You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 23

JALAN HARMONI, UEP SUBANG JAYA, 47640 SUBANG JAYA


SELANGOR

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PEMBANGUNAN SUKAN DAN


JAWATANKUASA PENGURUSAN STADIUM
_______________________________________________________________________

Bilangan Mesyuarat : 1 / 2016


Tarikh : 27 Jun 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pengetua, SMK USJ 23
______________________________________________________________________

Hadir

1. Pengetua
( Pn. Rosliyah binti Samiun ) - Pengerusi
2. Penolong Kanan Kokurikulum
( Pn. Noredah binti Samsudin ) - Naib Pengerusi 1
3. Penolong Kanan Pentadbiran
( Pn. Zuridah binti Dzulkifli ) - Naib Pengerusi 2
4. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
( Pn. Noor Banon binti Muji ) - Naib Pengerusi 3
5. En. Abdul Halim bin Tayib - Penyelaras
6. Pn. Noor Aznita binti Hashim - Setiausaha
7. En. Mohd Farid bin Mohammed Ashaari - AJK Tempahan & Aktiviti
8. En. Mohd Zuraidi bin Ibrahim - AJK Peralatan
9. Pn. Rafidah binti Zahari - AJK Kebersihan
10. En. Aidil Khidir bin Abdul Habib - AJK Keceriaan
11. En. Mohd Shahrin Shah bin Japri - AJK Disiplin
12. En. Mohd Saufharddy bin Idris - AJK Keselamatan
13. E. Abdul Aziz bin Yahaya - AJK Kerosakan

Tidak Hadir dengan Maaf


1. En. Jailani bin Abdul

Turut Hadir
Tiada

Urus Setia
Pn Noor Aznita binti Hashim (Setiausaha)

*RUJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014,


Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Penulisan Minit Mesyuarat
I PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ybhg Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan


seterusnya mengalu-alukan kedatangan ahli ke mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan Sukan dan Jawatankuasa Pengurusan Stadium kali
pertama bagi tahun 2016.

Makluman

II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2015 telah disahkan
dengan pindaan seperti yang berikut:
a) Kehadiran En. Mohd Zuraidi bin Ibrahim
b) Menghapuskan titik pada item bernombor 4.2, 4.3 dan 5.1

Cadangan : En. Aidil Khidir bin Abdul Habib


Sokongan : En. Mohd. Shahrin Shah bin Japri
Makluman

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:


3.1 Merujuk agenda 4 perkara 4.1:
Kadar Sumbangan Stadium diperlukan bagi menampung kos baik pulih
kerosakan stadium dan upah pekerja swasta.

3.2 Merujuk agenda 4 perkara 4.2:


Kerosakan yang dilaporkan masih belum dibaik pulih.
Tindakan : En. Abd.Aziz

IV PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pertandingan Bola Sepak ASSF.
Mesyuarat menerima maklum:
4.1.1 Pertandingan bola sepak ASSF yang akan berlangsung pada 20
September sehingga 29 September 2016 yang akan melibatkan 8
buah negara seperti Malaysia A, Malaysia B, Thailand, India, Sri
Lanka, Hong Kong, Indonesia dan China
Makluman

4.1.2 Stadium yang akan terlibat dengan pertandingan tersebut ialah


Stadium Malawati Shah Alam, Stadium UITM Shah Alam, Stadium
MPPJ, Stadium Kelana Jaya dan Stadium Mini SMK USJ 23 Subang
Jaya.
Makluman

*RUJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014,


Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Penulisan Minit Mesyuarat
4.1.3 Tugasan akan bermula pada:
4.1.3.1 20 September 2016 Kehadiran dan pendaftaran
4.1.3.2 21 September 2016 Mesyuarat padang
4.1.3.3 22 September 2016 Pertandingan
Makluman

4.1.4 SMK USJ 23 dilantik menjadi AJK Teknikal bersama-sama SMK


Seksyen 11 dimana peralatan sukan juga akan disediakan oleh SMK
Seksyen 11. En. Jailani bin Abdul ditugaskan untuk menyenaraikan
tugasan guru yang terlibat dan menyediakan borang-borang yang
diperlukan bersama En. Abdul Halim bin Tayib.

Tindakan : En. Jailani bin Abdul dan En. Abdul Halim bin Tayib

4.1.5 AJK Bantu mula perlu mengetahui hospital yang terdekat bagi
setiap stadium.
Makluman

4.1.6 Penonton dipilih dari sekolah-sekolah yang berhampiran dengan


stadium.
Makluman

4.1.7 Pemeriksaan perlu dilakukan pada bahagian:


i. pagar yang rosak
ii. padang rumput yang rosak
iii. balapan
iv. stadium
v. tilam lompat tinggi
vi. pokok-pokok yang perlu ditebang
vii. sprinkler
viii. tandas dan pam
ix. pendawaian elektrik
x. sistem siaraya
xi. salur paip (gutter) bocor
Setiap kerosakan perlu disertakan dengan gambar kerosakan bagi
menyediakan anggaran perbelanjaan kerosakan.
Tindakan : En. Abdul Aziz bin Yahaya

4.1.8 Cadangan untuk menaiktaraf bilik persalinan sekolah bagi kegunaan


pengguna stadium.

4.1.9 Sekolah perlu meminta bil of quantity (BQ) dari pihak JPN untuk
memantau kerja-kerja membaik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

Tindakan : En. Jailani bin Abdul

*RUJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014,


Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Penulisan Minit Mesyuarat
4.2 Pengurusan Stadium
Mesyuarat bersetuju untuk mendapatkan kata putus dari Unit Sukan, JPN
Selangor bagi hak pengurusan stadium. Untuk itu, sekolah perlu
mendapatkan surat penyerahan stadium kepada pihak yang berkenaan
daripada JPN Selangor.
Tindakan : En. Jailani bin Abdul
4.3 Kerja-kerja penyelenggaraan
4.3.1 Mesyuarat menerima maklum:
i. kerja mengecat oleh kontraktor belum selesai.
ii. terdapat beberapa kerja membaik pulih sistem paip
4.3.2 Mesyuarat memutuskan:
i. pekerja swasta membersihkan kawasan stadium setiap 2
minggu sekali.
ii. tempat penyimpanan alatan sukan perlu dibersihkan.
Tindakan : Pn. Noor Banon binti Muji

iii. mendapatkan surat tender kerja-kerja membaik pulih stadium


beserta BQ dan laporan lengkap daripada kontraktor yang
dilantik.
Tindakan : En. Jailani bin Abdul

4.4 Jadual Penggunaan Stadium


4.4.1 Mesyuarat menerima maklum:
i. 30 Julai 2016 Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong
ii. 5 Ogos 2016 Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17
iii. 12 18 Ogos 2016 MSSM
iv. 19 20 Ogos 2016 - KASTEC
v. 7 18 Ogos 2016 AFC
vi. 20 -21 September 2016 ASSF

4.4.2 Mesyuarat bersetuju untuk meminta sedikit peruntukan bagi stadium


setiap kali kejohanan yang menggunakan stadium.
Makluman

4.5 Bayaran Sumbangan


Pengerusi mencadangkan agar setiap wang sumbangan bagi penggunaan
stadium dimasukkan ke dalam akaun PIBG atau akaun SWAR (jalur
pelbagai). Sebelum ini wang sumbangan menggunakan akaun Kelab Guru
dan Kakitangan SMK USJ 23.
Tindakan : Pn. Noredah binti Samsudin

V HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat menerima maklum:
i. Latihan bola sepak AFC akan bermula pada 15 19 September
2016

*RUJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014,


Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Penulisan Minit Mesyuarat
di Stadium Mini SMK USJ 23.
ii. Penggunaan logistic seperti kerusi dan meja bagi setiap acara
perlu
diselaraskan.
Makluman

5.2 En. Mohd Shahrin bin Japri mencadangkan:


i. AJK Keselamatan dan Displin ditugaskan kepada sekolah lain.
ii. Pihak sekolah perlu menyediakan SOP untuk AJK Keselamatan dan
Displin bagi memudahkan tugasan.
iii. Setiap sekolah yang bertugas perlu membawa ajk masing-masing yang
terdiri dari sekolah yang sama.

VI PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Urus Setia
Pn. Noor Aznita binti Hashim
Tarikh : 1 Julai 2016

*RUJUK ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014,


Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Penulisan Minit Mesyuarat

You might also like