You are on page 1of 31

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)


Bahasa Melayu
Kertas 5 (910/5)

Penggal 3 Tahun 2017

PERINGATAN:
Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh
dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Manual ini terdiri daripada 31 halaman bercetak.


Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2017
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

KANDUNGAN
Perkara Halaman
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
1 Pengenalan 3
2 Objektif 3
3 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Kerja Kursus 3

3.2 Tanggungjawab Pengetua 3

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 5
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 5

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 6

BAHAGIAN II: CALON


3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.6.1 Penulisan Esei Ilmiah 7
3.6.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah 7

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta


3.7.1 Penulisan Esei Ilmiah 8
3.7.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah 8

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


3.8.1 Penulisan Esei Ilmiah 9
3.8.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah 9

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus 9

4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus


4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10
4.2 Sekolah Swasta 12
4.3 Calon Persendirian Individu 16

5 Format Penulisan 18

6 Struktur Penulisan 18

7 Penskoran 19

8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa 20


Melayu

9 Borang yang Digunakan 21

10 Contoh Tajuk 21
Lampiran 1: Muka hadapan kerja kursus 22
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon 23
Lampiran 3: Borang Rekod Kerja Kursus Calon 24
Lampiran 4: Borang Markah Kerja Kursus Calon 25
Lampiran 5: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon 29

Tema kerja kursus 2017 30

2 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah
kerja kursus ini akan diambil kira bersama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi
tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini
2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan
pembelajaran sepanjang penggal

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS


3.1 Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada penggal 3.
(b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM.
(c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran.
(d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian
esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah
diajarkan pada awal penggal 3.
(e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua


(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam satu penggal kerja
kursus.
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat
bimbingan daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang
berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
(g) Memastikan guru menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada
MPM mengikut tarikh yang ditetapkan

3 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(h) Mengesahkan markah mentah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(i) Memastikan guru menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus
Calon (BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission
(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon
di sekolah
(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(l) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar
kepada MPM
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(d) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM
(e) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(f) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(g) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan
(h) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah
(i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(j) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber
(k) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya
pada 18/09/2017 untuk disemak dan dinilai
(l) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon
(m) Mengadakan sesi pembentangan mulai 4/9/2017 hingga 22/9/2017
(n) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu
(o) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon, borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3), borang markah kerja kursus calon
(Lampiran 4), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)
(p) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(q) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
[u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET], selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan salinan borang
markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang disimpan di dalam almari
berkunci)
(r) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga
tarikh keputusan STPM diumumkan

4 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5
(910/5) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja
kursus, untuk dihantar kepada MPM
(c) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(d) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta
(e) Menilai pembentangan calon secara individu
(f) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)
(g) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(h) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah
menyimpan salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang
disimpan di dalam almari berkunci)
(i) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi
sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei
ilmiah sahaja)
(j) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5
(910/5) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja
kursus, untuk dihantar kepada MPM
(c) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan
(d) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei
ilmiah

5 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(e) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah


kepada calon
(f) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang
ditetapkan
(g) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(h) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya
kepada calon
(i) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah
(j) Menilai pembentangan calon
(k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2), borang rekod kerja kursus
calon (lampiran 3), borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4), dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)
(l) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(m) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah
menyimpan salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang
disimpan di dalam almari berkunci)
(n) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(o) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
diberikan oleh MPM
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan
(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah
(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya
pada 19/09/2017 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM
(j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai
(k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik
oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2017 hingga 14/10/2017.
(l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)

6 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.6.1 Penulisan Esei Ilmiah


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d) Merancang jadual kerja bersama dengan ahli kumpulan
(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan guru
berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus
Bahasa Melayu)
(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)
(i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan

3.6.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah


(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5
hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.
(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.
(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

7 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

3.7.1 Penulisan Esei Ilmiah


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja KursusBahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan
(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan guru
berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus
Bahasa Melayu)
(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)
(i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan

3.7.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah


(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5
hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.
(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.
(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

8 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


3.8.1 Penulisan Esei Ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan
(c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan
pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(e) Merancang jadual kerja
(f) Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang
dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual
Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu)
(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi, jika ada
(i) Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(j) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada
pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

3.8.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah


(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan
tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.
(b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.
5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
(c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus


(a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-
mana sumber.
(b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

9 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS


4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan


1/6/17 Manual kerja Melayari portal MPM Melayari portal MPM MPM memuat
hingga kursus untuk memuat turun untuk memuat turun naik manual pada
12/6/17 Manual Kerja Kursus Manual Kerja Kursus 5/5/2017.
Bahasa Melayu yang Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa, untuk guru, pemeriksa,
dan calon dan calon

13/6/17 Pengenalan Memberikan penerangan Mendengar penerangan


hingga penulisan esei kepada calon tentang guru mengenai aspek
16/6/17 ilmiah pelaksanaan penulisan tugasan yang perlu
esei ilmiah dari aspek dilaksanakan
tugasan dan tarikh akhir Memahami skop tugasan
penyerahan tugasan Merancang jadual kerja
Penentuan Membimbing calon Membincangkan
tajuk penulisan menentukan tajuk penentuan tajuk
esei ilmiah penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
yang relevan dengan tema guru berdasarkan tema
yang dipilih yang dipilih
19/6/17 P&P dan Mengadakan sesi P&P di Mengikuti sesi P&P dan
hingga pelaksanaan dalam bilik darjah mempelajari teknik
17/9/17 penulisan esei tentang penulisan esei penulisan esei ilmiah
ilmiah ilmiah
Membimbing calon Melaksanakan tugasan Guru dan calon
melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang mesti
ditentukan merekodkan
Mengadakan pertemuan butiran
dengan guru untuk perjumpaan
mendapatkan bimbingan dalam Lampiran
4.
Menilai elemen Mengumpul data dan Penilaian
kemahiran insaniah maklumat yang kemahiran
diperoleh daripada insaniah
pelbagai sumber dilakukan
Menyusun dapatan sepanjang
pelaksanaan
Mempersembahkan data
penulisan esei
dalam bentuk penulisan
ilmiah.
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah

10 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan


18/9/17hin Penghantaran, Menerima penulisan esei Menghantar penulisan Calon boleh
gga penyemakan, ilmiah daripada setiap esei ilmiah mengikut menghantar
30/9/17 dan penilaian kumpulan calon tarikh yang telah penulisan esei
penulisan esei ditetapkan kepada guru ilmiah sebaik
ilmiah sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Guru hendaklah
Menyemak dan menilai Menyediakan bahan
menyemak dan
kerja kursus setiap untuk pembentangan
menilai penulisan
kumpulan calon mengikut
esei ilmiah calon
kriteria penilaian yang
sebaik sahaja
ditetapkan oleh MPM
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Guru perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.
4/9/17hing Pembentangan Menilai pembentangan Membentangkan
ga 22/9/17 oleh calon penulisan esei ilmiah penulisan esei ilmiah
calon secara individu dalam masa 5 hingga 10
Penilaian oleh minit seorang pada
guru tarikh dan masa yang
ditetapkan
23/9/17hin Penghantaran Menghantar markah Tidak berkenaan
gga markah penulisan dan
23/10/17 keseluruhan pembentangan esei
kepada MPM ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission
November Penyimpanan Menyimpan evidens Tidak berkenaan
2017 evidens penulisan esei ilmiah
hingga calon di sekolah dari
Oktober tarikh penyelarasan tamat
2018 hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan

11 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4.2 Sekolah Swasta

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

1/6/17 Manual Melayari portal Melayari portal Melayari portal MPM memuat
hingga kerja kursus MPM untuk MPM untuk MPM untuk naik manual
12/6/17 memuat turun memuat turun memuat turun pada 5/5/2017.
Manual Kerja Manual Kerja Manual Kerja
Kursus Bahasa Kursus Bahasa Kursus Bahasa
Melayu yang Melayu yang Melayu yang
disediakan oleh disediakan oleh disediakan
MPM untuk MPM untuk guru, oleh MPM
guru, pemeriksa, pemeriksa, dan untuk guru,
dan calon calon pemeriksa, dan
calon
13/6/17 Pengenalan Memberikan Mendengar Tidak
hingga penulisan penerangan penerangan guru berkenaan
16/6/17 esei ilmiah kepada calon mengenai aspek
tentang tugasan yang
pelaksanaan perlu
penulisan esei dilaksanakan
ilmiah dari Memahami skop
aspek tugasan tugasan
dan tarikh akhir
Merancang jadual
penyerahan kerja
tugasan
Penentuan Membimbing Membincangkan
tajuk calon penentuan tajuk
penulisan menentukan tajuk bersama-sama
esei ilmiah penulisan esei dengan guru
ilmiah yang berdasarkan tema
relevan dengan yang dipilih
tema yang dipilih

12 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

19/6/17 P&P dan Mengadakan sesi Mengikuti sesi P&P Tidak


hingga pelaksanaan P&P di dalam dan mempelajari berkenaan
17/9/17 penulisan bilik darjah teknik penulisan
esei ilmiah tentang penulisan esei ilmiah
esei ilmiah
Membimbing Melaksanakan Guru dan calon
calon tugasan mesti
melaksanakan berdasarkan tajuk merekodkan
tugasan yang ditentukan butiran
perjumpaan
Mengadakan dalam Lampiran
pertemuan dengan 4.
guru untuk
mendapatkan
bimbingan
Menilai elemen Mengumpul data Tidak Penilaian
kemahiran dan maklumat yang berkenaan kemahiran
insaniah diperoleh daripada insaniah
pelbagai sumber dilakukan
sepanjang
Menyusun dapatan pelaksanaan
Mempersembahkan penulisan esei
data dalam bentuk ilmiah.
penulisan esei
ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei
ilmiah

13 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

18/9/17 Penghantaran, Menerima Menghantar Menerima Calon boleh


hingga penyemakan, penulisan esei penulisan esei penulisan esei menghantar
30/9/17 dan penilaian ilmiah daripada ilmiah mengikut ilmiah penulisan esei
penulisan esei setiap kumpulan tarikh yang telah daripada guru ilmiah sebaik
ilmiah calon untuk ditetapkan sekolah swasta sahaja siap tanpa
diserahkan kepada kepada guru perlu menunggu
pemeriksa tarikh akhir
penghantaran.
Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.
Menyediakan Menyediakan Menyemak
jadual bahan untuk dan menilai
pembentangan pembentangan kerja kursus
dan setiap
memaklumkannya kumpulan
kepada pemeriksa calon
mengikut
kriteria
penilaian yang
ditetapkan
oleh MPM

3/10/17 Pembentangan Tidak berkenaan Membentangkan Menilai


hingga oleh calon penulisan esei pembentangan
14/10/17 ilmiah dalam masa penulisan esei
Penilaian oleh 5 hingga 10 minit ilmiah calon
pemeriksa seorang pada secara
tarikh dan masa individu
yang ditetapkan

14 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa
14/10/17 Penghantaran Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar
hingga markah markah
23/10/17 keseluruhan penulisan dan
kepada MPM pembentangan
esei ilmiah
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission
November Penyimpanan Menyimpan Tidak berkenaan Menyimpan
2017 evidens evidens evidens
hingga penulisan esei penulisan esei
Oktober ilmiah calon di ilmiah calon di
2018 sekolah dari sekolah dari
tarikh tarikh
penyelarasan penyelarasan
tamat hingga tamat hingga
enam bulan enam bulan
selepas selepas
keputusan STPM keputusan
diumumkan STPM
(bagi sekolah diumumkan
swasta yang (bagi sekolah
dibenarkan swasta yang
menyimpan tidak
evidens dibenarkan
penulisan esei menyimpan
ilmiah) evidens
penulisan esei
ilmiah)

15 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

1/6/17 Manual kerja Melayari portal MPM Melayari portal MPM MPM memuat
hingga kursus untuk memuat turun untuk memuat turun naik manual pada
12/6/17 Manual Kerja Kursus Manual Kerja Kursus 5/5/2017.
Bahasa Melayu yang Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa, untuk guru, pemeriksa,
dan calon dan calon
Menghubungi calon
persendirian individu
yang ditetapkan oleh
MPM untuk
memaklumkan tarikh,
masa, dan tempat untuk
bertemu

13/6/17 Pengenalan Mengadakan pertemuan Bertemu dengan


hingga penulisan esei dengan calon pemeriksa untuk
16/6/17 ilmiah persendirian individu mendapatkan maklumat
untuk memberikan tentang pelaksanaan
penerangan tentang penulisan esei ilmiah
pelaksanaan penulisan dari aspek tugasan yang
esei ilmiah, dari aspek perlu dilaksanakan dan
tugasan dan tarikh akhir tarikh akhir penyerahan
penyerahan tugasan tugasan
Memahami skop
tugasan
Merancang jadual kerja

Penentuan tajuk Membimbing calon Membincangkan


penulisan esei menentukan tajuk penentuan tajuk
ilmiah penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
yang relevan dengan pemeriksa berdasarkan
tema yang dipilih tema yang dipilih

19/6/17hing Pelaksanaan Tidak berkenaan Melaksanakan tugasan


ga 17/9/17 penulisan esei berdasarkan tajuk yang
ilmiah ditentukan
Mengumpul data dan
maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan data
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan

16 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

Menyemak dan membuat


penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah

18/9/17 Penghantaran, Menerima penulisan esei Menghantar penulisan Calon boleh


hingga penyemakan, dan ilmiah daripada setiap esei ilmiah mengikut menghantar
30/9/17 penilaian calon tarikh yang telah penulisan esei
penulisan esei ditetapkan kepada ilmiah sebaik
ilmiah pemeriksa sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Pemeriksa
Menyemak dan menilai Menyediakan bahan
hendaklah
penulisan esei ilmiah untuk pembentangan
menyemak dan
setiap calon mengikut
menilai penulisan
kriteria penilaian yang
esei ilmiah calon
ditetapkan oleh MPM
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

3/10/17 Pembentangan Menilai pembentangan Membentangkan


hingga oleh calon penulisan esei ilmiah penulisan esei ilmiah
14/10/17 calon secara individu dalam masa 10 hingga 20
Penilaian oleh minit seorang pada
pemeriksa tarikh, masa, dan di
tempat yang ditetapkan
14/10/17 Penghantaran Menghantar markah Tidak berkenaan
hingga markah penulisan dan
23/10/17 keseluruhan pembentangan esei
kepada MPM ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

17 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

November Penyimpanan Menyimpan evidens Tidak berkenaan


2017hingga evidens penulisan esei ilmiah
Oktober calon di sekolah dari
2018 tarikh penyelarasan tamat
hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan

5 FORMAT PENULISAN
(a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk
lampiran dan bibliografi.
(b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:
(i) Saiz huruf: 12
(ii) Jenis font: Times New Roman
(iii) Langkau: Dua
(iv) Margin:
Kiri- 1.5" Atas- 1"
Kanan- 1" Bawah- 1"
(v) Saiz kertas: A4
(c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

6 STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(Rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu)
1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian

2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian

3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian

4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian

5. Objektif Kajian 12. Penutup

6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir

7. Skop Kajian 14. Lampiran

18 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

7 PENSKORAN
(a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan
Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan
perkara dalam jadual yang berikut:

Bil. Perkara
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Lampiran
14. Bibliografi/Nota akhir
15. Bahasa

(b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Individu


Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat
berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:

Bil. Perkara
1. Kerelevanan
2. Kelancaran
3. Keterampilan
4. Kebahasaan
5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu

19 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS (PENULISAN ESEI


ILMIAH) BAHASA MELAYU

Tema 1: Morfologi
Tema 2: Variasi Bahasa

Calon memilih tema


Tema 1: Morfologi

Calon mengenal pasti isu

Calon menentukan tajuk kajian

Calon menentukan objektif kajian

Calon menentukan kepentingan kajian

Calon menentukan skop kajian

Calon menentukan batasan kajian

Calon menentukan kaedah kajian

Calon menjelaskan dapatan kajian

Calon merumuskan kajian

Calon menutup kajian

20 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

9 BORANG YANG DIGUNAKAN


Terdapat lima jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:
(i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 1)
(ii) Borang perakuan calon (lampiran 2)
(iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 3)
(iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 4)
(v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 5)

10 CONTOH TAJUK
Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 2017

Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian

1 Morfologi Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Akhbar Tempatan

Penggunaan Imbuhan Kata Kerja dalam Penulisan Murid Tingkatan 1

Kata Adjektif dalam Teks Sajak Usman Awang

2 Variasi Bahasa Bahasa Pasar dalam Kalangan Peniaga Pasar Malam

Penggunaan Bahasa Slanga dalam Laman Sosial

Penggunaan Dialek Perak dalam Drama Misteri Wan Peah

21 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)


PENGGAL 3 TAHUN 2017

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

TEMA

NAMA, 1.
NOMBOR
KAD PENGENALAN,
DAN ANGKA GILIRAN 2.
CALON
3.

4.

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

22 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 2
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)


KERJA KURSUS (KERJA KURSUS)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar
kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang
dihasilkan.
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja
kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi
menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.
Calon 1 Calon 2 Calon 3 Calon 4
Tandatangan Calon
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja
kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
23 TERHAD
23 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 3
BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)
PENGGAL 3 TAHUN 2017
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

Aktiviti
Tarikh Nama calon Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan
(Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu


Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ............................................................
Nama Guru: ......................................................................
Tarikh: ..............................................................................

24 24 TERHAD TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 4
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017


BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
BAHASA MELAYU 910/5

(a) Senarai Nama Ahli Kumpulan


(Untuk diisi oleh calon)

1. Nama: . Tandatangan:

No. Kad Pengenalan: - -

2. Nama: . Tandatangan:

No. Kad Pengenalan: - -

3. Nama: . Tandatangan:

No. Kad Pengenalan: - -

4. Nama: . Tandatangan:

No. Kad Pengenalan: - -

25 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(b) Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

Markah Markah Markah


Kriteria Penilaian
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras

1. Tajuk Kajian

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Pengenalan

5. Objektif Kajian

6. Kepentingan Kajian

7. Skop Kajian

8. Batasan Kajian

9. Kaedah Kajian

10. Dapatan Kajian

11. Rumusan Kajian

12. Penutup

13. Bibliografi/Nota akhir

14. Lampiran

15. Bahasa

Jumlah markah

26 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan

Calon
Perincian Markah Pembentangan
1 2 3 4
Kerelevanan
Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ]
Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ]
Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ]
Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ]
JUMLAH [ ]
Kelancaran
Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca
[ ]
keseluruhan teks
Pertautan idea [ ]
Kejelasan penyampaian [ ]
Keberkesanan penyampaian [ ]
JUMLAH [ ]
Keterampilan
Kekemasan berpakaian [ ]
Kesopanan tutur kata [ ]
Keyakinan diri [ ]
Keupayaan menarik minat khalayak [ ]
Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ]
JUMLAH [ ]
Kebahasaan
Kegramatisan ayat [ ]
Kepelbagaian kosa kata [ ]
Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ]
Kesesuaian intonasi [ ]
Kesesuaian bahasa badan [ ]
JUMLAH [ ]
Penggunaan Alat/Bahan Bantu
Persediaan alat bantu
Kesesuaian alat bantu
Kecekapan penggunaan alat bantu [ ]
Kesesuaian teknik paparan bahan
Kreativiti
JUMLAH [ ]
JUMLAH MARKAH []

27 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(d) Komen Penilai:

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
atas adalah benar. di atas adalah benar.

Nama: Nama: ..
No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan: .
Tarikh: Tarikh:
No. Telefon (sekolah): . No. Telefon (sekolah): .
(bimbit): . (bimbit): .

28 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan Saya memperakui bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ..... Tandatangan Pengetua: ..

Nama: .... Nama: ..

No. Kad Pengenalan: .. No. Kad Pengenalan: .

Tarikh: ... Tarikh: ...

No. Telefon (sekolah) : . No. Telefon (sekolah):

(bimbit): . (bimbit):

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.
29 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS
TERHAD
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
910/5 STPM 2017
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
BAHASA MELAYU
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
KERTAS 5
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
KERJA KURSUS
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
(PENULISAN ESEI ILMIAH)
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL )

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon kertas Bahasa Melayu STPM sebagai
sebahagian daripada komponen pentaksiran penggal ketiga .
Kerja kursus ini mengandungi satu tugasan yang terdiri daripada dua tema. Calon
dikehendaki memilih satu daripada tema tersebut. Semua calon mesti menyerahkan tugasan
tersebut untuk dinilai.
Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus seperti yang
ditetapkan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman ber cetak.


Majlis Peperiksaan Malaysia 2017

STPM 2017 - 910/5


TERHAD

30 TERHAD
TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Pilih satu tema sahaja.

Tema 1

Morfologi [100]

Tema 2

Variasi Bahasa [100]

910/5 31 TERHAD

You might also like