You are on page 1of 12

1.

Pendahuluan

Kerja kursus ini bertujuan untuk meninjau konsep perbezaan individu pelajar dan
mencadangkan strategi untuk menanganinya. Sejauh manakah kita sebagai pendidik dapat
menukarkan teori kepada praktis terpulang kepada kesanggupan kita untuk mempersoalkan
kesan dan amalan kita selama ini. Persoalan ini bukan bertujuan untuk di jawap oleh guru
secara individu sahaja tetapi oleh masyarakat secara amnya.

Sistem pendidikan mencerminkan nilai dan jangkaan masyarakat. Perubahaa di bilik


darjah perlu mencerminkan perubahan sikap dan nilai ahli dan sistem yang wujud. Tumpuan
bahagian pertama kerja kursus ini menengenahkan perbincangan mengenai andaian-andaian
terhadap pelajar, definisi dan rasional pembezaan sebagai satu strategi untuk menangani
perbezaan individu pelajar oleh guru. Bahagian kedua mengarah daripada teori kepada
amalan dengan cara meneliti jenis-jenis pembezaan. Sebagai rumusan, bahagian akhir kerja
kursus ini akan memaparkan implikasi dan cabaran terhadap menangani isu perbezaan
individu pelajar dari sudut pendidikan guru dan amalan guru di bilik darjah.

2. Konsep Perbezaan Individu

Manusia dari segi hakikat sebenar adalah berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak
menafikan hakikat kepelbagaian ini kerana perkara ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara tetapi kebanyakan daripada kita sebagai guru, mengajar para pelajar seolah-olah
mereka semuanya sama yakni mempunyai kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan
yang sama. Pelajar berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran, dan jangka masa yang
diperlukan untuk belajar. Perbezaan pelajar seperti ini serta perbezaan lain yang berkaitan
memerlukan pendekatan pengajaran dan bantuan yang berbeza. Sebahagian daripada pelajar
memerlukan pengajaran dan perhatian secara terus dan bersemuka dengan guru, manakala
sebahagian lagi pelajar mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang
minimum. Walaupun ciri-ciri pelajar dan perbezaan antara pelajar merupakan pengetahuan
asas dalam mana-mana program pendidikan guru dan diterima hakikatnya, kemajuan ilmu
dalam teori dan penyelidikan pada masa dua dekad lalu telah menyediakan rasional untuk
kita menyemak semula rangka konseptual dan fahaman kita terhadap jenis maklumat
mengenai pelajar dan pembelajaran mereka secara individu dan cara pengajaran dapat
disesuaikan (Zalizan, 2001).

Guru harus menyedari bahawa pelajar-pelajar yang diajar mempunyai latar belakang
yang berbeza. Pelajar dalam sebuah kelas rnempunyai perbezaan dari segi tahap kecerdasan,
pencapaian dalam mata pelajaran tertentu, latar belakang sosioekonomi, budaya, pengalaman,
kebolehan, gaya belajar, personaliti, pengalaman dan sebagainya. Hal ini sebenarnya
mewujudkan satu cabaran kepada guru memastikan pengajaran yang dilaksanakan dapat
memenuhi dan sesuai dengan kehendak dan latar belakang pelajar yang berbeza itu. Kadang-
kadang guru mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan
kaedah yang difikirkan sesuai untuk semua pelajarnya seperti kaedah berkuliah. Sekiranya
kaedah ini ditujukan untuk kumpulan pelajar yang berkebolehan, bermotivasi dan bersedia
dalam pembelajaran, maka pelajar-pelajar lain yang kurang berkebolehan dan bermotivasi
akan ketinggalan. Sebaliknya jika kaedah ini dirancangkan, ditujukan clan disesuaikan untuk
kumpulan pelajar yang lemah, bermotivasi rendah dan kurang bersedia, maka pelajar-pelajar
yang balk tadi akan merasa bosan dalam proses pernbelajaran mereka. Oleh itu bagaimana
guru dapat atau cuba untuk menyelesaikan kerumitan ini bagi memastikan semua pelajarnya
dapat memahami dan menguasai apa yang diajar? (Salleh, at.all, 2005).

Menurut Bloom dalam Zalizan (2001) telah merumuskan bahawa perbezaan dalam
ciri-ciri peribadi dan pembelajaran boleh diubah. Beberapa pembolehubah penting yang
mempengaruhi pembelajaran tidak lagi dikira sebagai pembolehubah yang statik. Sebagai
contoh, ciri-ciri keluarga, seperti jangkaan ibu bapa dan penglibatan mereka (Walberg,
1984); kognisi dan proses-proses pembelajaran (Chipman et. al., 1985) dan motivasi pelajar
serta peranan yang dimainkan sendiri oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

Perkembangan ilmu sebagaimana yang dinyatakan di atas memaksa kita, sebagai


pendidik, menyemak semula dan mengubah cara serta bagaimana kita menilai hasil
pendidikan. Penilaian berasaskan jumlah ilmu yang dikuasai sebagaimana yang diukur dalam
peperiksaan perlu diubah kepada satu cara yang mencerminkan perbezaan dari segi
bagaimana pelajar memproses maklumat, mekanisma dan peraturan mental yang digunakan
oleh pelajar dalam situasi pembelajaran, motivasi dan respon afektif yang terlibat dalam
proses menguasai dan menyimpan ilmu. dan ketrampilan ilmu yang dikuasai pelajar secara
individu. Jika kita dapat menerima prinsip bahawa ciri-ciri pelajar boleh diubah, maka
cabaran kita adalah untuk mengkaji bagaimana kita boleh mengubahsuai, bukan sahaja
proses-proses psikologi dan operasi kognitif yang digunakan oleh pelajar sebagai individu
(Feuerstein et. al. 1985: Palinscar & Brown. 1984).

Malahan kita juga perlu mengkaji bagaimana kita mengubahsuai environmen


pembelajaran dan strategi pengajaran untuk menangani kepelbagaian antara pelajar (Glaser,
1977: Tobias, 1989: Wang & Walberg 1985). Untuk memahami perbezaan kepelbagaian
berlaku dan cara mana yang paling sesuai untuk menanganinya, kita perlu meninjau aliran
pemikiran semasa terhadap bagaimana kita menakrifkan perbezaan antara pelajar sebelum
kita boleh mencadangkan cara untuk menanganinya.

Terdapat dua pendekatan untuk menakfrifkan perbezaan di antara pelajar iaitu


pendekatan pelajar sebagai individu dan pendekatan kurikulum. Pendekatan pelajar
sebagai individu menekankan perbezaan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu, seperti
kecacatan, latar belakang sosial atau sifat-sifat psikologi. Manakala pendekatan kurikulum
menekankan perbezaan pelajar berdasarkan tugas dan aktiviti yang disediakan untuk pelajar
dan keadaan yang diwujudkan di bilik darjah.

3. Pendekatan Perbezaan Individu

Pendekatan untuk membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu merupakan satu amalan
tradisional di kebanyakan negara dengan andaian-andaian seperti berikut (Zalizan, 2001):

a. Pelajar berkeperluan khas.

Diandaikan bahawa pelajar yang mengalami kesukaran pembelajaran di sekolah disebabkan


oleh ciri-ciri yang menyekat kemajuan dan pertumbuhan mereka seperti faktor kecacatan,
latar belakang keluarga, kebolehan intelek atau kecerdasan. Sehubungan itu, pelajar sekolah
dibahagikan kepada dua jenis, satu daripadanya pelajar-pelajar istimewa. Di kebanyakan
negara, amalan seperti ini menjadi dasar untuk menyediakan perancangan dan peruntukan
pendidikan. Peruntukan seperti ini adalah dalam bentuk sekolah khas atau unit di sekolah
biasa. Pelajar dikenal pasti oleh panel yang dilantik sebagai memerlukan peruntukan
pendidikan khas dan ditempatkan di kelas-kelas khas atau disekolah-sekolah khas. Dengan
adanya program pendidikan pemulihan, satu kumpulan pemulihan dibentuk yang
mengasingkan pelajar-pelajar tersebut daripada pelajar-pelajar normal yang lain. Pelajar-
pelajar tersebut dikeluarkan daripada kelas biasa untuk diberi pengajaran tambahan di kelas
pemulihan.

b. Pelajar bermasalah pembelajaran

Pendidikan khas merupakan jawapan kepada kesukaran pembelajaran pelajar dan jika mereka
tidak ditempatkan di kelas atau di sekolah khas, maka mereka akan bersekolah di kelas biasa
tanpa apa-apa bantuan atau sokongan, atau akan tercicir daripada sistem pendidikan. Proses
mengenal pasti pelajar menjadi isu genting dalam hal ini malah kadang kala pelajar hanya
diberi peruntukan khas jika resos tambahan diperolehi.

c. Pelajar yang mengalami kesukaran yang sama

Dalam usaha untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran, amalan meletakkan
mereka ke satu kelas, unit atau kumpulan yang sama difikirkan perlu berasaskan andaian
bahawa mereka mengalami punca kesukaran yang sama. Oleh yang demikian, pelajar
dikategorikan mengikut kecacatan/kesukaran; pelajar yang dikenalpasti sebagai pelajar
pemulihan diandaikan mengalami kesukaran yang sama. Tujuan menempatkan mereka di
kelas atau sekolah yang sama adalah untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan guru
khas yang mempunyai kemahiran untuk mengajar. Terdapat juga amalan yang
mengkategorikan pelajar sebagai tidak boleh diajar (ineducable) dan tidak dibenarkan
bersekolah.

d. Pelajar normal berprestasi memberangsangkan


Guru-guru kelas biasa mengandaikan bahawa pelajar mampu belajar sendiri untuk
memenuhi keperluan sukatan pelajaran tanpa memantau dan menilai sama ada pelajar
mengalami masalah dari masa ke semasa atau sama ada potensi sebenar pelajar telah
dioptimumkan. Mereka mungkin tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana mereka
beranggapan bahawa bukan tugas mereka untuk memberi perhatian khas kepada pelajar
sebagai individu yang mengalami keperluan pendidikan yang unik.

4. Pandangan Kajian Lepas Mengenai Pendekatan Perbezaan Individu


Sebagai rumusan, pendekatan tersebut mempunyai andaian asas bahawa kesukaran
pendidikan terletak dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, tumpuan adalah untuk mengubah
kekurangan-kekurangan yang diandaikan terdapat dalam diri pelajar. Kesan daripada itu,
punca-punca kelemahan yang mungkin wujud di luar diri individu yang terdapat dalam
keadaan sosial. politik dan organisasi tidak diambil kira (Ainscow & Tweddle, 1979).
Pendekatan ini telah dikritik dan didapati tidak berkesan dari segi kos (Skrtic. 1991;
Anderson & Pellicer, 1990).

Peruntukan program pendidikan khas meneguhkan andaian bahawa masalah timbul


kerana terdapat pelajar yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari normal. Berdasarkan alasan
tersebut, sekolah-sekolah dapat mempertahankan "status quo"nya bahawa sekolah biasa tidak
dipersalahkan atas kemunculan masalah pelajar dan tahap pencapaian sekolah (Skrtic, 1991).

Kesan daripada perspektif yang dominan ini beberapa kesan negatif telah timbul dan
telah didokumentasikan (Ainscow 1989; Algozzine 1977: Anderson & Pellicer 1990: Apter
1982; Booth 1988). Sebagai rumusan, bukti-bukti yang ada menerangkan bahawa pendekatan
tradisional tersebut membawa keburukan daripada kebaikan kepada pelajar melalui cara-cara
berikut:
a. Proses segregasi dan melabel memberi kesan negatif terhadap sikap dan jangkaan pelajar,
guru-guru dan ibu bapa.
b. Dengan adanya guru-guru "specialist" yang dilatih khas menggalakkan guru-guru biasa
memindahkan tanggungjawab mengajar murid-murid yang dianggap bermasalah kepada
guru-guru khas tersebut.
c. Resos dan peruntukan yang boleh digunakan untuk menyediakan persekolahan yang
lebih fleksibel dan responsif telah disalurkan sebagai peruntukan berasingan.

d. Bentuk pengalaman pengajaran-pembelajaran yang disediakan mempunyai peluang yang


sempit dan tahap pencapaian yang rendah.

5. Menengani Masalah Pembezaan Individu Dalam P&P


Pembezaan individu adalah proses mengubah suai pengajaran untuk memenuhi keperluan
pembelajaran pelajar sebagai individu. Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan
kejayaan pembelajaran di kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar
belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tabu, faham dan
apa yang boleh mereka lakukan. Proses pembezaan juga membuka peluang kepada pelajar
untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka. Dengan cara
demikian, pelajar dapat merasai persekolahan sebagai satu pengalaman yang bermakna dan
memuaskan.
Dari segi teori, jenis jenis pembezaan adalahtidak terhad yakni setiap pelajar dan guru
mempunyai keperluan dan pengalaman yang unik. Tetapi guru perlu mengubah suai
mengikut realiti bilik darjah dan seterusnya guru perlu membezakan pengajaran berdasarkan
kekangan-kekangan organisasi. Berikut adalah jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh
guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum (Zalizan,
2001):

a. Isi kandungan
Pembezaan kaedah mengajar melibat pembezaan isi kandungan pengajaran. Sebagai
contoh, dalam kelas kemahiran membaca, mungkin melibatkan sekumpulan pelajar
diberi penekanan latihan foniks bagi yang belum menguasai diskriminasi bunyi dan
huruf, manakala yang telah menguasai bacaan asas membaca, diberi aktiviti
pengkayaan bahasa.
b. Minat
Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat
pelajar. Sebagai contoh, bagi kelas Tingkatan 4, dalam latihan membuat carta, guru
boleh menggalakkan pelajar membuat carta yang mengukur bidang yang mereka
minat. Pelajar boleh menyediakan carta mengenai lagu-lagu pop, atau mengenai jenis
makanan ringan yang diminati mereka. Dengan mengaitkan minat seharian mereka,
tugasan yang mereka lakukan memberi makna dan kerelevanan sesuai dengan tahap
perkembangan mereka.
c. Kadar
Pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan
oleh guru. Pembezaan berdasarkan kadar belajar secara individu berlaku apabila
pelajar melakukan tugas-tugas yang sama berdasarkan satu jangkamasa tetapi masa
yang diperlukan oleh pelajar terpuiang kepada sama ada pelajar boleh melengkapkan
tugas dengan cepat atau lambat.
d. Tahap
Pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap. Sebagai contoh,
pelajar mungkin didedahkan oleh guru tajuk pengajaran matematik, tetapi memberi
tugasan-tugasan berdasarkan tahap kefahaman pelajar mengikut tahap dan urutan
kesukaran yang dialami pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer mempunyai
potensi untuk membantu guru menyediakan tugasan sesuai dengan tahap dan kadar
belajar. Program komputer mampu menyediakan rancangan mengajar yang
mengandungi aktiviti disesuaikan dengan ciri pelajar secara individu, atau secara
kumpulan kecil mengikut kadar masa dan tahap respon mereka, Pakej yang
disediakan membantu pelajar melalui tugasan-tugasan yang senang dan
menyeronokkan, atau yang mencabar.
e. Akses
Pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi
semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu
berdasarkan keperluan mereka. Pembezaan akses pembelajaran melibatkan guru
mengubah suai pembentangan mengikut mod atau saluran (channel), samada saluran
visual, auditori atau kinestetik bagi pelajar yang memerlukannya. Sebagai contoh,
bagi pelajar yang mengalami masalah membaca, rencana bacaan boleh dibentangkan
melalui pita audio supaya pelajar yang mengalami masalah membaca dapat
menjawab soalan kefahaman dengan lebih yakin. Selain daripada itu, alat bantu
teknologi mampu diguna oleh guru untuk membezakan mod pengajaran.

f. Respon

Pembezaan akses memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar sebagai contoh,
menukarkan respon daripada tulisan kepada lisan. Jika diarah untuk menyatakan
maksud segiempat, seorang pelajar dibenarkan menjawab dengan cara melukis di atas
kertas, seorang pelajar lain dibenarkan menerangkan segi empat secara lisan dan
seorang pelajar lain dibenarkan melakarkan bentuk segi empat dengan jari. Secara
keseluruhan, mod respon merupakan satu cara yang perlu mendapat perhatian oleh
guru, terutama di sekolah rendah, dan pembezaan ini tidak terhad kepada pelajar-
pelajar dengan keperluan khas sahaja.
g. Urutan
Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk
menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek. Guru
perlu menyediakan perancangan rapi untuk mengesan pelajar atau kumpulan mana
yang telah mempelajari topik mana. Dalam konteks ini, pembezaan urutan bertindan
lapis dengan pembezaan minat.
h. Struktur
Pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang sedemikian rupa dimana
setengah pelajar belajar ism kandungan secara menyeluruh ('chunks'), manakala yang
lain belajar secara 'langkah demi langkah'. Perancangan guru memerlukan mereka
menganalisis tajuk atau kemahiran, terutama tajuk yang kompleks, kepada langkah-
langkah kecil yang mudah difahami bagi pelajar yang memerlukannya, tetapi.
mengubah kepada bentuk penyeluruhan kepada pelajar yang mampu.
i. Masa guru
Masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang
kerana guru tidak merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata. Guru
berkecenderungan untuk memberi perhatian kepada pelajar yang bermasalah
tingkahlaku atau yang kurang tumpuan kepada tugas. Perancangan masa guru yang
lebih 'purposeful' dan terperinci memberi peluang kepada guru dan pelajar membina
perhubungan yang bermakna.
j. Stail pengajaran

Pembezaan stail pengajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi
bosan. Kadang kala pendekatan didaktik adalah berkesan tetapi bergantung kepada isi
dan tajuk; pembelajaran yang berkesan boleh berlaku dalam bentuk inkuiri dan dalam
setting kerja kumpulan.

k. Pengumpulan
Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah pembezaan. Pengumpulan
yang pelbagai dan imaginatif membolehkan guru menyediakan tugas-tugas yang
spesifik dan bahan-bahan yang sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang
dijangkakan. Keanggotaan kumpulan dapat menggalakkan pelajar membantu di
antara satu sama lain, bekerjasama dan meningkatkan kemahiran komunikasi.

Pada umumnya, jenis pembezaan yang dihuraikan di atas menggalakkan keluwesan


kurikulum dalam pengajaran guru. Ini berlaku dengan cara menekankan kepentingan
pengalaman yang bermakna bagi pelajar dan menyediakan tugas-tugas yang realistik tetapi
mencabar bagi pelajar. Guru perlu meninjau sejauh mana jenis pembezaan sesuai dengan
keperluan pelajar dan kekangan bilik darjah. Walaupun demikian, perlu ditegaskan bahawa
pembezaan kurikulum tidak boleh berlaku secara berkesan di peringkat guru, tetapi
diperingkat sekolah. Sikap pihak pengurusan sekolah adalah kritikal terhadap pembentukan
dasar dan amalan pembezaan di sekolah. Mereka perlu menunjukkan azam dengan kata dan
gerak geri bahawa mereka komited.

6. Cabaran Dan Penutup

Perubahan adalah elemen penting dan cabaran bagi kita ialah untuk mengubah
amalan kita berdasarkan rasional yang dipersetujui bersama. Proses pendidikan adalah satu
proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses perubahan adalah satu
pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada setiap lapisan pendidik, sama ada
dalam kapasiti mereka sebagai pendidik guru, pengetua atau guru besar sekolah, guru
sekolah, atau pegawai-pegawai pendidikan di Kementerian atau Jabatan Pendidikan.

Asas-asas teoritis dan penemuan hasil dari penyelidikan menunjukkan bahawa


sekolah memikul tanggungjawab untuk memastikan sama ada struktur program weaeka
responsif terhadap perbezaan individu atau tidak. Sikap pihak pengurusan sekolah yakni
pengetuaatau guru besar dan penolong kanan adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan
amalan di peringkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang memotivasikan setiap guru
supaya mempunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan
sekolah. Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan masa, resos
dan sokongan serta galakan moral kepada kakitangan atau guru yang memainkan peranan
penting.
Sebagai rumusan, kertas kerja ini membincangkan konsep dan strategi mtuk
menangani kepelbagaian pelajar di sekolah. Dalam membentuk dasar dan paturan untuk
perubahan ke arah peningkatan pendidikan, kerja kursus ini membentangkan keadaan dan
yang mencabar peraturan dan amalan yang sedia ada. Perbincangan ini memerlukan para
pendidik untuk sama-sama meneliti implikasi perubahan pendidikan terhadap tugas masing-
masing dan sama-sama membina komitmen untuk menyumbang strategi ke arah mencapai
objektif pendidikan yang menekankan peluang yang membina untuk semua.

2513 patah perkataan


7. Rujukan

Ahncow, M. 1989 (Ed). Special education change. London: David Fulton Publishers.
Anscow, M. & Tweddle, D. A. 1988. Encouraging classroom success. London: David
Fulton Publishers.
Algozzine, M. 1977. The emotionally disturbed child: disturbed or disturbing? Journal Of
Abnormal Child Psychology, 5 (2), 205-211.
Anderson, L. W. & Pellicer, L. 0. 1990. Synthesis of research on compensatory and remedial
education. Educational Leadership, 48 (1), 10-16.
Aver, S. J. 1982. Troubled children, troubled systems. New York: Pergammon Press. Bloom.
B. S. 1976. Human characteristics and school learning. New York: McGraw-Hill.
Booth, T. 1988. Challenging conceptions of integration. Dalam The Politics of special
educational needs. L. Barton (Pyt), London: Falmer.
Chipman, S. G., Segal, J. W. & Glaser, R. 1985. (Pyt) Thinking and learning skills: Vol. 2.
Research and Open Questions. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Feuerstein, R., Jensen, M., Hoffman, M. B. & Rand, Y. 1985. Instrumental enrichment, an
intervention program for instructional cognitive modifiability: Theory and practice,
dalam J. J. Segal, S. F. Chipman dan R. Glaser (Pyt). Thinking and learning skills:
Vol. I Relating instruction to research (ms 43-82). Hillsdale, N.J.: Erlbaum.
Glaser, R. 1977. Adaptive education: Individual diversity and learning. New York: Holt,
Rinehart & Winston.
Palincsar, A. S. & Brown, A. L. 1984. Reciprocal teaching of comprehension-fostering and
comprehension-monitoring activities. Cognitive and Instruction, 1: 117125.
Salleh Abd. Rashid, Shukery Mohamed, Mohd Yusof Abdullah, Rosy Talin. 2005. Guru
Pelatih dan Keperluan Pengajaran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Skrtic, T. M. 1991. Students with special needs: Artifacts of the traditional curriculum.
Dalam M. Ainscow (Pyt) Effective Schools for All. London: David Fulton Publishers.
Tobias, S. 1989. Another look at research on the adaptation of instruction to student
characteristics, Educational Psychologist, 24, 213-229.
Walberg, H. J. 1984. Families as partners in educational productivity, Phi Delta Kappan, 65,
(6), 397-400.
Wang, M. C. 1991. Adaptive instruction: An alternative to providing for student diversity.
Dalam M. Ainscow Effective Schools for All. London: David Fulton Peublishers.
Wang, M. C. & Walberg, H. J. 1985 (Pyt). Adapting instruction to individual differences.
Berkerley, CA: McCutchan Publishers.
Zalizan Mohd Jelas. 2001. Menengani kepelbagaian konsep dan strategi pembezaan. Kertas
Kerja Prosiding Persidangan Kebangsaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like