You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JEMPOL

72120 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

B
NO.TEL : 06-4584061 NO.FAKS : 06-4584102

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 27 Disember 2016


Hari : Selasa
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Dipengerusikan Oleh : Pn. Misliah bt Masari

KEHADIRAN :

1. Pn Misliah Masari ( Pengetua )


2. Pn Zainab Samsuddin (PK Pentadbiran ) 27. Pn Nor Azizah Abd Majid
3. Pn Hjh Surina Ismail ( GPK HEM ) 28. Pn Nor Hamizah Kasmin ( KP Sejarah )
4. Pn Hjh Suraya Mohd Salleh ( GPK KOKO ) 29. Pn Norafiza Mohd Nor ( Kaunselor )
5. Pn Norakmar Mohd Yusof ( GPK PPKI ) 30. Pn Noraini Adnan ( KP Sains dan Kimia )
6. Pn Azlina Othman @ Kassim ( GKMP Bahasa ) 31. Pn Noraziah a/k Ekal ( KP GB )
7. Cik Basimah Abd Majid ( GKMP Kemanusiaan ) 32. Pn Nurul Asmarina Anuar
8. Pn Hjh Saaidah Idris (GKMP Teknik & Vokasional) 33. Pn Omerryza Omar
9. En Amplagan a/l Raman ( KP Ekonomi Asas ) 34. Pn Rasyidah Mokhtar
10. En Arif Fadzilah Mohd Said ( KP Biologi ) 35. En Rasidi Mohd Zain
11. Pn Bibi Ainamardiah Abdull Rahman ( KP Fizik ) 36. En Rosli Ahmad ( KP Muzik )
12. Pn Farah Alia Abdullah 37. Pn Salina Harith ( KP PJK )
13. En Hasbullah Hadi Ahmad Hassan ( KP Sivik ) 38. En Selvam a/l Nadasen
14. Tn Hj Hirma Md Tahir 39. Pn Siti Hazwani Mohamed Rozi
15. En Kamarulsaman Abd Razak 40. Pn Siti Mayang Suriya Mustafa (KP
16. En Khalil Khushari Zainol Matematik )
17. Pn Masrizayu Mustafa 41. Pn Siti Salina Sanusi ( KP ERT )
18. Pn Maszalina Othman ( KP Bahasa Inggeris ) 42. Pn Siti Salwani Zakaria( KP Perdagangan)
19. Pn Masnah Jamaludin 43. Pn Siti Shuhada Mat Abu
20. Cik Mimi Safura Abu Zarim ( KP Bahasa Melayu ) 44. Pn Suhana Mansor ( KP Matematik
21. En Mohamed Asri Abu Hanipah Tambahan )
(KP Pendidikan Islam) 45. En Syariff Ibrahim ( KP KHB )
22. En Mohd Zafid Mohd Nor ( KP PSV ) 46. Pn Tengku Rosmini Tuan Ismail
23. Pn Munyati Razak 47. En Wan Abdul Rahman Wan Mohamad
24. Cik Nanthini Kumari a/p Muthukumaran Zain ( KP LK )
25. Pn Nik Aziah Nik Mahmood ( KP Moral ) 48. Pn Wan Syeida Wan Alli
26. Pn Nik Maheran Nik Mahmud 49. Pn Zabariah Aziz ( KP Kesusasteraan
Melayu )
50. Cik Humairah Lokman
51. En Mohamad Nik Azril Ariffin

1
AGENDA 1 : UCAPAN ALU ALUAN PENGERUSI PN. MISLIAH BT MASARI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke
mesyuarat SMK Seri Jempol kali pertama bagi tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru kerana telah


memberikan komitmen yang sangat baik dalam menjayakan semua program sekolah
sepanjang tahun 2016.
1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru PT3 kerana keputusan
PT3 2016 yang meningkat berbanding tahun 2015. Seramai 2 orang murid SMKSJ
telah mendapat 10A dalam peperiksaan tersebut iaitu Maryam Bajunid dan Nur
Farisha Izwanie. Untuk makluman, sasaran GPS PT3 2017 ialah 3.20.

1.4 Pengerusi turut mengingatkan semua guru agar menghayati Teras Perkhidmatan
Awam dengan menganggap kerja merupakan suatu ibadah. Ini untuk memastikan
kita sentiasa memastikan setiap tugas yang diberi akan dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.

1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) telah memasuki gelombang kedua iaitu tahun 2016-2020. Guru-guru
diingatkan agar sentiasa menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam PPPM
2013-2025 seperti 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan utama
transformasi sistem pendidikan negara.

1.6 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa slogan PPDJJ bagi tahun
2017 ialah Hidup Menang Mati Syurga. Hidup Menang merujuk kepada
kemenjadian murid secara holistic dan cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.
Manakala Mati Syurga pula merujuk kepada matlamat setiap insan yang ingin
mengecapi nikmat kejayaan tertinggi hasil usaha sepanjang hayat.

1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa Tema/Tagline PPDJJ bagi tahun 2017 adalah
seperti berikut:
Sekolah Kondusif : Jom ke Sekolah
Sahsiah Cemerlang : Zero Defect
Pembangunan Akademik : Zero Failure
Penglibatan Kokurikulum : Keterlibatan Semua

Makluman : Semua Guru

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Disahkan oleh : En. Rasidi bin Mohamed Zin


Disokong oleh : En. Syariff bin Ibrahim.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Dasar-Dasar Kerajaan

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu memahami,


menghayati dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti 1M1S,
MBMMBI, KSSM, STEM dan PIBK.

4.1.2 Pengerusi juga mengingatkan semua guru agar menghayati Misi dan Visi
sekolah. Guru-guru juga diingatkan agar sentiasa menekankan mengenai misi
dan visi sekolah semasa berucap dalam perhimpunan mingguan, ucapan
majlis perayaan sekolah, setiap mesyuarat dan dalam perbualan bersama-
sama murid, staf sokongan dan ibu bapa.

4.1.3 Beliau turut mengingatkan semua guru bahawa kehadiran ke perhimpunan


mingguan sekolah adalah wajib. Guru-guru perlu memakai blazer dan
menyampaikan ucapan secara positif dan memberikan motivasi kepada murid-
murid. Guru bertugas juga perlu melaporkan hasil pemantauan secara
menyeluruh.

4.1.4 Pengerusi turut mengingatkan guru-guru untuk bersama-sama membanteras


gejala murid ponteng sekolah dengan meastikan setiap guru masuk ke kelas
secepat mungkin. Guru-guru juga disarankan agar mewujudkan keserasian
dengan murid serta cuba menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam
usaha menarik minat murid untuk belajar.

4.1.5 Beliau juga memaklumkan kepada semua guru bahawa buku rekod mengajar
perlu dilengkapkan dan dihantar pada akhir Januari 2017. Guru-guru perlu
menulis di dalam buku rekod mengajar setiap kali mendapat sijil penghargaan.
Sijil tersebut perlu dismpan di dalam fail untuk rujukan akan datang.

4.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap Carta Organisasi Sekolah,


Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid serta Unit kokurikulum
seperti sukan dan persatuan perlu dikemaskini dan dipamerkan di papan
kenyataan masing-masing sebelum atau pada 31 Januari 2017.

4.1.7 PIBG berperanan untuk membantu program-program sekolah serta mencari


dana untuk membiayai program sekolah. Pengurusan sekolah adalah tugas
pengetua.

4.1.8 Pengerusi turut mengingatkan mengenai isu keberadaan guru di sekolah. Guru-
guru dibenarkan keluar selama 19 hari sahaja iaitu 10% daripada hari
persekolahan. Segala urusan berkaitan LPM adalah diberi keutamaan. Bagi
tahun 2017, guru-guru perlu mengisi borang dan mengisi dalam buku yang
telah disediakan di pejabat sekolah.
4.1.9 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa pdp guru dinilai
menggunakan borang penilaian SKPMg2 Standard 4. Penilai perlu
memaklumkan kepada guru-guru berkaitan instrumen yang akan dinilai untuk
tindakan mereka. Rumusan pemantauan perlu dibentangkan oleh pengetua
pada akhir tahun penilaian.

4.1.10 Bagi pengurusan sumber manusia, setiap orang guru perlu menghadiri
kursus (Latihan dalam Perkhidmatan) selama 7 hari setahun.

4.1.11 Pengerusi turut mengingatkan berkaitan pengelolaan majlis di peringkat


sekolah agar diurus dengan baik terutamanya jika melibatkan tetamu VIP.
Guru-guru perlu mengikut protokol seperti tempat duduk dan giliran tetamu
berucap.

4.1.12 Pengerusi turut mengingatkan semua guru mengenai verifikasi data guru dan
murid. Guru-guru perlu mengemas kini dan mengesahkan maklumat masing-
masing di Modul Pengurusan Guru(e-operasi). Guru-guru tingkatan juga perlu
memastikan data murid sentiasa dikemas kini dalam sistem APDM.

4.1.13 Pengerusi turut memberitahu mengenai penglibatan ibu bapa dan komuniti
(Sarana PIBK) dalam program sekolah perlu ditingkatkan terutamanya dalam
6 program khas iaitu Hari Pendaftaran Tingkatan 1, Hari Penetapan Target,
Mesyuarat Agung PIBG,Hari Pelaporan Prestasi, Hari Sukan Sekolah dan
Hari Anugerah.

4.1.14 Beliau turut memaklumkan kepada guru-guru mengenai pematuhan waktu


bertugas. Mulai tahun 2017, pdp akan bermula seawal jam 7.30 pagi. Guru
perlu hadir ke sekolah lebih awal untuk memastikan sesi pdp berjalan lancar.
Guru juga perlu mengetik kad kehadiran sewaktu datang dan balik. Jika guru
ingin keluar daripada kawasan sekolah, guru perlu mendapatkan kebenaran
daripada pengetua terlebih dahulu.

4.1.15 sekiranya guru perlu mengambil cuti sakit atau cuti tergempar, guru
hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah pada awal pagi untuk
memudahkan urusan relif dilakukan. Sekiranya guru mendapat cuti sakit, guru
perlu berada dalam lingkungan 25km daripada rumah.

4.1.16 Pengerusi turut memaklumkan mengenai hari kerja pada hari Sabtu. Berikut
adalah perincian mengenai perkara tersebut:
Minggu 1 dan Minggu 3 : Cuti
Minggu 2 dan Minggu 4 : Aktiviti
Minggu 1 dan Minggu 3 : Jika perlu mengadakan aktiviti, perlu mendapat
persetujuan daripada semua guru secara
bertulis kecuali bagi program melibatkan
Menteri.
4.1.17 Pengerusi turut mengingatkan kepada guru-guru bahawa permohonan untuk
ke luar Negara perlu dibuat sebulan lebih awal dan perlu mendapat
kelulusan.

Tindakan : Semua Guru

4.2 DAPATAN PEMANTAUAN 2016

4.2.1 Pengerusi memaklumkan mengenai dapatan daripada Program Pemantauan


Bersepadu Akademik JPN, PPD BTPNNS 2016. Pemantauan ini bermula pada
4.2.2016 sehingga 22.09.2016 melibatkan 88 buah sekolah daripada 6 buah PPD.
Seramai 121 orang pegawai pemantau daripada JPN terlibat dalam pemantauan
ini.Beliau juga memaklumkan bahawa seramai 795 orang guru telah Berjaya dicerap
di bawah pemantauan ini.

4.2.2 Berikut merupakan dapatan daripada Program Bersepadu Akademik 2016 yang
telah dipecahkan kepada 5 isu iaitu:

Isu 1: Penulisan Buku Rekod Mengajar


-Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan, terdapat segelintir guru
yang tidak menulis RPH dan tidak menulis catatan refleksi. RPH yang
ditulis juga tidak mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru-guru
tersebut telah diberi teguran dan pegawai pemantau telah melaksanakan
tindak susul mengikut tempoh yang diberikan.

Isu 2: Pembudayaan Pembelajaran Abad ke-21


-Guru-guru dikehendaki melaksanakan 4 elemen pembudayaan amalan
pdp abad 21 iaitu penerapan elemen KBAT, penggunaan ICT, Flipped
classroom dan pentaksiran berasaskan KBAT dalam pdp agar sesi
pengajaran menjadi lebih menarik.

Isu 3: Pembudayaan Elemen ICT dalam PDP


- Pihak JPN telak melaksanakan beberapa bengkel sebagai langkah
intervensi bagi memantapkan amalan penggunaan ICT yang rendah
dalam pdp guru. Semoga bengkel ini memberikan impak yang baik
kepada guru-guru dalam membudayakan penggunaan ICT dalam sesi
pengajaran di sekolah.

Isu 4: Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah dalam PDP


- Pegawai penilai telah menilai 2 item berkaitan Pentaksiran Sekolah iaitu
pengurusan PS dan Pelaksanaan semasa pdp bagi memastikan
pentaksiran sekolah dilaksanakan dengan baik dan berterusan sepanjang
tahun.

Isu 5: Kemahiran Pedagogi Guru dalam PDP


-Semasa pemantauan, pegawai penilai mendapati wujudnya beberapa
masalah berkaitan kemahiran pedagogi guru seperti guru tidak menguasai
kandungan pelajaran, kurang melakukan amali bagi subjek sains dan cara
penyampaian guru yang kurang menarik perhatian murid. Justeru, terdapat
2 fokus utama yang akan dilakukan untuk memantapkan pedagogi guru
iaitu memperkasa peranan SISC+ dan memantapkan pelaksanaan program
PLC di sekolah.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 5: HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar merujuk buku panduan
pengurusan sekolah yang telah diedarkan untuk mengetahui secara terperinci
mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2017.
Beliau berharap agar guru-guru menerima tugas yang telah diberikan dengan hati
yang terbuka.

5.2 Beliau turut memaklumkan kepada semua guru agar membaca dan melaksanakan
perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam Arahan Tetap Staf untuk memastikan
semua program yang dirancang berjalan lancar.

5.3 Beliau turut mengingatkan semua guru bahawa Cuti Rehat Khas hanya boleh diambil
2 bulan sekali kecuali sebab yang telah dinyatakan dalam pekeliling.

Tindakan: Semua Guru

AGENDA 6 : PENUTUP DAN PENANGGUHAN

6.0 Pengerusi mengharapkan agar semua guru yang hadir dapat memberikan
kerjasama untuk memastikan semua program yang telah dirancang berjalan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru kerana berkesempatan hadir pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.40 pagi.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.............................................
(SITI SALWANI BINTI ZAKARIA) (ZAINAB BT SAMSUDDIN)
Setiausaha Gpk Pentadbiran
Mesyuarat Guru SMK Seri Jempol
SMK Seri Jempol
Disahkan Oleh :

.............................................
(MISLIAH BT MASARI)
Pengetua
SMK Seri Jempol

You might also like