You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN SEBUT HARGA KEDAI BUKU SK LEFTENAN

ADNAN 2017

Tarikh : 26 Mei 2017


Masa : 3,00 Petang
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran : 1. Pn Roslina Bt Mahari Guru Besar


2. En Rais Bin Abdullah GPK Pentadbiran
3. En Wan Rohimi Bin Wan Jusoh GPK HEM
4. En Mohd Zuffy Bin Abd Majid GPK Ko Kurikulum
5. Pn Norhaslinda Bt Jaafar Guru AJK Kedai Buku

1. PERUTUSAN UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah dan
Mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua kehadiran .

Tindakan : Makluman AJK

1.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan bagi
membincangkan tentang proses pemilihan sebut hargakedai buku bagi tahun 2017
hingga 2019.Beliau juga melantik En Wan Rohimi Bin Wan Jusoh sebagai setiausaha
dalam mesyuarat ini.
Tindakan : Makluman AJK

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat buka sebut harga kedai bukutelah
dilaksanakan pada 17 April yang lalu dan dipengerusikan oleh En Rais Bin Abdullah
serta jawatankuasa kedai buku yang telah dilantik bagi tahun 2017.

Tindakan : Makluman AJK

1.
2. PERKARA-PERKARA BAHARU

2.1 Semasa proses buka sebut harga kedai buku pembukaan sampul bidaan , terdapat lima
buah syarikat kedai buku yang membuat permohonan.

2.2 Kod sebut harga dan senarai nama syarikat yang memohon adalah seperti berikut :

Kod Sebut Syarikat Alamat


Harga

No. 12, Jalan 7/2A, D7 Seksyen 7,


01 Eduaid Trading 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

02 Pustaka Jasa Sdn Bhd No. 22A, Jalan Impian 2/6,


Taman Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor

03 Pustaka Al Azim No. 8, Jalan Impian Murni 1/4,


Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor

04 Pustaka Rakyat (M) Sdn Bhd No. 24-26-28 Ground Floor,

05 Edaran Sri Murni Sdn Bhd No. 43, Jalan Orkid 1,


Taman Orkid, Batu 9,
43200 Cheras, Selangor

Tindakan : Makluman AJK

2.
2.3 Setelah semakan dan penelitian oleh ahli mesyuarat keputusan susunan kedudukan
sebut harga adalah seperti berikut :

Kod Sebut Syarikat Kedudukan terendah sebut harga


Harga

01 Eduaid Trading 5/5

02 Pustaka Jasa Sdn Bhd 3/3

03 Pustaka Al Azim 2/2

04 Pustaka Rakyat (M) Sdn Bhd 1/5

05 Edaran Sri Murni Sdn Bhd 4/4

Tindakan : Semua AJK

2.4 Keputusan dibuat berdasarkan semakan boring dan lampiran yang


lengkap,pengalaman,kedudukan syarikat dan kadar sewa kedai buku yang diletakkan
oleh syarikat yang memohon,

2.5 Mesyuarat bersetuju untuk memilih dan menyenaraikan syarikat di bawah berdasarkan
justifikasi berikut:

Kod Sebut Syarikat Pilihan Ahli Justifikasi


Harga Mesyuarat

02 Pustaka Jasa Sdn Bhd 3/3 1. Borang Lengkap


2. Sewa yang
diletakkan munasah
( RM 12,50 )
dengan kemampuan
syarikat membayar
sewa selaras
jumlah murid 1189
orang

Tindakan : Semua AJK


3.
3. HAL HAL LAIN

3.1 Ahli Jawatan Kuasa kedai buku mencadangkan beberapa penambahbaik kepada pihak
kedai buku yang telah Berjaya.Antaranya adalah :

i) Barangan jualan lebihkan kepada pembelajaran,


ii) Mengadakan mesin Photostat untuk kegunaan guru-guru dan murid murid.
iii) Mainan mesti dalam bentuk pembelajaran.
iv) Ceriakan bahagian hadapan kedai buku.

3.2 Guru Besar mengingatkan kepada ahli mesyuarat supaya sentiasa menanamkan nilai
integrit dan amanah dalam diri dengan tidak memaklumkan sebarang perkara dan
keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kepada orang luar.

Tindakan : Makluman AJK

4, PENUTUP

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

26 Mei 2017
Disediakan oleh:
Unit Mesyuarat Kedai Buku
SK Leftenan Adnan

4.

You might also like