You are on page 1of 11

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12)

disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967-
5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

PENULISAN HAMZAH DALAM KALANGAN MURID DAN


GURU BAHASA ARAB: SATU TINJAUAN

Aziyun Othman

Sek Men Agama Dato Sheikh Ahmad, Seremban

Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan penulisan hamzah dengan betul dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia
dengan menilai tahap pengetahuan murid dan guru tentang kaedah yang betul dalam
penulisan hamzah, mengkaji bentuk-bentuk kesilapan yang dilakukan, dan meninjau sejauh
amalan pengajaran dan pembelajaran tentang kaedah penulisan hamzah yang betul. Kajian
berbentuk kajian tinjauan ini melibatkan 105 pelajar dan 40 orang guru sebagai sampel
dengan menggunakan instrumen soal selidik dan ujian. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan asas murid tentang kaedah penulisan hamzah adalah tinggi dan sebahagian besar
guru memberi pendedahan dan penekanan terhadap penulisan hamzah yang betul. Kesilapan
yang paling tinggi ialah kesilapan pada penulisan hamzah di awal perkataan.

PENGENALAN
Mengeja perkataan merupakan asas penting untuk mendapatkan perbendaharaan kata dan
membangunkan kemahiran membaca dan menulis. Seseorang individu tidak boleh menjadi
pembaca yang fasih dan penulis yang baik sekiranya menghadapi masalah dalam
ejaan(Treimen, 1997). Ejaan sekarang juga dilihat sebagai cara terbaik untuk mengesan
apa yang diketahui oleh individu tentang perkataan dan proses pembelajaran perkataan
tersebut. Ia juga memberi kefahaman terhadap kemahiran linguistik yang paling bawah
sehinggalah kepada kemahiran kognitif tertinggi bagi seseorang pelajar(Salim & Haitham,
2006).
Dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, ejaan sangat penting memandangkan
perbezaan huruf-hurufnya dengan bahasa Melayu; rumi dan jawi. Kerapkali kesilapan ejaan
yang berlaku dalam penulisan pelajar ialah berpunca daripada pengaruh bahasa Melayu dan
tulisan jawi(Jassem, 2000).Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan menunjukkan kesalahan
ejaan yang paling kerap dilakukan ialah penulisan hamzah(Arif Karkhi, 1994;Naimah , 1995;
Che Radiah, 1995; Jassem, 2000 ).

64
PERNYATAAN MASALAH
Huruf hamzah ialah huruf pertama dalam huruf hija'i jika disusun mengikut makhraj (Mohd
Zaki & Che Radiah, 2010). Pada peringkat awal, hamzah tidak mempunyai lambang tertentu
sehinggalah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidiy meletakkan lambang ) (kepala huruf 'ayn
memandangkanmakhraj kedua- dua huruf adalah berhampiran (Che Radiah & Norhayati
2007). Hamzah dalam kaedah penulisan Arab terbahagi kepada tiga; hamzah di awal
perkataan ) ( , hamzah di tengah perkataan ) ( dan hamzah di
akhir perkataan) ( . Hamzah di awal perkataan pula terbahagi kepada dua; hamzah
al- qatie ) ( dan hamzah al-wasl )( . Hamzah al-Qatie ialah hamzah yang
tetap dan kekal ketika sambungan seperti contoh. Ia ditulis dengan lambang kepala huruf
ain (). Manakala hamzah al-Wasl ialah hamzah yang disebut jika berada pada permulaan
dan sebaliknya jika di sambung(Che Radiah & Norhayati 2007).
Fungsi hamzah dan alif yang berbeza antara bahasa Arab dan bahasa Melayu menjadi
punca utama kesilapan penulisannya dan pengabaiannya dalam bahasa Arab. Menurut Za'aba
seperti yang dipetik oleh Che Radiah dan Norhayati (2007) perbezaan ini adalah kerana
dalam tulisan Arab huruf alif dikategorikan sebagai huruf vokal dan tidak boleh dibariskan
sementara hamzah adalah huruf yang berbaris dan mempunyai sebutan. Kajian-kajian yang
telah dijalankan dalam isu penulisan atau ejaan bahasa Arab secara tekal menunjukkan
kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah pada penulisan hamzah sama ada pada awal
perkataan, di tengah, atau pada akhir perkataan. Ia bukan sahaja dilakukan oleh pelajar-
pelajar pada peringkat sekolah malah pelajar-pelajar di universiti seperti kajian Muhammad
Bakhit (1998) seperti yang dipetik dari Che Radiah (2010) juga bakal-bakal guru di institut
perguruan (Mohd Nazmi 2009).
Fenomena ini menimbulkan persoalan mengapakah sejak kajian dijalankan sehingga
tahun 2009 tiada sebarang perubahan? Apakah tiada sebarang tindakan yang diambil untuk
sekurang-kurangnya mengurangkan kesalahan ejaan yang melibatkan hamzah ini? Kajian
yang menunjukkan kesilapan bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar sekolah bahkan
bakal pakar bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti dalam bidang ini dan bakal-bakal
guru bahasa Arab memberi isyarat bahawa kesilapan ini akan terus berlaku seperti satu
kitaran juga akan bertambah luas jika tidak ditangani dengan lebih serius.
Kesilapan penulisan hamzah atau pengabaiannya membawa kepada perubahan makna
seperti )(yang bermaksud telah bertanya apabila ditulis ) (bertukar menjadi makna

telah mengalir. Begitu juga ) (yang bermaksud telah melampirkan jika ditulis ) (
65
bertukar menjadi maksud kebenaran. Selain perubahan makna, ia juga boleh mengganggu
kelancaran membaca kerana kekeliruan pada cara ejaan. Kesan lain daripada pengabaian ini
ialah huruf hamzah akan kehilangan fungsinya apabila individu menganggap ia sama dengan
alif kesan pengaruh tulisan jawi dan bahasa Melayu.
Matlamat kajian ini ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
penulisan hamzah yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Diharap
semua pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sama ada pada
peringkat universiti, institut perguruan, dan sekolah sama-sama berusaha agar penulisan
hamzah yang betul diberi penekanan seterusnya mengurangkan kesilapan dalam
penulisannya.

OBJEKTIF KAJIAN
1- Menilai tahap pengetahuan murid dan guru tentang kaedah penulisan hamzah yang
betul.
2- Mengkaji bentuk-bentuk kesilapan penulisan hamzah yang berlaku dalam penulisan
bahasa Arab.

KAJIAN LITERATUR
Dalam kajian berkaitan analisis 863contoh kesilapan penulisan pelajar-pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia Arif Karkhi pada tahun 1987, beliau mendapati kesalahan ejaan
adalah sebanyak 33.8%. Kesalahan paling tinggi ialah kesalahan pada hamzah al-wasl dan
hamzah al-Qat'i. Antara faktor-faktor kesilapan ialah pengaruh bahasa ibunda dan tidak
mengambil berat terhadap penulisan yang betul( 1994).
Kajian Che Radiah (1995) yang melibatkan 120 orang murid tingkatan enam atas
Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) dan 15 orang guru bahasa Arab adalah berkaitan
kesilapan bahasa dalam karangan bahasa Arab. Kesilapan ortografi atau ejaan dalam
karangan tersebut ialah sebanyak 27% dan kesilapan paling tinggi ialah pada penulisan
hamzah seperti , dan. Hasil temubual dengan pelajar terbabit menunjukkan
kesilapan berlaku kerana tidak mengambil berat tentang kaedah penulisan hamzah semasa
menulis dan juga kerana tiada penekanan daripada pihak guru.
Tesis sarjana Naimah Abdullah (1995) memfokuskan pada masalah ejaan Arab dalam
kalangan pelajar melayu. Kajian beliau melibatkan 136 orang pelajar tingkatan tiga dari tiga
buah sekolah menengah agama negeri di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor
66
(JAIS). Pengkaji ini telah menjalankan ujian imla' sebanyak 171 perkataan dan pada
perkataan yang terdapat hamzah, berlaku kesilapan penulisan sebanyak 100%. Antara
kesilapan yang berlaku ialah . Walaupun majoriti pelajar yang
ditemubual mengatakan simbol hamzah penting dan wajib ditulis kerana kesalahannya
menyebabkan kesilapan pada makna tetapi mereka tidak mengetahui kaedah sebenar
penulisannya. Pengkaji mencadangkan kepada guru agar memberi contoh ejaan yang tepat
ketika menulis pada papan hitam, menjelaskan kaedah sebenar, dan membetulkan kesalahan
murid dalam tulisan mereka.
Norhayati Awang (1998) telah membuat kajian secara khusus tentang analisis
kesilapan penulisan lambang hamzah. Kajian beliau melibatkan 100 orang pelajar tingkatan
lima aliran agama tulen di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Dapatan kajian
menunjukkan 83% pelajar mempunyai masalah yang besar dalam ejaan perkataan yang
melibatkan hamzah. Kesilapan paling tinggi ialah pada hamzah al-wasl dan hamzah al-qat'i
iaitu sebanyak 95%. Punca kesilapan ini dikatakan adalah kerana masalah guru bahasa Arab
yang bukan opsyen dan kurang kursus serta faktor murid yang kurang motivasi dan
beranggapan bahawa bahasa ini tidak penting. Pengkaji menekankan kepada perlunya
pendedahan oleh guru tentang kaedah sebenar penulisan hamzah dalam latih tubi serta
memberi perhatian pada setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
Mohd Nazmi Desa (2009) dalam kajian tindakan beliau terhadap 21 orang pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Bahasa Arab di IPGM Kampus Tuanku
Bainun mendapati mereka sangat lemah dalam menulis kedudukan hamzah dalam perkataan
dan tidak tahu membezakan antara hamzah al-qat'i dan hamzah al-wasl. Daripada tinjauan
awal, pengkaji mendapati sebahagian besar pelajar tidak menganggap penulisan hamzah itu
penting malah ada yang menanggap hamzah dan alif mempunyai fungsi yang sama dan hanya
seorang pelajar sahaja yang betul-betul mengetahui dan mengambil berat cara penulisan
hamzah yang betul. Hasil soal selidik menunjukkan isu ini kurang diberi penekanan oleh
guru-guru bahasa Arab di sekolah menengah. Beliau telah membina modul ASADULLAH
untuk mengatasi masalah ini. Modul ini mengandungi enam siri yang dijalankan selama 120
minit untuk setiap siri. Pada akhir kajian, pengkaji mendapati peningkatan yang agak ketara
iaitu seramai tujuh orang mendapat gred A dan empat belas orang mendapat gred B berbeza
dengan sebelum ini hanya seorang mendapat gred A, lima orang mendapat gred B, empat
belas orang mendapat gred C dan dua orang mendapat gred D.

67
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik, ujian, dan
untuk memperolehi data. Soal selidik dan ujian melibatkan 105 orang pelajar tingkatan tiga
dari dua buah sekolah menengah yang menawarkan subjek bahasa Arab di Seremban dan 40
orang guru bahasa Arab sekolah menengah di Negeri Sembilan. Data dianalisa secara manual
dengan menggunakan statistik deskriptif yang mudah seperti peratus dan min.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan hasil soal selidik daripada pelajar. Majoriti pelajar dapat membezakan
antara penggunaan huruf " "dan " " dalam penulisan. Sebahagian besar pelajar juga
menyatakan mereka didedahkan oleh guru tentang kaedah penulisan hamzah yang betul
dalam penulisan. Walau bagaimanapun apabila dillihat pada peratus, bilangan pelajar yang
menyatakan mereka tidak didedahkan oleh guru tentang kaedah penulisan hamzah yang betul
juga agak besar. Seramai 60% murid juga menyatakan guru mereka memberi penekanan
dalam penulisan hamzah yang betul sama ada dengan menegur atau membetulkan kesalahan
mereka.

Jadual 1: Hasil Soal Selidik Pelajar

Soalan Ya Tidak

1- Saya dapat membezakan penggunaan huruf " "dan 63.8% 36.2%


" " dalam penulisan.

2- Guru saya menjelaskan kepada saya kaedah penulisan " 51.4% 48.6%
" yang betul dalam penulisan.

3- Guru saya memberi penekanan (menegur/ 60% 40%


membetulkan) terhadap penulisan huruf " " dalam kerja
saya.

Apabila dillihat pada Jadual 2, tahap pengetahuan asas penulisan hamzah yang betul
dalam kalangan pelajar agak tinggi. 81% pelajar mendapat markah 7 hingga 10 markah
dalam ujian tersebut dengan min 7.62. Hanya seorang pelajar mendapat markah 2 yang boleh
dikategorikan sebagai sangat lemah.

68
Jadual 2: Frekuensi dan peratusan tahap pengetahuan asas pelajar
dalam penulisan hamzah
Markah Frekuensi Peratusan %
09 10 26 24.8
07-08 59 56.2
05-06 19 18.0
03-04 0 0.0
01-02 1 1.0
Min = 7.62

Apabila dilihat taburan kesalahan penulisan hamzah dalam kalangan murid pada Rajah 1,
kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah pada penulisan hamzah di awal
perkataan. Hamzah di awal perkataan melibatkan pengetahuan tentang hamzah al-qat'i dan
hamzah al-wasl.

Rajah 1: Taburan kesalahan penulisan hamzah dalam kalangan murid

Hasil soal selidik daripada guru-guru pula menunjukkan 67% daripada mereka merupakan
pengkhususan dalam bahasa Arab. Namun seramai 65% guru-guru ini tidak mendapat
pendedahan tentang kaedah penulisan hamzah yang betul secara formal. Seramai 57% guru
pula menyatakan mereka tahu kaedah penulisan hamzah yang betul. 92% daripada guru-guru
ini menyedari kepentingan penulisan hamzah yang betul akan tetapi yang mengambil berat
tentang penulisan hamzah yang betul dalam hasil kerja mereka hanyalah 60%.

69
Amalan pengajaran guru berkaitan penulisan hamzah boleh dilihat melalui jadual
berikut :
Jadual 3: Amalan pengajaran guru berkaitan penulisan hamzah

Soalan Ya Tidak
1- Saya mendedahkan kaedah penulisan hamzah yang betul 52 % 48 %
kepada pelajar-pelajar saya.

2- Saya membetulkan/ menegur kesilapan pelajar-pelajar 60 % 40 %


saya dalam penulisan hamzah dalam hasil kerja bahasa Arab
mereka.

Majoriti guru mendedahkan kaedah penulisan hamzah yang betul kepada pelajar-pelajar iaitu
sebanyak 52% dan seramai 60% guru membetulkan atau menegur kesilapan pelajar-pelajar.
Walaupun hasil soal selidik menunjukkan 57% guru tahu kaedah penulisan hamzah yang
betul, namun hasil ujian pula menunjukkan tahap pengetahuan guru sebenarnya adalah
sederhana iaitu min 5.3. Jadual 4 menunjukkan hasil ujian untuk mengesan tahap
pengetahuan guru tentang penulisan hamzah yang betul :

Jadual 4: Frekuensi dan peratusan tahap pengetahuan guru dalam penulisan hamzah
Markah Frekuensi Peratusan %
Tahu Kaedah Tidak Tahu Kaedah Jumlah
10 1 0 1 2.5
09 2 1 3 7.5
08 0 0 0 0
07 1 2 3 7.5
06 8 1 9 22.5
05 7 3 10 25
04 3 6 9 22.5
03 1 3 4 10
02 0 1 1 2.5
01 0 0 0 0
Min = 5.3

Daripada ujian ini bentuk-bentuk kesilapan penulisan hamzah telah dianalisis. Hasil analisa
menunjukkan penulisan hamzah di awal perkataan merupakan kesilapan tertinggi iaitu
70
sebanyak 45%, diikuti dengan penulisan hamzah di akhir sebanyak 29% dan di tengah
sebanyak 24%. Terdapat juga guru yang melakukan kesilapan dengan menulis huruf alif
pada alif lam ma'rifah dengan hamzah al-qat'i iaitu sebanyak 2%. Rajah 2 menunjukkan
taburan kesilapan penulisan hamzah dalam kalangan guru:

Rajah 2: Taburan kesilapan penulisan hamzah dalam kalangan guru.

PERBINCANGAN
Dari sudut pelajar, dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mengetahui ada perbezaan
antara huruf hamzah dan alif. Guru-guru mereka juga menjelaskan kaedah penulisan hamzah
yang betul serta memberi penekanan dalam kerja mereka. Walaupun majoriti guru
menjelaskan dan memberi penekanan, akan tetapi tidak ada jurang yang ketara dengan guru
yang tidak menjelaskan dan memberi penekanan terhadap penulisan hamzah dalam kerja
pelajar. Dapatan ini juga signifikan dengan dapatan dari soal selidik guru berkaitan amalan
pengajaran guru tentang penulisan hamzah yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Pengetahuan asas pelajar tentang penulisan hamzah adalah sangat baik. Ia bertepatan
dengan dapatan yang menyatakan guru menjelaskan dan memberi penekanan terhadap
penulisan hamzah dalam kerja pelajar. Kesilapan penulisan hamzah pelajar pula banyak
berlaku dalam kategori penulisan hamzah di awal perkataan. Dapatan ini bertepatan dengan
kajian Norhayati Awang (1998) yang mendapati kesilapan yang banyak berlaku ialah
penulisan hamzah di awal perkataan.
Walaupun sebahagian besar guru merupakan pengkhususan dalam bidang bahasa
Arab, namun seramai 65% daripada mereka tidak didedahkan dengan kaedah penulisan
71
hamzah yang betul. Berdasarkan temubual dengan pensyarah dan pelajar-pelajar dari
beberapa buah universiti dalam jurusan bahasa Arab, tiada subjek atau sukatan yang khusus
tentang penulisan yang membolehkan pelajar dilatih untuk menulis dengan betul terutama
yang berkaitan dengan penulisan hamzah. Tahap pengetahuan guru pula tentang kaedah
penulisan hamzah yang betul hasil daripada ujian adalah sederhana walaupun 57% guru
menyatakan mereka tahu kaedah penulisannya yang sebenar. Kesilapan yang banyak berlaku
ialah pada penulisan hamzah di awal perkataan manakala kesilapan penulisan hamzah di
tengah dan di akhir juga agak banyak kerana perbezaan bilangan antara satu kesilapan dengan
kesilapan yang lain tidak begitu ketara.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa telah ada kesedaran untuk menulis dengan
kaedah yang betul terutama dalam penulisan hamzah. Ini dapat dilihat pada peratusan guru
yang menjelaskan dan menekankan kaedah penulisan hamzah yang betul lebih besar serta
tahap pengetahuan asas pelajar yang agak tinggi. Namun begitu, peratusan ini perlu
ditingkatkan. Pengabaian kaedah penulisan hamzah yang betul secara berterusan akan
menyebabkan kesan yang lebih teruk. Apabila ini terjadi, tentu sahaja huruf hamzah
diabaikan dan semakin hilang fungsinya. Kesilapan dalam penulisan hamzah ini boleh
membawa kepada kesalahan pada bacaan dan makna seterusnya menggugat kredibiliti
penulis.

Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini:


1- Guru menyediakan diri dengan pengetahuan tentang kaedah penulisan hamzah yang
betul agar tidak melakukan kesalahan ini dan menjadi contoh kepada pelajar. Guru-guru
mungkin boleh merujuk buku-buku yang menerangkan kaedah penulisan hamzah yang
betul seperti buku "Panduan Menulis Kedudukan Hamzah Dalam Perkataan Arab" oleh
Che Radiah Mezah dan Norhayati Awang.
2- Pada peringkat permulaan pembelajaran, pendedahan kaedah penulisan hamzah yang
betul mungkin tidak sesuai dengan tahap kognitif dan kesediaan pelajar untuk
menerimanya. Pada peringkat ini, pengkaji bersetuju dengan Naimah (1995) agar guru
menunjukkan contoh yang baik dengan memberi ejaan yang tepat ketika menulis dan
membetulkan kesalahan pelajar secara berperingkat-peringkat.Ini kerana pelajar-pelajar
terutama pada peringkat permulaan cenderung mencontohi guru dan tingkah laku guru

72
sangat mempengaruhi mereka (Sharifah Fatimah, 2002; Zamri, 2007) Menurut Jassem
(2000), kesalahan-kesalahan yang membawa kepada kefahaman makna yang salah dan
kesalahan yang kerap dilakukan hendaklah dibetulkan terlebih dahulu. Beliau juga
menekankan agar guru juga prihatin terhadap pelajar secara individu. Pelajar-pelajar yang
dilihat berpotensi untuk meneruskan pengajian dalam bahasa Arab perlu dibetulkan
kesilapan mereka dengan lebih kerap dan serius.
3- Apabila pelajar-pelajar menunjukkan minat dan bersedia untuk mengetahui kaedah
sebenar penulisan hamzah, guru bolehlah mendedahkan kaedah tersebut. Guru-guru
boleh cuba untuk menggunakan kaedah ASADULLAH atau mencipta kaedah sendiri.
Dalam penerangan kaedah, guru digalakkan untuk memasukkan unsur-unsur jenaka.
Unsur-unsur jenaka dalam pengajaran didapati boleh mengurangkan kebimbangan,
tekanan, ketegangan, dan kebosanan juga meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan
motivasi pelajar (Shaffe, Ramli, Roselan, Sahandri & Mokhtar, 2011).
4- Memanfaatkan aktiviti kokurikulum untuk latih tubi penulisan hamzah yang betul seperti
persatuan bahasa Arab dan minggu bahasa Arab.
5- Kesepakatan guru-guru bahasa Arab dalam keprihatinan isu penulisan hamzah yang betul.
Ketidaksepakatan akan menambah kekeliruan pelajar kerana guru adalah suri tauladan
mereka.
6- Kelangsungan penekanan terhadap penulisan hamzah yang betul daripada peringkat
sekolah sehinggalah ke universiti dan institut perguruan.
7- Pendedahan kepada guru ketika bengkel, seminar, dan kursus tentang kaedah penulisan
hamzah yang betul.

RUJUKAN
Arif Karkhi. (1994). Ta'lim Al-Lughah Al-'Arabiyyah li Ghairi Al-Arab: Dirasat fi Al-Manhaj
wa Turuq Al-Tadris. Kaherah: Dar Al-Thaqafah li Al-Nasyr wa Al-Tauzi'.

Che Radiah Mezah. (1995). Kesilapan Bahasa dalam Karangan Bahasa Arab di Kalangan
Pelajar Melayu.Disertasi Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

________________. (2010). Kedudukan "Hamzah" Dalam Perkataan: Kaedah Penulisannya


Diabaikan Dalam Pengajaran. In Che, Pengajaran Bahasa Arab : Himpunan
Pedoman Buat Guru dan Bakal Guru Siri 1 (pp. 54-62). Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Che Radiah Mezah, & Norhayati Awang. (2007). Panduan Menulis Kedudukan Hamzah
Dalam Perkataan Arab. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
73
Mohd Nazmi Desa. (2009). Meningkatkan Kemahiran Menulis Kedudukan Hamzah Dalam
Perkataan Arab Dalam Kalangan Pelajar PISMP Bahasa Arab di IPGM Kampus
Tuanku Bainun Dengan Menggunakan Modul Asadullah. Prosiding Wacana
Pendidikan Islam Siri Ke - 7 ( Peringkat Nusantara) (pp. 37-47). Gontor: Institut
Studi Islam Darussalam.

Jassem, J. A. (2000). Study on Second Language Learners of Arabic : An Error Analysis


Approach. Kuala Lumpur: A.S.Noordeen.

Mohd Zaki Abd Rahman, & Che Radiah Mezah. (2010). Ciri-Ciri Bahasa Arab: Fonetik,
Morfologi & Sintaksis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Naimah Abdullah. (1995). Masalah Ejaan Arab di kalangan Pelajar Melayu. Disertasi
Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Salim Abu Rabia, & Haitham Taha. (2006). Phonological Errors Predominate in Arabic
Spelling Across Grade 1-9. Journal of Psycholinguistics Research, Hlm.167-
188.www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/recordDetail?accno=EJ851 478

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri,, Roselan Baki, Sahandri Ghani, & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Murid.
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Hlm. 125-
144.http://web.usm.my/education/content.asp?m=pub&n=journal

Sharifah Fatimah Wan Jamal. (2002). Pengaruh Guru Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab
: Satu Kajian Kes.Disertasi Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Treimen, R. (1997). Introduction to Special Issue on Spelling. Reading and Writing: An


Interdisciplinary Journal, Hlm.315-319.www.springerlink.com/index/l96q
2750586311w5.pdf

HYPERLINK "http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid =
navclient&gfns=1&q=Treimen%2C+R.+%281997%29.+Introduction+to+Special+Iss
ue+on+Spelling.+Reading+and+Writing%3A+An+Interdisciplinary+Journal"

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahasa


Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma Publications.

74

You might also like