You are on page 1of 29

TAJUK KAJIAN:

KEBERKESANAAN PENGUNAAN MEDIA SOSIAL

DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21.


BAB 1

PENGENALAN

1.0 Latar Belakang Kajian

Malaysia, seperti negara-negara lain, telah dilanda fenomena media sosial. Media sosial menjadi

alat yang paling penting sebagai medium interaksi antara manusia, di mana semua orang boleh

berkongsi, bertukar, menulis komen, berbincang dan memberi maklumat dan pengetahuan.

Statistik menunjukkan bahawa Malaysia tersenarai antara lima negara teratas yang paling banyak

membuka akaun Facebook. Media sosial telah menyusup ke dalam generasi pada abad ke-21 ini

menjadikan ia satu cara yang sangat menonjol untuk penyebaran komunikasi, terutamanya dalam

kalangan pelajar.

Oleh itu, aktiviti akademik semakin banyak dijalankan melalui rangkaian sosial seperti

Facebook, Twitter, dan LinkedIn. Media sosial pada dasarnya digunakan untuk berhubung

dengan para pelajar dari masa ke semasa kerana medium ini berpotensi dan untuk

menyampaikan kandungan pengajaran dengan berkesan (Ainin, Naqshbandi, Mogavvemi, &

Jaafar, 2015). Timbul juga persoalan mengenai keberkesanan media sosial ke atas prestasi

akademik pelajar dan kemungkinan guru untuk menggunakannya sebagai alat pedagogi yang

berkesan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.

2
Dalam hal ini, Alloway & Alloway (2012) menjelaskan bahawa dengan minat yang sama, pelajar

akan mudah berinteraksi sesama sendiri dan peluang untuk mencipta, berkongsi dan bertukar-

tukar idea dan nota melalui rangkaian maya ini. Sebagai satu sistem komunikasi global (Lariscy,

Avery, Sweetser & Howe, 2009), media sosial juga lengkap denga aplikasi lain seperti e-mel,

intranet, blog, sidang video, perbincangan berfoto, wiki melalui penggunaan gadjet mudah alih

(Eyrich, 2008). Dalam kajian ini, media sosial yang akan terlibat adalah aplikasi Facebook

kerana kepopularannya dan kemampuannya dalam mengadaptasi kesemua aplikasi Internet

untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan suasana yang berbeza.

Media sosial boleh meningkatkan kerjasama antara pelajar. Pelajar menjadi kawan dengan rakan-

rakan mereka di media sosial dan akhirnya lebih cenderung untuk bekerjasama dalam sesuatu

projek. Hal ini boleh membawa kepada kadar pengekalan lebih tinggi kerana pelajar

disambungkan ke satu rangkaian yang menghubungkan mereka walau dimana mereka berada.

Pihak sekolah juga boleh menggunakan media sosial sebagai satu cara untuk menarik perhatian

pelajar untuk mengambil bahagian. Ramai pelajar secara semula jadi adalah pemalu dan kurang

bersuara di dalam kelas, tetapi itu tidak akan terjadi dalam media sosial. Pelajar hari ini

membesar di media sosial, dan media social boleh dikatakan cara semula jadi untuk berinteraksi.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau keberkesanan

penggunaan media social dalam pembelajaran abad ke-21 pada hari ini.

3
1.1 Pernyataan Masalah

Hari ini, pendidikan menjadi semakin mencabar untuk para pendidik. Sifat pendidikan kini telah

berubah. Dalam usaha untuk mengubah system pendidikan selaras dengan perubahan

persekitaran, pendidik perlu membuat perubahan yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap

keperluan pelajar abad ke-21. Pendidikan pada hari ini banyak mengaplikasikan pengunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran abad ke-21 bukan sahaja perlu selaras dengan standard kurikulum malah menuntut

para guru untuk bertindak balas kepada keperluan pembelajaran pelajar dan memupuk semangat

pembelajaran yang akan menyokong pelajar seumur hidup mereka malah dapat memenuhi

permintaan ekonomi global sebagai pendukung utama, dan menerapkan dalam pengajaran serta

penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, komunikasi,

kerjasama dan kreativiti dan inovasi.

Gaya pembelajaran abad ke-21 mendorong penggunaan teknologi untuk menyokong kaedah

pengajaran yang lebih mantap dan memahami hubungan antara kandungan, pedagogi dan

teknologi. Hari ini, pendidik mesti berupaya untuk melaksanakan tugas-tugas kreatif jika mahu

berjaya. Kemahiran seperti kreativiti, pemikiran kritis, dan inovasi mungkin bukan baru dalam

abad ke-21, tetapi dijangka sebagai asas keperluan. Sama ada seorang pelajar ingin merancang

untuk memasuki tenaga kerja secara langsung, atau menghadiri sekolah vokasional, kolej

komuniti, atau universiti, ia adalah satu keperluan untuk mereka berfikir secara kritikal,

menyelesaikan masalah, berkomunikasi, bekerjasama, mencari maklumat yang baik dengan

4
cepat dengan menggunakan teknologi dengan berkesan. Oleh itu, pedagogi tradisional tidak lagi

releven untuk dikekalkan pada hari ini kerana kini dunia disajikan pula dengan pelbagai aplikasi

Internet yang memudahkan guru untuk melaksankan kewajipan mereka sebagai pendidik. Pelajar

pada hari ini juga sebahagiannya dibentuk oleh persekitaran mereka, yang merupakan media

yang kaya, serta-merta, pantas, menarik, dinamik dan segera. Ia adalah media komunikasi sosial

yang membayangkan kepuasan segera.

5
1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.2.1 Untuk mengenalpasti sejauhmana keberkesanan pengunaan media sosial dalam

pembelajaran abad ke-21.

1.2.2 Untuk mengetahui manfaat media sosial iaitu Facebook dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

1.2.3 Untuk mengkaji kesan media sosial ke atas prestasi akademik pelajar.

1.2.4 Untuk mengetahui tahap kecekapan guru dalam menggunakan media sosial

sebagai alat pedagogi.

1.3 Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

1.3.1 Sejauhmanakah keberkesanan pengunaan media sosial dalam pembelajaran abad

ke-21?

1.3.2 Apakah manfaat media sosial iaitu Facebook dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran?

1.3.3 Apakah kesan media sosial ke atas prestasi akademik pelajar?

1.3.4 Sejauhmanakah tahap kecekapan guru dalam menggunakan media sosial sebagai

alat pedagogi?

6
1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan media sosial sebagai satu medium

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat menarik minat pelajar dalam menguasai

kemahiran pembelajaran pada abad ke-21 ini. Media sosial seperti Facebook diharapkan dapat

menarik minat pelajar untuk terus berusaha mempelajari kemahiran pembelajaran abad ke-21.

Kajian ini juga boleh digunakan oleh para guru untuk dijadikan contoh atau panduan untuk

menarik minat pelajar untuk belajar dan lari daripada cara tradisional dalam bilik darjah. Semoga

kajian ini dapat memberi inspirasi kepada para guru untuk menerokai dan berusaha mencari

kaedah lain yang berkesan.

Daripada kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat menilai

keberkesanan penggunaan media sosial seperti Facebook sebagai satu landasan bagi membantu

mereka meningkatkan kemahiran selaras dengan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Para

pendidik harus mengetahui bahawa banyak manfaat yang akan diperoleh oleh mereka sekiranya

mereka menggunakan laman rangkaian sosial tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini juga diharap boleh dijadikan sumber meluas oleh pihak pendidikan seperti Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam menimbang keperluan

penggunaan media sosial dalam silibus pembelajaran di sekolah. Oleh itu, kedua-dua pihak ini

boleh memberi bantuan kepada para guru untuk menyediakan kursus-kursus bersesuaian yang

berkaitan dengan topic kajian ini agar guru tersedia dengan kemahiran teknologi.

7
1.5 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian adalah bertujuan untuk memastikan kajian ini memenuhi matlamat dan objektif

kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini hanya dilakukan terhadap guru-guru di beberapa buah

sekolah menengah harian di Pontian, Johor. Selain itu, kajian ini hanya keberkesanan media

sosial iaitu Facebook menyusuri perkembangan pembelajaran abad ke-21 disamping mengkaji

kesan media sosial ke atas prestasi akademik pelajar dan juga tahap kecekapan penggunaan

media sosial sebagai alat pedagogi dalam kalangan guru. Kajian ini dilakukan dalam jangka

masa yang pendek, oleh itu terdapat beberapa batasan yang terpaksa ditempuhi.

1.6 Definisi Istilah

1.6.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), keberkesanan membawa maksud sesuatu

tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Dengan kata lain,

keberkesanan didefinisikan sebagai perihal berkesan atau tidak sesuatu tindakan atau

perubahan. Menurut Teuku Iskandar (1970), keberkesanan adalah melibatkan sesuatu

kegiatan hasil atau pengaruh akibat daripada didiorong oleh atau meyaksikan sesuatu

kejadian. Kenyataan Teuku turut disokong oleh Hornby (1989) yang turut memberi

makna kesan sebagai perubahan yang disebabkan oleh sesuatu tindakan.

8
1.6.2 Media Sosial

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang semakin

pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara

meluas. Media sosial seperti Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang

lahir daripada perkembangan teknologi yang kian canggih. Laman web media sosial

melibatkan penggunaan Internet untuk menghubungkan pengguna dengan rakan-rakan

mereka, keluarga dan kenalan. Laman web media sosial tidak semestinya bertemu dengan

orang baru dalam talian, sebaliknya untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga.

Laman media sosial yang paling terkenal adalah Facebook, Twitter, Instagram dan

LinkedIn. Laman-laman ini membolehkan penguna untuk berkongsi gambar, video dan

maklumat, menganjurkan acara, berbual, dan bermain permainan dalam talian.

1.6.3 Pembelajaran Abad ke-21

Pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang

pembelajaran yang lebih dinamik. Pembelajaran abad ke-21 juga menuntut pelajar untuk

memiliki kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran 4M (membaca,

mengira, menulis dan menaakul), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal

dan intrapersonal dan sebagainya. Kemahiran ini adalah penting agar pelajar boleh

berasimilasi dengan persekitaran. Dalam menjalani abad ke-21, guru juga perlu memiliki

kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan

kemahiran hidup.

9
1.7 Rumusan

Pembangunan teknologi yang semakin pesat akhir-akhir ini dilihat telah memudahkan

komunikasi dalam kalangan guru dan pelajar. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan

guru masih menggunakan kaedah tradisional yang dianggap lebih mudah bagi mereka.

Kepesatan dunia Internet perlu diaplikasikan sebaik mungkin oleh para guru seharusnya agar

tidak ketinggalan dan mampu untuk bersaing dengan dunia luar selaras dengan keperluan dalam

pembelajaran abad ke-21 dimana pelajar kini juga memiliki kepantasan menambah ilmu

pengetahuan dan maklumat. Oleh itu, dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan secara

terperinci aspek yang ingin dikaji. Berdasarkan objektif yang telah dirangkakan berserta dengan

persoalan kajian yang menjadi matlamat kajian, diharapkan bab ini dapat memberi gambaran

yang jelas kepada pembaca tentang objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.

10
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan mengenai definisi media sosial khususnya Facebook serta

manfaat media sosial ini terutama dalam aspek pendidikan. Pengkaji juga akan mengulas dengan

lebih lanjut berkenaan dengan konsep pembelajaran abad ke-21 serta keberkesanan penggunaan

media sosial iaitu Facebook dalam bilik darjah sebagai satu gaya pembelajaran pada abad ini.

Pengkaji juga turut mengupas beberapa kajian-kajian lepas berkenaan dengan penggunaan media

sosial dalam bilik darjah.

2.2 Definisi Media Sosial dan Manfaatnya

Istilah Media sosial merujuk kepada penggunaan berasaskan web dan teknologi mudah alih yang

membawa kepada komunikasi interaktif. Media sosial mengambil pelbagai bentuk interaksi

termasuk majalah, forum internet, weblog, blog sosial, microblogging, wiki, podcast, foto atau

gambar, video, bookmark sosial. Dengan revolusi media sosial, ia adalah jelas menunjukkan

bahawa media sosial seperti facebook, twitter, orkut, myspace, skype dan lain-lain, digunakan

dengan meluas untuk tujuan komunikasi. Bentuk komunikasi pula boleh berlaku secara

perseorangan atau dalam kumpulan. Hari ini kebanyakan rakyat khususnya anak-anak muda

yang terpaut dengan media sosial Berjaya mengekalkan hubungan dengan mereka rakan-rakan.

11
Terdapat pro dan kontra dalam penggunaan media sosial. Satu kelebihan yang paling penting

ialah talian pengetahuan dan maklumat ini dikongsi oleh semua penduduk dunia. Perkongsian

dalam talian maklumat juga menggalakkan peningkatan kemahiran komunikasi dalam kalangan

pelajar. Malah kehadiran telefon pintar mudah alih lebih memudahkan pengaksesan media sosial.

Masalahnya adalah, ada individu tertentu menyalahgunakan media sosial dengan membuat

gangguan atau fitnah ke atas individu lain.. Keadaan itu boleh membawa kepada persepsi

masyarakat lain bahawa media sosial tidak selamat untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, hari ini ia telah menyaksikan bahawa kebanyakan perniagaan juga

melibatkan diri dalam menggunakan rangkaian sosial dengan mempromosikan produk dan

perkhidmatan mereka. Selalunya, perniagaan cuba untuk mengekalkan hubungan yang sihat

dengan pelanggan yang mereka dihargai. Laman rangkaian sosial kini dilihat sebagai satu cara

menjanjikan publisiti, serta meningkatkan imej sesuatu produk. Media sosial boleh dikatakn

sebagai satu medium yang kuat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan. Hubungan di

antara jenama dan pengguna dalam talian yang alam sekitar menawarkan kepada pengguna

media sosial satu keperluan yang agak mendesak pada hari ini iaitu untuk berkomunikasi, untuk

mempengaruhi dan mengekalkan kedudukan jenama ke arah yang lebih kukuh. Selain

menggunakan platform sosial untuk memantau perbualan mengenai industri, pesaing mereka,

dan produk, syarikat-syarikat semakin mendekati pelanggan mereka melalui web sosial untuk

menyampaikan mesej mengenai kelebihan yang mereka tawarkan.

Malah, media sosial merubah cara organisasi berkomunikasi di mana banyak alat sosial pada hari

ini adalah sangat kos efektif berbanding pendekatan tradisional seperti e-mel dan pengiklanan

12
dalam talian. Blog posting dan tweet membolehkan masyarakat mewujudkan perniagaan,

menawarkan segera maklum balas atau bantuan, dan mempromosikan produk dan perkhidmatan

mereka.

Istilah media sosial 'merujuk kepada penggunaan berasaskan web dan teknologi mudah alih

untuk menjadikan komunikasi ke dalam interaktif dialog. Menurut Andreas Kaplan dan Michael

Haenlein, media sosial adalah "sekumpulan aplikasi berasaskan Internet yang membina di atas

asas ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran

kandungan yang dijana oleh pengguna media. Media sosial adalah media untuk interaksi sosial

sebagai superset komunikasi sosial luar. Dengan teknik komunikasi berskala, media sosial ketara

mengubah cara organisasi, masyarakat, dan individu berkomunikasi.

Dengan menggunakan satu set teori dalam bidang penyelidikan media (kehadiran sosial,

kekayaan media) dan proses sosial (persembahan diri, pendedahan kendiri) Kaplan dan Haenlein

mencipta skim klasifikasi yang berbeza bagi jenis media sosial dalam artikel Business

Horizons yang diterbitkan pada tahun 2010. Menurut Kaplan dan Haenlein terdapat enam jenis

media sosial berbeza: projek kerjasama (Wikipedia), blog dan blog mikro (Twitter), kandungan

masyarakat (Youtube), laman rangkaian sosial (Facebook), permainan maya dunia (World of

Warcraft) dan dunia sosial maya. Dimanakan juga beberapa teknologi terkini iaitu blog,

perkongsian gambar, blog, dinding-posting, e-mel, mesej segera, muzik-perkongsian,

crowdsourcing dan suara melalui IP, untuk menamakan beberapa. Kebanyakan perkhidmatan

media sosial boleh disepadukan melalui platform rangkaian sosial.

13
2.2.1 Facebook

Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang pelajar di

Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya pelajar Universiti Harvard yang

mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja Persepsi Dan Penggunaan Media Sosial

boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan kepada umum,

seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook. Populariti laman web Facebook

kemudiannya berkembang ke serata dunia termasuklah Malaysia. Tinjauan Persatuan Digital

Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook

adalah 8 juta orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan

jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini

secara tidak langsung menggambarkan bahawa Facebook merupakan laman sosial yang paling

popular di Malaysia.

Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman

sosial ini. Menurut Ritcher dan Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk

mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari konteks

(context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan menukar maklumat

(exchange information). Sarjana juga mengemukakan motif penggunaan Facebook adalah untuk

mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa

hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri, dan mencari maklumat (Ishii, 2008).

14
Ketagihan dalam penggunaan laman Facebook juga boleh memberi implikasi negatif. Mereka

yang akses laman Facebook dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan mereka

mengalami ketagihan kepada laman sosial tersebut. Selain itu, pelbagai pihak akan mengambil

kesempatan sama ada meraih keuntungan dengan melakukan penipuan yang bertujuan untuk

menimbulkan aib kepada individu tertentu. Selain itu, tidak kurang juga terdapat pengguna

yang menggunakan Facebook untuk meluapkan perasaan geram, benci dan sedih mereka

terhadap individu tertentu. Apa yang lebih memburukkan adalah apabila Facebook dipanjangkan

dengan komentar tidak sepatutnya terutama yang melibatkan hal rumah tangga (Mohamad Isa

Abd Ralip, 2010). Dalam satu laporan akhbar berkaitan dengan satu peristiwa pergaduhan yang

melibatkan dua rakan baik sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka parah ditikam

di sebuah kafe (Tikam rakan akibat ejekan dalam Facebook, 2010). Perkara ini semua berpunca

daripada komen yang berunsurkan ejek-mengejek dalam laman Facebook masing-masing.

Dalam konteks tempatan, hasil kajian oleh Mahmud dan Omar (2013) mendapati lima motif

utama penggunaan Facebook merasa hebat berteman, menghiburkan, mengekalkan hubungan,

mencari maklumat dan menyertai komuniti maya. Motif menghiburkan dianggap sebagai

penyumbang yang dominan dalam menerangkan jumlah masa penggunaan dan bilangan kenalan

dalam Facebook. Mohd Effendi (2010) dalam kajiannya ke atas pelajar sekolah telah

melaporkan bahwa 38% pelajar secara dominan akan menggunakan laman Facebook secara

purata 2 jam sehari, 56% telah mempunyai pengalaman menggunakan Facebook selama tiga

tahun, anggaran jumlah rakan adalah seramai 201 hingga 300 orang rakan.

15
2.3 Konsep Pembelajaran Abad Ke-21

Ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi pada hari ini menjadi cabaran kepada pelajar

apabila mereka perlu menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses

pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi

teknologi secara berkesan dan bermakna dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan pelajar

menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi

sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran.

Usaha-usaha harus dijalankan agar pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan

teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan

pelajar yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat

teknologi agar proses pembelajaran dapat menarik minat pelajar di samping melahirkan pelajar

kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran ICT abad ke-21 (KPM, 2010).

Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat

penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital demi memenuhi tuntutan perubahan

pesat yang berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan

pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu segera

dilaksanakan dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dapat dikuasai oleh

pelajar. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati kemahiran

abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh. Partnership for

21st Century Skills (2007) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:

16
Kemahiran berfikiran kritikal

Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berkolaborasi

Kemahiran kehidupan dan kerjaya

Kemahiran belajar dan inovasi

Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi

Kemahiran menguasai subjek teras di sekolah

Dalam konteks kajian International Society for Technology in Education (ISTE, 2007) telah

membangunkan satu piawaian iaitu National Educational Technology Standards for Students

(NETS.S) agar lebih fokus kepada kemahiran dan kepakaran menggunakan teknologi masa kini

demi memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang mengharapkan pelajar menggunakan

media digital untuk berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi serta berkongsi maklumat

bersama rakan-rakan dengan menggunakan pelbagai media digital. Namun, secara

keseluruhannya kemahiran abad ke-21 merangkumi kesemua kemahiran berikut seperti:

Literasi Era Digital

Komunikasi Efektif

Pemikiran Berdaya Cipta

Produktiviti Tinggi

Kemahiran Kognitif

Kemahiran Adaptasi

17
Kemahiran Interpersonal

Kemahiran Sikap, Nilai dan Amalan Kerja

Kemahiran Teras

Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat merupakan antara kemahiran abad ke-21 perlu

digarap dalam kalangan pelajar demi memenuhi tuntutan masa depan. Perubahan yang berlaku

ini memberi kesan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Justeru,

kebanyakan kursus yang ditawarkan di pusat pengajian pada masa kini lebih berfokus kepada

pembelajaran secara atas talian (Lin, 2008). Peningkatan perkembangan dalam teknologi

maklumat dan populariti internet menjadikan persekitaran pembelajaran secara atas talian

berupaya mengatasi halangan masa dan kekangan ruang yang dihadapi pelajar (OSullivan,

2003; Moursund, 2003) serta menawarkan satu medium yang hebat untuk komunikasi interaktif

yang berlaku secara sinkroni atau asinkroni (Zakaria & Aida, 2005).

Namun, guru memainkan peranan penting dalam menggarap kemahiran dalam diri pelajar. Oleh

itu, guru perlu menguasai sepenuhnya kemahiran ini terlebih dahulu sebelum pelajar. Justeru,

penggunaan e-PBP dalam kelas dapat meringankan bebanan kerja guru untuk melakukan

pemantauan kerja projek tenaga pelajar. Semua hasil kerja projek tenaga pelajar yang dimuatkan

di atas talian akan dipantau oleh guru sepanjang masa. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan

progress projek tenaga yang dilakukan pelajar. Melalui interaksi antara guru dan pelajar secara

berterusan atas talian tanpa ada had dan kekangan masa, guru boleh melakukan proses

pemngajaran dan pembelajaran sepanjang masa dan proses ini akan meningkatkan motivasi

18
pembelajaran pelajar.

2.4 Keberkesanan Penggunaan Media Sosial Dalam Pembelajaran Abad Ke-21

Ia telah dibuktikan dalam bidang psikologi dan linguistik bahawa proses menyimpan maklumat

atau perbendaharaan kata dalam minda manusia ditentukan oleh sifat keadaan psikologi

penerima. Kami juga mendapati bahawa idea ini disokong oleh falsafah Yunani Aristotle apabila

beliau menekankan dalam teori pengetahuan mengenai keperluan untuk menggunakan beberapa

bentuk hiburan semasa proses memberi pelajaran. Jadi saya berfikir bahawa laman web ini akan

menjadi alat yang berguna yang boleh menjana revolusi dalam bidang pendidikan jika kita

mempunyai keupayaan untuk mengawal mereka untuk memenuhi keperluan pengetahuan dan

sains.

Secara keseluruhan, laman web rangkaian sosial memberi tumpuan sepenuhnya kepada membina

komuniti dalam talian terikat untuk kepentingan bersama atau aktiviti-aktiviti yang sama.

Dengan itu, media sosial telah menyediakan guru dan pelajar dengan alat-alat yang membantu

pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang E-Learning, laman rangkaian sosial dikendalikan

masalah besar yang dibangkitkan oleh pendidik dalam tempoh kebelakangan ini. Sebagai contoh,

kekurangan aspek kemanusiaan dan menyifatkan ia sebagai pengajaran tidak mempunyai

semangat. Walau bagaimanapun, rangkaian sosial telah membantu untuk menyelesaikan

beberapa masalah-masalah ini, dengan menambah bahagian interaktif dengan manusia, dan

membuat penyertaan elemen manusia dalam proses pendidikan yang membawa kepada

peningkatan untuk menarik orang ke arah e-pembelajaran. Beberapa penyelidik dalam bidang

19
sains sosial menjalankan kajian untuk mengkaji fenomena ini dan untuk menjelaskan sebab di

sebalik tarikan laman rangkaian sosial seperti yang disimpulkan oleh (Firpo & Ractham, 2011 )

dan (Jiang & Tang, 2010).

Dalam bidang pendidikan, laman rangkaian sosial menawarkan peluang kepada pelajar untuk

berhubung dengan pelajar-pelajar lain, pendidik, pentadbir, alumni sama ada di dalam atau di

luar institusi. Banyak pakar pendidikan memuji alat rangkaian sosial di atas keupayaan mediuim

ini untuk menarik, memotivasi dan melibatkan pelajar dalam amalan komunikasi yang

bermakna, pertukaran kandungan, dan aktiviti kerjasama. Terdapat beberapa peluang dalam

rangkaian penggunaan sosial dalam pendidikan dan penggunaan media sosial sangat tepat

memandangkan kini hampir setiap individu hidup dengan bersandarkan kepada laman sosial iaitu

Facebook.

2.4.1 Fleksibiliti

Pembelajaran fleksibel mengembangkan pilihan pendidikan tentang apa, bila, di mana dan

bagaimana pelajar belajar. Ia menyokong pelbagai gaya pembelajaran, termasuk e-pembelajaran.

Fleksibiliti bermakna menjangkakan, dan bertindak balas terhadap keperluan dan harapan yang

sentiasa berubah-ubah. Fleksibiliti adalah salah satu daripada unsur-unsur yang paling menarik

dalam pembelajaran atas rangkaian sosial yang mana ia turut menggabungkan pendekatan

Blended Learning. Namun begitu, pembelajaran dalam talian adalah lebih baik untuk pedagogi

dalam talian sahaja. Pembelajaran fizikal dalam kelas kini mungkin hanya untuk membolehkan

guru bersemuka dengan pelajar untuk memhami tahap kefahaman emosi. Manakala kemudahan

dan fleksibiliti komponen dalam talian boleh memberi motivasi kepada pelajar untuk

20
menyelesaikan tugas-tugas pendidikan. Ia menyumbang kepada perspektif yang berbeza dalam

kalangan pelajar di mana forum seperti bilik sembang yang wujud dalam rangkaian sosial

memberi peluang untuk mereka bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu topik, yang mampu

meningkatkan peluang integrasi mereka dengan pandangan pelajar, dan membantu dalam

pembentukan asas pelajar yang kukuh untuk bagi tujuan meningkatkan pengetahuan mereka.

Teori-teori pendidikan mengesahkan bahawa interaksi antara manusia adalah elemen penting

dalam proses pembelajaran. Ia turut diperhatikan bahawa rangkaian sosial menyediakan

penyertaan melalui bilik darjah maya itu, bilik-bilik sembang dan mesyuarat dengan video.

2.4.2 Berulang

Maklumat bergantung kepada semua deria manusia, manakala tindak balas bergantung kepada

ciri-ciri individu dan motivasi untuk belajar. Oleh itu, ia menawarkan satu cara yang untuk

pelajar yang memerlukan pengulangan silibus, yang mana biasanya jarang ditawarkan melalui

kaedah pendidikan tradisional. Rangkaian sosial telah menawarkan cara ini melalui laman web

dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang serta-merta atau

kemudian.

2.4.3 Kemudahan Dan Akses

Rangkaian sosial adalah mudah dan cepat dalam tempoh mengakses akses, menyemak,

mengemaskini, dan menyunting bahan pembelajaran perlu bila-bila masa dan di mana-mana

sahaja. Di samping itu, ia membolehkan guru dan pelajar memilih bahan-bahan pembelajaran

daripada kursus yang ditawarkan dalam talian yang memenuhi keperluan pelajar dan ia juga

membuatkan pengedaran bahan kursus dengan lebih mudah.

21
Rangkaian sosial membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kepuasan dalam kalangan

pelajar. Ia membolehkan setiap pelajar (lambat atau cepat) untuk belajar pada kadar dan kelajuan

mereka sendiri. Tambahan pula, ia adalah mudah untuk menyertai perbincangan papan buletin

pada bila-bila masa, atau melawat rakan-rakan dan pengajar dari jauh hanya dengan duduk di

dalam bilik sembang. Kaedah pembelajaran maya ini juga boleh memberikan pemahaman yang

lebih kukuh dan meningkatkan pengekalan mengenai subjek ini kerana dengan menggunakan

banyak unsur yang wujud di bawah e-pembelajaran, misalnya multimedia, kuiz, interaksi dan

lain-lain maka isi kandungan pelajaran akan mudah difahami. Rangkaian sosial membolehkan

akses kepada kursus-kursus yang terdapat di laman web, membolehkan pelajar untuk terus

mengikutinya dalam talian pada bila-bila masa yang sesuai dan mengatasi batasan ruang dan

masa dalam proses pendidikan. Hasilnya, ia membantu mengatasi konflik jadual waktu harian.

22
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, akan diperincikan semua kaedah kajian yang digunakan sepanjang tempoh

kajian ini dilakukan. Bahagian metodologi kajian ini meliputi reka bentuk kajian,

instrumen yng digunakan serta prosedur dan teknik mengumpul data.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Metodologi kajian yang dijalankan adalah secara quasi-eksperimen. Pengkaji membuat

pemilihan subjek ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang

bersesuaian bagi tujuan pengajaran. Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan

terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing mengikut

pembahagian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Kajian melibatkan 40 orang pelajar berlainan jantina dimana 20 orang pelajar bertindak

sebagai kumpulan eksperimen manakala satu kumpulan 20 orang lagi bertindak sebagai

kumpulan kawalan.

23
3.2 POPULASI & SAMPEL

Kajian dijalankan di SK Sungai Bunyi Pontian Johor. Sampel terdiri 40 pelajar darjah

empat bagi sesi akademik 2017. Daripada 40 orang pelajar itu, pengkaji memilih secara

rawak 20 pelajar untuk kumpulan kawalan dan 20 pelajar lagi untuk kumpulan rawatan.

Jantina sampel tidak ditentukan secara tetap bagi setiap kumpulan. Oleh itu, peratusan

pelajar berdasarkan jantina bagi setiap kumpulan adalah tidak sama.

3.3 ALAT KAJIAN / INSTRUMEN

3.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian pra dilakukan sebelum rawatan dilakukan ke atas kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan. Semua data yang diperolehi akan dicatat ke dalam borang

markah individu.

Bagi ujian pasca pula, ujian dijalankan selepas rawatan, iaitu selepas beberapa

minggu pelajar belajar dengan menggunakan komik. Semua markah pelajar akan

dimasukkan kedalam borang markah bagi mencari perbandingan dengan ujian pra.

3.3.2 Semakan Buku Latihan

Pengkaji juga melakukan semakan ke atas buku latihan pelajar bagi mengenal

pasti kebolehan mereka dalam kemahiran menulis. Markah pelajar dicatat dalam

borang markah pelajar.

24
3.4 PROSEDUR & TEKNIK KUTIPAN DATA

3.4.1 Tinjauan Masalah

Kebanyakan pelajar tahun empat di SK Sungai Bunyi Pontian Johor menghadapi

masalah membaca. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan menyebabkan mereka tidak dapat menerima

pembelajaran dan akhirnya ada yang tercicir dalam setiap sesi. Masalah ini telah

ditinjau melalui pemerhatian pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas dan juga penelitian buku latihan pelajar.

3.4.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji mendapati bahawa pengkaji memerlukan sesuatu yang baharu untuk

mencetuskan minat dan tumpuan pelajar dalam kelas untuk memupuk minat

mereka untuk membaca dan seterusnya menulis dengan lebih baik. Oleh itu

beberapa instrumen telah dibina oleh pengkaji untuk mengatasi masalah malas

membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar ini.

3.4.3 Kaedah Yang Dijalankan

Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengambil masa selama 3 minggu

untuk melakukan rawatan ke atas pelajar. Rawatan ini adalah dengan

menggunakan media sosial yang dipaparkan secara maya atau dipancarkan ke

skrin. Pengkaji juga telah membina beberapa instrumen bagi menjalankan kajian

ini iaitu pra-ujian dan pasca-ujian. Pra-ujian diberikan sebelum rawatan dan

25
pasca-ujian digunakan selepas rawatan. Walau bagaimanapun hanya 20 daripada

40 pelajar yang akan melakukan proses rawatan bagi melihat keberkesanan media

masa (Facebook) ke atas penguasaan kemahiran Bahasa Melayu.

3.4.4 Pelaksanaan Tindakan

Untuk menilai kemahiran sedia ada pelajar dalam pengunaan media sosial, satu

ujian pra akan dijalankan terhadap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

sebelum unit ini diajar. Setelah ujian pra dijalankan maka data dikutip dan di

analisis untuk menilai tahap kemahiran pelajar. Kemudian guru mengaplikasikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan media sosial pada kumpulan

eksperimen. Bagi kumpulan kawalan pula kaedah pengajaran dan pembelajaran

adalah tanpa media sosial tetapi sebaliknya hanya menggunakan kaedah chalk

and talk. Setelah selesai pengajaran, kedua-dua kumpulan akan diuji dengan

ujian pasca. Ujian ini adalah untuk melihat dan mendapat gambaran sejauh mana

keberkesanan pengajaran menggunakan media sosial. Data dikutip dan dianalisis.

3.5 KAEDAH ANALISIS DATA

Kajian ini menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menganalisis data penyelidikan

yang telah siap dikumpul dan ditadbir. Dapatan yang terhasil akan menentukan sama ada

media sosial berkesan atau tidak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Bagi kaedah kutipan data melalui pemerhatian, data yang perlu diambil disenaraikan

dalam borang. Borang ini digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

26
pelajar dalam kelas Bahasa Melayu. Sementara itu, melalui semakan buku latihan pula,

data dianalisis dengan menggunakan peratusan.

27
Rujukan

Cros, F (1999), Innovation in Education: Managing the Future? Innovating Schools,

(Schooling for Tomorrow series) OECD, Paris, pp. 59-75.

Greeno, J. G. (2006), Learning in Activity in R. K. Sawyer (Ed.), Cambridge Handbook of the

Learning Sciences (pp. 79-96). Cambridge University Press, New York.

Hopkins, D. (2003),Understanding Networks for Innovation in Policy and Practice in Networks

of Innovation: Towards New Models for Managing Schools and Systems, (Schooling for

Tomorrow series) Paris.

Jarvela, S. (2006), Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning Capacity, in

Personalising Education, (Schooling for Tomorrow series) Paris.

OECD (2008) New Millennium Learners Initial findings on the effects of digital technologies

on school-age learners.

Shivkumar,S. (2006), "Strategies for improving eLearning effectiveness", International

Workshop on e-Learning for Adult Continuing Education, September 15-17, 2006 .

Dobrzaski, Brom and Brytan(2007), "Teaching of material science matters using e-learning

techniques", International Scientific Journal, Volume 28, Issue 11, November 2007,Pages

691-694.

Definition of key terms used in e-learning Australian Flexible Learning Framework Quick

Guides series.

28
Cheong,C. (2002), "E-learninga providers prospective", internet and Higher Education, 4

(2002) 337352.

Turban, E., King, D., Lee, J.& Viehland, D., (2010), E-commerce A managerial

Perspective,New Jersey 07458: Pearson Education, Inc., Upper Saddle River. P392.

29

You might also like