You are on page 1of 24

Berikut adalah cabaran-cabaran bagi guru-guru yang dinamakan Guru Cemerlang:

Guru Cemerlang merupakan individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam mata pelajaran masing-
masing, justeru mereka dilihat sebagai kumpulan guru yang mampu membantu JPN dan PPD
mengendalikan pelbagai aktiviti atau program seperti seminar,

bengkel, persidangan, kursus dan lain-lain. Mereka sering dipanggil sebagai penceramah, fasilitator dan
jurulatih. Dengan itu mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pelbagai kemahiran,
terutamanya maklumat-maklumat pendidikan yang terkini serta

kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain aktiviti pengajaran & pembelajaran di bilik darjah, Guru Cemerlang juga mempunyai pelbagai
tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah serta terlibat dalam perlbagai program di peringkat
PPD, JPN dan KPM. Penglibatan aktif Guru Cemerlang dengan

tugasan di luar sekolah kadang kala menyulitkan pihak Guru Cemerlang dengan Pentadbir Sekolah. Maka
mereka perlu berkemahiran membahagikan masa serta bekerja secara work smart dengan kedua-dua
pihak.

Guru Cemerlang selalunya dijadikan contoh dari segi pengurusan kerja, komitmen dalam tugas, sikap
dan kreativiti oleh pentadbir sekolah dan nama meraka sering disebut-sebut di dalam mesyuarat guru di
sekolah. Keadaan ini ada kalanya menyebabkan wujud rasa

rendah diri terhadap kemampuan atau kebolehan guru-guru lain. Maka mereka perlu pandai beramah
mesra, sering saling membantu, berketerampilan diri serta sahsiah yang terpuji.

DEFINISI GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang

PENGENALAN

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk
memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran
yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran.
Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu
bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai
role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama
bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru
Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi
akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

PUNCA KUASA

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk Sistem
Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru
Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.

KUOTA GURU CEMERLANG

Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000
bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari
Gred D6 Ke Gred DG5.

Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006,
Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52
menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.

Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru
di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.

Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009
telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota keseluruhan jawatan
Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)

ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom,
yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu
ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam


Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar

Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan
sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,


berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.


Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran
pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar
dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar
dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar
dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali
terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya
dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.

Komitmen yang menyeluruh.

Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.


Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk
memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri

*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa

*Beramanah dan bertanggungjawab

*Kreatif dan inovatif

*Sentiasa mengurus diri dengan kemas

*Sedia berkongsi dan berkerjasama

*Bersikap terbuka

*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu

*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja

*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi

dll.

*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum


*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program

tindakan susulan

*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.

*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk

menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .

*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .

*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.

*Sentiasa merangsang murid berfikir.

*Merancang pelajaran yang baik.

*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.

*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan

dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

ESEI

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan.
Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri
istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.

Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri
dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.

Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai
ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah
tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan
terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini
terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer,
zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek
asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai,
norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan
cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan:
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi
Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting

untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah
tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu
para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.
3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat,
kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma
bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi
kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku
serta tutur kata yang halus (sopan),

berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak
atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,

persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah
dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai
akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan
berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan
tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan
kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota
perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas

Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16
Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di
Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas
merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak
Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)

4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)

4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)

4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)

4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)

4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)

4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)

4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)

4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)


4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; Tonggak membawa maksud
asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan

Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau
mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan
dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif

bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.

5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh
semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu,
pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif
dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan
benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya
mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan
perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu
sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti.
Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan,
suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang
berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih,
sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan
terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa
Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif,
membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.

5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi

nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat
awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan.
Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi,
semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya
seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin
organisasi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.
5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan

perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan
dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan
sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan
berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan
mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan

berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain
memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian
tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian
Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan
peningkatan mutu kerja.

5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.

Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja
memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu
menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai
ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati,
menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.

5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji.
Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan
dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang
hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang
dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang
pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan
sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek
akal dan mementingkan emosi.

5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan

yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan
Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan
membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa
menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai
nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas,
ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .
5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.

Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai
melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini

membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya.
Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan
kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah,
berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan
negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud Sabar itu salah satu dari cabang iman .

Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak
Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah,
bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan
menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa,
mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian
masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang
dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya
selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.

5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa

puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi
melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas
memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam
mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak
kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan
mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah

Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas,
maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.

Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan FELDA.
Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang,
24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di
sekolah ini. Nilainilai tersebut ialah:-

a. Menghargai Masa

b. Ketekunan Membawa Kejayaan

c. Keseronokan Bekerja

d. Pengaruh Teladan

e. Kewajipan Menjalankan tugas

6.1 Menghargai Masa

6.1.1 Menepati Masa

Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru
diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -

a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00
petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat
kehadiran mereka.

b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir atau
pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan
budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada

waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum
dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan
tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya sense of
emergency dan sense of urgency. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan
keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan
Pergerakan Guru dan sebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guruguru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa
semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat
terpuji sebagai penjawat awam yang baik.

6.1.2 Merancang Pengurusan Masa

Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat
untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar
sasaran kerja

tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya
mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :
a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum,
takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim
kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan
sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan
yang utama diutamakan dahulu, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada target date dan
sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran,
kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang
cemerlang pada hujung tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti.
Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan
misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip
semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi
peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus
situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat,
dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.

c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran
dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data,
menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan
melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan

dan Kesepunyaan.

a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan
pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan
bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan
penting. Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah
disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti
daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau
sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG
hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan
hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan
komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam
setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung
budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.

b. Budaya in house training turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan
perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran
dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai
matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
serta berpeluang menggunakan berbagaibagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak
boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai bagai kaedah dan pendekatan untuk
memastikan

matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras
dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah
lebih baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja

Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan
produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih

menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang
diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah

a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja
mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui
perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlismajlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan
Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin
dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja
dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan

mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri
kursus dan in house training. Sekolah membeli bukubuku pendidikan, menyebar luas naskah- naskah
pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan mengadakan in house training
pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui
perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan
aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif

seperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan
mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada
maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik
komputer, bilik guru dan kantin sekolah.
b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian

seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada

guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru

mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,

setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti
analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama,
Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.

6.3.6 Menjadikan Sekolah Ku Rumah Ku

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di
sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama
dan kebajikan.

c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi
sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.

6.4 Pengaruh Teladan

6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan

a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada
warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai-
nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara.
Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan,
mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga
sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini
menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera
sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan
standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi,
berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.

d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam
melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan

perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan

sekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional

Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam
organisasi sekolah kerana core busines sekolah ialah pengajaran

dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada
sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang
dijalankan.

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru
dengan guru.
d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan
warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan
seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,

KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan
mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format
peperiksaan dan pentafsiran, home learning dan sebagainya.

f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan
kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.

Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan
profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak
nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi
pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan
membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap

a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah
mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi
lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan
andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu
dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat
amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi
dan menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat.
c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah.
Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi
melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan
menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan

dan kemahiran

a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan
diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, track record, kepakaran dan sebagainya. Senarai
Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum,
keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan
dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan
semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa
Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program
yang telah dipersetujui.

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah.
Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu
atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan

terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian
bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah,
taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam
berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana
bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri
penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu
menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan
budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat
bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan
karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam
setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana berasa
selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana
cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar

Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para
pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-
guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan
mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang
tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.

2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN

3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN

4.Standard Kualiti Pendidikan MalaysiaSekolah, (2003).

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.

6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.

KL:DBP

7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah

Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan

Budiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai
seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai
oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek
utama iaitu:

Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous
(jenaka) dan tegas.

Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan
badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan
menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru
Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan
dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1.
Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan
kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing


3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga
guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan
dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar,
bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada
pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu
tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa
kini.
Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan
mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan
pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan
dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan
pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter
dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam
pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang,
mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil
tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang
dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah
serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana
idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya
memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri Guru
Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan
mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan
pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan
dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan
pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter
dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam
pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang,
mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil
tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang
dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah
serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana
idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya
memberi buah fikiran yang boleh membantu p

You might also like