You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIl 1

TAHUN 2017

TARIKH : 8 Mei 2017 (Isnin)

MASA : 2.30 petang

TEMPAT : Makmal komputer SKTLN

KEHADIRAN :

1. Encik Mohamed Azharan bin Mohamad (Guru Besar)


2. Encik Mohamad Adnan bin Hj Hassan (YDP)
3. Encik Hanafi b. Adnan (NYDP)
4. Puan Salina bt Ismail (PK Kurikulum)
5. Puan Zaton Ain bt Ibrahim (PK HEM)
6. Puan Azilawati bt Abd Aziz (PK Kokurikulum)
7. Puan Nurulnajwa bt Azmi (Setiausaha)
8. Puan Norzaini bt Nordin (Bendahari)
9. Puan Norhana bt Teh (AJK)
10. Puan Hayati bt Sahari (AJK)
11. Puan Nurulhuda bt Mustapar (AJK)
12. Encik Shuhami Bin Muda (AJK)
13. Encik Mohd Radi b Hj Abdul Karim (AJK)
14. Puan Sharifah Nor bt Syed Fadzil (AJK)
15. Puan Asriah bt Ali (AJK)
16. Puan Sanora bt Kulup (AJK)

Agenda 1 : UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 YDP Encik Mohamad Adnan bin Hj Hassan mengucapkan selamat datang
kepada ibu bapa dan guru ke Mesyuarat AJK PIBG Bil 1 /2017. Beliau menyatakan
tujuan mesyuarat diadakan untuk membincangkan hal berkaitan program di sekolah.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Puan Syarifah Nor bt Syed Fadzil mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong sebulat suara oleh semua AJK PIBG SK Tunku Laksmana Nasir.
AGENDA 3 : HARI GURU SKTLN 2017

3.1 Encik Mohamed Azharan bin Mohamad selaku Guru Besar memaklumkan
bahawa sambutan hari guru SKTLN akan diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa).

3.2 Beliau menggalakkan penglibatan daripada AJK SARANA dan turut serta
dalam menjayakan aktiviti semasa sambutan diadakan.

3.3 Puan Hafidah Ahmad mencadangkan tema Kalau aku bukan guru digunakan
pada majlis tersebut. Cadangan diterima sebulat suara.

AGENDA 4 : KEM MOTIVASI SEKOLAH

4.1 Puan Hafidah Ahmad membentangkan kertas kerja kem motivasi sekolah.

4.2 Cadangan tarikh untuk menjalankan kem tersebut adalah pada 7-9 Julai
2017.

4.3 Program Kem, Motivasi ini mendapat tajaan penuh daripada Yayasan
Munarah dan melibatkan seramai 60 orang murid.

4.4 Program ini turut melibatkan tenaga Fasilitator yang terdiri daripada pelajar
USIM.

AGENDA 5 : Hal-hal lain

5.1 Encik Syariful Rizal mencadangkan gotong royong bagi me,mbaiki tempat
wuduk diadakan kerana ada pihak yang ingin menyumbang dari segi kos dan tenaga
dalam aktiviti membaikpulih tersebut.

5.2 Encik Syariful Rizal dilantik untuk mengendalikan aktiviti baikpulih tempat
wuduk tersebut.

5.3 Puan Azilawati momohon sumbangan untuk diberikan kepada jurulatih bola
sepak sekolah yang telah berjasa dalam melatih pasukan sekolah. Semua AJK PIBG
sebulat suara telah bersetuju meluluskan intensif sebanyak RM300 serta sijil
penghargaan.
5.4 Program ini turut melibatkan tenaga Fasilitator yang terdiri daripada pelajar
USIM.

AGENDA 5 : UCAPAN PENANGGUHAN

Encik Mohamad Adnan bin Hj Hasan selaku YDP PIBG, mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah dan AJK PIBG yang bekerjasama dalam mesyuarat AJK PIBG
kali ini. Mensyuarat ini diadakan dengan tujuan kebaikan bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh

............................................................... ...................................................................

( NURULNAJWA BT AZMI) ( MOHAMED AZHARAN BIN MOHAMAD)


Guru Besar
Setiausaha
SK Tunku Laksamana Nasir
Sk Tunku Laksamana Nasir

You might also like