You are on page 1of 17

PERATURAN SEKOLAH

[Pick the
date]
PERATURAN SEKOLAH

PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN

1.1 Loceng Pertama

Ia akan dibunyikan pada pukul 7.10 pagi.Murid membersihkan kelas dan kawasan
sekolah.

1.2 Loceng Kedua

Ia dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.Murid dikehendaki beratur di luar kelas sehingga
guru masa pertama masuk.Pemeriksaan kuku,rambut dan pakaian dijalankan oleh
pengawas dan guru disiplin.

1.3 Loceng Rehat

Waktu rehat selama 20 minit.

Masa Rehat: 9.55 pagi hingga 10.15 pagi

Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan
guru.

Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.

Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masing-
masing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

1.4 Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan
teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]

PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat

sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.

2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.

2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu

Negeri dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan

semasa itu.

2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya.

2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.

PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan
rasmi.

Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah
sehingga balik semula ke rumah.

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1 Baju

Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.

3.1.2 Seluar

Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.


PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan

3.1.3 Tali pinggang

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 inci atau 3.75 cm.

Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3 Rambut

Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan


pendek.

Dilarang menyimpan ekor dan berfesyen rambut punk.Penggunaan jel atau


mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :

- Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

- Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.

- Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis
tengah hidung.

- Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore berwarna biru tua (navy
blue)
dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
3.2.3 Tudung / Mini Telekung

Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang
sesuai.

3.2.4 Rambut / Kuku /Riben

- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.

- Rambut tidak boleh mencecah bahu.

- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.

- Murid murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.

3.2.5 Alat-alat solek

-Murid dilarang memakai sebarang alat make-up walaupun nipis.

3.2.7 Barang-barang Kemas

Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti


gelang,rantai leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.

3.3 Kasut dan Sarung kaki

3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna
putih

Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki

Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher
berwarna merah tua.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]

3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan

Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan
bertudung merah tua.

Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1 Semua murid mesti memakai T.Shirt sekolah dan digalakkan memakai seluar
panjang (track bottom / pendek (bola sepak)

PERKARA 4 : KEDATANGAN

4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.

4.1.1 Pada semua waktu persekolahan.

4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan

4.1.3 Aktiviti kokurikulum.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid
dianggap ponteng.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan.

4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa /
penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

5.1 Bilik Darjah

5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.

5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.

5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan
bahan-bahan akademik.

5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup
suis kipas dan lampu.

5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.

5.2 Kawasan Sekolah


PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.

5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.

5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.

5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.

5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.

5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan


sekolah.

5.3 Tandas Sekolah

5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.

5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan.

5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.

5.4 Papan Kenyataan

5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.

5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.

5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
memindah atau merosakkannya.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]

5.5 Harta Benda Sekolah.

5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang
terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer dan
di
mana-mana sahaja kawasan sekolah.

5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.

5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan
ke
tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN

6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :

Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di
antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.

6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat
yang ditetapkan.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
PERKARA 7 : KANTIN

7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.

7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam
bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.

7.3 Murid-murid tidak dibenarkan msuk ke tempat memasak atau menyediakan


makanan.

7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah

7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN

8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan
sesama pelajar

8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera
bagi yang bukan Islam.

8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan
menjaga nama baik sekolah.

8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa
sahaja.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.

9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

9.3 Memukul guru-guru.

9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.

9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh


sekolah dan pejabat Pelajaran.

9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.

9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.

9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.

9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.

9.10 Berjudi.

9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.

9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali
amaran.

9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru
Besar.

9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan


menimbulkan
kacau bilau.dan perpecahan kaum.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Nasihat / Kaunseling

10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga

10.3 Amaran

10.4 Rotan satu kali

10.5 Rotan dua kali

10.6 Rotan tiga kali

10.7 Rotan melebihi tiga kali

10.8 Digantung sekolah

10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)

10.10 Dibuang sekolah (dicadang)

10.11 Laporan kepada polis

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-
undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM

11.1.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti


kokurikulum
berikut :
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik

11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam

11.1.3 Sukan / Permainan

11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan
yang
diambil.

11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform
/ pakaian sekolah / pakaian sukan.

11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .

PERKARA 12 : PEPERIKSAAN

12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.

12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu


peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru
Besar.

PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH

13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.

13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
PERKARA 14 : YURAN

14.1 Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.

15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :

15.2.1 pada akhir tahun

15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah

15.2.3 sebelum bertukar sekolah

15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.

15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.

PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain
di dalam pusat sumber.

16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.

16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.

16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.

16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17 : PELAWAT

17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di
pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum
berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.

PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama,
diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan
berada di kawasan sekolah lagi.

18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan
dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau
pejabat untuk diambil perhatian.

18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.

18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak
serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui
kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.

18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah
mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak
dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.

18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.

18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg
murid lain.

18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran


daripada pihak pentadbiran.

18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.

18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.

18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu


pengajaran dan pembelajaran.

18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru
supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.

18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.

18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa
barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.

18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.


PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
PERKARA 19 : HAL-HAL LAIN

19.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta
kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa /
waktu.

19.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan,
komik atau majalah hiburan ke sekolah.

19.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam


kawasan sekolah.

19.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan liquid paper.

19.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan sticker

19.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa
persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.

19.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada
waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini PAS KELUARhendaklah diperolehi daripada
guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa.

19.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas
lain semasa atau antara pertukaran masa.

19.9 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru
atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh
kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau
ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.

19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah


diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru
Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah
merupakan kesalahan serius)
PERATURAN SEKOLAH
[Pick the
date]
19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK
boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada
dengan perkataan / perlakuan.

19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.

19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi
setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.

19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk
membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada
masa yang telah ditetapkan

You might also like