You are on page 1of 8

Post-Test for Speed Reading Test

120
105 107 106 107
103
100 94

80 76

Words Per Minute 60

40

20

0
Participant Participant Participant Participant Participant Participant Participant
1 2 3 4 5 6 7
Participants

Rajah 11: Keputusan Ujian Kemahiran Membaca


Berdasarkan Rajah 11, kita dapat melihat peningkatan bagi perkataan yang
dapat dibaca oleh murid-murid. WPM tertinggi bagi murid-murid ialah 107
manakala yang terendah adalah 76. Empat orang murid berjaya mendapatkan
markah melebihi 105 WPM. Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan
murid-murid terhadap kemahiran membaca selepas mereka belajar
menggunakan QR Code Big Book.

1
The Relationship of Using QR Big Book to Improve
Fluency
120 107 107
105 103 106
94 98 96
100 90
83 84 80
76
80
62
Words Per Minute 60

40 Pre-Test
20 Post-Test

Participants

Rajah 12: Markah Ujian Sebelum Dan Selepas Penggunaan QR Code Big Book Di
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

The Mean of the Pre-Test and Post-Test for Speed


Reading Test
105

99.71428571
100

95

Words Per Minute 90


Pre-Test
84.71428571
85 Post Test

80

75
Pre-Test Post Test
Tests

Rajah 13: Purata Ujian Sebelum dan Ujian Selepas untuk Ujian Kemahiran
Membaca.

2
Rajah 12 menunjukkan markah ujian sebelum dan selepas penggunaan
Qr Code Big Book di dalam pengajaran dan pembelajaran manakala Rajah
13 menunjukkan purata markah ujian sebelum dan ujian selepas. Secara
umumnya, kelancaran murid untuk membaca meningkat selepas penggunaan
QR Code Big Book di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bagi Ujian Sebelum, purata words per minute (wpm) adalah 84.71
wpm. Peserta 4 mendapat markah tertinggi bagi ujian ini dengan jumlah
markah sebanyak 96 wpm dan peserta 1 mendapat markah terendah bagi ujian
ini. Hanya tiga peserta sahaja yang mendapat markah melebihi 90 wpm; 90, 96,
dan 98 iaitu Peserta 5, 7 dan 4. Selepas penggunaan QR Code Big Book
diimplementasi di bilik darjah, purata words per minute telah menunjukkan
peningkatan dari 84.71 wpm ke 99.71 wpm. Purata markah telah meningkat
kerana peningkatan kadar perkataan yang ketara dalam masa seminit oleh
setiap peserta. Peningkatan yang paling drastic ditunjukkan oleh Peserta 6
yang menunjukkan peningkatan dari 80 wpm ke 106 wpm. Hal ini
menunjukkan penggunaan QR Code Big Book dapat membantu dalam
meningkatkan kemahiran dan kelancaran murid membaca.
Kesimpulannya, dengan penggunaan QR Code Big Book, murid-
murid Tahun 5 telah berjaya meningkatkan kemahiran dan kelancaran mereka
membaca.

3
Keberkesanan
a) Fokus terhadap penggunaan ICT
Alat yang menggunakan pengimbas QR Code diperlukan untuk
mengimbas QR Code dan melayari laman web menerusi pautan yang
telah disediakan.
b) Interaktif
QR Code Big Book adalah sangat interaktif, murid-murid boleh
mengimbas QR Code di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
c) Menarik
Isi kandungan cerita yang mengandungi gambar-gambar dan QR Big
Bookyang berwarna-warni menarik minat murid-murid untuk
menggunakan QR Big Book ini.
d) Pembelajaran Berfokuskan Murid
Dengan menggunakan QR Code Big Book ini, guru dapat
mengimplimentasi pengajaran berfokuskan murid kerana murid-murid
dengan mudah dapat mengakses sendiri QR Code Big Book tersebut
dan mendengar audio yang telah disediakan pada pautan QR Code.
Murid-murid dapat belajar menyebut perkataan dan membaca
berpandukan audio yang disediakan tanpa perlunya guru untuk sentiasa
membacakan teks kepada murid-murid.
e) Pengajaran Abad 21
Penggunaan QR Code Big Book selaras dengan pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 yang menekankan aspek penggunaan ICT
dan pembelajaran berfokuskan murid.
f) Praktikaliti dan Fleksibiliti
Penggunaan QR Code Big Book adalah sangat praktikal di dalam
bilik darjah kerana ianya sangat mudah digunakan, ringan untuk
dibawa ke mana-mana sahaja dan ciri-ciri fleksibiliti menerusi
penggunaan poket plastik juga membolehkan QR Code Big Book ini
digunakan berulang kali dan pada pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza dengan hanya menukarkan isi kandungan yang ingin diajar
kepada murid-murid.

4
g) Penggunaan
QR Big Book ini sangat mudah untuk digunakan oleh murid-murid
guru dan ibu bapa kerana ia hanya memerlukan telefon pintar dan
sambungan internet untuk mengimbas kod tersebut.
h) Keaslian
QR Code, rakaman audio dan buku besar direka dan disediakan oleh
guru manakala cerita yang digunakan diambil dan diadaptasi dari buku
teks Tahun 5.

e. Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain (Potential)

Inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu
bapa kerana inovasi ini sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di
dalam bilik darjah mahupun di rumah.
Penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada satu pengajaran dan satu
matapelajaran sahaja kerana ciri-ciri fleksibiliti yang terdapat pada inovasi ini
membolehkan guru untuk menukar rakaman audio pada pautan QR Code,
teks dan gambar yang diinginkan bergantung kepada topik dan matapelajaran
yang ingin diajarkan.
Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mengajar kemahiran membaca
dalam Bahasa Inggeris, guru hanya perlu menyediakan audio bacaan dalam
Bahasa Inggeris pada pautan QR Code dan menyediakan gambar serta teks
yang berkaitan, jika pada pengajaran seterusnya guru hendak mengajar
kemahiran membaca Bahasa Melayu pula, guru hanya perlu menyediakan
audio bacaan dalam Bahasa Melayu dan menukarkan teks serta gambar yang
diinginkan tanpa perlu menghasilkan buku besar yang lain. Ciri-ciri ini sudah
semestinya dapat membantu guru untuk mengajar murid-murid dengan lebih
efektif selain dapat membantu guru mengajar kemahiran membaca untuk
matapelajaran lain dengan hanya menggunakan satu bahan bantu mengajar
sahaja,
Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mendidik
anak-anak mereka membaca di rumah tanpa perlu bergantung 100% pada
guru. Ibu bapa hanya perlu mengimbas QR Code yang telah disediakan oleh
guru menggunakan telefon pintar dan anak-anak mereka sudah dapat untuk

5
mendengar rakaman audio seterusnya belajar menyebut perkataan-perkataan
ataupun teks yang disediakan.
Hal ini secara tidak langsung menggalakkan kerjasama antara ibu bapa
dan guru dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid
seterusnya meningkatkan lagi potensi inovasi ini untuk disebarluas kepada
pihak lain.

8. RUMUSAN (CONCLUSION)

Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal untuk dipraktikkan kerana


ia dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dan kelancaran
membaca. Selain itu, ia juga dapat memotivasikan murid-murid untuk
membaca kerana mendengar rakaman audio dan menggunakan telefon pintar
untuk mengimbas QR Code dapat menarik dan meningkatkan minat mereka
untuk membaca.

6
RUJUKAN (REFERENCES)

Bahramy, M., & Araghi, M. (2013). The identification of demotives in EFL university
students: International Journal of Basic and Applied Science, 1 (4), 840-845.
Retrieved from http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/ download?doi=10.1.1.
416.1928& rep=rep1&type=pdf

Bahous, R., Bacha, N., N., & Nabhani, M. (2011). Motivating students in the EFL
classroom: A case study of perspectives. English Language Teaching, 4 (3),
33-43. Retrieved from http://www.ccsenet.org/journal/index.php/elt/article/
viewFile/11873/ 8333

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Hiemstra, R. (1994). Self-directed learning. In T. Husen & T. N. Postlethwaite (Eds.),


The International Encyclopedia of Education (2nd edition), Oxford: Pergamon
Press.

Jihan Rabah. (2015). Benefits and challenges of information and communication


technologies (ICT) integration in Quebec English schools. The Turkish Online
Journal of Educational Technology, 14 (2), 24-31. Retrieved from
http://www.tojet.net/ articles/v14i2/1424.pdf

Mayer, R. E. (2005). The Cambridge handbook of multimedia learning. New York:


Cambridge University Press.

Normaliza Abd Rahim & Nik Ismail Harun. (2010). Studentss perception towards the
usage of the big book. Gading Business and Management Journal, 14, 47 -54.

Sorden, S. D. (2012). The cognitive theory of multimedia learning. Retrieved from


http://sorden.com/portfolio/sorden_draft_multimedia2012.pdf

The reading fluency screening test: Assessing readers fluency. Nilai: English
Language Teaching Centre.

7
AHLI KUMPULAN (TEAM MEMBERS)

1 Yee Bee Choo (Lecturer)


2 Mohamad Nur Hakim Al Hakim bin Hamdan
3 Mohammad Jazlie bin Jaafar
4 Mohamad Akmal Fahmi bin Asmuni
5 Awangku Ahmad bin Awang Bujang

You might also like