You are on page 1of 7

S.K.

TOK JEMBAL, KAMPUNG TOK JEMBAL, 21300, KUALA


TERENGGANU, TERENGGANU.

KERTAS CADANGAN
PROJEK
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN
PADANG HOKI
SK TOK JEMBAL

TARIKH:
12 OGOS 2017

TEMPAT:
PADANG SK JEMBAL

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
1.0 PENGENALAN
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Program Satu Murid

Satu Sukan merupakan usaha yang amat baik untuk melahirkan pelajar yang sihat dari

aspek fizikal dan mental. Untuk memurnikan lagi usaha ini penyediaan infrastruktur

yang baik merupakan langkah yang perlu diambil supaya pelajar dapat bersukan

dengan lebih selesa dan selamat. Selari dengan matlamat tersebut, Panitia Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan SK Tok Jembal mengambil inisiatif untuk menyediakan sebuah

padang hoki bagi kegiatan ko-kurikulum murid.


2.0 RASIONAL
Sukan hoki merupakan salah satu daripada kebintaraan (niche) SK Tok Jembal.

Justeru itu, tidak hairanlah SK Tok Jembal sudah banyak melahirkan pemain hoki di

peringkat daerah mahupun negeri. Namun begitu, setakat ini sekolah tidak mempunyai

kemudahan seperti turf hoki untuk dijadikan tempat latihan pasukan hoki sekolah.

Sebelumnya, pasukan hoki sekolah hanya menjalankan latihan di padang sekolah yang

mana berkongsi padang dengan pasukan bola sepak, bola baling dan bola jaring. Oleh

itu, projek ini dijalankan sebagai salah satu usaha untuk menyediakan sebuah padang

yang khusus bagi sukan hoki di SK Tok Jembal. Ini bertujuan merancakkan lagi

pembangunan sukan hoki di sekolah ini.


3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan kemudahan yang selesa kepada pelajar.
3.2 Memudahkan perjalanan proses P&P Pendidikan Jasmani.
3.3 Memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menonjolkan diri dalam

sukan hoki.
4.0 MAKLUMAT PROJEK
4.1 TARIKH
12 Ogos 2017
4.2 TEMPOH
1 hari
4.3 TEMPAT
Padang Sek. Keb. Tok Jembal
4.4 PENGANJUR
Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

5.0 KEWANGAN
5.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. BAHAN HARGA (RM) KUANTITI KOS

1. Cat Minyak (Putih) 1 liter 55.00 / unit 1 55.00

2. Berus Cat 2.00 / unit 2 4.00

3. Minyak Hitam 2.00 / liter 20 40.00

4. Tali Rafia (Small Roll) 1.50 / roll 1 1.50

5. Turpentine (500 ml) 3.50 / botol 1 3.50

JUMLAH 104.00
5.2 SUMBER

Sumbangan Sekolah RM 105.00

JUMLAH RM 105.00

6.0 PERALATAN
Berikut adalah senarai peralatan lain yang perlukan bagi aktiviti membina padang hoki

sekolah:-
1. Pita Pengukur (100 meter)
2. Kayu Penanda

3. Alat Pembuat Garisan

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK


7.1 AHL JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tn. Haji Aznordin Bin Jahan (GB SKTJ)
Pengerusi : Pn. Rohaiza Binti Abdullah (PK KOKU)
Naib Pengerusi : Pn. Nor Hasyimatun Bt Mohd Hashim
Setiausaha : En. Moray Anak Johnny
Bendahari : Pn. Sauzi Binti Ismail

AHLI JAWATANKUASA
Dokumentasi : En. Moray Anak Johnny
En. Shalihin Bin Bakhrul
Peralatan : En. Che Mohd Khairu Bin Hitam

En. Roslan Bin Awi

8.0 PENUTUP
Adalah menjadi hasrat Panitia Pendikan Jasmani dan Kesihatan untuk melihat

penyediaan padang hoki ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan

pihak sekolah. Dengan terlaksananya projek ini, Panitia Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan berharap warga sekolah khususnya murid-murid SK Tok Jembal akan

mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan dan akan menggunakan

serta menjaga kemudahan ini dengan sebaiknya. Semoga dengan usaha ini dapat
membantu menyinarkan lagi kegemilangan sukan hoki SKTJ serta merealisasikan

harapan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu sukan dalam

kalangan murid di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Majulah sukan untuk negara


Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
.....................................................
.........................................................

(PN NOR HASYIMATUN BT MOHD HASHIM)


(MORAY ANAK JOHNNY)
Penyelaras Program 1 Murid 1 Sukan,
Setiausaha Program Minggu Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.

Disahkan oleh,

........................................................

(TN HJ AZNORDIN BIN JAHAN)

Guru Besar,
Tarikh: ......................................
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal,

Kuala Terengganu, Terengganu.


Lampiran 1

CADANGAN UKURAN PADANG HOKI

Rajah 1: Ukuran sebenar padang hoki

CADANGAN

60 meter

30meter

You might also like