You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN

KM 12 Jalan Klang Lama


46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan SPSK PK 07/4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BILANGAN 4 TAHUN 2017

Tarikh : 3 Ogos 2017


Masa : 1.20 petang 2.30 petang
Tempat : Makmal Fizik
Pengerusi : Puan Nurul Huda binti Abu
Kehadiran : 6 orang

Hadir :
1. Puan Nurul Huda binti Abu Ketua Panitia Sains / Pengerusi
2. Encik Franklin Xavier a/l Francis Pereira Guru Sains
3. Puan Nor Aishah binti Ghani Guru Sains
4. Puan Bawani a/p Varatharaju Guru Sains
5. Puan Siti Mariah binti Baharudin Guru Sains
6. Puan Suliza binti Othman Guru Sains / Setiausaha

Tidak Hadir :
1. Puan Roslina binti Saad Mesyuarat Panitia Matematik
2. Puan Salehah binti Ismail Mesyuarat Panitia Matematik
3. Puan Fazliyaton binti Ismail Cuti Rehat Khas

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa salah satu faktor KSSM dipilih bagi menggantikan
KBSM supaya pentadbir dan guru dapat memastikan murid melepasi piawaian standard
yang ditetapkan.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3/2017


2.1 Minit mesyuarat Bil: 3 Tahun 2017 telah disahkan oleh Puan Bawani a/p Varatharaju dan
disokong oleh Puan Nor Aishah binti Ghani

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Program Teknik Menjawab


3.1.1 Program Teknik Menjawab Tingkatan 3
3.1.1.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Program Teknik Menjawab PT3
perlu dijalankan pada minggu kedua bulan September 2017. Sekiranya
panitia ingin mendapatkan khidmat penceramah luar, satu kertas
kerja perlu disediakan untuk mendapatkan peruntukan.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 3

1
3.1.2 Program Teknik Menjawab Tingkatan 4
3.1.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Program Teknik Menjawab PT3
perlu dijalankan pada minggu keempat bulan September 2017.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 4

3.1.3 Program Teknik Menjawab Tingkatan 5


3.1.3.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa murid Tingkatan 5 Kemboja
tidak dapat mengikuti Program Teknik Menjawab SPM seperti yang
dijadualkan kerana perlu menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni
Visual.
Tindakan : Makluman
3.1.3.2 Mesyuarat mencadangkan bahawa slot untuk Tingkatan 5 Kemboja
diganti pada minggu keempat bulan September 2017.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 5

3.2 PEKA Sains Dan Sains Tulen Tingkatan 4


3.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh akhir menyiapkan Peka Tingkatan 4
dilanjutkan sehingga 25 Ogos 2017.
Tindakan: Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 4

3.3 Program Kecemerlangan Akademik


3.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kelas Hipers yang tidak dapat dijalankan
sebelum ini perlu diganti kerana guru dibayar untuk program tersebut.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 5

3.4 Modul Sains SPM


3.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa salinan asal Modul Plus Sains SPM telah
dicetak untuk kegunaan Tingkatan 5 Dahlia, 5 Kemboja, 5 Kenanga dan 5
Kiambang.
Tindakan : Makluman

3.4.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Modul Cemerlang Sains SPM bagi
Tingkatan 5 Al-Wardah, 5 Bakawali, 5 Bunga Raya dan 5 Cempaka boleh
menggunakan soalan Percubaan SPM dari negeri lain
Tindakan : Makluman

3.5 Perbelanjaan PCG


3.5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa panitia telah membelanjakan peruntukan PCG
sebanyak RM1534.80 seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 1.
3.5.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa baki peruntukan setakat ini sebanyak
RM4335.39.
Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Program Perkembangan Profesional


4.1.1 Mesyuarat memutuskan bahawa Penyelarasan Penskoran Percubaan SPM dan
LADAP Teknik Menjawab Sains SPM bagi soalan 11 dan 12 akan diadakan pada
15 September 2017.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 5

2
4.1.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa panitia perlu aktif dalam menjalankan
Program Perkembangan Staf 2 kali setahun dan memperuntukkan sekurang-
kurangnya satu jam untuk setiap program.
Tindakan : Makluman

4.2 Peer Learning Coaching (PLC)


4.2.1 Mesyuarat diberi maklum bahawa empat PLC (Teacher Sharing Session) telah
dijalankan setakat ini oleh:
1. Pn Nor Aishah binti Ghani dan Pn Fazliyaton Ismail
2. Pn Suliza binti Othman dan Pn Suria binti Othman
3. Pn Nor Aishah binti Ghani dan Pn Suria binti Othman
4. Pn Suliza binti Othman, Pn Nor Aishah binti Ghani dan Pn Huda
4.2.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa laporan untuk setiap PLC perlu dihantar
kepada ketua panitia untuk difailkan selewat-lewatnya satu minggu selepas PLC
dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.3 Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)


4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan Perancangan Intervensi Lima Langkah perlu dihantar
pada minggu pertama bulan September 2017.
Tindakan : Penyelaras Mata Pelajaran Ting. 3 dan 5

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Ujian Kurikulum 2 bagi Tingkatan 4 merangkumi
tajuk bab 4 hingga bab 6 sahaja.
5.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa salah satu meja di Makmal Sains 2 telah dilupuskan
demi keselamatan murid dan panitia telah memaklumkan kepada pihak pentadbir
untuk mendapatkan meja yang baru.
Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________________ ______________________ _____________________


(SULIZA BINTI OTHMAN) (NURUL HUDA BINTI ABU) (FAZLIYATON BINTI ISMAIL)
Setiausaha Ketua Panitia Sains GKMP Sains dan Matematik

3
4

You might also like