You are on page 1of 2

Pendahuluan

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar
sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Pencemaran alam sekitar telah memberi
kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa
manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-
lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa.
Sebab

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,
motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Hal ini demikian setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi
gas yang berbahaya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya
menjejaskan sistem pernafasan .
Selain itu , masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab juga akan
menyebabkan pencemaran.Ramai orang suka membuang sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara
remeh apabila membuang sampah sesuka hati di tepi jalan.
Kesan

pencemaran udara akan menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh
penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku
apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara
dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid
sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-
tempat lain dan membawa asid-asid tersebut.Asid itu akan turun bersama-sama dengan
hujan..Hal ini membahayakan tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan
menjadikannya tidak subur.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke
bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di
bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.

Langkah mengatasi

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu
melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media
massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen.
Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada
umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar
digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi
pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan
sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang
dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak
ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti
bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan
bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam
Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-
pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak
terbabit mencemarkan alam. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti
melepaskan batok di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak
serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup
membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya
sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan.
Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak
yang melakukan pencemaran.
Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang
berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk
menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh
digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis
udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada
penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera
yang bahaya kepada kesihatan manusia

Pihak kerajaan mengamalkan nilai bertanggungjawab untuk mengatasi masalah


tersebut.Rakyat mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar kerana alam
sekitar adalah anugerah diberi oleh tuhan.Masyarakat juga mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama
untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi
akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan
semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan
lebih berkesan kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua.

You might also like