikut:
 Peringkat daerah RM ------ sehari;
 Peringkat negeri RM ------ sekaligus;
 Peringkat kebangsaan RM ------- sekaligus; dan
 Peringkat antarabangsa RM ------- sekaligus.

(e) Penghargaan
(i) Pihak sekolah juga boleh memberikan pelbagai bentuk penghargaan
kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui
pertandingan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4.7, 4.8, 4.9,
4.10 dan 4.11.

Jadual 4.7: Contoh Penghargaan Pertandingan

Peringkat Pencapaian & Hadiah


Johan Naib Johan Tempat Ke-3
Daerah Sijil dan RM 20.00 Sijil dan RM 15 Sijil dan RM 10
Negeri Sijil dan RM 50.00 Sijil dan RM 30.00 Sijil dan RM 20.00
Kebangsaan Sijil dan RM 100.00 Sijil dan RM 80.00 Sijil dan RM 60.00
Antarabangsa Sijil dan RM 300.00 Sijil dan RM 200.00 Sijil dan RM 150.00
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 55

(ii) Atau lain-lain cara dan bentuk penghargaan yang sesuai.

Jadual 4.8: Contoh Bentuk Penghargaan yang Sesuai

Peringkat Hadiah
Negeri Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Kebangsaan Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)
Antarabangsa Sijil (jika tidak disediakan oleh penganjur)

(iii) Anugerah pencapaian terbaik keseluruhan untuk kategori seperti di dalam


Jadual 4.9.

Jadual 4.9: Contoh Anugerah Pencapaian Terbaik


Murid Lelaki Murid Perempuan
Bahagian Pasukan Terbaik
Terbaik Terbaik
Sukan Permainan Sijil , Piala dan RM Sijil, Piala dan RM Sijil dan RM
100.00 100.00 300.00
Kelab Persatuan Sijil , Piala dan RM Sijil, Piala dan RM Sijil dan RM 300.00
100.00 100.00
Unit Beruniform Sijil , Piala dan RM Sijil, Piala dan RM Sijil dan RM 300.00
100.00 100.00

(iv) Anugerah Pecah Rekod Dalam Sukan Tahunan Sekolah

Jadual 4.10: Contoh Anugerah Pecah Rekod Sukan Tahunan Sekolah

Acara Hadiah
Perseorangan Sijil dan RM 30.00
Berpasukan Sijil dan RM 20.00 setiap peserta

(v) Anugerah papan kenyataan terbaik.

Jadual 4.11: Contoh Anugerah Papan Kenyataan Terbaik

Johan Naib Johan


Sijil dan RM 150.00 Sijil dan RM 100.00
56 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

4.7 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM


TAHUNAN
Jadual 4.12 menerangkan bagaimana merancang aktiviti kokurikulum secara
tahunan.

Jadual 4.12: Contoh Jadual Pengurusan Kokurikulum

Bidang Objektif KPI 09 10 11 12 Strategi (Inisiatif)


Pengurusan Meningkatkan 1. Bilangan 4 4 8 15 1. Latihan
Kokurikulum pencapaian aktiviti/Lat Berkala
Sukan dan
2. % 2. Lat. Pasukan
Permainan. 50 75 85 95
Kehadiran Sekolah
Pelajar
3. Pertandingan
3. Pencapaian : antara rumah
(daerah*/Neg*
* * ** ** 4. Pertandingan
*/Keb***)
Persahabatan
 Olahraga * ** **
5. Pertandingan
 Bola Sepak MSSD
 Bola Jaring 6. Program/
Aktiviti lain
Meningkatkan 1. Bilangan 4 4 8 15 1. Latihan Berkala
pencapaian aktiviti/Lat
2. Lat. Pasukan
Kelab dan
2. % Sekolah
Persatuan
Kehadiran 50 75 85 95
3. Pert. antara
Pelajar
Kelab / Pers.
3. Pencapaian:
0 ** ** ** 4. Pertandingan
(daerah*/
Pkt. Daerah
Neg**/
Keb***) 5. Karnival
Persatuan
 Pgeo &
Alam 6. Minggu Kelab
Sekitar / Persatuan
 P Sejarah 7. Program /
& Rukun Aktiviti lain
Negara
 Kelab
Kebudaya
an
TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 57

Meningkatkan 1. Bilangan 4 4 8 15
1. Latihan
pencapaian aktiviti/Lat
Berkala
Pasukan
2. %
Unifom 2. Lat. Pasukan
Kehadiran 50 75 85 95
Sekolah
Pelajar
3. Pertandingan
3. Pencapaian:
antara unit
(daerah*/
Neg**/ 4. Pertandingan
Keb***) Pkt. Daerah
 KRS 5. Perkhemahan
unit
 Pengakap * ** ** **
6. Perkemahan
 Kadet
*** *** *** *** Bersepadu
Polis
7. Program /
 Kadet
Aktiviti lain
Bomba
 Pertahanan
awam

Jadual 4.13 pula menerangkan contoh penjadualan program aktiviti


kokurikulum tahunan.

Jadual 4.13: Contoh Penjadualan Program Kokurikulum Tahunan


PelanTaktikal Tindakan Masa/ Kos P.Konting
Bil KPI Output Catatan
(PT) /TJ Tempoh RM ensi
Perancang
Bil
Mesyuarat andan
Aktiviti
Jawatankuasa setiausaha perkemba
1 JanJul  % 70% 
Kokurikulum KOKO ngan
4kali
Bil.1hingga5 Koko


Aktiviti
mingguanUnit Bil
Latihan
Beruniform, Ketua Aktiviti
fizikaldan
2 kelab/ Guru JanJul  16kali  
latihan
persatuandan Penasihat 16kali
mental
Sukan/ 15kali
Permainan
MerentasDesa  BilPeserta
Setiausah  Ahli Latihan
3 Peringkat RM Semua 
asukan 9April Kelab fizikal
Sekolah xxx pelajar
58 X TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

Bilacara
Emas
Setiausah  RM Semua Latihan
4 Sukantara Perak 
asukan April xxx pelajar fizikal
Gangsa

12orang
Kejohanan Bilpelajar Emas Olahraga
Setiausah  RM mewakili
5 Olahraga mengikut Perak Tahunan
asukan 24April xxx sekolahke
Sekolah rumah Gangsa 2011
MSSM
Kursus
Pengurusan Pengerusi
Kursus
Kelab& setiausaha N/
Dalaman
Persatuan/ KOKO/ RM Pengerusi
6 Mac  Oleh 
Unit Guru xxx Setiausaha
Guru
beruniform/ Penasihat Bendahari
Penasihat
Sukan AJK
permainan
Pertandingan
Guru 10
Bolasepakdan RM
Penasihat Wakil orang Latihan
7 BolaJaring Mac xxx 
permaina rumah bakat fizikal
antararumah 
n baru
sukan
Gotongroyong Guru
/Pertandingan Penasihat RM Kreatif
21Feb Wakil
8 keceriantaman Badan xxx  dan 
26Jul persatuan
(Badan Berunifor  inovatif
Beruniform) m
Pertandingan Guru
RM
BolaKeranjang Penasihat Latihan
9 Jun xxx tertutup  
&Sepak permaina fizikal

Takraw n
Guru
Pertandingan
Penasihat RM Latihan
10 woodbal Jun tertutup  
permaina xxx fizikal
terbuka
n
Pertandingan Guru
RM
BolaBaling Penasihat  Wakil Latihan
11 xxx  
antararumah permaina Jun rumah fizikal

sukan n

Perkhemahan setiausaha
RM Latihan
 Bersepadu KOKO/ 2426 15x8unit
xxx  fizikaldan 
12 Unit Guru Jun uniform
 mental
Beruniform Penasihat

TOPIK 4 MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM W 59

setiausaha
Hari
KOKO/ RM
Anugerah Pelajar 
13 Guru Oktober xxx  
Kecemerlangan cemerlang 
Penasihat 
Kokurikulum

Hari Guru
Keusahawanan Penasihat RM Wakil
14 Oktober   
/kantin/Hari kelab xxx persatuan
kokurikulum usahawan
Guru
Penasihat
Pertandingan Latihan
kelab RM
15 Permainan Oktober Tertutup  fizikaldan 
permaina xxx
Dalaman mental
n


Catatan:
Ini adalah contoh. Pihak sekolah boleh melaksanakan aktiviti dan membina
jadual berdasarkan keperluan sekolah sendiri.

You might also like