You are on page 1of 31

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN EMPAT

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


TAHUN EMPAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Cetakan Pertama 2013
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-
apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain
cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Reka Bentuk dan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pendekatan Modular Berasaskan Kurikulum Standard 2


2.0
3.0 Reka Bentuk dan Teknologi Sebagai Mata Pelajaran 2

4.0 Matlamat 3

5.0 Objektif 3

6.0 Fokus 3

7.0 Organisasi Kandungan 4

8.0 Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5

9.0 Pengendalian Aktiviti dan Penilaian 7

10.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 9

11.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 12

12.0 Keselamatan 13

13.0 Peruntukan Masa RBT 13

14.0 Pendekatan Modular 13

15.0 Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 4 15

16.0 Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran 22

17.0 Pemetaan Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT Tahun 4, 5 dan 6 23

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia
mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan RUKUN NEGARA
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara Pendidikan di Malaysia adalah suatu
hidupBahawasanyanegara
demokratik; mencipta usaha berterusan keerat
arah lebih
kitamasyarakat yang
Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat memperkembangkan potensi individu
di kalangan seluruh masyarakatnya;
dinikmati bersama secara adil dan saksama; memelihara cara hidup yang demokratik; mencipta satu
secara menyeluruh dan bersepadu
masyarakat
menjamin satuyang
cara adil
yangdiliberal
mana terhadap
kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara
untukadil dan saksama;
melahirkan insan yang
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya seimbang
yang kayadan dan harmonis
berbagai-dari segi
berbagai-bagai corak; membina satu intelek, rohani,
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains danemosi dan jasmani
teknologi
masyarakat progresif yang akan menggunakan
berdasarkan kepercayaan dan
sainsmoden;
dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat
Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita- adalah bertujuan untuk melahirkan
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
warganegara kami untuk
Malaysia yang berilmu
cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
yang berikut: pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN dan berkeupayaan mencapai
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA kesejahteraan diri serta memberikan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KELUHURAN PERLEMBANGAAN sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG masyarakat dan negara.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
DRAF 9 SEPT 2013

1.0 PENGENALAN insan yang berpengetahuan dan


berketerampilan. Tunjang (Rajah 1)
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merupakan domain utama yang saling
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah menyokong antara satu sama lain bagi
(KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum membentuk insan yang seimbang dari segi
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. elemen dalam setiap tunjang dijelmakan
melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1.1 Matlamat Pendidikan Prasekolah dan 1. Komunikasi
Sekolah Rendah 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
a. Matlamat Pendidikan Prasekolah: 3. Kemanusiaan
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak 4. Sains dan Teknologi
dalam semua aspek perkembangan, 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
menguasai kemahiran asas dan memupuk 6. Keterampilan Diri
sikap positif sebagai persediaan untuk ke
sekolah rendah. Reka Bentuk Kurikulum
b. Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah: Komunikasi
Untuk memastikan perkembangan potensi Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa
Sains & Teknologi
murid secara menyeluruh, seimbang, dan Penguasaan pengetahuan
semasa berinteraksi dalam
bahasa Malaysia, bahasa Kerohanian, Sikap &
bersepadu. Perkembangan ini meliputi sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Inggeris, bahasa Cina dan Nilai
bahasa Tamil
aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penghayatan amalan
agama, kepercayaan,
intelek bagi melahirkan insan yang Penguasaan pengetahuan sikap dan nilai
dan kemahiran berasaskan
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. teknologi Insan
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk seimbang
Kemanusiaan
pendidikan yang bersifat holistik perlu Penguasaan ilmu dan
Perkembangan Fizikal & amalan tentang
diperkasa untuk memenuhi tuntutan Estetika kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
pendidikan serta menangani cabaran Perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
dan global
kehidupan masa kini dan masa depan. kesejahteraan diri
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Pemupukan daya imaginasi, Keterampilan Diri
kreativiti, bakat dan apresiasi Pemupukan kepimpinan
1.2 Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang


dicadangkan bagi membangunkan modal Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

2.0 PENDEKATAN MODULAR BERASASKAN 3.0 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI
KURIKULUM STANDARD MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar
dalam bentuk pernyataan standard kandungan, sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata
standard pembelajaran dan tahap penguasaan yang pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan
perlu dicapai oleh murid. murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam
2.1 Standard Kandungan bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan
tempoh persekolahan merangkumi aspek penekanan pada standard kandungan dan standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai. pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan
dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
2.2 Standard Pembelajaran Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah
pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi
kandungan dan standard pembelajaran Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi
diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata
yang mengandungi elemen pengetahuan, pelajaran ini.
kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu
dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum
disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit
yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif.

2.3 Tahap Penguasaan


Kriteria pencapaian yang berasaskan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang
ditetapkan

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan


mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan
murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

5.0 OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran


Kurikulum Standard RBT berkebolehan:
5.1 Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel
dan amalan kerja yang selamat
5.2 Menguasai proses mereka bentuk untuk
menghasilkan produk
5.3 Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal,
teknologi pertanian dan sains rumahtangga
5.4 Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin
dan perisian serta menggunakannya dengan
teknik yang betul dan beretika
5.5 Melakukan kerja-buat-sendiri dan
penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan
Rajah 2: Reka Bentuk Kurikulum RBT perkakasan
5.6 Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan
Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen berdaya usaha dalam mereka bentuk dan
merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia juga menghasilkan produk berkualiti
mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat- 5.7 Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas
sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta keusahawanan.
sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi 5.8 Berkemahiran menjana idea untuk
melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan menyelesaikan masalah.
mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
6.0 FOKUS
4.0 MATLAMAT
Kurikulum Standard RBT berteraskan kepada
Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi
murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas dengan menggabungjalinkan pelbagai bidang
kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan
3

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

pengetahuan dan kemahiran iaitu teknikal, teknologi


pertanian dan sains rumahtangga. Kurikulum ini Tajuk Penerangan
memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas Organisasi dan Tajuk ini memberi pendedahan
dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan Keselamatan kepada murid dengan suasana
teknologi bagi membolehkan murid menghasilkan Bengkel bengkel RBT di sekolah rendah.
produk yang berkualiti. Murid dapat mengenal pasti struktur
organisasi bengkel, peraturan dan
7.0 ORGANISASI KANDUNGAN keselamatan bengkel semasa
mereka berada di dalam bengkel.
Kurikulum Standard RBT Tahap II, diorganisasikan
kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan
Asas Di dalam tajuk ini murid diberi
Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan
Teknologi kemahiran memasang dan
Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumahtangga.
membuka kit model berfungsi secara
Keenam-enam tajuk ini merangkumi 3 domain
elektromekanikal serta mereka dan
pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tajuk
membina model berfungsi. Standard
tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu dari
kandungan ini membolehkan murid
mudah ke sukar. Bagi domain psikomotor, murid
membaca dan memahami manual,
melaksanakan aktiviti amali seperti kerja-buat-sendiri,
mengenal pasti fungsi komponen,
penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut
kemahiran memasang
prosedur kerja yang betul dan beretika. Manakala bagi
menggunakan alatan tangan dengan
domain afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai-
cara yang betul, mereka dan
nilai murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran
membina model berfungsi. Aspek
dan pembelajaran.
penyimpanan komponen dan
keselamatan juga ditekankan dalam
Proses kerja dalam RBT adalah lebih menekankan
tajuk ini.
pengetahuan, kemahiran, langkah kerja bagi
penghasilan sesuatu projek. Ini bermakna murid yang
Reka Bentuk Reka bentuk eksperimental
mengikuti kurikulum standard RBT akan lebih terdedah
merangkumi aspek pengetahuan
kepada aspek mereka bentuk, menggunakan bahan dan
dan kemahiran yang akan menguji
teknologi semasa menghasilan projek. Proses
murid dari pelbagai aspek seperti:
penerangan setiap tajuk adalah seperti berikut:
a. menyatakan masalah berdasarkan
situasi.
b. pengumpulan maklumat.

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Tajuk Penerangan Tajuk Penerangan


c. menjana idea kreatif. teknik mengubah anak benih ke
d. membuat lakaran projek. dalam bekas serta penanaman
e. mengenal pasti jenis alatan. dengan menggunakan kaedah
f. proses pembinaan, pengujian dan Hidroponik Takung meliputi
penambahbaikan. persediaan alatan, kerja mencampur
g. membuat persembahan dan nutrien, menanam dan penjagaan
pendokumentasian. yang sistematik.

Penghasilan Bagi standard kandungan ini, murid Sains Dua tajuk utama yang ditekankan
Projek dapat menghasilkan projek Rumahtangga dalam standard kandungan sains
menggunakan: rumahtangga ialah penghasilan
a. bahan bukan logam dengan litar artikel dan penyediaan sajian. Topik
elektrik; penghasilan artikel merangkumi
b. bahan logam dan bukan logam proses mengenalpasti alatan dan
dengan litar elektronik; dan bahan jahitan, menyusun atur pola,
c. bahan bukan logam dengan litar mengunting, menjahit dan menghias
elektrik dan elektronik. artikel. Manakala melalui penyediaan
Murid dapat mempelajari kemahiran sajian; murid didedahkan dengan
seperti mengukur, menanda dan pengetahuan serta kemahiran dalam
memotong, menggunakan alatan mengenal pasti alatan dan bahan
dan membuat kemasan projek. Di sajian, langkah-langkah menyedia,
samping itu juga, murid didedahkan memasak, menghidang dan
membuat anggaran dan pengiraan membungkus sajian.
kos bahan setiap projek.

Teknologi Standard kandungan Teknologi 8.0 PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN


Pertanian Pertanian menyentuh kaedah DAN PEMBELAJARAN
menanam biji benih halus atau kasar
meliputi aktiviti penyediaan biji benih, Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang
bahan, alatan dan penjagaannya. berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang
Murid juga didedahkan dengan akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid cermat dan bertanggungjawab. Semasa menjalankan
melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk aktiviti pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan
menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan kitar semula dan bahan terbuang seperti rotan, buluh,
dalam kehidupan seharian. kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu dan reja paip
plastik. Selain itu, bahagian atau komponen mesin yang
Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran: tidak diperlukan lagi seperti skru, bol dan nat, alas
membuat lakaran projek bebola dan roda boleh juga digunakan. Penggunaan
mereka bentuk dan menghasilkan projek bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat
membuat penyambungan litar elektrik dan menanamkan sifat berjimat cermat dan
elektronik berinovasisemasa murid menghasilkan projek. Dengan
mengaplikasi kaedah penanaman ini, murid akan lebih sedar kepada sumber yang ada di
menghasilkan artikel sekeililing mereka dan berupaya memanfaatkan
menyediakan sajian penggunaannya.
menyelenggara peralatan
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
mempraktikkan budaya keusahawanan
harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan
Untuk mencapai kemahiran praktis tersebut murid perlu
pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti
didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini
murid dapat dijana dan diperkembangkan ke arah
yang hendak dikuasai. Dengan itu, guru seharusnya
pembentukan jati diri yang seimbang.
dapat menyampaikan pengetahuan secara bersepadu
Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam
dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid.
Standard Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian,
termasuk :
simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan,
Membanding beza bentuk-bentuk asas dalam
temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan
persekitaran
mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Pemilihan
kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu Menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam
objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz aktiviti membina bentuk produk
kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah Menjana idea kreatif dan inovatif
mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka Mentafsir lukisan kerja
supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan
untuk menggalakan pembelajaran yang lebih interaktif. masalah dan menghasilkan projek
Membuat keputusan, memilih projek, alatan
Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai tangan dan bahan yang diperlukan
dan sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat Mengaplikasikan teknologi dalam pertanian.

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Sebagai usaha ke arah merealisasikan kemahiran


Di samping itu, Kajian Masa Depan harus diserapkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid
dalam pengajaran dan pembelajaran RBTsebagai salah perlu digalakkan menggunakan kemahiran TMK
satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid dalam pembelajaran mereka seperti
bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap pengumpulan,pemilihan dan pemprosesan
perkembangan individu. Sebagai contoh, semasa proses maklumat.Dengan ini kemahiran TMK murid boleh
mereka bentuk murid mengkaji keadaan sedia ada, diperkembangkan melalui kemahiran menggunakan
mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat perisian dan CD-ROM, melayari laman web,
menghasilkan produk. Selain itu murid juga boleh mengakses pengkalan data dan berkomunikasi
menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk secara elektronik.
baharu mereka pada masa hadapan.
9.0 PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada
Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti penguasaan kemahiran, ukuran pencapaiannya boleh
berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, dilakukan melalui pengendalian aktiviti dan penilaian
bersedia menimbangkan pelbagai faktor, kesedaran secara berperingkat. Aktiviti ini juga boleh dijalankan
tentang kos sesuatu projek dan berhati-hati secara tersendiri. Gabungan beberapa aktiviti yang
menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi dijalankan boleh menghasilkan projek yang
kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid. bersesuaian.
Pengendalian aktiviti dan penilaian dicadangkan
Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat mengikut peringkat-peringkat berikut:
dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, a. Perancangan
bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan merancang aktiviti atau projek
kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara merancang bahan dan alatan
koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk merancang kaedah pengajaran dan
semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga pembelajaran
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran. b. Penyampaian
memotivasi murid dalam melaksanakan aktiviti
tunjuk cara kemahiran
memberi arahan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti
melaksana aktiviti

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

menyelia dan membimbing menggunakannya dengan cara yang betul;


c. Penilaian bekerja secara koperatif semasa menjalankan
menilai pengetahuan, kemahiran dan nilai aktiviti dalam kumpulan masing-masing;
menilai aktiviti sedar tentang kos alatan dan bahan dengan
menilai hasil kerja menggunakannya secara cermat dan tidak
membazir;
Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini merupakan menjalankan kerja mengikut turutan yang
aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai betul;
sesuatu kemahiran. Kemahiran dalam sesuatu aktiviti mengemaskan alatan dan bahan yang telah
boleh dilakukan secara individu atau secara digunakan;
berkumpulan. Dalam pemilihan aktiviti, beberapa membersihkan alatan dan menentukan
perkara harus diambil kira oleh guru seperti jumlah bilangannya cukup sebelum disimpan; dan
alatan dan bahan, peruntukan masa, bilangan dan membersihkan tempat kerja dan diri.
kebolehan murid. Justeru itu, guru perlu menyedari
bahawa: Penilaian adalah sebahagian proses pengajaran dan
kumpulan murid mempunyai pelbagai pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih
kebolehan supaya mereka saling membantu berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara
untuk menguasai pelbagai kemahiran; berterusan. Maklumat daripada penilaian yang
aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti
diselesaikan dalam dua waktu; kekuatan dan kelemahan murid. Justeru itu, guru boleh
aktiviti murid adalah termasuk waktu merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah
mengemas alatan dan tempat kerja; dan mempertingkatkan perkembangan individu dan
aktiviti yang dirancangkan sebaiknya terdiri pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata
daripada gabungan standard kandungan. pelajaran ini boleh dijalankan melalui:
pemerhatian;
Bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali;
dapat dilaksanakan dengan sempurna, guru lisan; dan
bertanggungjawab memastikan murid: penulisan.
mengadakan perbincangan tentang langkah-
langkah menjalankan kerja; Keempat-empat cara penilaian ini boleh digunakan untuk
sentiasa mengamalkan langkah-langkah menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid
keselamatan; sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid.
memilih alatan dan bahan yang sesuai dan Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah
yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan,
lulus atau tidak lulus. Sebaliknya penilaian itu hendaklah pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
menekankan sama ada seseorang murid telah menguasi pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan
aspek yang dinilai atau belum. Penilaian juga seharusnya dan pelaporannya.
tidak menekankan perbandingan pencapaian antara
seorang murid dengan seorang murid yang lain. PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan
guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan
murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang
pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak
pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid
mereka. ke tahap maksimum. PBS mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan
Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran
Guru boleh mencatat dengan cara mencatat kenyataan, serta pengamalan nilai murni.
menanda pada kenyataan, dan memberi gred. Senarai Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
semak adalah satu contoh merekod maklumat penilaian. dengan PdP.
Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
buku rekod mengajar dan rekod profil. mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.

10.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS boleh dilaksanakan secara:


Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah proses PdP.
komponen utama dalam proses pengajaran dan Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan pembelajaran, semester atau tahun.
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang Pentaksiran Rujukan Standard
sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai
dalam satu-satu proses PdP. Standard yang diperkenalkan menggunakan Standard
Prestasi iaitu untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi berdasarkan standard dan menunjukkan di mana
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP).
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata
yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran
melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan Rujukan Standard.
murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan
standard. Kerangka Standard Prestasi

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai TP HURAIAN TP


individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, 1 Tahu
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa 2 Tahu dan Faham
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
Tahap Penguasaan (TP) ialah satu label yang
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan
individu.
dan kebolehan masing-masing.
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu
Standard Prestasi
domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat
generik bagi memberi gambaran holistik tentang
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap
individu.
perkembangan pembelajaran murid yang diukur

10

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Tafsiran TP Secara Umum Tafsiran TP Mata Pelajaran RBT

TP TAFSIRAN TP TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas atau boleh 1 Mengetahui tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
melakukan kemahiran asas atau memberi
sains rumah tangga.
respons terhadap perkara yang asas. 2 Mengetahui dan memahami tentang
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk kemahiran asas dalam bidang teknikal,
menukar bentuk komunikasi atau teknologi pertanian dan sains rumah
menterjemah serta menjelaskan apa tangga.
yang telah dipelajari. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk kefahaman tentang kemahiran asas dalam
melaksanakan sesuatu kemahiran pada bidang teknikal, teknologi pertanian dan
suatu situasi. sains rumah tangga.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran 4 Mengaplikasikan pengetahuan dan
dengan beradab iaitu mengikut prosedur kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
atau secara sistematik.
sains rumah tangga secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran 5 Mengaplikasikan pengetahuan dan
pada situasi baru dengan mengikut kefahaman tentang kemahiran asas dalam
prosedur atau secara sistematik serta bidang teknikal, teknologi pertanian dan
tekal dan bersikap positif. sains rumah tangga secara berinisiatif.
6 Murid mampu menzahirkan idea yang 6 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kreatif dan inovatif, mempunyai kefahaman tentang kemahiran asas dalam
keupayaan membuat keputusan untuk bidang teknikal, teknologi pertanian dan
mengadaptasi permintaan serta cabaran sains rumah tangga secara kreatif dan
dalam kehidupan seharian serta boleh inovatif.
berbicara untuk mendapatkan dan Setiap guru RBT perlu melaksanakan proses PdP dalam
menyampaikan maklumat menggunakan bilik darjah dengan merujuk kepada Standard
ayat yang sesuai secara bertatasusila Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
dan menjadi contoh secara tekal. guru perlu ada bagi menentukan proses PdP
dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian. Dalam
keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan
murid dan menentukan tahap keupayaannya

11

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

berdasarkan senarai standard prestasi yang telah menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
disusun mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Guru berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT
seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
untuk berupaya mencapai tahap keupayaan yang lebih menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan. KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
11.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin bahagian kecil untuk memahami dengan
tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta lebih mendalam serta hubung kait antara
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bahagian berkenaan
bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap menggunakan pengetahuan,
murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan memberi justifikasi
Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, kaedah yang kreatif dan inovatif
identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap
sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran kumpulan mata pelajaran.
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran
berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah
sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri,
memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
Tinggi (KBAT). menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi pembelajaran mereka.

12

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

oleh semua murid.


12.0 KESELAMATAN Pastikan alatan, bahan, perkakas dan mesin
Faktor keselamatan merupakan perkara yang sangat sentiasa diurus dengan baik dan selamat
perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti digunakan.
amali bagi mata pelajaran RBT. Justeru itu, peraturan Pastikan tempat yang sesuai dan selamat untuk
dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamal menyimpan alatan dan bahan yang mudah
dan dipatuhi. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja terbakar, pecah dan merbahaya.
yang melibatkan faktor keselamatan boleh dilakukan Labelkan semua alatan dan bahan.
secara bergilir-gilir di kalangan murid bagi memberi Jangan menggunakan bekas bahan beracun,
mereka pengalaman serta menanamkan semangat bahan kimia, dan bahan yang mudah terbakar.
bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin. Sediakan peti pertolongan cemas dan alat
pemadam api yang mudah dilihat serta mudah
Semasa menjalankan aktiviti amali, guru hendaklah dicapai apabila diperlukan.
sepanjang masa memastikan tempat kerja bebas Ambil tindakan keselamatan mengikut prosedur
daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya yang betul apabila berlaku kemalangan.
dengan mengambil langkah-langkah keselamatan. Sediakan buku log untuk merekod kemalangan
yang berlaku.
Perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan yang
perlu diberi perhatian ialah: 13.0 PERUNTUKAN MASA RBT
Tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada
murid. Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua
Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh waktu seminggu (2 x 30 minit) yang dijalankan secara
semua pihak. giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam
Tanamkan rasa tanggungjawab terhadap bulan. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan
keselamatan diri dan orang lain. cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
Bimbing murid mengenal pasti perkara yang perancangan pengajaran dan pembelajaran.
boleh mendatangkan bahaya.
Pastikan keadaan tempat kerja mempunyai 14.0 PENDEKATAN MODULAR
cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik.
Ruang tempat kerja yang selesa termasuk Standard Kurikulum RBT distrukturkan menggunakan
permukaan lantai yang selamat. pendekatan modular untuk memastikan penguasaan
Paparkan poster dan ilustrasi mengenai pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan
peringatan keselamatan yang mudah difahami dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan

13

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran - Membuat keputusan memilih idea reka bentuk,
dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kaedah pembinaan projek, peralatan, perkakasan
kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna. dan bahan yang sesuai
- Menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian
Pendekatan modular tetap menekankan dengan hasil yang dihasratkan
penggabungjalinan disiplin ilmu yang terdapat dalam - Mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi
RBT. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini adalah tujuan mendapatkan maklum balas daripada
untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana orang lain untuk penambahbaikan.
yang ditetapkan dalam standard kandungan dan
standard pembelajaran. Elemen keusahawanan bertujuan untuk menerapkan ciri
keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengurusan
Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap perniagaan, aplikasi teknologi dan vokasional dalam
pembelajaran secara amali. Penggabungjalinan antara keusahawanan serta nilai moral dan etika
teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam
kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan. kehidupan.
Kandungan kurikulum RBT merangkumi bidang teknikal,
sains pertanian dan sains rumah tangga yang Kemahiran interpersonal seperti berkomunikasi dengan
digabungjalinkan dengan Elemen Merentas Kurikulum baik, menghargai pendapat dan usaha orang lain,
(EMK). bersedia menerima kritikan membina, memberi
dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara
Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang semangat kerjasama dengan rakan sebaya diterapkan
mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijana semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
dan diperkembangkan. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa murid membuat
pembentangan projek masing-masing.
Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam
mata pelajaran RBT termasuk: Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang
- Mereka bentuk dan membina projek dengan relevan harus merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha
- Menjana idea untuk mereka bentuk dan membina mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia
projek menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati
- Menghasilkan lukisan projek dan lakaran menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi
kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.

14

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
TAHUN 4

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel

1.1 Mengenal 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel 1 Menyatakan dua jawatankuasa dalam struktur organisasi bengkel.
pasti struktur berpandukan carta.
organisasi
bengkel 1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan 2 Menerangkan satu tugas jawatankuasa dalam struktur organisasi
(1 waktu) struktur organisasi bengkel. bengkel.

1.2 Mengenal 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan


pasti am, diri, alatan dan bahan berpandukan 3 Membuat jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel.
peraturan dan carta.
keselamatan
bengkel 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan 4 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan am, diri serta alatan dan
(1 waktu) keselamatan ketika berada di dalam bahan.
bengkel berpandukan peraturan
keselamatan.
5 Melaksanakan peraturan dan keselamatan bengkel.

6 Mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa berada di dalam


bengkel.

15

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

2.0 Asas Teknologi

2.1 Memasang 2.1.1 Membaca dan memahami manual. 1 Membaca manual kit model berfungsi.
dan membuka
kit model 2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan
berfungsi tangan yang digunakan untuk 2 Menerangkan nama dan fungsi dua alatan tangan yang digunakan
(4 waktu) memasang dan membuka kit model untuk memasang dan membuka kit model.
seperti pemutar skru mata rata, pemutar Mengenal pasti nama dan fungsi tiga komponen kit model.
skru Philip, playar muncung tirus dan
sepana hujung terbuka.
3 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
komponen kit model seperti motor, gear,
gandar, roda, kerangka, suis dan 4 Membuat pengujian kefungsian kit model.
pemegang bateri.

2.1.4 Memasang komponen kit model 5 Mengenal pasti masalah dan membuat pembaikan kit model.
berpandukan manual.

2.1.5 Menguji kefungsian kit model. 6 Mengesahkan kit model berfungsi.


Membuka dan menyusun komponen kit model dengan sistematik.
2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen
kit model.

16

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

3.0 Reka Bentuk

3.1 Mereka bentuk 3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan 1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.
projek situasi yang diberi.
eksperimental
(6 waktu) 3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan 2 Menerangkan idea dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.
penyataan masalah.

3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk 3 Membina projek eksperimental


lakaran bagi menyelesaikan masalah.

3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek 4 Menguji projek eksperimental.


eksperimental. Menambah baik projek eksperimental .

3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan


bahan berdasarkan projek 5 Mempersembahkan projek eksperimental secara lisan
eksperimental.

3.1.6 Membina, menguji dan menambah 6 Mendokumentasikan projek eksperimental.


baik projek eksperimental.

3.1.7 Membuat persembahan projek


eksperimental secara lisan.

3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran


mengenai projek eksperimental
sebagai dokumentasi projek.

17

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN


KANDUNGAN

4.0 Penghasilan Projek

4.1 Menghasilkan 4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan 1 Menyatakan dua bahan bukan logam yang digunakan untuk membuat
projek manual. projek.
berasaskan
bahan bukan 4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam
logam dengan yang akan digunakan seperti kayu, 2 Menerangkan fungsi tiga alatan tangan dan komponen elektrik untuk
litar elektrik papan lapis, medium-density membuat projek.
(14 waktu) fibreboard (MDF), plastik dan
mounting board.
3 Membuat anggaran kos bagi bahan dan komponen elektrik.
4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk
komponen. membuat projek.

4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan


tangan yang digunakan untuk 4 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.
membina projek iaitu pita pengukur,
pembaris keluli, sesiku L, pensel
tukang kayu, gunting serba guna, 5 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur
gergaji puting, gergaji rencong atau pelekat.
manual (manual mitre saw), apit G, Membuat penyambungan litar elektrik pada projek dengan kemas.
gerudi mudah alih, gerimit, tukul
Menguji kefungsian projek.
Warrington, tukul kuku kambing,
pemotong sisi dan pelucut wayar.

18

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

6 Mengesahkan projek berfungsi.


Mengamalkan aktiviti penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan
dengan kemas dan teratur.

4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan


pencantum seperti paku, skru, glu,
bol dan nat.

4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.

4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong


bahan yang digunakan untuk
membuat projek.

4.1.8 Memasang bahan projek


menggunakan pengikat dan
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN
KANDUNGAN

6.0 Sains Rumah Tangga

6.1 Menghasilkan 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan 1 Menyatakan dua alatan dan bahan jahitan yang digunakan untuk
Artikel Jahitan kegunaannya seperti beg pensel, membuat artikel jahitan.
(10 waktu) sarung kusyen, kusyen mini dan
penggantung surat.

19

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

2 Menerangkan dua fungsi alatan jahitan .


6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu
gunting kertas, gunting fabrik,
pembaris lurus, pita ukur, roda surih, 3 Menyusun atur pola, mengunting fabrik dan memindahkan tanda pola
kertas karbon tukang jahit, kapur ke fabrik.
tukang jahit, peretas jahitan, jarum
peniti dan jarum jahit tangan.
4 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan kia dan jahitan jelujur.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu
fabrik dan benang.
5 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.
6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan
tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar
dan jelujur halus.
6 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan secara kemas
6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan dan kreatif.
manual.

6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan


berdasarkan manual yang dipilih.

6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting


fabrik dan memindahkan tanda pola.

6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan


tangan.

6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti


butang, renda dan riben.

6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel


jahitan.

6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan


bahan hiasan yang dipilih.

20

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 4

Tahun 4
BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit
(min)
1 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel 1 30

21

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Tahun 4
BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit
(min)
1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel 1 30

2 2.0 ASAS TEKNOLOGI

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi 4 120

3 3.0 REKA BENTUK

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental 6 180

4 4.0 PENGHASILAN PROJEK

4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar 14 420
elektrik

5 6.0 SAINS RUMAH TANGGA

6.1 Menghasilkan artikel jahitan 10 300

JUMLAH BESAR 36 1080

PEMETAAN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)TAHUN 4, 5, DAN 6

22

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
1 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

1.1 Mengenal pasti Struktur Organisasi Bengkel 1 30

1.2 Mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel 1 30

2 2.0 ASAS TEKNOLOGI

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi 4 120

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara 4 120


elektromekanikal berpandukan manual

2.3 Mereka dan membina model berfungsi 8 240

3 3.0 REKA BENTUK

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental 6 180

4 4.0 PENGHASILAN PROJEK

4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam 14 420


dengan litar elektrik

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan 14 420


bukan logam dengan litar elektronik

4.3 Mereka bentuk projek bertema berasaskan bahan bukan 16 480


logam dengan litar elektrik dan litar elektronik

23

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


DRAF 9 SEPT 2013

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


BIL. STANDARD KANDUNGAN
Waktu Minit Waktu Minit Waktu Minit
(min) (min) (min)
5 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

5.1 Menanam benih dalam bekas tanaman yang sesuai 8 240

5.2 Menanam secara hidroponik 12 360

6 6.0 SAINS RUMAH TANGGA

6.1 Menghasilkan artikel jahitan 10 300

6.2 Menyediakan sajian 6 180

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan 4 120

JUMLAH BESAR 36 1080 36 1080 36 1080

24

DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

You might also like