You are on page 1of 6

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
1. KEHADIRAN
1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib.
1.2 Hadir ke sekolah hendaklah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan.
Waktu Datang
*Sebelum pukul 7.30pagi
1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan
surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa atau penjaga.
1.4 Murid-murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah tidak dibenarkan berjalan-jalan
atau merayau-rayau di pintu atau di luar kawasan sekolah.
1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau
pemberitahuan, akan dianggap ponteng sekolah dan diberi surat peringatan.
2. PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Perhimpuan sekolah adalah pada setiap hari Ahad.
2.2 Perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.Semua guru dan murid diwajibkan hadir.
2.3 Semua murid dikehendaki ke tempat perhimpunan mengikut kelas masing-masing dalam
barisan dengan tenang dan tidak bising.
2.4 Apabila di medan perhimpunan, murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing
mengikut peraturan barisan rendah di hadapan dan tinggi di belakang.
2.5 Ketua Kelas atau Penolong berdiri di hadapan.
2.6 Semasa menyayikan lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah murid hendaklah
menyanyi dengan penuh semangat.
2.7 Semua murid hendaklah diam dan menadah tangan semasa bacaan doa.
2.8 Semua murid dikehendaki mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan yang
disampaikan oleh guru-guru semasa perhimpunan.
2.9 Semasa memasuki kelas murid-murid hendaklah kekalkan suasana yangtenang.Semua murid
dikehendaki berdiri tegak dan berhenti berjalan ketika lagu negaraku ,negeri,sekolah
dinyanyikan serta semasa doa dibacakan
3.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.1 Semua pelajar dimestikan memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian
pendidikan.
Lelaki -Seluar tidak ketat,tidak terlalu labuh dan tidak besar,berambut pendek.
Perempuan- berbaju kurung tradisional yang tidak ketat, kain tidak terlalu labuh, singkat.
3.2 Berkasut putih (kanvas) dan bersetokin putih.
PERATURAN SEKOLAH

3.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan.


3.4 Murid perempuan tahap dua diwajibkan memakai tudung putih(mini telekung) yang tidak
mempunyai hiasan.Bagi Tahap satu-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat
dengan kemas.
3.5 Pemakaian barang kemas adalah tidak dibenarkan.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab
jika berlaku kehilangan.
3.6 Murid hendaklah berpakaian sopan semasa di kelas maupun di luar waktu belajar.
4.PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN
4.1 Murid dikehendaki memakai seluar sukan berwarna gelap dan baju T, kasut berwarna putih
atau yang dijual oleh pihak sekolah dan berkasut.
4.2 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung yang berwarna-warni.Hanya tudung
yang berwarna putih.
4.3 Semasa turun ke padang dan balik ke kelas, murid kehendaki dalam keadaan beratur.
4.4 Pakaian untuk Pendidikan Jasmani hanya di benarkan pakai sehingga waktu rehat sahaja.
4.5 Pakaian mesti ditukar di bilik persalinan yang disediakan sahaja.
5.LALULINTAS
5.1 Murid dikehendaki masuk dan keluar kawasan sekolah hanya melalui pintu yang ditetapkan
sahaja.
5.2 Tidak dibenarkan murid-murid mangambil jalan rentas dengan melalui pintu yang tidak
dikhaskan, menyusup, melompat pagar sekolah atau melintas mana-mana kawasan larangan lalu
lalang.
5.3 Murid yang menaiki bas, hendaklah beratur semasa menaiki bas, jangan berebut-rebut dan
jangan sesekali bermain di tangga.
5.4 Murid yang berjalan kaki hendaklah mengikut di sebelah kanan jalan dan tidak
bergandingan.
5.5 Murid-murid yang berbasikal henaklah mematuhi peraturan jalanraya.
6.BASIKAL
6.1 Murid yang datang ke sekoiah dengan basikal pastikan mempunyai peralatan yang lengkap.
6.2 Murid-murid hendaklah turun dan tolak basikal masuk ke kawasan sekolah sama ada waktu
pagi atau petang.
6.3 Letakan basikal di tempat letak basikal dengan elok dan tersusun.
6.4 Semua murid dilarang berada di tempat letak basikal.
6.5 Pastikan basikal telah dikunci sebelum ditinggalkan.
7.KELAS
PERATURAN SEKOLAH

7.1 Semasa berada di dalam kelas semua murid hendaklah diam/senyap.


7.2 Semasa semua murid keluar atau masuk ke kelas hedaklah berada dalam barisan.
7.3 Semua murid dikehendaki beratur di luar kelas di waktu pagi menadah tangan untuk
mengaminkan doa.
7.4 Waktu perhimpunan murid ke tempat perhimpunan dalam barisan mengikut kelas masing-
masing.
7.5 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
7.6 Murid-murid juga patut menjaga keselamatan alatan yang ada di kelas mereka.
7.7 Semua murid adalah dilarang mengalihkan kerusi atau meja dari satu kelas ke kelas yang lain
kecuali dengan arahan guru serta mencontengnya.
7.8 Kelas mestilah sentiasa kemas dan bersih.
7.9 Pada satu-satu masa hanya seorang murid lelaki atau dua orang murid perempuan sahaja
dibenarkan keluar dari kelas semasa belajar.
7.10 Semua murid mesti mengamalkan sikap mengetuk pintu sebelum memasuki ke dalam
kelas,bilik guru dan pejabat sekolah.
8.KANTIN
8.1 Murid dibenarkan ke kantin hanya di waktu rehat dan sebelum loceng pertama berbunyi.
8.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan.
8.3 Selepas makan,sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan,pinggan
kotor pula hendaklah diletakkan ke dalam besen yang disediakan.
8.4 Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kerusi dan meja kantin.
8.5 Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan.
8.6 Semua murid dilarang membeli di tempat lain selain di kantin semasa berada di sekolah.
9. IBUBAPA
9.1 Ibu bapa dilarang meninjau atau memasuki kelas semasa murid-murid sedang
belajar.Sebarang hal atau masalah sila rujuk kepada pentadbir sekolah.
9.2 Kenderaan yang datang mengambil atau menghantar murid dilarang memasuki kawasan
sekolah.
9.3 Ibu bapa dan penghantar murid juga dilarang menurunkan murid dan penumpang di
hadapan pintu pagar kerana menghalang guru yang hendak masuk ke kawasan sekolah.
9.4 Sila pastikan murid dan penumpang dihantar sebelum 7.40 pagi.
10. KELUAR SEKOLAH / BERTUKAR SEKOLAH
10.1 Penjaga mestilah datang ke sekolah berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengisi
borang pertukaran sekurangnya satu minggu sebelum tarikh pertukaran dikehendaki.
PERATURAN SEKOLAH

10.2 Murid mestilah memberitahu guru kelas untuk menguruskan pemulangan buku teks dan
lain-lain.
10.3 Murid hendaklah berjumpa dengan guru bertugas jika ada masalah sama ada sakit atau
sebagainya.
10.4 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru bertugas pentadbiran untuk keluar
dari sekolah.
10.5 Murid hanya dibenarkan keluar bersama guru atau penjaga setelah memaklumkan kepada
guru bertugas / pentadbir.
11.BUKU TEKS
11.1 Semua murid layak diberi pinjaman.
11.2 Buku teks hendaklah dibalut dengan plastik dan dijaga dengan baik.
11.3 Buku teks tidak boleh ditinggalkan di sekolah.
11.4 Buku-buku rosak atau hilang mestilah diganti.
11.5 Buku hendaklah dipulang semula pada masa yang ditetapkan.
12. WAKTU REHAT
12.1 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
12.2 Murid mestilah beratur sewaktu membeli di kantin.
12.3 Pembalut kertas atau plastik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
12.4 Segala peralatan seperti sudu/garfu dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang
disediakan setelah menggunakannya.
12.5 Pengawas hendaklah menjalankan tugas yang ditetapkan.
13.PERATURAN KE TANDAS
13.1 Murid yang hendak ke tandas mestilah mendapat kebenaran guru atau ketua ketua kelas
dan hendaklan memakai kad kebenaran keluar.
13.2 Murid hendaklah menanggalkan kasut di luar tandas dan menggunakan selipar tandas yang
disediakan.
14. KELAS TAMBAHAN
14.1 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas tambahan
kecuali kelas malam.
15. PERATURAN DI SURAU
15.1 Murid dilarang membuat bermain atau membuat bising di surau
15.2 Jaga kebersihan surau
15.3 Sidai /lipat sejadah atau telekung sembahyang atau kain pelikat selepas digunakan.
16. KEGIATAN KOKURIKULUM
PERATURAN SEKOLAH

16.1 Murid-murid tahap 2 diwajibkan mengikuti satu kegiatan unit uniform dan satu kegiatan ko
akademik/kelab/persatuan.
16.2 Datang pada masa yang ditetapkan (jangan terlalu awal) dan terus pulang ke rumah setelah
selesai aktiviti.
16.3 Pakai pakaian yang dikhaskan sesuai dengan aktiviti.
16.4 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli rumah sukan dan mengambil bahagian sekurang-
kurangnya satu acara sukan yang dianjurkan(sekiranya ada)
17.PERATURAN-PERATURAN AM
17.1 Semua murid dikehendaki menghormati semua guru dan kakitangan sekolah
17.2 Sebelum loceng pertama dan loceng naik rehat berbunyi, murid dilarang daripada bermain
di luar kawasan sekolah dan dalam bilik darjah.
17.3 Murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan mestilah
mendapat kebenaran dari guru bertugas harian terlebih dahulu
17.4 Murid yang terjumpa duit atau barang berharga di kawasan sekolah hendaklah
menyerahkannya kepada guru bertugas harian.
17.5 Murid dilarang mengambil/mencuri/merosakkan harta benda sekolah, guru-guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid lain.
17.6 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah, kelas, bilik air dan tandas.
17.7 Murid-murid dilarang membazirkan elektrik dan air.
17.8 Murid-murid dilarang membawa sebarang alat permainan ke sekolah kecuali dengan
arahan dari guru.
17.9 Murid-murid yang menghadapi masalah di sekolah seperti sakit semasa belajar, dibuli oleh
murid lain, kehilangan barang atau lain-lain masalah hendaklah melaporkannya kepada guru
kelas masing-masing dengan segera.
17.10. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan semua lampu dan kipas diputuskan litarnya
terlebih dahulu.
17.11. Buku-buku perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik, tidak meroskkan , menconteng
dan menghilangkannya.
17.12. Buku-buku yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan mengikut arahan.
17.13. Murid diwajibkan hadir untuk aktiviti ko-kurikulum
17.14. Setiap murid diwajibkan membayar bayaran tambahan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah pada masa mendaftar atau pada masa-masa yang ditetapkan.
17.15. Semua pelawat/penjaga mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah sebelum
menemui murid demi keselamatan murid-murid.
PERATURAN SEKOLAH

17.16. Penggunaan pensil makanikal adalah DILARANG SAMA SEKALI


17.17. Murid- murid adalah TIDAK DIBENARKAN membawa TELEFON BIMBIT ke sekolah

You might also like