You are on page 1of 2

ABSTRAK

Tajuk kajian tindakan ialah model 3H membantu meningkatkan penglibatan dan penguasaan

konsep Sains murid Tahun 5. Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid Tahun 5

meningkatkan penglibatan dalam aktiviti PdP dan penguasaan konsep Sains. Kajian ini telah

dijalankan pada lapan orang murid lelaki 5G yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan

Kelebang Jaya. Tahap pencapaian peserta kajian dalam subjek Sains adalah agak lemah dan

mereka bersikap pasif dalam aktiviti PdP. Dalam kajian tindakan ini, saya telah mengaplikasikan

model 3H (Head, Heart & Hands) yang bersifat holistik di mana kesemua domian kognitif, afektif

dan psikomotor terlibat sepanjang proses PdP berlangsung. Instrumen yang telah digunakan

dalam pengumpuan data kajian termasuk ujian bertulis, analisis dokumen, pemerhatian melalui

gambar foto dan pemerhatian melalui senarai semak. Dapatan kajian telah menunjukkan

peningkatan peserta kajian yang signifikan dalam penglibatan dan penguasaan konsep Sains.

Hampir semua peserta kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang menggalakkan dan

peningkatan skor ujian secara signifikan. Cadangan tindakan susulan bagi kajian selanjutnya

adalah membuat penambahbaikan dari aspek persediaan, pengurusan dan pelaksanaan.

Kata kunci: penglibatan dalam aktiviti PdP, penguasaan konsep Sains, model 3H (Head, Heart &

Hands), holistik, domian kognitif, domain afektif, domain psikomotor.


ABSTRACT

The title of my action research is "3H model helps to increase the participation in learning activities

and mastery of Science concept of Year 5 students". The focus of this research is to help Year 5

students to step-up their involvement in learning activities and the mastery of the Science concept.

This research was conducted on eight 11 year-old boy students from 5G at Sekolah Kebangsaan

Kelebang Jaya. The academic achievement of the research participants in Science subject is quite

weak and they are passive in learning activities. In this action research, I have applied a holistic 3H

model (Head, Heart & Hands) in which all cognitive, affective and psychomotor domains are

involved throughout the learning process. Instruments that have been used in collecting study data

are written test, document analysis, observation through photos and observation through checklist.

The findings of the study have shown a significant improvement in the involvement and mastery of

the Science concept of my research participants. Majority of my research participants have shown

a encouraging changes in behavior and significantly increased test scores. The follow-up

recommendations for further research are to make improvements in the aspects of preparation,

management and implementation.

Key words: participation in learning activities, mastery of Science concept, 3H model (Head, Heart

& Hands), holistic, cognitive domian, affective domain, psychomotor domain.

You might also like